26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupGara-gara pakaikan gelang emas, tangan anak berusia 3 bulan tiba-tiba jadi mengecil

Gara-gara pakaikan gelang emas, tangan anak berusia 3 bulan tiba-tiba jadi mengecil

Antara perkara yang tidak boleh dipisahkan daripada wanita ialah barang perhiasan. Memang sudah menjadi sifat semula jadi wanita untuk suka akan perhiasan seperti barang kemas. Mereka bukan sahaja suka memakai malah ramai yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan koleksi terbaru.

Mereka juga bukan hanya memakai emas untuk diri sendiri tetapi mereka juga suka memakaikannya kepada anak-anak perempuan mereka supaya nampak lebih cantik dan berseri.

Begitu juga halnya dengan perkongsian kali ini daripadan seorang pengguna Facebook, Cik Puan Auni ini, gara-gara hendak melihat anak perempuannya nampak cantik, lalu dipakaikannya gelang emas.

Namun begitu, siapa sangka lain pula yang terjadi. Apa yang berlaku ialah setelah beberapa bulan si kecil itu memakai gelang tersebut sesuatu telah berlaku kepadanya.

Berikut adalah perkongsian Cik Puan Auni dan diharapkan semua orang boleh mengambil iktibar di sebalik apa yang berlaku.

“Penantian menunggu anak kedua selepas empat tahun. Alhamdulillah dapat bayi perempuan diberi nama Puteri Alice Kayyisa. Bagi Alice pakai gelang dari umur dia tiga bulan. Setiap bulan akan laraskan saiz gelang dia.

“Tapi bulan lepas saja rasa nak cuci gelang Alice sebab nampak berdaki. Apa yang jadi bila buka gelang Alice, tangannya mengecil pada pergelangan tangan walaupun gelang boleh gerak-gerak.

“Nasib la buka nak cuci… kalau tak, tak tahu apa jadi. Allah gerakkan hati untuk buka,” katanya pada perkongsian tersebut.

Tambah wanita itu, dia kemudian segera membawa anak perempuannya itu membuat pemeriksaan di klinik kerana bimbang keadaan tersebut memberi kesan jangka panjang.

“Doktor cakap jangan bagi bayi pakai gelang, rantai atau sebagainya sebab ganggu tumbesaran bayi. Bayi membesar sewaktu dia tidur. Allah, seriau darah dengar. Kalaulah tak buka cuci, tentu lagi teruk,” katanya lagi.

Menurutnya, selepas mendengar nasihat doktor, dia segera mengambil tindakan menanggalkan rantai tangan tersebut kerana fobia melihat keadaan pergelangan tangan anaknya itu.

“Tangan Alice dah makin sembuh. Tangan dah tak mengecil. Gelang ni nampaknya simpan sajalah. Tunggulah besar sikit, baru nak bagi pakai semula.

Wanita tersebut segera menanggalkan gelang tangannya selepas mendapat nasihat daripada doktor.

“Biasalah, sindrom mak-mak nak anak dara segak dan comel. Nampak comel pakai emas, pakai headband. Sumpah dah fobia.

“Jangan judge Auni, sebab Auni pun tak tahu akibat dia… mungkin ada yang pakai, tak jadi apa-apa… ada yang senasib dengan Auni.

“Niat nak kongsi agar ramai yang dapat info ini dan tak terima nasib macam ni. Tak ada niat nak menunjuk. Cuma sebagai mak-mak, memang tak dinafikan teruja bila dapat anak perempuan…. mulalah nak berhias. Tak salah, cuma jangan lalai saja. Nasib baik Allah gerakkan hati untuk buka,” katanya lagi.

Cik Puan Auni juga berharap agar ibu-ibu muda di luar sana menerima perkongsiannya dengan hati yang terbuka. Apa yang berlaku memang di luar jangkaannya dan dia sendiri tidak tahu perkara buruk boleh menimpa anaknya. Selepas kejadian itu barulah dia sedar apa yang dilakukan adalah salah. Tidak salah memakaikan anak dengan gelang, tetapi perlu lebih berhati-hati.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI