26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupKerana terlalu mengantuk ketika kelas, si kecil ini tersengguk-sengguk sehingga akhirnya tertidur

Kerana terlalu mengantuk ketika kelas, si kecil ini tersengguk-sengguk sehingga akhirnya tertidur

Anak kecil memang banyak ragam comel dan lucu. Ada sahaja yang dilakukan mereka saban hari membuatkan orang di sekitar mereka terhibur. Kadangkala mereka tidak perlu membuat apa pun, hanya cukup menjadi diri sendiri sudah boleh membuatkan ramai tertawa.

Misalnya anak kecil bernama Insyirah yang ada di dalam video ini yang nampaknya punya sisi lucu tanpa dia sedari. Apa yang berlaku ialah dia kelihatan sangat mengantuk ketika kelas berjalan. Sepertinya amat sukar untuknya membuka mata kerana terlalu mengantuk.

Tidak hanya itu, si kawan yang berada di sebelah Insyirah cuba menahannya yang sudah tersengguk-sengguk itu. Anak kecil bernama Aishah kelihatan keliru dengan Insyirah tetapi dalam masa yang sama bimbang jika Insyirah terjatuh kerana terlalu mengantuk. Jadi dia cuba menahan kalau-kalau kawannya benar-benar terjatuh ke lantai.

Apa yang lebih melucukan ialah apabila Insyirah hampir terjatuh ke belakang yang membuatkan dia tersedar seketika. Namun, tidak lama selepas itu dia mula mengantuk semula dengan posisi duduk yang sudah berbeza. Dengan selamba dia melunjur kaki supaya lebih selesa untuk tidur. Kali ini bukan hanya dia yang tertidur, malah kawannya Aishah turut tertidur sama!

Melihat keadaan Insyirah mungkin ramai antara anda yang punya memori seperti ini ketika sekolah dahulu. Lihat si kecil ini dengan rambut yang sudah terkeluar dengan tudung yang sudah ke belakang pastinya membuatkan teringat masa kecil kita dahulu yang lebih kurang sama sahaja!

Dalam video tular yang lain, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki turut mengalami pengalaman yang melucukan hanya kerana terlalu mengantuk di sekolah. Video yang tersebar luas di media sosial itu memaparkan gelagat lucu seorang kanak-kanak sekolah yang tersalah sangka dengan menyangka kerusi adalah beg sekolahnya. Akibatnya ketika hendak pulang dia mengalas kerusi, bukannya beg sekolah!

Insiden yang dipercayai berlaku di salah sebuah sekolah rendah di Filipina itu telah menarik perhatian ramai dan mengundang tawa netizen.

Dalam rakaman tersebut dipercayai berlaku semasa murid-murid kelas itu mahu pulang dari sekolah. Ketika kawan-kawan yang lain sudah beratur dan bersedia untuk keluar kelas murid lelaki ini masih tertidur di mejanya. Suasana kelas yang bising ketika itu nampaknya tidak mampu mengejutkannya dari tidur yang lena membuktikan dia memang benar-benar mengantuk ketika itu.

Melihat keadaannya yang masih seperti itu membuatkan salah seorang daripada gurunya datang ke mejanya dan terus membantunya mengemas buku dan alat tulisnya sebelum dimasukkan ke dalam beg. Murid lelaki itu masih sahaja tertidur berbantalkan lengannya seolah-olah tidak sedar langsung yang gurunya sudah ada di situ.

Hanya selepas beberapa kali dikejutkan barulah dia terjaga dan dalam keadaan yang masih separa sedar dia terus mengambil kerusi dan diletakkan di lengannya seperti dia memakai beg sekolahnya. Ketika itu dia masih tidak sedar yang dia sebenarnya sedang membawa kerusi bukan begnya. Dia malah dengan yakinnya terus berjalan sehingga ke luar kelas sebelum dia tersedar semula.

Mungkin kerana ditegur oleh ramai orang di situ barulah membuatkan dia tersedar sepenuhnya. Telatah lucunya tanpa sedar itu pasti membuatkan ramai yang geli hati melihatnya. Oleh kerana terlalu mengantuk dia langsung tidak sedar dengan perbuatannya sendiri!

Kejadian-kejadian lucu seperti inilah yang akan membuatkan sesiapa sahaja rindu akan zaman kecilnya. Walaupun apa yang berlaku agak memalukan tetapi siapa kisah kerana mereka masih terlalu kecil dan ‘innocent’. Suatu saat mereka sendiri pasti akan tergelak besar melihat apa yang berlaku ketika zaman kanak-kanak mereka dan semua ini membuktika bahawa mereka memiliki zaman kanak-kanak yang sangat menyronokkan!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI