25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024
UtamaBisnes & EkonomiDiberi sijil kelayakan udara oleh Slovakia, ‘AirCar’ buka peluang untuk pengeluaran kereta...

Diberi sijil kelayakan udara oleh Slovakia, ‘AirCar’ buka peluang untuk pengeluaran kereta terbang berskala besar

Sebuah kereta terbang hibrid yang dikenali sebagai ‘AirCar’ telah diberikan sijil kelayakan udara oleh pihak berkuasa penerbangan awam Slovakia, yang berpotensi membuka peluang buat industri kereta terbang di masa hadapan.

Kereta terbang dwi-mod tersebut kelihatan seperti kereta berprestasi tinggi (sport car), telah dicipta oleh 8 orang pakar berkemahiran tinggi di sebuah syarikat berpangkalan di Slovakia, iaitu Klein Vision yang diasaskan oleh profesor Stefan Klein.

Klein difahamkan sudah menghabiskan selama 20 tahun untuk menjadikan impian kereta terbang itu sebagai realiti.

Ia telah dianugerahkan sijil oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Slovakia selepas berjaya menyelesaikan 70 jam ujian penerbangan ketat yang serasi dengan piawaian Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA)”, kata Klein Vision dalam satu kenyataan.

Ujian penerbangan termasuk lebih 200 kali pelepasan dan pendaratan serta rangkaian penuh pelbagai gerakan penerbangan dan prestasi, yang menurut Klein Vision menunjukkan kestabilan statik dan dinamik menakjubkan dalam mod pesawat.

Prosedur berlepas dan mendarat telah dicapai walaupun tanpa juruterbang perlu menyentuh kawalan penerbangan, kata syarikat itu.

Pasukan pakar mengambil masa lebih 100,000 jam kerja untuk menukar lukisan reka bentuk kenderaan udara itu kepada model matematik, kemudian mencipta kenderaan seberat 1,000 kilogram itu, dengan dua tempat duduk terakhir yang dikuasakan oleh enjin BMW 1.6 liter.

“Pensijilan AirCar membuka ‘jalan’ untuk pengeluaran besar-besaran kereta terbang yang sangat cekap. Ianya rasmi dan mengesahkan keupayaan kami untuk mengubah perjalanan jarak pertengahan selama-lamanya”, kata Klein, yang juga bertanggungjawab ke atas projek penyelidikan dengan kerjasama jenama seperti Audi, Volkswagen dan BMW.

“Pihak Berkuasa Pengangkutan memantau dengan teliti semua peringkat pembangunan AirCar yang unik sejak permulaannya pada 2017. Keselamatan pengangkutan adalah keutamaan tertinggi kami. AirCar menggabungkan inovasi terbaik dengan langkah keselamatan selaras dengan piawaian EASA”.

“Ia mentakrifkan kategori baharu kereta sukan dan pesawat yang boleh dipercayai. Pensijilannya adalah tugas yang mencabar dan menarik”, kata René Molnár, pengarah Bahagian Penerbangan Awam (Pihak Berkuasa Pengangkutan Slovakia).

Syarikat itu memberitahu bahawa mereka berharap agar bekalan AirCar tersedia secara komersial dalam tempoh 12 bulan, namun lesen juruterbang diperlukan untuk memandu kenderaan hibrid itu. Ini bermakna mereka tidak akan melihat banyak kereta terbang dalam masa terdekat.

Anton Zajac, pengasas bersama Klein Vision, berkata kenderaan itu boleh terbang pada ketinggian operasi maksimum 18,000 kaki dengan menggunakan bahan api yang dijual di mana-mana stesen minyak.

AirCar berjaya menyelesaikan penerbangan antara bandar selama 35 minit pertama Jun lalu antara lapangan terbang di Nitra dan ibu negara Bratislava di Slovakia.

Selepas mendarat, kereta terbang itu mengambil masa kurang daripada tiga minit untuk berubah semula menjadi kereta berprestasi tinggi, yang boleh mengurangkan masa perjalanan.

Klein Vision juga telah menyelesaikan ujian enjin penerbangan “ADEPT” Airmotive yang berkuasa dan ringan serta lukisan yang dimuktamadkan serta pengiraan teknikal untuk model ‘monocoque’ akan datang – yang boleh mencapai kelajuan melebihi 300 kilometer per jam dan julat sepanjang 1,000 kilometer.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI