Pernah terjadi bila anda keluar rumah dan tiba-tiba baru perasan dompet dengan kad ATM di dalamnya telah tertinggal di rumah. Tambah bila sudah sampai ke destinasi dan anda berada di hadapan mesin ATM untuk mengeluarkan wang.
Tapi tidak perlu bimbang dan tidak perlu patah balik ke rumah pun. Anda boleh keluarkan saja wang dari akaun tanpa menggunakan kad dan urusan boleh sahaja diteruskan dengan beberapa langkah seperti perkongsian Azlan Salim ini.

Azlan berkongsi mengeluarkan wang tunai tanpa kad di ATM Maybank.
Cara keluarkan wang tunai di mesin ATM tanpa guna kad.
Tanpa kad bank anda boleh keluarkan wang tunai. Perkara terpenting, anda mempunyai telefon pintar di tangan dan ATM Maybank di hadapan mata. Maybank memudahkan caranya:
1. Masuk ke aplikasi Maybank2u, di bahagian bawah, klik “Mobile”. Kemudian pilih “Cardless ATM Withdrawal”

2. Pilih akaun mana yang hendak keluarkan wang.

3. Masukkan “Nombor Telefon” yang ingin anda keluarkan wang.
- Boleh beri kepada anak kalau mereka hendak tunai.
- Boleh beri kepada isteri kalau dia hendak membeli-belah.
- Paling penting mesti ada ATM Maybank berdekatan mereka.
- Untuk kes tertinggal dompet macam ini, masukkan nombor telefon sendiri.

4. Pilih jumlah yang hendak dikeluarkan. Ada pilihan RM100, RM200 dan RM300 sahaja.

5. Selepas itu, akan keluar ‘summary’. Kalau okay, tekan “Agree & Request TAC”

6. Jadi apabila sudah selesai bahagian di aplikasi “Maybank2u”, Maybank akan menghantar SMS kepada nombor telefon yang anda letak tadi.

7. Nanti penerima akan menerima “16 atau 17 Digit” nombor transaksi dari SMS Maybank.

8. Pergi ke mesin ATM Maybank, pilih bahasa dan kemudian tekan “Pengeluaran Tanpa Kad”.
- Rujuk SMS tadi dan masukkan “16 Atau 17 digit” nombor transaksi.
- Kemudian tekan “Ya”.
- Tunggu Maybank akan hantar SMS “6 Digit” pin.

9. Rujuk 6 Digit Pin pada SMS dan masukkan nombor pin berkenaan di ATM dan tekan “Ya”.

10. Dan urusan pun selesai, anda sudah berjaya mengeluarkan wang tunai tanpa menggunakan kad ATM.

SMS ini anda akan dapat selama hendak membuat pengeluaran tanpa kad.

Semoga info hasil perkongsian Mohd Azlan Salim ini memberi manfaat.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: