25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupGuna bahasa tidak formal untuk mohon kerja, seorang netizen 'sekolahkan' pencari kerja...

Guna bahasa tidak formal untuk mohon kerja, seorang netizen ‘sekolahkan’ pencari kerja tidak profesional

Kalau dahulu orang ramai mencari pekerjaan dengan melihat pada iklan-iklan di surat khabar. Hari ini, seiring peredaran zaman sudah banyak saluran yang disediakan untuk memohon pekerjaan. Buka sahaja internet pelbagai laman web atau portal yang menghebahkan berita tentang jawatan kosong dan untuk memohon pekerjaan tersebut disediakan pelbagai cara yang mudah.

Ada yang perlu memohon melalui e-mail, ada yang perlu mengisi borang dalam talian dan ada juga lebih mudah dengan menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp (bergantung kepada syarikat atau individu yang bertanggungjawab).

Namun begitu, tidak kisahlah apa pun saluran atau caranya, setiap permohonan haruslah dilakukan dengan menggunakan bahasa rasmi dan sopan. Hal ini boleh memberi gambaran awal tentang cara kita bekerja- profesional atau sebaliknya.

Baru-baru ini tular beberapa gambar tangkapan skrin yang dimuat naik di Facebook oleh seorang wanita yang menunjukkan ‘perangai’ pencari kerja yang tidak profesional.

Pada 26 Februari, seorang wanita telah menghantar mesej kepada Farhana, 32, seorang ahli farmasi dan menghantar resume untuk memohon jawatan di farmasi. Walau bagaimanapun, ia agak “unik” kerana wanita itu turut memohon kerja untuk rakannya juga.

Bukan itu sahaja, malah bahasa yang digunakan juga sangat tidak formal dan profesional. Dia juga agak berterus terang dan menjawab soalan yang dikemukakan dengan menggunakan bahasa yang kurang sesuai dan sopan. Gaya tulisan yang menggunakan ‘shortform’ juga sangat tidak sesuai terutaman digunakan ketika memohon pekerjaan.

Beberapa hari kemudian pada 3 Mac, wanita itu menghantar mesej kepada Farhanah sekali lagi tanpa salam dan pada pukul 10 malam dan bertanya tentang perkembangan terkini permohonan kerjanya.

Ahli farmasi itu berpendapat bahawa memandangkan dia adalah junior dari universiti yang sama, dia mahu memberinya nasihat dan sedikit tunjuk ajar ketika memohon kerja. Antaranya ialah tidak menggunakan ‘shortform’, perkara yang perlu dielakkan bercakap dengan majikan, memberi salam yang betul dan mengekalkan profesionalisme.

Namun begitu, mesej panjang lebarnya yang penuh dengan nasihat dan tunjuk ajar telah diketepikan dengan hanya satu mesej berbunyi, “Ok bye thank you.”

Melihat kepada apa yang berlaku pasti boleh buatkan sesiapa sahaja berang. Sudahlah bahasa yang digunakan untuk meminta kerja tidak formal malah setelah nasihat diberikan individu tersebut langsung tidak menunjukkan dia menghargainya.

Nasihat kepada pencari kerja di luar sana, cuba dan belajar lah cara yang betul untuk memohon kerja. Setiap tindak-tanduk dan perkataan yang digunakan adalah cerminan kepada peribadi anda. Jika anda mahu diterima majikan, gunakan bahasa yang betul-betul profesional supaya majikan mendapat gambaran bagaimana anda bekerja nanti.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI