24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaBerita UtamaPDRM: Tekanan rakan sebaya, kemahuan diri sendiri punca utama remaja terlibat dengan...

PDRM: Tekanan rakan sebaya, kemahuan diri sendiri punca utama remaja terlibat dengan kegiatan lumba haram

Polis Diraja Malaysia, PDRM mendedahkan bahawa tekanan rakan sebaya dan kemahuan diri sendiri punca utama remaja Malaysia terlibat dengan kegiatan lumba haram dan ‘mat rempit’. Perkara ini adalah antara penemuan daripada kajian ke atas golongan remaja yang terlibat dengan aktiviti lumba haram. Kajian yang dijalankan selama tiga tahun ini diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir.

BERNAMA

Menurut Roslan, kajian itu telah melibatkan seramai 300 orang mat rempit yang berusia antara 16 dan 27 tahun dari beberapa kawasan di sekitar negeri Johor termasuklah Johor Bahru, Seri Alam, Kulai, Skudai dan Iskandar Puteri. Kesemua mat rempit itu didekati dan ditemu bual untuk kajian tersebut.

Roslan meluahkan rasa kecewaannya kerana apabila isu mat rempit ini diketengahkan, masing-masing hanya tahu menunding jari, mencari siapa yang harus dipersalahkan. Malah ada yang menyalahkan kerajaan, keluarga dan masyarakat.

Tetapi selepas kajian dijalankan ke atas mat rempit itu sendiri, hasil kajian mendapati, remaja yang terlibat dengan aktiviti mat rempit adalah atas kemahuan diri sendiri dan 90 peratus adalah disebabkan tekanan rakan sebaya. Ternyata, ia bukanlah berpunca daripada salah kerajaan, penguatkuasaan atau keluarga seperti yang dicanang di dada-dada akhbar atau media sosial.

Menurut Roslan lagi, isu mat rempit ini masih boleh ditangani dengan baik sekiranya kerajaan bersama badan-badan lain terus mengadakan program untuk remaja seperti program kesedaran. Roslan turut menggesa ibu bapa agar memainkan peranan dalam memberi nasihat kepada anak-anak mereka juga.

Buku berjudul ‘Rempit Barah Dalam Masyarakat – Salah Siapa?’ adalah hasil kajian mengenai mat rempit yang telah dibukukan oleh Roslan.

KOSMO

Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, Roslan berkata, “Mungkin buku ini tidak dibaca oleh mereka yang terjebak mat rempit, mungkin kawan-kawan mereka, jadi saya harap ia boleh memberi kesedaran dorongan sekali gus mereka dapat tahu apa impaknya kepada diri sendiri.”

Tidak dinafikan, pengaruh dan tekanan rakan sebaya memang memberi impak besar kepada remaja. Pada waktu ini, sikap mahu mencuba-cuba membuatkan mereka bertindak di luar jangkaan tanpa memikirkan kesannya pada masa hadapan.

Jadi, untuk membantu menangani isu tekanan rakan sebaya ini, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan bersama-sama. Antaranya ialah:

PEXELS
  • Betul dan salah. Nasihatkan anak anda bahawa dadah, mencuri atau berlumba motor atau basikal sekali pun secara haram adalah salah. Mungkin mereka berasakan tindakan tersebut adalah ‘cool‘ tetapi sebenarnya tidak. Manakala, bermain futsal atau badminton pada lewat malam itu masih boleh diterima.
  • Kenali rakan-rakan anak. Ibu bapa perlu lebih prihatin dalam hal ini. Nasihatkan mereka agar bijak memilih kawan. Lebih bagus lagi, jika anda turut mengenali ibu bapa kawan anak anda itu. Dengan ini, masing-masing akan saling melihat, menegur akan perilaku anak-anak agar tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral.
  • Menggalakkan komunikasi. Ibu bapa harus bersikap terbuka dengan anak-anak yang menginjak usia remaja. Mereka sangat ‘rapuh’. Mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada orang terdekat yang pastinya jauh di sudut hati mereka, ibu bapalah yang mereka harapkan. Yakinkan anak-anak bahawa andalah orang yang boleh diharapkan atau dirujuk sekiranya mereka berhadapan dengan ancaman tekanan rakan sebaya seperti rakan meminta anak anda cuba menghisap rokok.
PEXELS
  • Rancangan melepaskan diri. Nasihatkan atau tunjukkan kepada anak anda cara melepaskan diri daripada situasi tidak selesa atau berbahaya. Contohnya, cari alasan untuk anak anda meninggalkan tempat itu apabila dia ditawarkan dengan rokok oleh rakannya.
  • Menjadi berbeza bukan masalah. Katakan kepada anak anda, menjadi berbeza daripada rakan-rakan yang terlibat dengan aktiviti tidak sihat bukanlah masalah. Yakinkan anak anda untuk menjadi diri sendiri dan dia tidak perlu sentiasa mengikut apa yang orang lain lakukan hanya untuk menyesuaikan diri.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI