31 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGaya HidupBerduka kucing kesayangan pergi selepas 16 tahun menemani, seminggu kemudian kucing pengganti...

Berduka kucing kesayangan pergi selepas 16 tahun menemani, seminggu kemudian kucing pengganti ‘mengetuk’ pintu mengiau: Saya kembali !

Jika seseorang bertanyakan soalan kepada pemilik kucing: Bagaimana jika kucing anda mati suatu hari nanti dan diri anda tidak dapat pulih?

Menghadapi perpisahan bersama haiwan peliharaan kesayangan, sukar diluahkan dengan kata-kata.

Masa yang dihabiskan bersama kucing itu, perasaan mendakap dan berpelukan, bukanlah sesuatu yang boleh digambarkan dengan beberapa perkataan. Hanya tuan punya kucing sahaja yang tahu.

Semua pun tahu jangka hayat kucing dalam lingkungan sepuluh tahun, dan bab “perpisahan” adalah topik “pantang larang”. Semua pemilik mungkin akan berkata, kami tidak berani, tidak mahu, dan tidak boleh menghadapinya.

Tetapi ini adalah kisah perpisahan, bersama si kucing peliharaan dan anda tidak akan pernah menyangka apa yang bakal mendatang seterusnya.

Seorang netizen dikenali Dixie menceritakan dia mempunyai dua ekor kucing di rumah, yang salah seekor bernama Nick dan dia telah berusia 16 tahun.

Malangnya, Nick meninggal dunia kerana sakit walaupun Dixie telah menjaganya dengan baik.

Dixie sangat sedih dengan kehilangan ‘ahli keluarga’ yang telah bersamanya selama 16 tahun.

Kerana terlalu sedih, Dixie merenung kosong mangkuk makanan yang Nick gunakan, mangkuk air yang dia minum, dan katil tempat Nick selalu tidur selama 16 tahun.

Sehinggalah beberapa hari kemudian.

Seekor anak kucing berjalan terus ke pintu rumah Dixie, tidak takut langsung dengan kehidupan, dan terus mengiau.

Seolah-olah meminta Dixie membukakan pintu untuknya.

Dixie melihat kucing ini sangat comel, lalu dia membuka pintu untuk membenarkannya masuk, dan menyediakan makanan untuknya.

Tanpa menyangka anak kucing ini langsung tidak menganggap dirinya sebagai kucing luar, dan dia menyombongkan dirinya untuk terus menjamah makanan.

Dixie bimbang anak kucing comel itu akan pergi dan hilang dari pandangannya.

Selepas memberi makan dan minum secukupnya, Dixie memandikannya, dan kemudian membawanya ke hospital haiwan untuk pemeriksaan kesihatan bagi melihat sama ada terdapat sebarang kecederaan dan penyakit padanya.

Doktor berkata itu anak kucing itu kucing jalanan dan hidup terbiar.

Dixie yang kasihan segera memutuskan untuk mengadopsinya dan menamakan anak kucing itu – Bin!

Oleh kerana dia masih kecil, personaliti Bin sangat ceria dan lincah, yang menukar perasaan keluarga sedang berduka kerana kehilangan Nick itu kembali meriah.

Masa berlalu…

Dixie mendapati terdapat banyak persamaan dan keletah Nick dalam tingkah laku Bin.

Bin dan kucingnya yang lagi satu tidak kekok dan saling menerima antara satu sama lain sejak pertama kali mereka bertemu, dan sering berpelukan bersama.

Bin juga suka duduk di pangkuan Dixie dan menonton TV bersamanya, seperti Nick.

Apa yang lebih menakjubkan ialah Bin mempunyai banyak tabiat tidak ubah seperti Nick. Dia cepat akrab dengan keluarga Dixie, seolah-olah sudah lama tinggal di dalam rumah itu.

Dan, setiap kali Dixie merindui Nick, Bin akan berada di sisinya.

Dixie sering dengan ilusi.

Nampaknya Bin adalah ‘hadiah’ pemberian Nick untuk dirinya sendiri.

Kata Dixie:

“Walaupun saya tidak tahu kenapa, Bin memang kelihatan seperti Nick. Mungkin pengganti sudah diatur sebelum Nick pergi!”

“Dia sangat biasa dengan segala-galanya di dalam rumah, juga memahami tabiat hidup saya, mungkin dia benar-benar hadir pada hari itu untuk menemani saya menggantikan Nick..”

Mungkin di satu tempat, semuanya telah ditakdirkan untuk Dixie.

Kini, dua tahun telah berlalu.

Bin bukan lagi anak kucing kecil yang dulu. Bin membawa begitu banyak kegembiraan kepada keluarga Dixie dan perlahan-lahan mengalihkan kedukaan Dixie kerana kehilangan Nick.

Mungkin seperti yang Dixie katakan, kehadiran Bin telah dirancang dengan takdir sejak awal.

Nick terus hadir dan menjaga tuannya dengan cara yang berbeza.

Jadi jika ada yang bertanya, “Kalau ada kucing, anda tak takutkah suatu hari nanti kucing itu pergi?”

Jawapannya, “Takut! Tetapi dunia ini penuh dengan kemeriahan dan kegembiraan untuk dinikmati, dan bukankah semua kehidupan akan berakhir juga satu hari nanti. Mana ada yang kekal.”

Lagipun, kenangan manis itu yang memberi anda kehangatan hati dan kekuatan diri untuk terus menikmati kehidupan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI