Siapa yang suka makan ikan rebus, patut buat sendiri sahaja di rumah. Kalau anda buat banyak-banyak boleh simpan dalam peti sejuk yang tahan berminggu-minggu.
Jika anda meragui tahap kebersihan dan jaminan halal ikan rebus yang dibeli di luar dan tengok sendiri di pasar cara membuatnya telah kurang percaya seadanya, apa kata anda terus buat sendiri di rumah untuk rasa lebih selamat dan berpuas hati dengan kejadiannya.

Cara paling mudah dalam banyak-banyak cara membuat ikan rebus telah dikongsikan oleh Puan Nor Azua Amlan di Facebook, yang mana tidak perlu letak asam, kerana hanya perlu gaul dengan garam dan perlu dikukus macam biasa.
Ikan Rebus buat sendiri.

Cara-cara membuat:
- Ikan dalam 18 ekor, garam dalam 3 sudu.
- Gaul-gaul dan susun dalam loyang rapat-rapat.
- Perap selama 45 minit.
- Dan kemudian kukus selama 1 jam (kalau buat buat banyak masanya 1 jam, kalau sikit kukus boleh kurangkan masa, tidak perlu 1 jam, boleh agak-agak masa mengikut berapa ekor ikan yang dikukus).

Buat banyak-banyak lebih jimat dan mudah disimpan dalam ‘freezer’.

Hendak goreng keluarkan awal-awal mana yang perlu, biarkan pada suhu bilik. Contoh kalau hendak goreng pukul 12 tengahari, keluarkan ikan dalam pukul 10 pagi.
Jangan direndam. Bila sudah lembut, terus goreng.
Jangan dibasuh pula. Sebab sebelum kukus ikan, kita sudah bersihkan siap-siap.
Lagipun kalau kita basuh sebelum goreng, takut ikan akan meletup-letup.

Info ekstra!
Ikan di kukus ya, bukan di rebus, letak air dalam periuk lah, letak asam keping lah, letak gula nisan lah, semuanya bukan ya..
Cara-cara menyimpan Ikan Rebus:
1. Dalam bekas, alas dengan plastik. Susun ikan rebus.

2. Alas lagi dengan plastik. Susun ikan rebus. Buat sampai habis, lapis demi lapis.

3.Simpan ikan rebus ni dalam ‘freezer’, kalau hendak goreng, angkat je lapisan plastik tu.

Lembutkan ikan pada suhu bilik, lepas itu baru goreng.

Ikan Rebus goreng sangat sedap dimakan digaul bersama nasi panas sebagai penambah selera, letak kicap manis sikit atau dimakan bersama ulam dan sambal belacan atau air asam.
Hidangan ringkas tetapi sangat menyelerakan!

Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat.