26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 11, 2025
Utama Blog Laman 181

Permohonan MyKid kini dibuka semula! Ini adalah dokumen diperlukan dan cara permohonan

0

Ramai ibu bapa yang baru menimang cahaya mata masih belum berjaya untuk mendapatkan kad pengenalan MyKid untuk bayi mereka. Biasanya bayi baru lahir sudah boleh mendapatkan MyKid merah jambu mereka selepas dilahirkan tetapi sejak tahun lalu bayi baru lahir hanya diberikan sijil lahir sahaja semasa membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Atas sebab tertentu, JPN telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka melakukan penangguhan pengeluaran permohonan MyKid sehingga Mac 2022 bagi memberi laluan penambahbaikan MyKid itu sendiri.

Apakah Itu MyKid?
MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

    Cara Permohonan MyKid
    My Kid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Terkini, permohonan MyKid 2022 sudah dibuka semula bermula 4 April 2022. Jadi, ibu bapa yang memiliki bayi sudah boleh melakukan permohonan MyKid buat bayi mereka. Apa yang lebih baik permohonan boleh dilakukan secara ‘walk-in’ sahaja dan tidak memerlukan sebarang temujanji.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan MyKid anak di JPN dan dokumen yang diperlukan.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan bapa.
  2. Salinan kad pengenalan ibu.
  3. Salinan sijil lahir.
  4. Salinan sijil kahwin ibu bapa.

Dokumen asli yang perlu dibawa bersama:

  1. Sijil kahwin ibu bapa.
  2. Sijil lahir anak.

Bayaran
Tiada bayaran dikenakan

Berikut adalah waktu operasi Cawangan JPN setiap daerah dan UTC:

Maklumat lanjut: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pandu Tesla secara ‘auto-pilot’, PDRM mulakan siasatan ke atas pasangan Singapura

0

Pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura sememangnya dinantikan oleh penduduk kedua-dua buah negara, sehingga deretan kenderaan memenuhi Woodlands Checkpoint sampai berlaku kesesakan pada pukul 12.00 tengah malam, 1 April lalu.

Sepasang warga Singapura telah berkongsi pengalaman mereka masuk ke Malaysia dan menuju ke utara dengan menaiki kereta elektrik Tesla Model 3.

Pada awal video tersebut, pasangan itu perlu menunggu kira-kira 45 minit selepas pukul 12.00 tengah malam yang lalu untuk melepasi Woodlands Checkpoint bagi memulakan perjalanan mereka.

TikTok

Setelah melepasi sempadan, mereka meneruskan perjalanan melalui beberapa kawasan sambil mengaktifkan mod ‘auto-pilot‘.

“Autopilot is so shiok here! Tesla owners, start planning your journey,” tulis pengendali TikTok itu dalam salah satu video yang dikongsi.

Dalam perkembangan terbaharu, portal Guang Ming Daily melaporkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka kertas siasatan berhubung video tular itu.

TikTok

Ketua Penolong Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Superintendan, Dr Bakri Zainal Abidin berkata, penggunaan fungsi pemanduan automatik boleh menyebabkan pemandu lalai dan tidak peka terhadap keadaan jalan raya.

“Dari perspektif PDRM, Malaysia pada masa ini tidak mempunyai peraturan atau undang-undang terhadap sistem pemanduan automatik, tetapi sistem ini tidak membantu pemandu menumpukan perhatian sepenuhnya pada pemanduan. Sistem tidak dapat memastikan jika ada pemandu yang duduk di dalam kenderaan.

“Ini mungkin menyebabkan pemandu kurang memberi perhatian kepada lalu lintas di sekeliling mereka, sebaliknya menghabiskan masa mereka dengan perkara lain yang mengganggu, seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu,” kata Bakri.

Menurut laporan portal Paultan.Org, Bakri turut mengingatkan pemandu bahawa Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya 1959 menetapkan sikap yang baik, berhati-hati dan menumpukan perhatian semasa memandu.

Beliau berkata walaupun semua kenderaan pada masa hadapan dilengkapi dengan fungsi pemanduan automatik, pemandu perlu sentiasa memberi perhatian dan peka dengan keadaan jalan raya, agar dapat mengambil alih tepat pada masanya dan mengelakkan kemalangan sekiranya sistem ini gagal.

“Apabila memandu, tumpuan mesti diberikan kepada jalan raya, kerana aliran trafik dan sikap pengguna jalan raya bermakna pengendali manusia masih diperlukan untuk mengendalikan dan memandu kenderaan itu,” tambahnya.

Beliau juga mengimbas kisah kemalangan di California pada 2019, yang mana pemandu Tesla menggunakan fungsi auto-pilot melanggar lampu merah dan merempuh kereta lain sehingga membunuh dua individu lain.

Akhirnya, pemandu itu didakwa dengan dua pertuduhan membunuh pada Januari, lapor The Guardian.

Bakri berkata kemalangan itu menunjukkan penggunaan teknologi pemanduan autonomi boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain berdasarkan keadaan lalu lintas dan jalan raya.

Mengenai kes pasangan warga Singapura itu, Bakri berkata tindakan mereka dilarang di Malaysia dan polis akan menggunakan Akta Pengangkutan Darat 1987 untuk melancarkan siasatan.

“Ciri auto-pilot dalam kenderaan Tesla membantu pemandu, tetapi ia tidak bermakna pemandu boleh melepaskan tangan sepenuhnya dari stereng dan tersilap berfikir bahawa sistem itu boleh mengawal kereta secara automatik dan selamat,” kata Bakri.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Cara betul simpan bawang supaya tahan lama dan tidak cepat busuk

0

Ramai antara kita yang suka membeli barang dapur dalam kuantiti yang banyak terutama mereka yang sibuk mahupun mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Buat mereka yang sibuk biasanya mereka membeli barang dapur dengan banyak kerana mereka tiada masa untuk berulang alik ke pasar raya setiap minggu.

Antara barang dapur yang paling penting ialah bawang kerana ia adalah barang asas yang sering digunakan dalam apa sahaja masakan. Tidak kira apa sahaja masakan atau menu yang disediakan, bawang adalah barang asas yang diperlukan.

Jadi, ramai yang akan membeli bawang dalam kuantiti yang banyak. Namun begitu, kadangkala bawang cepat rosak dan busuk. Hal ini membuatkan ramai suri rumah khususnya dalam keadaan dilema.

Sebenarnya terdapat cara menyimpan bawang yang boleh dilakukan supaya bawang tahan lama dan tidak cepat busuk. Berikut adalah cara yang betul menyimpan bawang supaya bawang sentiasa dalam keadaan baik:

Bawang Segar

  • Jangan simpan di dalam peti sejuk.
  • Cara simpan bawang yang betul adalah dengan meletakkannya di tempat yang terbuka dan kering.
  • Boleh letak di dalam bakul berlubang yang mempunyai pengaliran udara.
  • Jangan letak bawang di tempat tertutup, gelap, serta lembap.
  • Elak simpan bawang merah bercampur bersama dengan sayur lain, kerana tindakan tersebut boleh membuatkan bawang menjadi cepat busuk.

Bawang Dikupas

  • Cara simpan bawang merah atau bawang putih yang telah dikupas perlu lebih cermat kerana ia lebih mudah untuk rosak.
  • Jangan basuh bawang selepas dikupas kerana kelembapannya boleh menyebabkan bawang menjadi lembik dan cepat rosak.
  • Simpan bawang di dalam peti sejuk tetapi dalam masa yang sama pastikan bawang dikupas diletakkan di dalam bekas yang kedap udara supaya tidak dicemari oleh bahan makanan lain yang ada di dalam peti sejuk.

Bawang Kisar

  • Sama seperti menyimpan bawang dikupas, bawang yang telah dikisar perlu disimpan di dalam peti sejuk.
  • Boleh letakkan juga sedikit garam supaya bawang yang dikisar tidak berkulat.
  • Lebih baik jika bawang yang dikisar disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Hebat pelakon ni,” Anjing merangkak tengah jalan halang lalu lintas, pemandu teksi sangka lumpuh boleh jalan rupanya

0

Memperhatikan kelakuan haiwan memang boleh membuat anda berasa kasihan, sedih, tersenyum dan ketawa pada masa yang sama. Kalau anda tidak percaya, ini ada buktinya. 

Satu rakaman video telah menarik perhatian ramai apabila memaparkan perjalanan menyedihkan seekor anjing jalanan ketika dia terpaksa merangkak di tengah jalan dengan kaki belakangnya yang ‘lumpuh’. 

Facebook

Anjing ini mengheret kedua kaki belakangnya dengan penuh perasaan yang sangat kasihan.

Dia berada di tengah jalan yang sibuk dan mula menganggu lalu lintas.

Facebook

Perjalanan ‘anjing lumpuh’ ini cukup menyayat hati untuk membuat semua orang berasa luluh dan simpati.

Hendak mengalir air mata ni..

Facebook

Sehinggakan pemandu teksi itu memberhentikan kenderaannya demi memberi laluan kepada anjing yang ‘lumpuh’ kaki belakangnya. 

Facebook

“Kasihannya dia tidak boleh berjalan ya..,” mungkin itu kata hatinya yang terharu ketika melihat perjalanan anjing itu di dalam teksinya.

Tidak lama kemudian pemandu ini turun dari teksinya untuk membantu mengangkat dan mengalihkan anjing itu ke tepi jalan.

Facebook

Niat di hati si pemandu teksi yang sungguh murni dan tulus ikhlas, tiba-tiba bertukar eh!

Facebook

Anjing yang disangka lumpuh, rupa-rupanya elok sahaja dia boleh berjalan.

Dengan selamba dia boleh berjalan seperti biasa untuk memperdayakan semua orang dengan aksi lakonan mantap dan hebat.

Facebook

Ingatkan manusia sahaja yang pandai berlakon untuk meraih simpati, rupanya anjing ternyata lebih hebat lagi.

Facebook

Boleh ambil dia buat berlakon drama sinetron lepas ni.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kuda berlari cemas ikut belakang ambulans setelah adiknya dikejarkan ke hospital veterinar

0

Siapa kata hanya manusia yang tahu berkasih sayang bahkan ada haiwan juga memiliki yang bersifat sama. Seperti kuda yang dikatakan memiliki pelbagai sifat dan karakter menyerupai manusia.

Satu rakaman video penuh emosi memaparkan tindakan cemas seekor kuda yang tular baru-baru ini di media sosial, ketika dia dilihat berlari di belakang sebuah ambulans.

Twitter

Apabila seseorang yang rapat dengan kita ditimpa kesakitan atau kemalangan, kita sebagai manusia cenderung untuk berasa sedih, begitu juga haiwan seperti kuda dalam video ini.

Video perkongsian pegawai Perkhidmatan Hutan India Susanta Nanda di Twitter dengan kapsyen, “Kuda ini berlari di belakang ambulans yang membawa adiknya yang sakit ke hospital veterinar di Udaipur, India.” 

Twitter

“Hospital menjaga kedua-duanya sehingga kuda betina itu pulih. Dan pada mulanya kami fikir haiwan kurang berperasaan tidak seperti kami…”

Dalam video itu, kelihatan seekor kuda berlari di belakang ambulans dalam keadaan cemas dan dramatik.

Twitter

Menurut pegawai IFS, kuda ini berlari di belakang ambulans kerana adik perempuannya telah jatuh sakit dan terpaksa dikejarkan ke hospital veterinar di Udaipur untuk menjalani rawatan.

Ramai yang menonton video ini menjadi terharu dan tersentuh hati apabila melihat kasih sayang kuda itu terhadap adiknya, serta meninggalkan komen:

Twitter

“Saya tidak fikir haiwan kurang berperasaan. Semua haiwan menunjukkan perasaan mereka yang tulen, dan tidak tercemar. Dan mereka berkasih sayang, jadi kita mesti menyayangi haiwan.”

Oleh itu, jangan memperlekehkan kasih sayang haiwan sehingga ada manusia yang sanggup mendera mereka, kerana perasaan haiwan agak sama juga adilnya dengan perasaan kita.

Twitter

Haiwan juga tahu untuk merasai perasaan cemas dan bimbang.

Tonton video di bawah:

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Waktu kecemasan tertinggal dompet pula, cara keluarkan wang tunai di mesin ATM tanpa guna kad

0

Pernah terjadi bila anda keluar rumah dan tiba-tiba baru perasan dompet dengan kad ATM di dalamnya telah tertinggal di rumah. Tambah bila sudah sampai ke destinasi dan anda berada di hadapan mesin ATM untuk mengeluarkan wang.

Tapi tidak perlu bimbang dan tidak perlu patah balik ke rumah pun. Anda boleh keluarkan saja wang dari akaun tanpa menggunakan kad dan urusan boleh sahaja diteruskan dengan beberapa langkah seperti perkongsian Azlan Salim ini.

Facebook

Azlan berkongsi mengeluarkan wang tunai tanpa kad di ATM Maybank.

Cara keluarkan wang tunai di mesin ATM tanpa guna kad.

Tanpa kad bank anda boleh keluarkan wang tunai. Perkara terpenting, anda mempunyai telefon pintar di tangan dan ATM Maybank di hadapan mata. Maybank memudahkan caranya:

1. Masuk ke aplikasi Maybank2u, di bahagian bawah, klik “Mobile”. Kemudian pilih “Cardless ATM Withdrawal”

Facebook

2. Pilih akaun mana yang hendak keluarkan wang.

Facebook

3. Masukkan “Nombor Telefon” yang ingin anda keluarkan wang.

  • Boleh beri kepada anak kalau mereka hendak tunai.
  • Boleh beri kepada isteri kalau dia hendak membeli-belah.
  • Paling penting mesti ada ATM Maybank berdekatan mereka.
  • Untuk kes tertinggal dompet macam ini, masukkan nombor telefon sendiri.
Facebook

4. Pilih jumlah yang hendak dikeluarkan. Ada pilihan RM100, RM200 dan RM300 sahaja.

Facebook

5. Selepas itu, akan keluar ‘summary’. Kalau okay, tekan “Agree & Request TAC”

Facebook

6. Jadi apabila sudah selesai bahagian di aplikasi “Maybank2u”, Maybank akan menghantar SMS kepada nombor telefon yang anda letak tadi.

Facebook

7. Nanti penerima akan menerima “16 atau 17 Digit” nombor transaksi dari SMS Maybank.

Facebook

8. Pergi ke mesin ATM Maybank, pilih bahasa dan kemudian tekan “Pengeluaran Tanpa Kad”.

  • Rujuk SMS tadi dan masukkan “16 Atau 17 digit” nombor transaksi.
  • Kemudian tekan “Ya”.
  • Tunggu Maybank akan hantar SMS “6 Digit” pin.
Facebook

9. Rujuk 6 Digit Pin pada SMS dan masukkan nombor pin berkenaan di ATM dan tekan “Ya”.

Facebook

10. Dan urusan pun selesai, anda sudah berjaya mengeluarkan wang tunai tanpa menggunakan kad ATM.

Facebook

SMS ini anda akan dapat selama hendak membuat pengeluaran tanpa kad.

Facebook

Semoga info hasil perkongsian Mohd Azlan Salim ini memberi manfaat.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kartunis manga terkenal Jepun, Fujiko Fujio A, meninggal pada usia 88 tahun

0

TOKYO: Artis manga terkenal Jepun, Fujiko Fujio A, yang popular dengan kartun digemari kanak-kanak termasuk ‘Ninja Hattori’ dan ‘Little Ghost Q-Taro’ meninggal dunia pada usia 88 tahun, lapor media tempatan semalam.

Menurut stesen penyiar swasta TBS dan beberapa laporan media yang lain, pelukis dengan nama sebenarnya Motoo Abiko itu ditemui di luar kediamannya dekat Tokyo semalam.

This picture taken on October 29, 2008 shows Japanese manga artist Fujiko Fujio A, whose real name is Motoo Abiko, in Tokyo. – Famed Japanese manga artist Fujiko Fujio A, known for beloved children’s cartoons including Ninja Hattori and Little Ghost Q-Taro, has died aged 88, local media reported on April 7, 2022. (Photo by JIJI PRESS / AFP) / Japan OUT

Polis bagaimanapun enggan mengesahkan laporan itu kepada AFP, namun ramai pelukis dan mereka yang berada industri penerbitan menzahirkan penghormatan mereka kepada Abiko menerusi ciapan Twitter.

Abiko adalah anak lelaki sulung seorang sami di sebuah kuil bersejarah di wilayah Toyama tengah. Namun keluarganya meninggalkan kuil selepas kematian bapa Abiko ketika beliau berada di tahun kelima atau gred lima persekolahan.

“Kematian ayah banyak mengubah hidup saya. Jika dia tidak meninggal dunia, saya fikir saya akan menjadi seorang sami,” katanya kepada akhbar harian, Asahi Shimbun, pada 2020.

Di sekolah menengah, beliau berkawan dengan Hiroshi Fujimoto, yang kemudiannya mencipta kartun Jepun sangat digemari, ‘Doraemon’ dan pasangan itu mula bekerjasama.

Mereka membentuk usaha sama pada 1951, bersama-sama menghasilkan karya di bawah nama pena ‘Fujiko Fujio’ dan berkongsi apartmen Tokyo dengan artis manga terkenal lain termasuk Osamu Tezuka.

Salah satu karya awal mereka berdua ialah ‘Q-Taro’ yang mengisahkan seorang anak hantu yang baik tetapi nakal mula hidup bersama keluarga manusia, sekali gus diminati di Jepun dan luar negara.

Abiko juga menghasilkan pelbagai manga sendiri termasuk ‘Ninja Hattori’ mengisahkan seorang ninja menjadi kawan baik dengan kanak-kanak biasa serta karya lain yang disasarkan kepada golongan dewasa.

Walaupun sudah lama bekerjasama dengan Fujimoto, Abiko pernah mengakui beliau tidak mengikuti kartun ‘Doraemon’ dengan tekun.

“Saya mengelak daripada membacanya sebagai langkah berjaga-jaga kerana apabila saya membacanya, saya terpengaruh dengan mereka dan berfikir saya tidak boleh melukis seperti itu,” katanya sambil ketawa. -AFP

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Anak harimau cuba menakut-nakutkan ibunya, reaksi si ibu benar-benar mengharukan!

0

Satu video berdurasi kurang 10 saat ini tersebar luas hingga mampu mengalirkan air mata bagi sesiapa yang melihatnya. Jika di Instagram sahaja, video ini telah disukai hampir 340,000 pengguna laman sosial itu.

Menerusi video yang dapat dilihat di saluran ‘animallovevibe‘ itu, kelihatan seekor anak harimau putih sedang menghendap ibunya disebalik pintu yang terbuka luas. Anak harimau itu melihat dengan penuh hati-hati agar kehadirannya tidak disedari ibunya yang sedang leka di luar.

Apabila yakin ibunya benar-benar tidak menyedari akan kehadirannya disebalik ruang masuk itu, anak harimau terus menerjah ibunya dari arah belakang.

Sergahan dari anak harimau itu membuatkan si ibu betul-betul terkejut hingga terjelepok di atas tanah.

Reaksi si ibu harimau itu sebenarnya mengajar kita akan erti kasih sayang antara ibu dan anak. Mana mungkin si ibu itu tidak sedar akan kehadiran si anak, bukan? Namun, untuk menceriakan suasana dan menghargai usaha yang cuba dilakukan si anak, ibu harimau itu bukan sahaja berpura-pura tidak menyedari kehadiran si kecil malah berpura-pura terkejut hingga terjelepok. Pasti anak harimau itu berasa puas kerana berjaya membuatkan ibunya terkejut.

Nah, begitu juga dengan kehidupan seharian kita. Gurauan seperti ini sangat diperlukan untuk menceriakan hari-hari kita. Baik ibu mahupun bapa, haruslah memainkan peranan yang penting dalam membentuk hubungan yang lebih erat dengan anak-anak. Anak-anak pasti akan berasa lebih selamat dan dekat dengan ibu bapa yang sentiasa menghidupkan ‘humor’ (kebolehan menyatakan sesuatu yang menggelikan hati) dalam keluarga.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Budak lelaki 6 tahun baik hati jual mainannya dan beli McDonald’s Happy Meals sumbangan untuk 35 anak yatim

0

Memberi sedekah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, dan pada usia apa pun, asalkan ada kemahuan dengan niat yang ikhlas untuk melakukan amal kebaikan, tambahan pada ketika kita berada dalam bulan Ramadan yang mulia. 

Menjadi teladan buat orang dewasa juga apabila seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dari Ampang, Kuala Lumpur ini memutuskan untuk menjamu beberapa rakan sebayanya yang kurang bernasib baik dengan makanan segera popular McDonald’s selepas menjual mainannya sendiri untuk mendapatkan wang tunai.

Twitter

Perkongsian hati mulia kanak-kanak bernama Sayf Mecca itu dimuat naik ibunya di Twitter, di mana beliau mendokumentasikan bagaimana anak lelakinya tanpa mementingkan diri telah menganjurkan satu acara jualan garaj untuk mainannya sendiri selepas dia mendapat inspirasi daripada maskot Mickey Mouse di hadapan restoran McDonald’s yang memohon sumbangan bagi golongan memerlukan.

Twitter

Tidak jelas berapa banyak mainan yang berjaya dijual oleh Sayf, atau sama ada dia menerima tambah nilai dana daripada orang dewasa yang mengagumi usahanya, tetapi menurut ibunya, Sayf berjaya mencukupkan wang tunai untuk membeli McDonald’s Happy Meals untuk disumbangkan kepada 35 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Hati di Ampang.

Twitter

Dan nampaknya Sayf tidak berhenti di situ sahaja, malah menganjurkan satu lagi pusingan jualan kebajikan di hadapan rumahnya di Ampang supaya dia boleh melakukan sumbangan dan derma untuk golongan memerlukan sekali lagi.

“Sesiapa yang ingin membeli mainannya dan sokong Syaf Mecca boleh hantar mesej kepada saya untuk alamatnya. Ada Hot Wheels dan Monster Truck. Bermula RM2 kepada RM5 sahaja,” tulis ibunya di Twitter.

Twitter

Tidak menghairankan usaha murni Sayf Mecca menjadi tular di Twitter, dengan ramai yang memuji pekerti kanak-kanak itu kerana mempunyai hati mulia dan bersemangat untuk membuat kebajikan, dan yang lain juga memuji ibu bapanya kerana membesarkannya dengan sangat baik.

Memandangkan ramai juga yang akan berfikir dua tiga kali untuk menjual walaupun satu daripada harta berharga masing-masing untuk tujuan amal, adalah menjadi perkara luar biasa telah berjaya dilakukan oleh seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.

Yang merupakan satu tindakan paling istimewa untuk dilihat dan patut diberikan pujian serta menjadi inspirasi buat orang lain.

Twitter

Tahniah, terbaik dan tabik untuk adik Sayf Mecca, teruskan tugas murni anda untuk membantu orang lain.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Dua biawak peluk tak lepas, kejutan pemandangan pagi tepi tasik sentuh hati warga ‘morning walk’ tetapi timbul pertanyaan

0

Dalam kalangan anda ada yang pernah melihat dua ekor biawak berpelukan bukan? Maka bertanyalah di dalam hati mengapa?

Tambah sekarang musim bunga, hati semua orang berbunga, dan sempadan negara sudah dibuka jadi semua orang boleh mula melepas rindu bertemu orang tersayang yang lama terpisah jauh di perantauan.

Jadi, apabila melihat biawak berpelukan macam boleh kait pula dengan situasi manusia melepas rindu dan berkasih sayang. Rasanya bukan macam itu ikut andaian kita.

Facebook

Baru-baru ini, satu pemandangan pagi jarang berlaku berjaya dirakam yang memaparkan dua ekor biawak gergasi sepanjang 6 kaki berpelukan antara satu sama lain, yang dilihat di tepi tasik di tengah laluan mendaki di Stadium Likas, Kota Kinabalu di Sabah.

Pada masa itu, dua ekor biawak muncul di atas rumput di sebelah tasik dan kemudian tiba-tiba berdiri seperti manusia dan berpelukan antara satu sama lain.

Facebook

Detik yang jarang berlaku ini segera dirakam oleh Candy Chung, seorang warga ‘morning walk’ yang biasa bersenam pada waktu pagi hari di kawasan rekreasi itu.

Dengan menggunakan telefon pintarnya, Candy mengambil video aksi biawak berpeluk tak lepas itu dan berkongsi adegan jarang dilihat bersama para netizen.

Facebook

Lama juga dua ekor biawak itu berpelukan tidak melepaskan dakapan satu sama lain, macam melepas rindu dan berkasih sayang. Tambah tepi tasik macam pertemuan di lokasi romantik ala-ala K-drama gitu, pagi-pagi lagi dalam suasana indah.

Facebook

Rupanya kalau anda hendak tahu, dua ekor biawak itu berpelukan ada makna, yang bukan bersifat romantik dan menyentuh hati.

Menurut seorang ahli zoologi Dr Evy Ayu Arida dari Herpetofauna Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) kepada Kompas, sekiranya anda terlihat dua ekor biawak sedang berpelukan, sebenarnya mereka adalah dua ekor biawak jantan yang sedang bertarung beradu kekuatan.

Facebook

“Jadi sebenarnya biawak-biawak jantan meninggikan badan dan saling beradu otot dada. Sehingga bila beradu kekuatan tetapi belum selesai mungkin sedang keletihan, secara teknikal mereka dianggap masih bertarung,” jelas Dr Evy.

Sekiranya tiada yang kalah dalam pertarungan itu, kedua-dua biawak jantan tidak akan berganjak dari tempat mereka. Kira macam dalam tengah bergusti olahraga atau WWF/WWE/WWC kot.

Facebook

Menurut Dr Evy, pertarungan biawak biasanya dilakukan untuk mempertahankan kawasan atau perebutan biawak betina.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: