32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 10, 2026
Utama Blog Laman 197

“Dia datang dan terus tampar muka saya,”- gadis dikasari rakan serumah kerana masak awal pagi

0

Setiap orang punyai ‘perangai’ masing-masing. Tidak hanya itu, kita sendiri juga sangat berbeza antara satu sama lain. Ada perkara yang kita suka, dan ada perkara yang sangat tidak kita gemari dan menjadi ‘pantang’ kalau ada orang yang melakukannya di hadapan kita.

Perbezaan seperti itulah yang membuatkan ada antara kita yang sukar untuk hidup bersama dengan orang lain. Jangan kata untuk hidup bersama, kalau boleh duduk dekat pun tidak mahu. Namun, suka atau tidak keadaan kadangkala memaksa kita berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia yang membuatkan kesabaran kita sentiasa teruji.

Buat mereka yang duduk serumah dengan rakan serumah yang berbeza latar belakang pasti berhadapan dengan cabaran seperti ini. Namun, sebagai rakan serumah kita perlu cuba untuk memahami mereka dan bertolak ansur. Jika ada benda yang benar-benar tidak boleh diterima dilakukan, berbincanglah dengan baik supaya semua orang faham yang terjadi.

Namun begitu, tidak semua orang tidak memilih untuk berbincang malah terus bertindak atas perkara yang tidak mereka gemari. Misalnya seperti apa yang berlaku kepada seorang wanita ini, Vestene Wong, apabila dia ditampar oleh rakan serumahnya secara tiba-tiba kerana marah apabila tidurnya terganggu.

Vestene menceritakan kejadian yang menimpanya melalui Facebooknya dengan mengatakan bahawa kejadian itu berlaku pada Ahad, 5 Mac lalu. Ketika itu dia perlu bangun awal untuk menyediakan bekalan makanan yang akan dibawa bersama semasa melakukan aktiviti mendaki.

Difahamkan, Vestene tinggal bersama tiga penyewa lain iaitu dua penyewa lelaki di tingkat atas dan dia serta seorang lagi penyewa tinggal di tingkat bawah.

“Saya merancang untuk pergi mendaki bersama kawan. Jadi saya pergi ke dapur untuk menyediakan bekalan makanan pada jam 5 pagi. Kurang dari 10 minit berada di dapur, dia (rakan serumah) datang ke dapur terus menampar muka saya kerana bunyi bising di dapur telah menyebabkan dia terjaga dari tidur.

“Dalam nada yang marah, dia menjerit dan melemparkan kata-kata kesat. Selain itu dia turut menyindir saya kenapa tak bawa dapur memasak itu ke ruang tamu.

“Saya terkejut, setahu saya dapur itu adalah ruang yang bebas digunakan oleh mana-mana penyewa. Lagipun itu kali pertama saya menggunakan dapur di awal pagi. Saya juga bertanya kepada pemilik rumah yang mengesahkan, tiada larangan menggunakan ruang dapur,” katanya.

Kesal dengan tindakan rakan serumahnya itu, Vestene menegaskan dia akan membuat laporan polis. Enggan mengaku kalah, wanita itu pula berkata dia tidak akan didakwa kerana dia akan meminta bantuan daripada peguam, malah akan menyaman Vestene kerana dia menghidap Anxiety.

Pada hari yang sama mangsa datang ke balai polis untuk membuat laporan. Rakan serumahnya turut hadir ke balai yang sama dengan membawa pil yang tidak berlabel, dengan mendakwa itu adalah pil untuk pesakit Anxiety. Ketika disoal oleh sarjan yang bertugas sama ada dia mempunyai kad khas bagi menunjukkan dia menghidap penyakit itu, dia gagal berbuat demikian dengan alasan Anxiety yang dihidapinya itu tidak begitu serius.

Sarjan berkenaan kemudian menuntut wanita itu memohon maaf kepada Vestene. Dia akur tetapi dengan cara yang tidak ikhlas.

“Saya bersedia untuk memohon maaf tetapi itu hal lain. Ya saya salah, tetapi dia juga tidak bertimbang rasa,” katanya.

“Secara jujurnya itulah permohonan maaf yang paling tidak ikhlas yang pernah saya terima. Saya malas nak membuang masa bercakap dengan orang yang tidak beradab. Saya terus balik.

“Tak sangka, dah tahun 2022 masih ada kejadian seperti ini berlaku. Saya faham, mungkin saya perlu memaklumkan kepada dia terlebih dahulu sebelum menggunakan dapur itu pada awal pagi. Ini pun kali pertama saya masak seawal jam 5 pagi dan dia pula memilih untuk tinggal di bilik yang berhadapan dengan dapur.

“Buat masa ini saya masih tinggal di rumah itu kerana ini adalah bulan terakhir saya menyewa di sini. Saya masih takut, saya harap dia tidak akan menyakiti saya,” katanya.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Perompak ‘solo’ tembak mati pengawal keselamatan dalam rompakan nekad bank di Puchong Prima berjaya ditahan

0

Pada petang 11 Mac, empat pengawal keselamatan yang sedang dalam proses kutipan tunai di sebuah bank di Puchong Prima telah diserang hendap oleh perompak yang bertindak nekad melakukan rompakan secara ‘solo’.

Kira-kira satu jam selepas rompakan nekad itu, suspek seorang lelaki berusia 38 tahun telah berjaya ditahan polis.

Dalam kejadian pada jam 5.50 petang 11 Mac, perompak itu menembak mati salah seorang daripada pengawal keselamatan di hadapan bank itu dan mencederakan seorang lagi, lapor New Straits Times.

Facebook

Ketika kejadian, empat pengawal keselamatan sedang mengawal dengan menaiki van keselamatan syarikat untuk mengutip wang tunai dari bank berkenaan.

Sebelum berlaku rompakan, dua pengawal keselamatan masuk ke dalam bank manakala seorang pengawal berada di luar dan pemandu van berada di dalam van.

Suspek yang bersenjata api melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan dan berjaya melarikan diri selepas merampas satu karung wang. 

Facebook

“Suspek dikatakan dengan tenang menghampiri van keselamatan, dan kemudian mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah dua pengawal keselamatan itu,” menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman kepada News Straits Times.

“Suspek menembak bahagian rusuk dan tulang belakang dua pengawal keselamatan itu. Selepas berjaya mengambil satu karung wang, suspek melarikan diri dengan kenderaan yang tidak dapat dipastikan,” katanya.

Pemandu van keselamatan sempat menarik seorang rakannya yang cedera ditembak di tulang belakang dan memandu sejauh 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

Facebook

Bagaimanapun, mangsa yang ditembak di tulang belakang meninggal dunia di dalam van keselamatan berkenaan.

Manakala seorang lagi rakan setugasnya yang cedera di rusuk dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kira-kira satu jam selepas rompakan itu, suspek berjaya dikesan dan ditahan di satu lokasi awam di Seksyen 24, Shah Alam pada jam 7 malam.

Facebook

“Sepucuk pistol, beberapa butir peluru dan sejumlah wang tunai yang disyaki wang rompakan turut ditemui,” kata Asisten Komisioner Abd Khalid Othman.

Menurutnya, jumlah wang yang berjaya dilarikan suspek masih dalam siasatan kerana bank pertama sudah mengesahkan wang mereka selamat, manakala sebuah bank lagi masih mengira kerugian.

Tambahnya, dengan penahanan suspek, polis percaya telah menyelesaikan beberapa kes samun di sekitar kawasan Shah Alam dan Subang Jaya, sambil memaklumkan suspek telah direman selama tujuh hari.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Ratu gimnas negara Farah Ann umum persaraan selepas 25 tahun dalam sukan gimnastik

0

Ratu gimnas negara berusia 27 tahun Farah Ann Abdul Hadi mengumumkan persaraannya selepas digugurkan daripada senarai akhir skuad gimnastik artistik wanita dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) akan datang.

Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Afrita Ariany Nasril, Farah tersingkir daripada senarai akhir selepas beliau gagal menjelaskan masa depannya bersama skuad kebangsaan.

farahann94/Instagram

“Dari awal, kami ada mendengar Farah Ann akan bersara dan kemudiannya mahu meneruskan tetapi untuk MGF, kami tidak boleh menunggu sehingga beliau memberi jawapan (mengenai masa depannya). Farah Ann telah menyuarakan hasratnya untuk bersara pada 2019 jadi mulai saat itu kami telah sudah menyediakan dua rancangan untuk Sukan SEA, iaitu Pelan A dengan Farah Ann dan Pelan B tanpa beliau dan kini kami memilih untuk menggunakan Pelan B di Hanoi,” jelas Afrita Ariany kepada Bernama.

Menerusi laman Instagram Farah Ann pada 12 Mac, gimnas artistik itu mengumumkan persaraannya daripada sukan gimnastik selepas mengabdikan usaha keras selama 25 tahun dalam hidupnya untuk sukan itu.

farahann94/Instagram

“25 tahun yang lalu seorang gadis kecil melakukan lompatan kepercayaan dan menyertai dunia gimnastik yang mencabar. Terpikat untuk menjadi seorang gimnas, saya memulakan perjalanan ini sebagai atlet yang akhirnya menjadi minat terbesar yang sebati dengan diri saya,” tulisnya.

Menceritakan pengalamannya dalam sukan itu, Farah Ann menyifatkan ia adalah tahun-tahun yang menakjubkan.

farahann94/Instagram

“Kini selepas 25 tahun yang menakjubkan menceburi sukan ini, akhirnya saya bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada seorang gimnas yang kompetitif,” tulisnya sambil mengucapkan terima kasih kepada sukan gimnastik atas kenangan dan pengalaman indah yang dilalui.

“Kepada semua yang saya temui sepanjang perjalanan, untuk semua bimbingan, kasih sayang dan sokongan, terima kasih. Ia adalah perjalanan sepanjang hidup, memberikan segala yang saya ada, semua cinta, semangat dan dedikasi saya.”

farahann94/Instagram

Farah Ann berkata walaupun telah bersara sebagai atlet, beliau berhasrat untuk meneruskan penglibatannya dalam dunia sukan dan gimnastik.

Farah melahirkan rasa gembira kerana bersara dengan kerelaan sendiri selepas mencapai impian dan matlamatnya yang menjadi kenyataan iaitu dapat bersaing di Sukan Olimpik. Farah adalah antara tiga gimnas Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik.

farahann94/Instagram

“Gimnastik akan sentiasa menjadi minat saya, dan saya berharap dapat memberikan sesuatu kembali kepada sukan yang benar-benar memberi saya begitu banyak. Saya mungkin akan bersara sebagai atlet tetapi saya akan sentiasa terlibat dalam dunia sukan,” katanya dalam catatan di Instagram.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Guna bahasa tidak formal untuk mohon kerja, seorang netizen ‘sekolahkan’ pencari kerja tidak profesional

0

Kalau dahulu orang ramai mencari pekerjaan dengan melihat pada iklan-iklan di surat khabar. Hari ini, seiring peredaran zaman sudah banyak saluran yang disediakan untuk memohon pekerjaan. Buka sahaja internet pelbagai laman web atau portal yang menghebahkan berita tentang jawatan kosong dan untuk memohon pekerjaan tersebut disediakan pelbagai cara yang mudah.

Ada yang perlu memohon melalui e-mail, ada yang perlu mengisi borang dalam talian dan ada juga lebih mudah dengan menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp (bergantung kepada syarikat atau individu yang bertanggungjawab).

Namun begitu, tidak kisahlah apa pun saluran atau caranya, setiap permohonan haruslah dilakukan dengan menggunakan bahasa rasmi dan sopan. Hal ini boleh memberi gambaran awal tentang cara kita bekerja- profesional atau sebaliknya.

Baru-baru ini tular beberapa gambar tangkapan skrin yang dimuat naik di Facebook oleh seorang wanita yang menunjukkan ‘perangai’ pencari kerja yang tidak profesional.

Pada 26 Februari, seorang wanita telah menghantar mesej kepada Farhana, 32, seorang ahli farmasi dan menghantar resume untuk memohon jawatan di farmasi. Walau bagaimanapun, ia agak “unik” kerana wanita itu turut memohon kerja untuk rakannya juga.

Bukan itu sahaja, malah bahasa yang digunakan juga sangat tidak formal dan profesional. Dia juga agak berterus terang dan menjawab soalan yang dikemukakan dengan menggunakan bahasa yang kurang sesuai dan sopan. Gaya tulisan yang menggunakan ‘shortform’ juga sangat tidak sesuai terutaman digunakan ketika memohon pekerjaan.

Beberapa hari kemudian pada 3 Mac, wanita itu menghantar mesej kepada Farhanah sekali lagi tanpa salam dan pada pukul 10 malam dan bertanya tentang perkembangan terkini permohonan kerjanya.

Ahli farmasi itu berpendapat bahawa memandangkan dia adalah junior dari universiti yang sama, dia mahu memberinya nasihat dan sedikit tunjuk ajar ketika memohon kerja. Antaranya ialah tidak menggunakan ‘shortform’, perkara yang perlu dielakkan bercakap dengan majikan, memberi salam yang betul dan mengekalkan profesionalisme.

Namun begitu, mesej panjang lebarnya yang penuh dengan nasihat dan tunjuk ajar telah diketepikan dengan hanya satu mesej berbunyi, “Ok bye thank you.”

Melihat kepada apa yang berlaku pasti boleh buatkan sesiapa sahaja berang. Sudahlah bahasa yang digunakan untuk meminta kerja tidak formal malah setelah nasihat diberikan individu tersebut langsung tidak menunjukkan dia menghargainya.

Nasihat kepada pencari kerja di luar sana, cuba dan belajar lah cara yang betul untuk memohon kerja. Setiap tindak-tanduk dan perkataan yang digunakan adalah cerminan kepada peribadi anda. Jika anda mahu diterima majikan, gunakan bahasa yang betul-betul profesional supaya majikan mendapat gambaran bagaimana anda bekerja nanti.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Ubah dan hias bilik tidak sampai sebulan, hasil tangan pemuda ini memang cukup mengagumkan!

0

Masih ingat dengan zaman ketika Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dua tahun lalu? Ketika itu tiada yang dibenarkan untuk keluar rumah kecuali atas urusan tertentu sahaja. Kerja pun semua dilakukan dari rumah. Mahu bersenam dan keluar berjalan di taman pun tidak dibenarkan sehingga ada yang membuat lawak dengan mengatakan mereka rindu untuk memakai kasut.

Ketika itu ramailah yang cuba melakukan pelbagai aktiviti di rumah. Ada yang mencuba resipi baru di media sosial, ada yang cuba melakukan hobi baru yang seperti bercucuk tanam dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk melakukan dekorasi rumah.

Misalnya pemuda bernama Fiq Said ini yang telah melakukan perubahan 360 darjah pada bilik tidurnya yang mana hasilnya cukup mengagumkan sesiapa yang melihatnya. Menurut kapsyennya pada status yang dimuat naik di Twitter, dia memaklumkan yang dia hanya mengambil masa 28 hari ketika PKP untuk mengubah suasana biliknya.

Jika dilihat pada video yang telah dimuat naik jelas sekali akan perubahan yang berlaku. Bukan calang-calang perubahan yang dilakukan… nampaknya dia memang punya bakat semula jadi!

Ruang biliknya bukan sahaja nampak lebih kemas, tetapi kelihatan lebih luas walaupun perabot yang diletakkan lebih banyak. Mungkin kerana warna putih yang dipilihnya berjaya menjadikan ruang lebih luas dan teratur. Tidak hanya itu, jika diperhatikan dia menggunakan jenis katil dua tingkat, jadi ruang bawah boleh digunakan untuk dijadikan ruangan kerja.

Tidak hanya itu, ada beberapa ruangan lain yang turut mengalami perubahan. Jom tonton sendiri video yang telah dimuat naik, mana tahu anda mungkin boleh mendapatkan idea untuk dekorasi bilik anda nanti?

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Terkena renjatan elektrik akibat pemanas air bermasalah, pasangan suami isteri ditemui maut dalam bilik air

0

Sepasang suami isteri ditemui maut di lantai bilik air rumah mereka di Taman Puncak Teringkap, Cameron Highlands pada 10 Mac, selepas dipercayai terkena renjatan elektrik.

Pasangan suami isteri berkenaan ditemukan tidak bergerak semasa pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

Anggota bomba terpaksa dipanggil masuk untuk membuka pintu kerana mangsa menghalangnya. Sebaik bekalan elektrik di rumah itu diputuskan, penyiasat baru dapat memeriksa keadaan mangsa.

Facebook

Kedua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika suami yang berusia 46 tahun sedang mandi dengan pemanas air dihidupkan sebelum terkena renjatan elektrik dan pengsan.

“Kemudian isteri mangsa terdengar bunyi bising dari bilik air dan pergi memeriksa apa yang berlaku sebelum menjerit dan meminta anak perempuannya yang berusia 10 tahun membawa sebatang kayu untuk cuba menyelamatkan suaminya,” kata Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf kepada media.

Facebook

Kayu itu digunakan sebagai penebat elektrik untuk memutuskan sambungan arus elektrik daripada lelaki itu.

“Bagaimanapun, wanita itu turut terkena renjatan elektrik sebelum tidak sedarkan diri dan anak perempuan mereka kemudian membuat panggilan kecemasan untuk melaporkan kejadian itu,” menurutnya.

Siasatan awal mendapati terdapat kesan melecur pada tapak tangan wanita berusia 35 tahun itu.

Facebook

Pasangan suami isteri itu dipercayai terkena arus elektrik dari pemanas air elektrik yang bermasalah.

Siasatan tidak menemui unsur jenayah dalam kejadian itu. Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata, Pahang untuk bedah siasat.

Pasangan itu dilaporkan berasal dari Sarawak dan bekerja sebagai pekerja ladang. Mereka mempunyai orang tiga anak, dua lelaki yang berusia dua dan lapan tahun, serta anak perempuan mereka yang melaporkan kejadian berusia 10 tahun.

Facebook

Tiga beradik itu telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lapor Bernama.

Kejadian mangsa maut terkena renjatan elektrik ketika menggunakan pemanas air bukan pertama kali dilaporkan.

Twitter

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menggunakan pemanas air elektrik semasa berada di dalam bilik air. 

Ikuti langkah keselamatan penggunaan pemanas air elektrik yang berikut bagi mengelak tragedi berulang:

Twitter

Pastikan anda melakukan penyelenggaraan pemanas air elektrik secara berkala bagi memastikan keselamatan anda dan keluarga di rumah sentiasa terpelihara.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

13 SOP individu di Malaysia perlu patuhi selepas Fasa Endemik bermula 1 April

0

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan peralihan Malaysia menuju ke Fasa Endemik berkuat kuasa 1 April, dalam sidang media di Parlimen pada 8 Mac.

Pada 9 Mac, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengumumkan SOP terkini untuk rakyat apabila negara secara rasmi beralih ke fasa endemik. Berikut ialah senarai SOP yang anda perlu ikuti, berkuat kuasa 1 April 2022.

Twitter

1. Penggunaan pelitup muka masih diwajibkan di tempat awam kecuali di kawasan lapang tanpa orang ramai.

2. Daftar masuk melalui MySejahtera masih WAJIB, kecuali kawasan lapang tanpa orang ramai.

3. Mereka yang berminat untuk mengekalkan status “vaksinasi lengkap” (berumur 60 tahun ke atas, penerima Sinovac berumur 18 ke atas untuk dua dos pertama) mesti menerima suntikan dos penggalak sebelum 1 April.

4. Solat Jemaah di surau dan masjid dibenarkan tanpa sebarang penjarakan fizikal.

5. Kelab malam akan kekal ditutup.

6. Perniagaan terpilih serta berkaitan akan dibenarkan beroperasi selama 24 jam dan tanpa had masa.

Twitter

7. Pengembara yang dikuarantin di Malaysia boleh menamatkan tempoh isolasi pada 1 April.

8. Kanak-kanak dan remaja di bawah 17 tahun tidak perlu menjalani kuarantin, tanpa mengira status vaksinasi mereka tetapi wajib menjalani ujian RTK-antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

9. Pengembara yang tidak menerima vaksinasi dan yang separa vaksinasi perlu diasingkan selama 5 hari.

10. Dokumen yang berkaitan diperlukan bagi mereka yang dikecualikan daripada menerima vaksinasi Covid-19.

11. Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi anda.

12. Pil antiviral, PAXLOVID, akan dipreskripsi kepada individu yang sedang pulih daripada virus Covid-19.

13. Orang ramai masih digalakkan bekerja dari rumah bagi membendung penularan virus Covid-19 di tempat kerja.

Memandangkan sudah tiba masanya untuk semua orang hidup dengan virus Covid-19, ini tidak bermakna anda boleh mengambil ringan kelonggaran dan SOP yang dikemukakan.

Teruskan mengamalkan SOP dan normal baharu demi membendung penularan Covid-19.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Penghantar makanan berjaya memecut motosikal selamatkan diri selepas nyaris diterkam harimau di Terengganu

0

Sebagai pekerja penghantaran makanan, sudah menjadi perkara biasa apabila terdapat pelbagai halangan dan bahaya yang perlu mereka tempuhi setiap hari.

Seorang rider Foodpanda baru-baru ini berkongsi pengalaman ngeri hampir diserang harimau semasa dia sedang bertugas menghantar makanan.

Mohd Shafiq Mamat menceritakan detik cemas itu kepada Sinar Harian, di mana insiden berlaku pada malam Rabu (9 Mac) berhampiran kawasan di Taman Bersekutu di Kampung Paya Dusun, Dungun, Terengganu.

Facebook

“Kejadian berlaku kira-kira jam 8:30 malam ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Permint Indah yang terletak kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian,” jelasnya.

“Saya tidak pasti dari mana datangnya harimau itu kerana tiba-tiba sahaja dia sudah berada 5 meter di belakang saya dan saya terus memecut kelajuan motosikal itu sejauh 100 meter,” katanya.

Gambar Hiasan / Pixabay

“Saya tak sangka haiwan itu sempat mengejar sehingga betul-betul di sebelah motosikal saya. Saya sempat menoleh harimau itu dan dia kelihatan seperti mahu menerkam saya,” tambahnya.

Mohd Shafiq yang sudah hampir dua tahun bekerja sebagai penghantar makanan berkata, kejadian itu merupakan pengalaman paling ngeri yang pernah dialaminya semasa bekerja sebagai seorang rider. Dia pada mulanya melaporkan pengalaman itu dalam hantaran di Facebook.

Facebook

“Sebelum ini, pernah dikejar anjing tetapi itu perkara biasa. Kali ini dikejar harimau agak luar biasa dan ngeri. Sepanjang malam saya tidak dapat tidur memikirkan kejadian yang saya dialami. Saya rasa serik dan takut untuk melalui kawasan itu. Namun, saya tidak boleh menolak rezeki sekiranya saya terpaksa melalui jalan itu sekali lagi,” katanya yang masih trauma.

Menurut Mohd Shafiq, dia sudah memaklumkan insiden itu kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Taman Bersekutu dan laporan telah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu untuk tindakan lanjut.

YouTube

Sementara itu, Pengarah Hidupan Liar Terengganu, Loo Kean Seong berkata kakitangan jabatan itu telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan membuat pemantauan.

“Saya berharap kejadian sebegini akan dilaporkan dengan segera kepada pihak Perhilitan dan bukan hanya dikongsi di media sosial. Lebih cepat laporan dibuat, maka ia akan dapat memudahkan siasatan,” katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Air setinggi 1 inci boleh bahayakan kanak-kanak, ketahui cara elakkan anak lemas dalam bilik air

0

Bunyinya kedengaran seperti aneh sahaja tetapi ketahuilah bahawa kejadian lemas di bilik air boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Kejadian kanak-kanak lemas dalam bilik air sebenarnya bukan isu baru jadi ianya tidak seharusnya dipandang remeh terutama oleh ibu bapa yang memiliki anak kecil.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa kanak-kanak berisiko lemas walaupun kedalaman air hanya sekitar satu inci atau kurang daripada 2.5cm. Ya, hanya setinggi itu anak kecil kita boleh berhadapan dengan risiko lemas jika ditinggalkan sendirian!

Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan berhati-hati dengan keadaan anak dan bilik mandi. Berikut adalah ulasan dan perkonsian oleh Dr Kamarul Ariffin di Facebook miliknya tentang cara elakkan risiko anak lemas di bilik air.

CARA ELAK RISIKO ANAK LEMAS DALAM BILIK AIR:

Ibu bapa kena tahu hal ini. Kanak-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter.

Ada beberapa perkara kita perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air, antaranya:

1. ELAK TINGGAL ANAK MANDI SENDIRIAN

Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.

2. TERDAPAT RISIKO TERGELINCIR

Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.

3. SIMPAN BEKAS TAKUNGAN AIR

Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.

4. TUTUP BEKAS TAKUNGAN AIR

Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.

5. TUTUP PINTU BILIK AIR

Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.

Semoga bermanfaat! Nanti kita belajar sikit tentang CPR untuk bayi pula, ya?

Sumber: Facebook

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Resipi mudah buat ‘jeruk’ segera yang mudah dan paling penting lebih sihat!

0

Ramai antara kita yang suka makan makanan masam, termasuk jeruk. Kalau boleh setiap hari hendak mengunyah jeruk asam sambil menonton TV. Namun begitu, sesedap mana pun jeruk kadangkala boleh buatkan tekak mula sakit. Apa yang lebih teruk ada yang mula sakit perut ekoran kandungan asid yang terlalu tinggi barangkali.

Bayangkan kalau ada jeruk yang lebih sihat untuk dinikmati? Pasti lebih menyeronokkan! Mana tidaknya, kali ini hendak makan jeruk pun tidak perlu memikirkan akibatnya atau risau tekak akan sakit.

Selain lebih sihat, jeruk ini juga mudah sahaja untuk dibuat. Jom ikuti resepi jeruk sihat yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal di Facebook. Selepas ini anda boleh buat sendiri berapa banyak pun jeruk yang anda mahu!

RESIPI ‘JERUK’ SEGERA VERSI LEBIH SIHAT.

Ini ‘jeruk’ 12 jam siap yang paling saya suka. Tak payah risau sakit tekak lepas makan, atau sakit dada, effect segera lepas makan bagi mereka yang memang ada allergies.

Disebabkan selalu sakit dada dan batuk lepas makan jeruk beli, saya memang jarang sangat makan kecuali yang buat sendiri. Terbiasa sampai sekarang, sebab memang cukup suka jeruk masam manis ni.

Bila belajar tentang fungsi cuka seperti Cuka Epal sebagai probiotik dan madu sebagai prebiotik, saya suka sangat bila apply ilmu tu dalam penyediaan makanan/minuman. Salah satunya, sebagai ‘jeruk’ ni.

Ya, ia bukan jeruk sebenar pun sebab tak melalui fermentation process pun kan. Cuma guna bahan yang dah melalui proses fermentation iaitu Cuka Epal. Ini hanya jeruk segera.

‘JERUK’ BUAH 12 JAM AININI ZAINAL

BAHAN-BAHANNYA:

1. JAMBU BATU

  • 1 Jambu Batu, dicuci, dipotong.
  • Bijinya tak perlu buang, ya. Ia BUKAN punca appendiks. Let’s learn, unlearn and relearn.

2. NENAS

  • 1 biji nenas, dikupas, dipotong, diambil empulur sekali.
  • Bahagian empulurlah paling banyak khasiat Bromelain yang bagus untuk badan. Tapi ramai suka buang. Yes, learn, unlearn and relearn.

3. CUKA EPAL

  • 5 sudu besar Cuka Epal.
  • Kaya probiotik. Jika nak dapatkan, cari yang berkeladak. Bukan yang jernih.

4. MADU

  • 3, 4 sudu besar madu.
  • Madu adalah prebiotik yang amat kaya antibacterial, antivirus, antiinflammatory properties.

5. GARAM HIMALAYA

  • ½ sudu teh Garam Himalaya.
  • Garam Himalaya kaya mineral, berbanding Garam Putih.

PENYEDIAANNYA:

  1. Gaul semuanya dan simpan dalam balang kaca. Elakkan balang plastik kerana cuka epal berasid, boleh bertindak balas dengan plastik.
  2. Simpan balang dalam peti sejuk semalaman. Esok boleh makan.
  3. Airnya boleh dicampur dengan air kosong. Jadikan minuman sihat, berperisa jambu batu & nanas, manis, masam, masin ala ala Asam Boi.
  4. Jeruk kaya prebiotik, probiotik, vitamin C, antivirus, antibakteria, antiradang.
  • Memang cuka dan madu saya guna tak banyak sebab nanti air dari buah juga akan keluar. Ini gambar selepas 12 jam. Tapi boleh adjust ikut suka kita, ya.
  • Sukatan pun boleh buat ikut suka.
  • Buah jenis lain yang lambat serap cecair, boleh biarkan 24-48 jam. Asalkan dalam peti ais

Semoga bermanfaat, tau. Jaga kesihatan, semua.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: