30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita Utama"Dia datang dan terus tampar muka saya,"- gadis dikasari rakan serumah kerana...

“Dia datang dan terus tampar muka saya,”- gadis dikasari rakan serumah kerana masak awal pagi

Setiap orang punyai ‘perangai’ masing-masing. Tidak hanya itu, kita sendiri juga sangat berbeza antara satu sama lain. Ada perkara yang kita suka, dan ada perkara yang sangat tidak kita gemari dan menjadi ‘pantang’ kalau ada orang yang melakukannya di hadapan kita.

Perbezaan seperti itulah yang membuatkan ada antara kita yang sukar untuk hidup bersama dengan orang lain. Jangan kata untuk hidup bersama, kalau boleh duduk dekat pun tidak mahu. Namun, suka atau tidak keadaan kadangkala memaksa kita berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia yang membuatkan kesabaran kita sentiasa teruji.

Buat mereka yang duduk serumah dengan rakan serumah yang berbeza latar belakang pasti berhadapan dengan cabaran seperti ini. Namun, sebagai rakan serumah kita perlu cuba untuk memahami mereka dan bertolak ansur. Jika ada benda yang benar-benar tidak boleh diterima dilakukan, berbincanglah dengan baik supaya semua orang faham yang terjadi.

Namun begitu, tidak semua orang tidak memilih untuk berbincang malah terus bertindak atas perkara yang tidak mereka gemari. Misalnya seperti apa yang berlaku kepada seorang wanita ini, Vestene Wong, apabila dia ditampar oleh rakan serumahnya secara tiba-tiba kerana marah apabila tidurnya terganggu.

Vestene menceritakan kejadian yang menimpanya melalui Facebooknya dengan mengatakan bahawa kejadian itu berlaku pada Ahad, 5 Mac lalu. Ketika itu dia perlu bangun awal untuk menyediakan bekalan makanan yang akan dibawa bersama semasa melakukan aktiviti mendaki.

Difahamkan, Vestene tinggal bersama tiga penyewa lain iaitu dua penyewa lelaki di tingkat atas dan dia serta seorang lagi penyewa tinggal di tingkat bawah.

“Saya merancang untuk pergi mendaki bersama kawan. Jadi saya pergi ke dapur untuk menyediakan bekalan makanan pada jam 5 pagi. Kurang dari 10 minit berada di dapur, dia (rakan serumah) datang ke dapur terus menampar muka saya kerana bunyi bising di dapur telah menyebabkan dia terjaga dari tidur.

“Dalam nada yang marah, dia menjerit dan melemparkan kata-kata kesat. Selain itu dia turut menyindir saya kenapa tak bawa dapur memasak itu ke ruang tamu.

“Saya terkejut, setahu saya dapur itu adalah ruang yang bebas digunakan oleh mana-mana penyewa. Lagipun itu kali pertama saya menggunakan dapur di awal pagi. Saya juga bertanya kepada pemilik rumah yang mengesahkan, tiada larangan menggunakan ruang dapur,” katanya.

Kesal dengan tindakan rakan serumahnya itu, Vestene menegaskan dia akan membuat laporan polis. Enggan mengaku kalah, wanita itu pula berkata dia tidak akan didakwa kerana dia akan meminta bantuan daripada peguam, malah akan menyaman Vestene kerana dia menghidap Anxiety.

Pada hari yang sama mangsa datang ke balai polis untuk membuat laporan. Rakan serumahnya turut hadir ke balai yang sama dengan membawa pil yang tidak berlabel, dengan mendakwa itu adalah pil untuk pesakit Anxiety. Ketika disoal oleh sarjan yang bertugas sama ada dia mempunyai kad khas bagi menunjukkan dia menghidap penyakit itu, dia gagal berbuat demikian dengan alasan Anxiety yang dihidapinya itu tidak begitu serius.

Sarjan berkenaan kemudian menuntut wanita itu memohon maaf kepada Vestene. Dia akur tetapi dengan cara yang tidak ikhlas.

“Saya bersedia untuk memohon maaf tetapi itu hal lain. Ya saya salah, tetapi dia juga tidak bertimbang rasa,” katanya.

“Secara jujurnya itulah permohonan maaf yang paling tidak ikhlas yang pernah saya terima. Saya malas nak membuang masa bercakap dengan orang yang tidak beradab. Saya terus balik.

“Tak sangka, dah tahun 2022 masih ada kejadian seperti ini berlaku. Saya faham, mungkin saya perlu memaklumkan kepada dia terlebih dahulu sebelum menggunakan dapur itu pada awal pagi. Ini pun kali pertama saya masak seawal jam 5 pagi dan dia pula memilih untuk tinggal di bilik yang berhadapan dengan dapur.

“Buat masa ini saya masih tinggal di rumah itu kerana ini adalah bulan terakhir saya menyewa di sini. Saya masih takut, saya harap dia tidak akan menyakiti saya,” katanya.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI