KUALA LUMPUR – Sebanyak 50 buah motosikal dan 4 kereta musnah 100 peratus dalam kebakaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri Kuala Lumpur, dalam kejadian awal pagi 4 Mac.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan dalam satu kenyataan, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 4.22 pagi.

Menurut kenyataan, kebakaran melibatkan sebuah bengkel separuh kekal di Blok C PPR berkenaan dan merebak ke kawasan parkir.
“Kebakaran telah memusnahkan motosikal dan kenderaan di kawasan parkir blok berkenaan.”

“Pasukan bomba mengambil masa kira-kira tujuh minit bagi mengawal kebakaran dengan menggunakan dua aliran bantu mula,” katanya dalam kenyataan itu.
Seramai 15 anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang dan Gombak Selatan telah dikejarkan ke lokasi, menurut kenyataan itu.

“Semua motosikal serta kereta yang terbabit didapati telah terbakar 100 peratus. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini,” tambahnya.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Tonton video di sini.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: