25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiBudak lelaki 6 tahun baik hati jual mainannya dan beli McDonald’s Happy...

Budak lelaki 6 tahun baik hati jual mainannya dan beli McDonald’s Happy Meals sumbangan untuk 35 anak yatim

Memberi sedekah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, dan pada usia apa pun, asalkan ada kemahuan dengan niat yang ikhlas untuk melakukan amal kebaikan, tambahan pada ketika kita berada dalam bulan Ramadan yang mulia. 

Menjadi teladan buat orang dewasa juga apabila seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dari Ampang, Kuala Lumpur ini memutuskan untuk menjamu beberapa rakan sebayanya yang kurang bernasib baik dengan makanan segera popular McDonald’s selepas menjual mainannya sendiri untuk mendapatkan wang tunai.

Twitter

Perkongsian hati mulia kanak-kanak bernama Sayf Mecca itu dimuat naik ibunya di Twitter, di mana beliau mendokumentasikan bagaimana anak lelakinya tanpa mementingkan diri telah menganjurkan satu acara jualan garaj untuk mainannya sendiri selepas dia mendapat inspirasi daripada maskot Mickey Mouse di hadapan restoran McDonald’s yang memohon sumbangan bagi golongan memerlukan.

Twitter

Tidak jelas berapa banyak mainan yang berjaya dijual oleh Sayf, atau sama ada dia menerima tambah nilai dana daripada orang dewasa yang mengagumi usahanya, tetapi menurut ibunya, Sayf berjaya mencukupkan wang tunai untuk membeli McDonald’s Happy Meals untuk disumbangkan kepada 35 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Hati di Ampang.

Twitter

Dan nampaknya Sayf tidak berhenti di situ sahaja, malah menganjurkan satu lagi pusingan jualan kebajikan di hadapan rumahnya di Ampang supaya dia boleh melakukan sumbangan dan derma untuk golongan memerlukan sekali lagi.

“Sesiapa yang ingin membeli mainannya dan sokong Syaf Mecca boleh hantar mesej kepada saya untuk alamatnya. Ada Hot Wheels dan Monster Truck. Bermula RM2 kepada RM5 sahaja,” tulis ibunya di Twitter.

Twitter

Tidak menghairankan usaha murni Sayf Mecca menjadi tular di Twitter, dengan ramai yang memuji pekerti kanak-kanak itu kerana mempunyai hati mulia dan bersemangat untuk membuat kebajikan, dan yang lain juga memuji ibu bapanya kerana membesarkannya dengan sangat baik.

Memandangkan ramai juga yang akan berfikir dua tiga kali untuk menjual walaupun satu daripada harta berharga masing-masing untuk tujuan amal, adalah menjadi perkara luar biasa telah berjaya dilakukan oleh seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.

Yang merupakan satu tindakan paling istimewa untuk dilihat dan patut diberikan pujian serta menjadi inspirasi buat orang lain.

Twitter

Tahniah, terbaik dan tabik untuk adik Sayf Mecca, teruskan tugas murni anda untuk membantu orang lain.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI