28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 19, 2025
Utama Blog Laman 153

PDRM: Tekanan rakan sebaya, kemahuan diri sendiri punca utama remaja terlibat dengan kegiatan lumba haram

0

Polis Diraja Malaysia, PDRM mendedahkan bahawa tekanan rakan sebaya dan kemahuan diri sendiri punca utama remaja Malaysia terlibat dengan kegiatan lumba haram dan ‘mat rempit’. Perkara ini adalah antara penemuan daripada kajian ke atas golongan remaja yang terlibat dengan aktiviti lumba haram. Kajian yang dijalankan selama tiga tahun ini diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir.

BERNAMA

Menurut Roslan, kajian itu telah melibatkan seramai 300 orang mat rempit yang berusia antara 16 dan 27 tahun dari beberapa kawasan di sekitar negeri Johor termasuklah Johor Bahru, Seri Alam, Kulai, Skudai dan Iskandar Puteri. Kesemua mat rempit itu didekati dan ditemu bual untuk kajian tersebut.

Roslan meluahkan rasa kecewaannya kerana apabila isu mat rempit ini diketengahkan, masing-masing hanya tahu menunding jari, mencari siapa yang harus dipersalahkan. Malah ada yang menyalahkan kerajaan, keluarga dan masyarakat.

Tetapi selepas kajian dijalankan ke atas mat rempit itu sendiri, hasil kajian mendapati, remaja yang terlibat dengan aktiviti mat rempit adalah atas kemahuan diri sendiri dan 90 peratus adalah disebabkan tekanan rakan sebaya. Ternyata, ia bukanlah berpunca daripada salah kerajaan, penguatkuasaan atau keluarga seperti yang dicanang di dada-dada akhbar atau media sosial.

Menurut Roslan lagi, isu mat rempit ini masih boleh ditangani dengan baik sekiranya kerajaan bersama badan-badan lain terus mengadakan program untuk remaja seperti program kesedaran. Roslan turut menggesa ibu bapa agar memainkan peranan dalam memberi nasihat kepada anak-anak mereka juga.

Buku berjudul ‘Rempit Barah Dalam Masyarakat – Salah Siapa?’ adalah hasil kajian mengenai mat rempit yang telah dibukukan oleh Roslan.

KOSMO

Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, Roslan berkata, “Mungkin buku ini tidak dibaca oleh mereka yang terjebak mat rempit, mungkin kawan-kawan mereka, jadi saya harap ia boleh memberi kesedaran dorongan sekali gus mereka dapat tahu apa impaknya kepada diri sendiri.”

Tidak dinafikan, pengaruh dan tekanan rakan sebaya memang memberi impak besar kepada remaja. Pada waktu ini, sikap mahu mencuba-cuba membuatkan mereka bertindak di luar jangkaan tanpa memikirkan kesannya pada masa hadapan.

Jadi, untuk membantu menangani isu tekanan rakan sebaya ini, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan bersama-sama. Antaranya ialah:

PEXELS
  • Betul dan salah. Nasihatkan anak anda bahawa dadah, mencuri atau berlumba motor atau basikal sekali pun secara haram adalah salah. Mungkin mereka berasakan tindakan tersebut adalah ‘cool‘ tetapi sebenarnya tidak. Manakala, bermain futsal atau badminton pada lewat malam itu masih boleh diterima.
  • Kenali rakan-rakan anak. Ibu bapa perlu lebih prihatin dalam hal ini. Nasihatkan mereka agar bijak memilih kawan. Lebih bagus lagi, jika anda turut mengenali ibu bapa kawan anak anda itu. Dengan ini, masing-masing akan saling melihat, menegur akan perilaku anak-anak agar tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral.
  • Menggalakkan komunikasi. Ibu bapa harus bersikap terbuka dengan anak-anak yang menginjak usia remaja. Mereka sangat ‘rapuh’. Mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada orang terdekat yang pastinya jauh di sudut hati mereka, ibu bapalah yang mereka harapkan. Yakinkan anak-anak bahawa andalah orang yang boleh diharapkan atau dirujuk sekiranya mereka berhadapan dengan ancaman tekanan rakan sebaya seperti rakan meminta anak anda cuba menghisap rokok.
PEXELS
  • Rancangan melepaskan diri. Nasihatkan atau tunjukkan kepada anak anda cara melepaskan diri daripada situasi tidak selesa atau berbahaya. Contohnya, cari alasan untuk anak anda meninggalkan tempat itu apabila dia ditawarkan dengan rokok oleh rakannya.
  • Menjadi berbeza bukan masalah. Katakan kepada anak anda, menjadi berbeza daripada rakan-rakan yang terlibat dengan aktiviti tidak sihat bukanlah masalah. Yakinkan anak anda untuk menjadi diri sendiri dan dia tidak perlu sentiasa mengikut apa yang orang lain lakukan hanya untuk menyesuaikan diri.

Gadis ini terharu setelah mendapati arwah ibunya adalah cikgu tadika teman lelakinya

0

Rindu pada seseorang yang telah tiada di muka bumi ini adalah rindu yang tiada penghujung.

Ketika Leah Menzies teringatkan arwah ibunya yang meninggal dunia pada usianya tujuh tahun, dia berasa terharu setelah mendapati arwah ibunya adalah cikgu tadika teman lelakinya.

@speccylee

Leah tidak menyangka ketika membelek-belek majalah sekolah teman lelakinya, dia menemukan sesuatu yang sangat berharga.

@speccylee

Rupa-rupanya, cikgu tadika teman lelakinya itu adalah ibunya.

@speccylee

Menurut Leah, penemuan manis itu seperti babak dalam drama. Dia berasa terkejut, terharu dan bersyukur kerana sedikit sebanyak rindu pada arwah ibunya itu terubat juga.

Netizen yang menonton video yang dikongsi Leah di Tiktok turut berasa terharu dengan penemuan yang tidak disangka itu.

Menjawab pertanyaan netizen tentang kebenaran perkara itu, Leah mengatakan bahawa ia adalah benar dan bukan cerita rekaan.

Ada juga netizen yang bertanyakan cara untuk menghadapi saat pemergian ibu tercinta. Leah menjawab, ‘teruskan hidup seperti biasa bukan bermakna kita melupakan mereka. Tetapi itu hanya untuk memudahkan anda menghadapi saat kehilangan’.

Fasa kebimbangan pemisahan anak, ibu bapa perlu bijak menanganinya agar anak tidak keliru

0

“Eeee, tak bolehlah macam ni. Asyik nak berdukung je. Macam mana ibu nak buat kerja?”

Ini antara omelan si ibu apabila anak kecilnya mula menangis apabila dia menghilang sekejap daripada pandangan anaknya. Ibu itu bukannya hendak pergi jauh pun, ke bilik air sahaja! Namun, si anak mula menangis. Longgokan mainan tidak dihiraukannya, jeritan suara Didi & Friends daripada televisyen juga gagal menarik perhatiannya. Apa yang dimahukan oleh si kecil itu adalah, ibunya! Yang peliknya, apabila ibu muncul semula, si manja bukan sahaja berhenti menangis, malah tersengih-sengih. Inilah yang dikatakan ‘separation anxiety’, kebimbangan atau ketakutan kanak-kanak apabila berjauhan daripada ibu bapa atau penjaga yang dikenalinya.

PEXELS

Fasa kebimbangan pemisahan yang berlaku dalam kalangan anak-anak kecil berusia antara enam bulan hingga 2 tahun setengah adalah perkara normal.

Menurut Dr. Redza Zainol, ketika anak-anak melalui fasa ini, mereka bukan sahaja akan menangis, malah akan merengek dan mahu didukung atau ‘melekat’ dengan ibunya sahaja.

Sebenarnya bukan dengan ibu sahaja. Situasi ini berlaku juga kepada si ayah. Ada anak yang mahu ‘melekat’ sahaja dengan ayahnya sahaja.

@drredzazainol

Jadi, bagaimana menangani fasa kebimbangan pemisahan anak-anak kecil ini?

Dr. Redza, melalui hantaran di TikTok telah memberikan tips untuk menghadapi si kecil yang susah berenggang atau berpisah daripada ibu bapa. Caranya ialah dengan mengajarkan si kecil main sembunyi-sembunyi.

Ibu ayah boleh menyorok di belakang pintu atau pun sofa. Kemudian, biarkan si manja merangkak atau berjalan ke arah anda. Di sini, anak akan belajar satu konsep yang dinamakan sebagai ‘object permanence’. Maksudnya walaupun si kecil tidak nampak anda, tapi dia tahu keberadaan anda, dia tahu anda ada dekat dengannya.

@drredzazainol

Kebimbangan pemisahan adalah berbeza-beza antara kanak-kanak. Ada di antara mereka yang resah walaupun berpisah sekejap seperti ibu pergi ke dapur. Selain itu, ada kanak-kanak yang berterusan resah, bimbang dan takut apabila ditinggalkan ibu bapa di tempat asing seperti di taska atau rumah pengasuh.

Tips lain bagi menghadapi fasa kebimbangan pemisahan anak-anak kecil ialah:

PEXELS
  • Jangan biarkan si manja anda menentukan siapa yang lebih banyak memujuk antara ibu dan ayah. Ibu dan ayah mesti bekerjasama untuk menghadapi fasa ini.
  • Jangan pedulikan rengekan namun berikan perhatian kepada tangisan si manja.
  • Bercakaplah dengan si manja anda. Beritahu kepadanya bahawa anda perlu pergi ke satu-satu tempat, contohnya ke bilik air dan akan kembali semula.
  • Membacakan atau mereka cerita mengenai kebimbangan pemisahan kepada anak anda. Contohnya, ‘anak itik yang sedang leka bermain itu tiba-tiba terpisah daripada ibunya. Anak itik menangis sambil mencari ibunya namun tidak berjumpa. Tidak lama kemudian ibunya kembali dengan membawakan banyak makanan untuknya. Ibu itik memeluk anak itik dengan penuh kasih sayang’. Rekaan cerita seperti ini akan membuatkan dia berfikiran bahawa dia tidak bersendirian apabila menghadapi perpisahan dengan ibu bapa.
PEXELS
  • Berikan ganjaran atau kata-kata positif apabila anak anda berjaya dan begitu berani melalui masa-masa perpisahan (semasa ketiadaan anda, anak tidak menangis).
  • Tetapkan rutin dan ikuti rutin tersebut setiap hari agar anak anda faham bahawa pada sekian-sekian waktu, mereka akan berpisah dengan anda. Contohnya pada pukul enam pagi, anda telah mula menyiapkan dirinya untuk dihantar ke taska atau rumah pengasuh.

Jika anda bercadang untuk menghantar anak anda ke taska atau pengasuh lain, ada beberapa tips yang boleh anda ikuti:

  • Luangkan masa bersama anak anda di tempat tersebut sebelum anda meninggalkannya. Tujuannya adalah untuk memupuk rasa selesa anak anda di persekitaran baharu, bertemu dengan orang-orang baharu dan suasana yang baharu. Dengan cara ini, anak anda tidak akan berasa takut jika ditinggalkan bersama orang-orang yang baharu dikenalinya itu.
  • Biarkan anak anda membawa apa-apa barang kesukaannya dari rumah ke taska atau rumah pengasuh seperti bantal peluk atau mainan. Ini supaya dia berasa selamat dan anda bolehlah perlahan-lahan pisahkan barangan tersebut daripadanya apabila dia sudah mula selesa di tempat baharu.
PEXELS
  • Segera beredar selepas anda menghantar anak anda ke taska atau pengasuh lain. Ucapkan selamat tinggal kepadanya dan katakan kepadanya bahawa anda akan menjemputnya pulang nanti. Nyatakan waktu yang mudah difahami si manja. Contohnya, ‘lepas makan tengah hari, ibu akan datang ambil ya’.
  • Jangan tunjukkan rasa kecewa seperti menangis atau sedih di hadapan anak anda setelah anda menghantarnya. Jika tidak, anak anda akan keliru dengan perpisahan sementara itu. Dia akan berfikiran bahawa tempat itu tidak selamat atau pun anda sebenarnya mahu meninggalkannya di situ.
  • Setelah anda menjemput anak anda pulang dari rumah pengasuh atau taska, tunjukkan kegembiraan dan sayang anda terhadapnya.
  • Jangan memujuk anak anda secara berlebihan. Ini kerana anak anda akan keliru jika berjauhan sementara itu adalah perkara yang benar-benar perlu dibimbangkan.

Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu takut untuk bertegas dalam hal ini. Tunjukkan kepada si manja anda bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan sekiranya mereka perlu berjauhan daripada ibu bapa. Inilah masanya untuk anak anda belajar tentang alam persekitarannya. Benar, mula-mula anda juga akan berasa susah dan tidak sampai hati, tetapi lama-kelamaan perasaan tersebut dapat diatasi.

Hanya gaul dengan garam tahan berminggu dalam peti sejuk, cara mudah buat sendiri ikan rebus

0

Siapa yang suka makan ikan rebus, patut buat sendiri sahaja di rumah. Kalau anda buat banyak-banyak boleh simpan dalam peti sejuk yang tahan berminggu-minggu.

Jika anda meragui tahap kebersihan dan jaminan halal ikan rebus yang dibeli di luar dan tengok sendiri di pasar cara membuatnya telah kurang percaya seadanya, apa kata anda terus buat sendiri di rumah untuk rasa lebih selamat dan berpuas hati dengan kejadiannya.

Azua Amlan/ Facebook

Cara paling mudah dalam banyak-banyak cara membuat ikan rebus telah dikongsikan oleh Puan Nor Azua Amlan di Facebook, yang mana tidak perlu letak asam, kerana hanya perlu gaul dengan garam dan perlu dikukus macam biasa.

Ikan Rebus buat sendiri.

Azua Amlan / Facebook

Cara-cara membuat:

  • Ikan dalam 18 ekor, garam dalam 3 sudu.
  • Gaul-gaul dan susun dalam loyang rapat-rapat.
  • Perap selama 45 minit.
  • Dan kemudian kukus selama 1 jam (kalau buat buat banyak masanya 1 jam, kalau sikit kukus boleh kurangkan masa, tidak perlu 1 jam, boleh agak-agak masa mengikut berapa ekor ikan yang dikukus).
Azua Amlan / Facebook

Buat banyak-banyak lebih jimat dan mudah disimpan dalam ‘freezer’. 

Azua Amlan / Facebook

Hendak goreng keluarkan awal-awal mana yang perlu, biarkan pada suhu bilik. Contoh kalau hendak goreng pukul 12 tengahari, keluarkan ikan dalam pukul 10 pagi.

Jangan direndam. Bila sudah lembut, terus goreng.

Jangan dibasuh pula. Sebab sebelum kukus ikan, kita sudah bersihkan siap-siap.

Lagipun kalau kita basuh sebelum goreng, takut ikan akan meletup-letup.

Azua Amlan / Facebook

Info ekstra!

Ikan di kukus ya, bukan di rebus, letak air dalam periuk lah, letak asam keping lah, letak gula nisan lah, semuanya bukan ya..

Cara-cara menyimpan Ikan Rebus:

1. Dalam bekas, alas dengan plastik. Susun ikan rebus.

Azua Amlan / Facebook

2. Alas lagi dengan plastik. Susun ikan rebus. Buat sampai habis, lapis demi lapis.

Azua Amlan / Facebook

3.Simpan ikan rebus ni dalam ‘freezer’, kalau hendak goreng, angkat je lapisan plastik tu.

Azua Amlan /Facebook

Lembutkan ikan pada suhu bilik, lepas itu baru goreng.

Azua Amlan / Facebook

Ikan Rebus goreng sangat sedap dimakan digaul bersama nasi panas sebagai penambah selera, letak kicap manis sikit atau dimakan bersama ulam dan sambal belacan atau air asam.

Hidangan ringkas tetapi sangat menyelerakan!

Azua Amlan / Facebook

Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Menu sarapan pagi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis, ikut petua ini dijamin sedap

0

Menu nasi lemak memang menjadi kegemaran ramai ketika sarapan pagi. Ramai yang makan nasi lemak dengan aneka sambal seperti sambal sotong, sambal kerang, ayam sambal, rendang, sambal paru dan lain-lain.

Tetapi yang wajib dan menjadi satu kemestian ialah apabila nasi lemak padu dan ringkas itu adalah dimakan bersama sambal ikan bilis, yang seseorang itu mesti pandai membuatnya. 

Gambar Hiasan / Pixabay

Ikuti perkongsian Chek Kuna Ahmad menerusi laman Facebook Koleksi Resepi FB seperti di bawah:

Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili kisar
  • Ikan bilis
  • Minyak masak
  • Pes asam jawa
  • 2 biji bawang besar dipotong nipis
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa / ajinomoto secukup rasa.
Facebook

Cara-cara memasak:

1. Sediakan kuali

2. Panaskan 2 senduk minyak masak.

3. Cuci ikan bilis. Toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing.

Angkat dan toskan.

4. Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih dan bawang merah)

Masukkan 1 sudu garam. Garam ini petua untuk bawang cepat garing. Bila bawang sudah garing. Warna keperangan masukkan cili kisar dalam 2 senduk.

5. Masukkan beberapa sudu gula. Gula ini masuk awal sebab untuk cili cepat garing. Masukkan pes asam jawa. Guna pes adabi sebab tak payah bancuh guna air.

6. Kacau rata. Masukkan bawang besar dipotong nipis. Budak-budak tak suka makan bawang kan. Tapi bila buat macam ni tak nampak ada bawang. Biasa orang berniaga nak bagi nampak banyak sambal letak bawang besar ni banyak-banyak.

7. Perlahankan api. Kacau sambal sampai betul-betul garing. Proses ini ambil masa sikit. Bila sudah ramai orang bersin, bermakna sambal tu dah cukup garing.

8. Masukkan air panas atau suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat sikit. Baru masukkan ikan bilis goreng tadi.

9. Kacau rata. Rasakan garam dan gula secukupnya. Tutup api. 

Sambal ikan bilis siap.

Nasi Lemak

Facebook

Bahan-bahan:

  • Beras
  • 1 biji kelapa parut (kisar – 2 kali perahan santan)
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan
  • Hirisan halia atau serai (jika suka, tak payah letak pun tidak mengapa)
Facebook

Cara memasak:

1.Cuci beras bersih.

2.Masukkan santan mengikut sukatan beras yang hendak  dimasak. Sukatan air dan santan mengikut jenis beras yang biasa dimasak sebab ada yang jenis kena lebih air. Ada jenis yang cepat lembik. Guna kaedah sukatan jari. Ukur berapa tinggi beras dengan jari tengah. Sukatan air/santan sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan dalam beras bila sukat paras air)

3.Masukkan garam. Kacau rata.

4.Daun pandan dicuci. Carik-carikkan. Ikat.

5.Masukkan dalam periuk nasi.

6.Masak guna periuk nasi atau masak guna dapur gas. Jika guna periuk nasi kadang-kadang bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk dan kecilkan api. 

7.Masak sehingga nasi betul-betul masak.

Facebook

Nasi lemak siap dimasak, hidang macam biasa letak timun, telur rebus, kacang dan ikan bilis goreng ikut suka, juga jangan lupa terpaling penting sambal ikan bilis.

Selamat mencuba!

Pemuda ini selalu beri makan anjing liar, sebagai balasan dapat ‘pengawal peribadi’ percuma atas kebaikan itu

0

Kisah balas budi ini sangat menyentuh hati. Seorang pemuda selalu membelikan makanan untuk diberikan kepada beberapa anjing liar di jalanan hampir setiap hari.

Tanpa menyangka, anjing-anjing ini membalas kebaikan hatinya dengan rasa syukur dan secara automatik menjadi ‘pengawal peribadi’ untuk membantu menjaga motosikalnya!

TikTok

Menurut pengguna TikTok @abangnaih yang memuat naik beberapa video mengenai anjing liar itu, dapat dilihat dia menghampiri motosikal ‘black panther’ miliknya yang diletakkan di tepi jalan, dan terdapat beberapa ekor anjing sedang rileks berbaring di sebelah motosikal itu.

Apabila abangnaih berjalan ke motosikalnya, dia mengucapkan terima kasih kepada anjing-anjing liar itu dengan terus berkata, “Bos, Terima Kasih! Bos,Terima Kasih!” kerana membantu menjaga motosikalnya, yang mana agak melucukan..

TikTok

Lelaki itu berkata kepada Guang Ming Daily, selepas dia membeli sesuatu untuk mereka buat pertama kali, kumpulan anjing itu tiba-tiba secara automatik menjadi ‘pengawal peribadi’, dengan tidak berganjak menjaga motosikalnya.

Walaupun dalam video tersebut hanya terpapar 4 ekor anjing, sebenarnya terdapat 6 ekor anjing yang mengawasi motosikalnya.

TikTok

Anjing-anjing liar ini bergilir-gilir menjaga motosikalnya setiap hari, dan mereka amat lembut, tidak garang dan tidak mengejar orang.

Ekoran itu, beberapa pengguna media sosial turut mengingatkan abangnaih supaya jangan lupa memberi ‘gaji’ kepada anjing-anjing liar tersebut.

TikTok

Pemuda ini kemudian memuat naik satu lagi video di mana dia menunjukkan telah membeli sebungkus ayam goreng mamak untuk diberikan kepada para anjing tersebut, membuktikan yang dia benar-benar sedang memberi mereka ‘gaji’.

Selepas video TikTok ini menjadi tular dengan lebih 218,000 tontonan, ia telah menarik perhatian ramai warganet dengan komen memberi pujian.

TikTok

Ramai yang menganggap video anjing liar membalas budi dengan menjaga motosikal ‘black panther’ abangnaih sangat comel, malah ada yang memuji serta mendoakan lelaki itu kerana sangat mengambil berat dan prihatin dengan kebajikan haiwan.

TikTok

Abangnaih berkata dia hanya mampu memberi mereka makan ayam goreng, dan menganggap memberi makan anjing liar hanyalah satu usaha membuat kebaikan yang kecil berbanding orang lain yang melakukan usaha lebih besar.

TikTok

Apa pun, budi yang baik itu memang sentiasa dikenang, dan kita akan selalu murah rezeki dan dirahmati jika mempunyai hati yang baik.

Tonton video di sini.

Sindrom anak pertama, jika tidak diberi perhatian boleh memudaratkan hubungan kekeluargaan

0

Bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin, kelahiran anak pertama atau sulung adalah perkara yang dinanti-nantikan. Anak sulung dianggap sebagai penyeri keluarga. Kehadirannya disambut meriah oleh seluruh ahli keluarga termasuk datuk, nenek, saudara-mara dan lain-lain. Anak sulung juga ditatang bagai minyak yang penuh. Semua kemahuan dan keperluannya cuba dipenuhi oleh ibu ayah. Seluruh kasih sayang ibu ayah hanya tertumpu kepada anak sulung mereka sehinggalah hadirnya adik-adik selepasnya.

Apabila lahirnya anak kedua, perhatian ibu ayah terhadap anak sulung mula berubah. Tambahan pula jika jarak antara anak sulung dan anak kedua itu agak jauh, ibu bapa kurang memberi perhatian kepada anak sulung mereka dan menganggap anak sulung mereka sudah boleh berdikari. Jika anak sulung menangis atau membuat perangai, mereka mengatakan anak sulung itu mengada-ngada.

Sedar tidak sedar, anak sulung itu mula memendam rasa. Dia berasakan ibu bapanya sudah tidak sayangkannya. Ada ketikanya anak sulung itu mahu memberontak sebagai isyarat dia juga mahukan perhatian daripada ibu bapanya. Dia mahu disayangi ibu bapa seperti waktu dia tidak mempunyai adik. Namun jeritan hatinya seakan tidak difahami oleh ibu bapanya.

PEXELS

Anak sulung semakin menjauhi ibu bapa apabila keluarga mereka ditakdirkan mendapat anak yang ketiga dan seterusnya. Namun, ibu bapa masih juga belum sedar sekiranya anak sulung itu sebenarnya mengalami sindrom anak pertama.

Apakah itu sindrom anak pertama? Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Jika anda adalah ibu bapa yang sedang menanti kehadiran anak kedua atau seterusnya, mari lanjutkan pembacaan anda. Ini kerana, jika sindrom anak pertama ini tidak diberi perhatian, ia boleh memudaratkan hubungan kekeluargaan.

1. Berperangai aneh.

Anak sulung akan mula menunjukkan sikap aneh seperti pemarah, banyak melawan, mendiamkan diri pada kebanyakan waktu atau pun mengelak daripada ibu bapa. Tindakan ini sebenarnya menunjukkan anak sulung itu berasa cemburu dengan kehadiran adik baharu yang dianggap sebagai pengganti dirinya. Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah, biarkan sahaja dahulu sehingga masa menjadi ubatnya.

Namun, seiiring berlalunya waktu, ibu bapa perlu cuba merapatkan anak sulung dengan adik baharu. Mungkin ibu bapa boleh meminta anak sulung untuk pegangkan botol susu adiknya sewaktu adiknya minum susu. Anda juga boleh mengajar anak sulung untuk mencium adik baharu itu sebelum dia masuk tidur. Lama-kelamaan, kasih sayang akan mula bercambah dalam diri anak sulung anda terhadap adiknya itu.

2. Mula menunjukkan sikap bertanggungjawab.

Apabila anak sulung anda cuba untuk membiasakan diri membantu anda menguruskan adik baharu, dia sendiri akan mula menyedari bahawa dia juga bertanggungjawab untuk menjaga adiknya. Berikan galakan kepadanya seperti biarkan dia menyapu bedak pada adiknya selepas dimandikan atau pun biarkan dia menjaga adiknya ketika anda sibuk di dapur. Perhatikan sahaja cara dia menjaga atau melindungi adiknya daripada ancaman bahaya.

PEXELS

Namun jangan memaksa anak sulung anda untuk melakukan perkara-perkara tersebut jika dia tidak mahu melakukannya atau pun jika usianya masih sangat muda.

3. Mula menampakkan sikap berdikari.

Anak sulung anda akan mula melakukan perkara-perkara asas sendiri seperti pergi mandi sendiri apabila anda menyuruhnya, kemaskan mainan yang bersepah kerana takut jika si adik mengambil mainan tersebut dan masuk ke dalam mulutnya, makan sendiri dan tidak perlu bersuap lagi dan lain-lain.

Hal ini sebenarnya bagus untuk perkembangan anak sulung anda dalam mendidik sikap berdikari. Namun, ibu bapa perlu mengawasi anak sulung anda dan bukannya membiarkan sahaja dia melakukan semua perkara sendiri sehingga dia berasakan dia tidak lagi disayangi.

4. Bersaing dengan adik-beradik sendiri.

Anak sulung anda akan mula berkelahi dengan adiknya semata-mata untuk dipujuk oleh anda. Tindakan mereka ini disebabkan oleh perasaaan cemburu yang timbul terhadap adiknya. Selain itu, ia menunjukkan bahawa anak sulung anda dahagakan perhatian, tidak mahu berkongsi serta berasakan mereka telah kehilangan keistimewaan sebagai permata keluarga suatu ketika dahulu.

Jika hal ini terjadi, anda perlulah memujuk anak sulung anda itu dan nyatakan yang anda tetap menyayanginya biarpun sudah ada adik baharu.

Tidak dinafikan, kasih sayang adalah perkara rumit yang berlaku dalam kehidupan namun ia perlu diuruskan dengan bijak. Ini kerana jika tersilap langkah, hubungan kekeluargaan boleh menjadi renggang. Lalu, bagaimanakah cara untuk mengelakkan daripada sindrom anak pertama ini berlaku atau berlarutan? Mari menelusuri pedoman untuk menangani masalah tersebut.

1. Beritahu anak sulung anda bahawa dia akan menerima adik baharu tidak lama lagi. Tunjukkan kepadanya gambar-gambar bayi atau biarkan dia merasai sendiri tendangan bayi di dalam perut anda. Perkara ini secara tidak langsung akan membuatkan anak sulung anda teruja dengan kehadiran adik baharu nanti.

PEXELS

2. Jangan pernah membanding-bandingkan anak sulung anda dengan anak yang lain lebih-lebih lagi menyatakan perbandingan tersebut di hadapan anak sulung anda. Perbandingan daripada segi gred pembelajaran, penampilan atau kelakuan mereka.

3. Jangan tetapkan jangkaan yang terlalu tinggi terhadap anak pertama anda. Kata-kata seperti, “Kak long kan anak sulung, mesti tunjuk perangai yang baik. Kalau tidak, macam mana adik-adik nak ikut?” tidak harus anda lontarkan kepada anak sulung anda. Dia pasti akan berasa terbeban, memendam perasaan dan akhirnya memberontak.

PEXELS

4. Tanamkan sifat kepimpinan dalam diri anak pertama. Berikan mereka peluang untuk menjadi kakak atau abang sulung yang terbaik buat adik-adik mereka. Jika mereka tersilap, usah salahkan atau herdik mereka.

5. Berikan anak sulung anda ruang peribadi dan peluang untuk melakukan sesuatu perkara. Namun tetaplah mengawasinya agar dia tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

6. Luangkan masa berharga bersama anak sulung anda. Tunjukkan kasih sayang anda kepadanya. Nyatakan bahawa anda sangat bersyukur kerana dikurniakan anak sulung yang sangat bertanggungjawab sepertinya. Tidak salah untuk anda ucapkan terima kasih kepadanya yang telah banyak membantu anda dalam menguruskan keluarga dan adik-adik.

PEXELS

Dengan melakukan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, anak sulung anda pasti berasa dirinya sangat dihargai dan tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kepada anda. Namun pokok pangkalnya, ibu bapalah yang harus bijak dalam menghadapi sindrom anak pertama ini.

Jika anda sendiri pernah mengalami sindrom anak pertama hasil didikan ibu bapa anda dahulu, fikirkan semula, adakah anda mahu anak pertama anda melalui perkara sama yang pernah anda lalui dahulu?

Masih belum terlambat untuk anda memperbetulkan keadaan. Ingatlah saat-saat manis ketika pertama kali anda mendakap anak sulung anda.

PEXELS

Sampai bila-bila, anak sulung tetap permata keluarga. Sayangilah mereka!

Penghantar makanan jumpa ‘auntie’ tidak ingat jalan balik rumah, baik hati hantar ke balai polis dan tunggu sampai keluarganya datang

0

Menjadi penghantar makanan bukan sekadar menghantar makanan, kerana kadangkala pekerjaan mereka disusuli dengan pelbagai cabaran.

Seorang penghantar makanan yang dikenali Khuzaimie @khuzaimie_lemat1.0 baru-baru ini berkongsi pengalamannya di TikTok apabila pada satu pagi, dia telah terserempak dengan seorang warga emas berbangsa Cina yang meminta pertolongannya untuk menghantarnya ke rumah.

Warga emas wanita yang dipanggil ‘auntie’ itu telah menahan Khuzaimie semasa dia sedang bekerja menghantar makanan di kawasan perumahan di Puchong, Selangor.

Facebook

Apa yang menjadi cabaran buat Khuzaimie ialah ‘auntie’ itu langsung tidak ingat alamat rumahnya dan dia dalam keadaan bingung yang membuatkan pemuda ini menggeleng-geleng kepala.

Dalam video itu, Khuzaimie berkata, “Dia ingat nombor rumah dia 9 je, saya dah pening dah ni, kawasan sini besar!”

Tetapi Khuzaimie yang bimbang akan keselamatan ‘auntie’ ini, tetap terus berusaha mencari rumahnya di sekitar kawasan tersebut, tetapi menemui jalan buntu.

Facebook

Akhirnya, pemuda ini terpaksa membuat keputusan untuk menghantarnya ke balai polis berdekatan bagi tindakan selanjutnya.

Syukurlah selepas dibawa ke balai polis, pihak polis telah berjaya mengesan keluarga warga emas tersebut dan menghubungi mereka untuk mengambilnya pulang ke rumah.

Tetapi, apa yang mengharukan ialah Khuzaimie amat baik hati apabila terus menunggu ‘auntie’ nya itu sehingga anaknya datang menjemputnya pulang.

Facebook

Sebelum menyerahkan ‘auntie’ kepada anaknya, Khuzaimie sempat berpesan kepada warga emas itu supaya jangan keluar rumah lagi dan sentiasa berhati-hati.

Keluarga ‘auntie’ itu tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Khuzaimie kerana sanggup mengenepikan masa berharganya menghantar makanan demi membantu ibu mereka supaya dia dapat pulang ke rumah.

Terharu dengan sikap prihatin dan kebaikan hati Khuzaimie kerana dia benar-benar bimbangkan warga emas itu dan menjaga kebajikannya sampai urusan selesai, macam dia melayan ibu sendiri.

Tonton video di sini.

Kajian semula setara mendapati cacar monyet menular secara seksual oleh lelaki

0

Kajian semula setara yang pertama mengenai jangkitan cacar monyet mendapati bahawa virus itu disebarkan melalui aktiviti seksual lelaki homoseksual dan biseksual di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia.

Pada Khamis, Jurnal Perubatan England Baru menerbitkan satu kajian yang menunjukkan jangkitan cacar monyet di 16 buah negara antara April dan Jun, apabila kes mula muncul di negara-negara luar Afrika.

Kajian tersebut melaporkan 528 jangkitan yang didiagnosis antara 27 April dan 24 Jun menunjukkan 98 peratus dijumpai pada lelaki homoseksual atau biseksual dengan median umur 38 tahun. Daripada kes tersebut, 95 peratus jangkitan disyaki telah disebarkan melalui aktiviti seksual di mana 41 peratus juga menghidap HIV.

Pakar penyakit dan pegawai dari Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) tidak menganggap cacar monyet sebagai jangkitan seksual tetapi boleh dikatakan ia sering berjangkit melalui hubungan intim, seperti seks. Ia juga boleh merebak melalui hubungan rapat dan juga pakaian dan tempat tidur yang dijangkiti.

Sehingga tahun ini, jangkitan virus cacar monyet pada manusia jarang berlaku di kawasan endemik di luar Afrika, tetapi jangkitan tersebut merebak berpunca daripada haiwan. Menurut CDC, kini terdapat lebih daripada 16,000 kes di seluruh dunia yang dikesan di negara-negara yang kebanyakannya tidak pernah mengalami cacar monyet.

CNN

Kebanyakan kes muncul di Amerika Utara dan Eropah Barat, di mana beberapa kes pertama dikaitkan dengan aktiviti LGBT utama di Sepanyol dan Belgium, dianggap sebagai dasar kepada penularan virus.

Teori utama bagi pakar penyakit ialah penularan virus cacar monyet itu adalah berpunca daripada aktiviti seksual tersebut.

Peningkatan kes di Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan penularan berlaku pada penghujung Bulan Kebanggaan pada akhir Jun dan awal Julai, berdasarkan kajian mendapati inkubasi adalah antara tiga dan 20 hari (biasanya tujuh hari).

Bekas Pegawai Kesihatan Trump menyalahkan CDC

Pegawai CDC teragak-agak untuk mengesyorkan pembatalan acara besar LGBT Amerika Syarikat, sama seperti acara penyebaran di Eropah yang berlaku pada bulan sebelumnya.

Penganjur acara LGBT juga berhati-hati pada musim bunga, mahu mengelakkan stigma komuniti LGBT. Sebaliknya, pegawai kesihatan Amerika Syarikat memilih untuk meningkatkan pemesejan amaran yang disasarkan kepada lelaki homoseksual dan biseksual yang dianggap paling berisiko.

PEXELS

Namun, menurut bekas pegawai kesihatan pentadbiran Trump dan penyelidik, Dr. Paul Alexander, pegawai sepatutnya melakukan lebih lagi.

“Yang diperlukan ialah kepimpinan yang mengatakan tiada sentuhan kulit ke kulit tiada seks dubur, tiada seks, tidak untuk beberapa minggu dan kita akan membantu kumpulan berisiko ini, tetapi tidak, ia adalah permainan politik dan sekarang populasi heteroseksual umum berisiko rendah adalah mereka yang berisiko terutamanya lelaki biseksual,” tulis Alexender dalam catatan blog.

Menerusi catatan blog itu dapat dibaca bebenang Twitter dari seorang lelaki homoseksual Amerika Syarikat yang menceritakan secara terperinci tentang pengalamannya terkena cacar monyet semasa pesta seks di Palm Springs.

Menurut Alexander, dia bimbang akan lelaki biseksual kerana golongan ini lebih mudah menyebarkan virus cacar monyet di luar komuniti LGBT kepada heteroseksual. Malah menurut CDC, mereka mendapat tahu daripada lapan kes yang berlaku, ia melibatkan wanita dan dua kes baharu melibatkan kanak-kanak dan satu lagi bayi, lapor BBC News.

Kata Alexander lagi, golongan heteroseksual boleh menyebarkan virus ini jika satu pasangan dijangkiti dan terdapat hubungan seks kasar yang menyebabkan tisu terkoyak.

Virus ini boleh tersebar melalui cecair badan dan luka yang dijangkiti pada orang yang dijangkiti, seperti koyakan pada kulit atau tisu dan lain-lain.

Jika heteroseksual melakukan hubungan seks dubur dan salah seorang dijangkiti cacar monyet atau penyakit menular seksual yang lain, pasangannya itu boleh dijangkiti jika terdapat koyakan tisu.

Walaupun jangkitan cacar monyet biasanya hilang dalam masa beberapa minggu tanpa memerlukan rawatan perubatan, namun beberapa orang yang mengalami sakit anorektal, sakit tekak dan kecederaan buah pinggang yang teruk telah dikejarkan ke hospital.

Wanita kongsi ibu bapanya cuai tidak tukar sarung tangan selama 3 hari semasa bayi, akibatkan bahagian atas jari hantu terputus

0

Ekoran ramai ibu bapa bimbang muka bayi yang baru lahir luka atau tercalar oleh kuku sendiri, menjadi perkara biasa bayi selalu akan dipakaikan sarung tangan. Tetapi mereka tidak tahu langkah perlindungan ini juga boleh membahayakan bayi. 

Seorang wanita baru-baru ini berkongsi di TikTok dengan mendedahkan akibat kecuaian ibu bapanya semasa bayi, yang menukar sarung tangan hanya selepas 3 hari dan tidak perasan salah satu jarinya terjerut dengan benang sehingga mengakibatkan jari hantu atau jari tengah tangan kirinya mengalami nekrosis (kematian sel tisu) sehingga ia terpaksa dipotong.

TikTok

Wanita itu dikenali ovi@wulandira9 berasal dari Indonesia memuat naik video dirinya dengan jari tengah tangan kiri yang cacat di TikTok, menarik lebih 6.4 juta tontonan dalam masa 2 hari.

Dia menunjukkan salah satu tangannya dalam video, dan dapat dilihat dengan jelas jari hantunya pada bahagian kuku yang hilang.

Ramai yang menyangka kecacatan jari itu berlaku sejak lahir, tetapi rupa-rupanya ia disebabkan oleh pemakaian sarung tangan semasa bayi. 

TikTok

Para warganet terkejut, dan tidak pernah menyangka sarung tangan bayi yang biasa digunakan untuk melindungi si kecil akan menyusahkan mereka, malah lebih membahayakan.

Wanita itu menjelaskan ibu bapanya tidak menanggalkan sarung tangan selama 3 hari ketika dia masih bayi. Selepas dia menangis, ibunya menanggalkan sarung tangan tanpa sebab, dan terkejut kerana jari tengahnya telah kebiruan terjerut dengan benang.

Malangnya, bahagian jari yang tersangkut benang itu terpaksa dipotong akibat nekrosis sel. 

TikTok

Wanita itu berharap dapat memberi nasihat melalui pengalamannya sendiri serta mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa berhati-hati ketika menjaga anak mereka. 

Ibu bapa patut meneliti jahitan yang kemas ketika membeli sarung tangan bayi dan memakaikannya tidak melebihi satu hari.

Ramai warganet melahirkan rasa simpati terhadap pengalaman wanita itu, dan bersetuju dengan risiko yang ditimbulkan oleh sarung tangan kepada bayi yang baru lahir, dan berharap ibu bapa mendapat mengambil pengajaran daripadanya.