30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaBerita UtamaPerompak ‘solo’ tembak mati pengawal keselamatan dalam rompakan nekad bank di Puchong...

Perompak ‘solo’ tembak mati pengawal keselamatan dalam rompakan nekad bank di Puchong Prima berjaya ditahan

Pada petang 11 Mac, empat pengawal keselamatan yang sedang dalam proses kutipan tunai di sebuah bank di Puchong Prima telah diserang hendap oleh perompak yang bertindak nekad melakukan rompakan secara ‘solo’.

Kira-kira satu jam selepas rompakan nekad itu, suspek seorang lelaki berusia 38 tahun telah berjaya ditahan polis.

Dalam kejadian pada jam 5.50 petang 11 Mac, perompak itu menembak mati salah seorang daripada pengawal keselamatan di hadapan bank itu dan mencederakan seorang lagi, lapor New Straits Times.

Facebook

Ketika kejadian, empat pengawal keselamatan sedang mengawal dengan menaiki van keselamatan syarikat untuk mengutip wang tunai dari bank berkenaan.

Sebelum berlaku rompakan, dua pengawal keselamatan masuk ke dalam bank manakala seorang pengawal berada di luar dan pemandu van berada di dalam van.

Suspek yang bersenjata api melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan dan berjaya melarikan diri selepas merampas satu karung wang. 

Facebook

“Suspek dikatakan dengan tenang menghampiri van keselamatan, dan kemudian mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah dua pengawal keselamatan itu,” menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman kepada News Straits Times.

“Suspek menembak bahagian rusuk dan tulang belakang dua pengawal keselamatan itu. Selepas berjaya mengambil satu karung wang, suspek melarikan diri dengan kenderaan yang tidak dapat dipastikan,” katanya.

Pemandu van keselamatan sempat menarik seorang rakannya yang cedera ditembak di tulang belakang dan memandu sejauh 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

Facebook

Bagaimanapun, mangsa yang ditembak di tulang belakang meninggal dunia di dalam van keselamatan berkenaan.

Manakala seorang lagi rakan setugasnya yang cedera di rusuk dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kira-kira satu jam selepas rompakan itu, suspek berjaya dikesan dan ditahan di satu lokasi awam di Seksyen 24, Shah Alam pada jam 7 malam.

Facebook

“Sepucuk pistol, beberapa butir peluru dan sejumlah wang tunai yang disyaki wang rompakan turut ditemui,” kata Asisten Komisioner Abd Khalid Othman.

Menurutnya, jumlah wang yang berjaya dilarikan suspek masih dalam siasatan kerana bank pertama sudah mengesahkan wang mereka selamat, manakala sebuah bank lagi masih mengira kerugian.

Tambahnya, dengan penahanan suspek, polis percaya telah menyelesaikan beberapa kes samun di sekitar kawasan Shah Alam dan Subang Jaya, sambil memaklumkan suspek telah direman selama tujuh hari.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI