Semua orang ada hobi masing-masing tidak kira lelaki atau perempuan, baik yang murah-murah sehingga berkemampuan yang mahal-mahal.
Tidak kiralah seseorang dewasa itu sukakan hobi dengan riadah aktiviti lasak, mengumpul barangan berharga dan antik, komik lama, permainan dan lain-lain.
Kadangkala ada orang yang boleh obses untuk berhabis wang demi mengumpulkan barangan yang ingin dimiliki sebagai koleksi, yang akan membuat sesetengah ahli keluarga berasa kurang senang dengan hobi itu.
Seorang suami baru-baru ini mendedahkan di Twitter apabila dia kantoi dengan isterinya ketika membeli mainan untuk hobinya.
Tetapi tidak sangka pula ramai orang tidak dikenali memberikan jawapan ‘backup’ yang menjadikan situasi rumah tangga mereka berada dalam keadaan tenang-tenang dan baik belaka.
Warganegara Malaysia berusia berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, susulan itu, golongan terbabit diminta untuk hadir segera bagi mendapatkan dos penggalak secara walk-in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.
Fully into Omicron wave. Kes akan mencecah 15k tidak lama lagi. Masih ada 1 juta warga emas yang tiada dos penggalak. Tolong maklum kepada orang2 tua kesayangan anda untuk mendapat dos penggalak dengan segera. https://t.co/IAejbJNrHO
“Dos penggalak memberi perlindungan daripada jangkitan COVID-19 terutama sekali komplikasi teruk.
“Data harian menunjukkan individu yang belum divaksin adalah 9 kali lebih berkemungkinan untuk dijangkiti dan 62 kali lebih berkemungkinan maut berbanding individu yang telah lengkap vaksin atau telah mengambil dos penggalak,” katanya.
Terdapat lebih kurang 32 peratus atau 1 juta warga emas yang masih belum mendapatkan dos penggalak.
1. All individuals who received Sinovac as their primary vaccine as well as those aged 60 and above, must complete their booster shot by February next year.
Dalam pada itu, kes harian Covid-19 di negara ini terus merekodkan trend peningkatan apabila mencatat sebanyak 11,034 kes pada 7 Februari 2022, berbanding 10,089 kes sebelumnya sekali gus menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,925,254.
KKM menjangkakan kes harian Covid-19 boleh mencecah sehingga 22,000 sehari menjelang akhir Mac sekiranya bacaan kadar kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (Ro) kekal 1.2 hingga hujung bulan hadapan.
Walaupun vaksin boleh mengurangkan jangkitan, tujuan UTAMA vaksin COVID-19 adalah mengurangkan keseriusan gejala. Dengan dos penggalak perlindungan anda daripada gejala serius yang boleh menyebabkan kemasukkan ke hospital/ICU lebih baik. Take the booster 👍🏽. https://t.co/Oy04FE3o3a
Perdana Menteri Papua New Guinea, James Marape telah diuji positif COVID-19 apabila tiba di Beijing pada 3 Februari untuk pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Pejabatnya mendedahkan pada 6 Februari bahawa Marape tidak akan ke Perancis pada minggu berikutnya untuk sidang kemuncak Indo-Pasifik, di mana beliau dijadualkan bertemu dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
“Perdana Menteri Marape membatalkan perjalanan Perancis kerana sekatan COVID-19, setelah keputusan ujian positif sebaik tiba di Beijing petang 3 Februari lalu”, kata pejabat perdana menteri dalam satu kenyataan yang diperoleh Reuters.
Lawatan singkat Marape ke China bertepatan dengan pemeteraian beberapa perjanjian dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang yang ditemuinya secara maya pada 5 Februari.
Kedua-dua pemimpin menandatangani beberapa siri perjanjian dan Memorandum Persefahaman merentas eksport, perdagangan bebas, perubatan dan pinjaman infrastruktur (Inisiatif ‘Belt dan Road’).
“Hasil penyerahan ini membentangkan peluang pasaran, pertumbuhan dalam kerjasama ekonomi, peluang masa depan dalam perdagangan dan beberapa projek yang sangat khusus”, tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat perdana menteri di Facebook.
“Kemungkinan masa depan perjanjian perdagangan bebas antara China dan Papua New Guinea (PNG) akan menjadi signifikan. Ia akan menjadi yang pertama kami dari perspektif negara ke negara”.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada media milik kerajaan China, Xinhua, pemimpin PNG selanjutnya menegaskan komitmen tetapnya terhadap dasar One China dan berikrar untuk “mengambil kira perkara yang berkaitan dengan Taiwan, Xinjiang, Hong Kong dan Tibet sebagai hal ehwal dalaman China” dan berikrar agar tiada unsur gangguan.
PNG sedang giat mencari firma besar China untuk melabur dalam industri tempatan seperti perhutanan, kopi, perikanan, pertanian padi, ternakan dan dalam sektor minyak dan gas.
Atlet Olimpik Musim Sejuk yang disahkan positif COVID-19 berkata beliau sudah cukup menahan sabar dengan keadaan hotel kuarantin di Beijing.
“Perut saya sakit, saya sangat pucat, dan mempunyai bulatan hitam besar di sekeliling mata. Saya mahu semua ini berakhir. Saya menangis setiap hari. Saya sangat letih,” kata atlet yang bersaing dalam biathlon dari Rusia, Valeria Vasnetsova di Instagram dari salah sebuah hotel.
Gambar yang dimuat naik pada 3 Februari menunjukkan dulang pasta kosong, sos oren, daging hangus di atas tulang, beberapa kentang dan tiada sayur-sayuran. Itu adalah “sarapan, makan tengah hari dan makan malam selama lima hari,” katanya.
Pasukan Olimpik Musim Sejuk Norway menjalani pemeriksaan keselamatan di Perkampungan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 pada 1 Februari 2022 di Beijing, China. (Gambar oleh Anthony Wallace /Pool/Getty Images)
Vasnetsova berkata dirinya kelaparan kerana ‘mustahil’ untuk makan banyak makanan, dan masih boleh bertahan dengan beberapa gigitan pasta.
“Hari ini saya makan semua lemak yang mereka sajikan dan bukannya daging kerana saya sangat lapar,” katanya sambil menyatakan beliau kehilangan begitu banyak berat badan sehingga “tulangnya sudah menonjol.”
Vasnetsova berkata beliau percaya ramai atlet semakin teruk berasa tidak adil berbanding yang lain. Beliau berkongsi gambar makanan yang dihidangkan kepada doktor pasukannya yang tinggal dua tingkat di bawahnya yang juga telah diuji positif. Hidangannya terdiri daripada buah-buahan segar, salad, dan udang dengan brokoli.
“Sejujurnya saya tidak faham, mengapa ada sikap sebegini kepada kami, para atlet?!” katanya.
Vasnetsova bukan satu-satunya yang mengadu. Makanan yang tidak sedap atau terdapat kekurangan, bersama-sama dengan isu kebersihan dan lain-lain telah menjadikan hotel kuarantin Olimpik Musim Sejuk Beijing sebagai sasaran kritikan.
Lebih 350 peserta Olimpik telah diuji positif COVID-19 sebaik tiba di ibu negara China sejak 23 Januari. Untuk bebas kuarantin, atlet perlu bebas simptom dan mengemukakan dua ujian negatif dalam tempoh berjarak 24 jam.
Petugas lengkap berpakaian PPE di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 di Beijing, China pada 31 Januari 2022. (Gambar oleh Phil Noble/REUTERS)
Apabila Eric Frenzel, pemain ski gabungan Norway yang telah memenangi tiga pingat emas Olimpik, menuju ke bilik pengasingan selepas diuji positif pada 4 Februari, pasukannya dengan segera mendapati keadaan di sana adalah “tidak boleh diterima.”
Kebersihan, kualiti makanan dan keadaan WiFi semuanya memerlukan penambahbaikan segera, ketua pasukan Jerman Dirk Schimmelpfennig memberitahu wartawan pada hari berikutnya. Beliau menyatakan pasukan itu telah melakukan “perbincangan intensif” dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan penganjur Olimpik Musim Sejuk Beijing.
“Bilik hotel tidak boleh diterima, jadi kami perlu mencari jalan untuk mengubahnya,” kata Schimmelpfennig dari Perkampungan Olimpik di Zhangjiakou, Wilayah Hebei. “Hotel-hotel ini tidak ditunjukkan kepada kami terlebih dahulu, dan kami mempunyai situasi yang sepatutnya terdapat permintaan terus daripada para atlet untuk diperbaiki.”
Perhatian awam telah memihak kepada para atlet. Selepas video media sosial bintang ‘skeleton’ Belgium Kim Meylemans yang menangis kerana diangkut ke lokasi kuarantin kedua apabila berfikir beliau akan dibebaskan, IOC mula campur tangan, dan beliau diberi ruang untuk pengasingan diri di dalam Perkampungan Olimpik Beijing.
Meylemans berkata pada 3 Februari dirinya kini berasa “selamat” selepas pulang ke perkampungan atlet.
“Nampaknya video itu termasuk usaha bersungguh jawatankuasa Olimpik negara saya benar-benar membuahkan hasil,” katanya dalam video Instagram.
Atlet Olimpik Musim Sejuk Belgium Kim Meylemans pada 29 Januari 2022, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brussels di Zaventem. (Gambar oleh LAURIE DIEFFEMBACQ/BELGA MAG/AFP/Getty Images)
Keadaan makanan untuk Vasnetsova nampaknya juga bertambah baik, menurut Sergei Averyanov, jurucakap pasukannya.
Dua hari selepas aduannya, Averyanov memuat naik gambar yang menunjukkan salmon, timun, sosej dan yogurt untuk hidangan Vasnetsova.
Vasnetsova “sudah tersenyum, dan itu sahaja perkara yang penting,” tulis Averyanov dalam hantaran di media sosial.
Beberapa netizen memberi komen mereka berkenaan aduan atlet Olimpik berkenaan keadaan di Beijing:
“Jawapan mudahnya ialah PKC mahu melemahkan persaingan. Jika saya seorang atlet di Olimpik, saya akan pulang ke rumah dan memboikot permainan PKC.”
“Ujian positif palsu, makanan buruk dan keadaan buruk menyamai lebih banyak pingat untuk PKC. Jika anda seorang ancaman dalam sukan dan dari negara bukan kuasa besar, anda berisiko. China membeli IOC dan kini dunia melihat siapa sebenarnya mereka.”
Klip video pendek ini tular di platform media sosial beberapa hari lalu.
Dalam klip video berdurasi 45 saat itu, motosikal superbike polis dilihat diletakkan di tengah jalan untuk memberhentikan pemandu bagi memberi laluan kepada konvoi orang teramat penting (VVIP).
Kelihatan dirakam menerusi telefon pintar oleh salah seorang pemandu kereta yang sedang berhenti, juga menunjukkan seorang polis yang sedang menunggang motosikal superbike secara perlahan-lahan dan memasuki jalan untuk di seberang bagi mengetuai konvoi VVIP itu.
Walau bagaimanapun, keadaan trafik di seberang jalan sebelah kanan sedang cuba dihalang dan meminta pemandu memperlahankan kenderaan, namun ia masih bergerak.
Lalu pegawai polis motosikal superbike yang merentang jalan itu berjalan ke arah jalan seberang dan mula memberi isyarat menggunakan tangannya kepada para pemandu yang melalui jalan raya itu supaya berhenti.
Klip itu kemudiannya dilanjutkan dengan merakam perjalanan lancar konvoi VVIP dengan lebih kurang setengah dozen kenderaan mewah meluncur laju berdekatan tempat kemalangan diikuti orang awam.
Klip itu berakhir dengan lalu lintas yang disekat tadi bergerak seperti biasa setelah ia dilancarkan oleh pengiring VVIP dengan lalu lintas di seberang jalan raya sana terhenti akibat kemalangan itu.
Setiap kali menghadiri majlis perkahwinan teman rapat mahupun sedara-mara, pasti pening juga fikir mahu hadiahkan apa buat pengantin baru bukan?
Ini kerana kita mahu meraikan pasangan mempelai, selain membantu mereka memulakan hidup baru dengan pemberian barangan yang berguna.
Baru-baru ini, tular satu video lucu memaparkan sekumpulan lelaki yang dipercayai rakan kepada pasangan mempelai membawa hadiah semasa menghadiri majlis perkahwinan.
Rakan-rakan kepada pasangan mempelai berkenaan dilihat membawa hadiah berupa pelbagai kelengkapan rumah.
Anda boleh lihat sendiri apa yang dibawa rakan pengantin terbabit menerusi video.
Mereka nampaknya membawa barangan seperti mop, dapur memasak, tong gas, papan seterika, kipas elektrik dan pelbagai lagi. Banyak benar!
Siap beri hadiah rotan! Lucu betul..
Tudung saji pun ada. Pendek kata, memang lengkap.
Keletah rakan-rakannya itu ternyata membuatkan pasangan mempelai tidak dapat menahan ketawa, malah turut menghiburkan hadirin yang hadir.
Sempat juga mereka semua bergambar di atas pelamin, bersama hadiah yang mereka bawa..
Beruntung pasangan pengantin. Tidak perlulah mereka membeli barangan ini dan mungkin mereka boleh menumpukan kepada barangan yang masih belum mereka miliki.
Jimat sedikit di situ. Itulah untungnya jika mempunyai rakan baik yang ramai seperti pengantin ini bukan?
Apa-apa pun, selamat pengantin baru diucapkan. Anda semua memang ‘sempoi’.
Malaysia kini secara rasmi sudah memasuki gelombang COVID-19 varian baharu – Omicron, dengan kes harian setakat 6 Februari mencatatkan lebih 10,000 kes.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menjangkakan bahawa jumlah kes harian akan terus melonjak hingga 15,000 kes tidak lama lagi.
Kali terakhir kes COVID-19 melebihi paras 15,000 kes di Malaysia adalah pada 18 September tahun lepas, dengan 15,549 jangkitan dilaporkan.
Fully into Omicron wave. Kes akan mencecah 15k tidak lama lagi. Masih ada 1 juta warga emas yang tiada dos penggalak. Tolong maklum kepada orang2 tua kesayangan anda untuk mendapat dos penggalak dengan segera. https://t.co/IAejbJNrHO
Susulan gelombang Omicron ketika ini, beliau melahirkan kegusaran terhadap kira-kira sejuta warga emas yang belum mendapatkan dos penggalak, sekaligus berisiko mendapat komplikasi serius jika dijangkiti.
Oleh yang demikian, beliau menyarankan orang ramai untuk segera memaklumkan kepada golongan emas, khususnya ibu bapa masing-masing untuk segera mendapatkan dos penggalak.
“Masih ada satu juta warga emas yang tiada dos penggalak. Tolong maklum kepada orang-orang tua kesayangan anda untuk mendapat dos penggalak dengan segera”, tulisnya di Twitter.
Beliau mengulas unjuran model Pemerhatian dan Unjuran Kes Harian SEIR COVID-19 yang dimuat naik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitter miliknya.
Model SEIR itu mengunjurkan kes harian COVID-19 berisiko melonjak sehingga mencecah lebih 20,000 kes menjelang hujung bulan hadpaan, sekiranya kadar kebolehjangkitan (Rt) virus kekal pada 1.2.
Walau bagaimanapun, Dr Noor Hisham yakin bahawa tahap keparahan wabak itu dapat dikurangkan walaupun kes bakal melonjak tinggi, berikutan kadar vaksinasi dan dos penggalak yang tinggi.
Sebelum itu, beliau memaklumkan bahawa nilai Rt di Malaysia sudah mencecah 1.2 semalam berbanding 1.13 kelmarin, dengan empat negeri merekodkan nilai Rt melebihi purata kebanggsaan.
Rancangan kartun paling banyak ditonton di seluruh dunia dengan mengutip sebanyak 115.6 billion tontonan di bawah kategori pendidikan pada tahun lalu ialah ‘Cocomelon’.
Tidak dapat dinafikan, anak kecil akan kelam kabut berlari setelah ibu bapa memainkan muzik pembukaan animasi tersebut sama ada menerusi saluran YouTube atau program TV pintar lain.
Membuktikan yang siri Cocomelon itu merupakan animasi hiburan kanak-kanak yang sangat popular.
Namun, di sebalik keseronokan rancangan animasi ini, rupanya ada sisi ‘realiti gelap’ yang memberikan kesan buruk kepada anak-anak dan para ibu bapa dinasihatkan untuk berhati-hati.
Seorang pakar kanak-kanak, Jerrica Sannes mendedahkan ‘realiti gelap’ siri animasi berbentuk pendidikan ini. Buat ibu bapa, mereka mungkin berpendapat anak-anak dapat mempelajari pelbagai perkara positif melalui siri Cocomelon.
Realitinya, berbanding ketagihan gajet telefon, ia mengundang lebih banyak impak buruk kerana elemen penyerapan pelbagai bunyi, cahaya skrin dan pancaran cahaya cerah memberikan pengalaman deria yang agak keterlaluan kepada otak kanak-kanak.
Terdapat perkongsian video yang memaparkan perbandingan kartun Cocomelon vs My Little Pony, yang membuat orang dewasa sendiri ketika menonton Cocomelon boleh menjadi keliru fikir dalam masa 2 saat.
Dengan paparan warna yang beralun terang dan cerah serta pertukaran babak terlalu kerap iaitu setiap 2 saat, Cocomelon seumpama menjadi ‘kokain’ yang akan membuatkan anak-anak anda mengalami ketagihan skrin.
Bagi orang yang mempunyai hobi pasti sanggup membelanjakan berapa sahaja supaya dapat melakukan apa yang mereka suka. Misalnya, mereka yang suka melakukan aktiviti pendakian akan sanggup untuk membeli kasut, beg atau apa sahaja peralatan yang diperlukan untuk mendaki tidak kira berapa pun harganya.
Memamdangkan dia telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membeli joran pancing, seorang lelaki, Jack McRoberts sanggup terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan jorannya yang berharga $1,800 (RM7,534).
Apa yang berlaku ialah isteri Jack tanpa sengaja telah melepaskan joran ke dalam laut. Ketika itu dia hilang kawalan kerana ada sesuatu yang besar telah mengena umpan pada jorannya. Akibatnya dia terlepas genggaman joran di tangan sebelum joran tersebut termasuk ke dalam laut.
Melihat apa yang berlaku, Jack tanpa berfikir panjang terus membuka topinya dan terjun ke dalam air untuk mendapatkan semula jorannya. Detik lucu itu berlaku di Mackay, Queensland, Australia.
Jack walau bagaimanapun tidak berputus asa untuk terus memancing dan menangkap ikan yang telah memakan umpannya. Jadi, dia terus memancing walaupun dia sudah berada di dalam air. Kelihatan apa yang dilakukan tidak mudah, ditambah pula dia juga nampaknya agak keletihan untuk terus memancing tetapi semangatnya masih kuat dan tidak mahu berputus asa.
Kejadian tersebut sememangnya agak mencemaskan tetapi ada sebuah lagi kejadian memancing yang turut mendebarkan terjadi kepada seorang lelaki.
Apa yang berlaku ialah seorang nelayan magnet terkejut apabila menemui senapang mesin ringan Perang Dunia II di dalam sebuah terusan. Nigel Lamford, 50, menemui senapang Sten dengan menggunakan magnet buatannya sendiri, yang mampu mengangkat satu tan logam keluar dari air.
Dia melemparkan magnet itu secara rambang ke dalam terusan dan hasil ‘tangkapannya’ agak mengejutkan kerana dia memperolehi senjata seperti pistol.
Pistol yang ditutupi kotoran itu adalah yang pertama daripada enam senjata yang ditemui oleh Nigel dan rakan-rakan di Weedon Bec, Northamptonshire.
Nigel berkata ini adalah penemuan terbaiknya setakat ini. Senjata itu ditemui di dalam badan air berhampiran tapak bekas Royal Ordnance Depot. Dia percaya bahawa senjata itu bernilai sekitar £1,300 (RM7,361) setiap satu dan masih boleh digunakan.
“Anda boleh menemui perkara yang menakjubkan, tetapi saya tidak pernah menjumpai begitu banyak senjata bersama dalam keadaan yang begitu baik.
Mereka kemudian memutuskan untuk menyerahkan senjata itu kepada muzium tentera tempatan. Menurutnya lagi, dia telah menemui pelbagai jenis peninggalan sejarah di seluruh negara sebelum ini termasuk 61 senjata api.
Tiada yang tahu apa yang ada di dalam air. Setenang mana pun air yang kita lihat tanpa diketahui ada rahsia dan ‘harta karun’ yang tersimpan di dalamnya. Ada yang diketahui identitinya dan ada juga penemuan yang kekal misteri.
Anak adalah anugerah buat mereka yang berkahwin. Kebanyakan pasangan suami isteri pasti memiliki impian untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Ada yang merancang untuk memiliki beberapa orang anak sepanjang perkahwinan mereka. Ada yang mahukan keluarga yang besar, dan ada juga yang cukup dengan seorang zuriat.
Merancang keluarga adalah sesuatu yang perlu terutama buat pasangan yang mahukan anak yang ramai. Bukan sahaja aspek kewangan yang perlu dilihat tetapi apa yang lebih penting ialah kesihatan ibu yang mengandung dan melahirkan. Jadi, suami isteri perlu cakna tentang jarak kehamilan supaya ibu dan anak yang dikandung sentiasa sihat.
Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh University of British Columbia (UBC) dan Harvard TH Chan School of Public Health dalam jurnal terbitan dalam JAMA Internal Medicine mendapati bahawa ibu harus menunggu sekurang-kurangnya setahun untuk hamil semula selepas bersalin. Hal ini bagi mengurangkan risiko kesihatan kepada ibu dan bayi.
Tetapi penyelidik mengatakan para ibu tidak perlu menunggu selama 18 bulan seperti yang disyorkan dalam garis panduan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Jurang kecil antara kehamilan walau bagaimanapun memberi berisiko kelahiran pramatang, bayi yang lebih kecil dan kematian bayi dan ibu.
Pengarang kajian, Dr Wendy Norman berkata hasil kajian ini diharapkan dapat menggalakkan wanita yang berusia lebih 35 tahun untuk merancang keluarga mereka untuk mengurangkan risiko komplikasi.
Kajian yang dilakukan ke atas hampir 150,000 kelahiran di Kanada itu mendapati 12 hingga 18 bulan adalah tempoh masa yang ideal antara melahirkan dan hamil semula.
Para penyelidik juga mendapati bahawa:
Kehamilan kurang daripada 12 bulan selepas bersalin berisiko kepada wanita pada semua peringkat umur.
Wanita lebih 35 tahun yang hamil enam bulan selepas kelahiran sebelumnya mempunyai risiko 1.2% kematian ibu (12 kes bagi setiap 1,000 kehamilan)
Menunggu 18 bulan untuk kehamilan seterusnya mengurangkan risiko kepada 0.5% (lima kes setiap 1,000)
Wanita muda yang hamil enam bulan selepas kelahiran sebelumnya mempunyai risiko 8.5% (85 kes setiap 1,000) kelahiran pramatang.
Mereka menunggu 18 bulan untuk kehamilan seterusnya hanya berisiko sebanyak 3.7% (37 setiap 1,000)
Penulis utama kajian itu, Laura Schummers, berkata: “Kajian kami mendapati peningkatan risiko kepada ibu dan bayi apabila jarak kehamilan rapat, termasuk untuk wanita yang berumur lebih dari 35 tahun.
Walau bagaimanapun kajian itu melihat hanya satu populasi wanita – di Kanada – jadi tidak jelas sejauh mana ia akan berlaku di seluruh dunia.
Penyelidik Dr Sonia Hernandez-Diaz berkata penemuan itu memperlihatkan bahawa risiko yang berbeza untuk setiap kumpulan umur.
“Jarak kehamilan yang pendek mungkin mencerminkan kehamilan yang tidak dirancang, terutamanya dalam kalangan wanita muda.
Mandy Forrester, dari Royal College of Midwives, berkata kajian itu adalah penyelidikan yang berguna dan dipersetujui oleh penyelidikan terdahulu terhadap kajian terhadap jarak kelahiran.
Namun begitu, apa sahaja keputusan tetap menjadi hak wanita. Tanpa mengira umur, semua wanita berhak menentukan jarak kehamilan mereka. Apa yang penting ialah mereka tahu dan sedar tentang risiko yang bakal mereka hadapi jika tidak merancang untuk hamil semula.
Para profesional kesihatan juga akan sentiasa menyokong wanita dalam apa sahaja pilihan mereka. Mereka juga akan mendapatkan sokongan yang diperlukan untuk diri dan kehamilan mereka.
Berbicara mengenai topik yang sama, seorang pakar tempatan turut berkongsi maklumat mengenai jarak kehamilan. Berikut adalah perkongsian Dr Muhammad Izzat di laman Twitternya.
Faktor yang perlu dilihat untuk buat keputusan yang baik ialah umur ibu, berapa ramai anak yang dimahukan, komplikasi semasa mengandung dan kelahiran anak yang sebelumnya, cara kelahiran, kebolehan menghilangkan berat badan dan lain-lain faktor.
Menurut Dr Aizat dia biasanya akan menasihatkan pesakitnya untuk menunggu sekitar dua tahun. Dua tahun dicadangkan untuk mengurangkan risiko parut pecah (scar rupture) buat ibu yang pernah bersalin melalui pembedahan.
Namun, jika si ibu tidak pernah berhadapan dengan masalah kehamilan terdahulu mereka boleh mencuba untuk mengandung semula seawal setahun selepas bersalin. Walau bagaimanapun risiko akan menjadi lebih rendah jika mereka menunggu sehingga 18 bulan untuk hamil selepas kelahiran sebelumnya.
Mengapa ibu tidak disarankan mengandung dekat-dekat? – Anemia disebabkan kurang zat besi – Tingkatkan risiko untuk kelahiran pramatang – Tidak sempat nak kuruskan badan – Susu berkurang kalau menyusukan bayi ketika mengandung – Saiz bayi boleh mengecil
Buat ibu yang pernah melahirkan anak pramatang adalah dinasihkatkan untuk menjaga jarak kehamilan sekurang-kurangnya 18 bulan. Untuk wanita yang sudah berusia pula, jarak 12 bulan boleh dipertimbangkan.
Tambahnya lagi, kalau boleh jangan mengandung jika anak masih kecil sekitar umur 6 bulan. Dinasihatkan agar jarak untuk kehamilan seterusnya ialah sekitar 12-18 bulan bergantung kepada individu.