KPM maklum akan perkara tersebut dan menjalankan siasatan sewajarnya.
“KPM mengambil perhatian rakaman video tular di media sosial yang memaparkan seorang guru bertindak kasar terhadap murid sewaktu penganjuran majlis rasmi di sekolah.
“Siasatan sedang dijalankan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera,” katanya.
Menerusi satu laporan lain, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) JPNT, Azman Othman @ Abdullah berkata pihaknya tidak boleh memberi sebarang kenyataan kerana kes itu masih dalam siasatan.
“Kita mengesahkan tindakan awal sudah dilakukan selepas menyaksikan video yang ditularkan melalui Facebook (FB).
“Kita difahamkan kejadian itu dikatakan berlaku di dewan perhimpunan ketika perhimpunan diadakan sempena program cegah rokok dan vape, kira-kira jam 10 pagi, semalam,” katanya.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 42 saat yang memaparkan seorang guru menampar murid berkenaan di bahagian dahi ketika berada di pentas.
Difahamkan tindakan tersebut telah dirakam oleh seorang guru lain yang dikatakan kurang senang dengan tindakan guru terbabit.
Seorang guru yang enggan namanya disiarkan berkata, dua orang murid lelaki yang hanya melakukan kesalahan tidak berdiri tegak dipukul guru berkenaan ketika perhimpunan.
“Biarlah nak saman atau nak kena apapun, kita nak muat naik juga, tiada niat nak buka aib, tetapi untuk dijadikan peringatan kepada orang.
“Mu cikgu ke, guru besar ke atau penolong kanan (PK), tak kisahlah, kita bukannya bertujuan nak mengaibkan, tetapi dia yang mengaibkan diri sendiri,” komen bebrapa pengikut FB berkenaan.
Seorang lagi pengikut FB secara ringkas berkata, pendidik harus terdidik.
Razarudin dalam satu kenyataan berkata siasatan akan dijalankan secara adil walaupun melibatkan pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP).
Arahan siasatan secara menyeluruh itu juga dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.
“Polis sudah merakam percakapan tujuh orang saksi membabitkan pelajar sekolah terbabit yang melihat dan berada di tempat kejadian.
“Selain itu, pegawai polis terbabit sudah ditahan dan akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini,” katanya kepada BH.
Jelas Razarudin, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian.
“Saya turut meminta mana-mana pihak yang turut melihat kejadian berkenaan dan mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan.
“Saya juga memberi jaminan siasatan ini akan dilakukan secara telus dan adil meskipun membabitkan pegawai kanan polis,” kata Razarudin.
Terdahulu, kira-kira jam 12.35 tengah hari Jumaat, seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh dilanggar hingga maut.
Calon SPM tersebut yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Ativa yang dipandu oleh DSP berusia 44 tahun.
Justeru itu, ibu bapa digesa supaya mengelak daripada membeli alat mainan plastik untuk anak-anak mereka.
Menurut Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, parafin berklorin terdapat dalam pelbagai jenis plastik termasuk alat mainan plastik kanak-kanak.
Jelas Mohideen, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa parafin berklorin menjejaskan kesihatan.
Kerosakan pada hati dan buah pinggang, sistem endokrin terganggu, kanser dan kerosakan otak yang sedang berkembang adalah antara kesan pendedahan parafin berklorin.
“Bukti juga menunjukkan parafin berklorin dibebaskan daripada plastik melalui kitaran hayatnya.
“Kanak-kanak boleh terdedah kepada bahan kimia dalam alat permainan melalui penyedutan habuk toksik, sentuhan kulit dan melalui pendedahan di mulut dengan mengunyah,” kata Mohideen.
Ujar Mohideen lagi, International Pollutants Elimination Network (IPEN) telah menjalankan kajian ke atas 31 sample alat mainan plastik.
Sample itu dikumpulkan dari 10 buah negara termasuk Malaysia.
Hasilnya, didapati kedua-dua parafin berklorin rantai pendek (SCCP) dan parafin berklorin rantai sederhana (MCCP) ditemui dalam semua alat mainan yang diuji.
“Antara alat mainan yang diuji ialah kuda tiup, ayam dan itik getrah, anak patung serta beruang plastik.
“Sample ini dianalisis di makmal di Parague.
“Beberapa alat permainan yang diuji mengandungi paras SCCP yang tinggi dan sangat toksik sehingga boleh diklasifikasikan sebagai sisa berbahaya,” katanya.
Menurut Dr. Andre Rowe dari Universiti Bristol, dengan ciri-ciri tersebut mustahil untuk mana-mana haiwan yang berdekatan dengannya terlepas daripada menjadi mangsa.
Dr. Andre juga tidak ragu-ragu untuk mengatakan bahawa Pliosaur seolah-olah T-Rex bawah air.
“Saya tiada keraguan yang ianya seperti T-Rex bawah air,” kata Dr. Andre.
Fosil tengkorak dinosaur itu ditemui oleh peminat fosil tempatan Steve Etches.
Ketika itu, Etches berjalan berhampiran dengan tebing dan menemui hujung muncung fosil tersebut.
Etches ingin sekali melihat fosil yang lain, lalu dia menggunakan dron untuk mengagak kemungkinan fosil berada di tepi tebing.
Akhirnya Etches berjaya mengeluarkan fosil selebihnya apabila dia turun dari tebing.
Menurut para saintis, fosil berkenaan adalah Pliosaur yang paling lengkap yang pernah ditemui.
Penemuan itu dapat membantu menyumbangkan maklumat baharu tentang cara haiwan itu hidup.
Ahli paleobiologi Profesor Emily Rayfrield telah pun meneliti bukaan bulat besar di bahagian belakang kepala.
Mereka memberitahunya tentang saiz otot yang mengendalikan rahang Pliosaur dan daya yang dijana apabila mulutnya tertutup dan menghancurkan mangsa.
Setelah meneliti Emily memberitahu BBC bahawa dia sudah dapat menentukan haiwan itu mempunyai rahang yang kuat.
Berdasarkan ciri tersebut, kekuatan itu adalah kira-kira dua kali lebih kuat daripada buaya air masin, malah paling kuat daripada haiwan hidup yang lain.
Terdahulu, kisah Oyen yang bersahabat baik dengan tikus gergasi Capybara sejak tiga tahun lalu menjadi bualan orang ramai.
Dikenali sebagai ‘The Star of Zoo Negara’, kehadiran Oyen telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara hingga melebihi 3,000 orang pada hujung minggu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan melakukan analisa terlebih dahulu terhadap bukti-bukti yang diperoleh.
Setakat ini tiada perkembangan positif dalam usaha menjejaki pembunuh kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin yang berusia 6 tahun.
“Kita perlu analisa terlebih dahulu semua penemuan-penemuan ini dan masih berusaha mengumpul bukti secukupnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Hussein lagi, penduduk boleh melakukan rutin harian mereka seperti biasa.
Tambahnya, tiada arahan khusus dikeluarkan oleh pihak polis untuk mengawal pergerakan penduduk apartmen tersebut.
“Jika kita lakukan pemeriksaan, mereka tiada di rumah atau berada di luar kawasan, kita akan tunggu dan panggil mereka untuk mass DNA screening (ujian DNA beramai-ramai),” kata Hussein.
Terdahulu, dua buah kotak dilihat dibawa keluar selepas pemeriksaan pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama kira-kira dua jam di setiap rumah di Blok R apartment tersebut.
Kotak berkenaan dipercayai mengandungi bahan bukti yang dapat membantu siasatan kes Zayn Rayyan yang ditemui mati di saliran air di kawasan apartmen berkenaan pada 6 Disember lalu.
Lebih 25 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan pemeriksaan itu bermula 8.40 malam tadi dan berakhir kira-kira 10.30 malam.
Pemeriksaan didapati tertumpu di tingkat dua dan tiga blok berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa dilaporkan diculik sehari sebelum mayatnya ditemui di San Simon, Pampanga.
Pada 24 Oktober, Pejabat Polis Atase Malawakil Manila telah menerima aduan daripada seorang rakyat Malaysia mengenai penculikan adiknya di Manila.
Adik lelaki tersebut yang bekerja di Manila diculik pada 22 Oktober oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali.
Namun pada 23 Oktober, pihak Philippine National Police (PNP) menerima laporan mengenai penemuan mayat seorang lelaki.
Diskripsi fizikal dan tatu pada mayat itu sama dengan diskripsi fizikal dan tatu mangsa penculikan.
“Sebelum kejadian, penculik meminta wang tebusan sebanyak RM330,000 daripada abangnya yang dibayar melalui aplikasi crypto wallet USDT”, katanya pada Isnin.
Menurut Ramli, Pejabat Polis Atase Malawakil Manila telah memohon bantuan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk analisis terhadap aliran transaksi ke dalam crypto wallet milik seorang suspek yang terlibat dalam kes tersebut.
Sinar Harian. Gambar: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf
“Analisis yang dijalankan kemudiannya telah berjaya mengesan aliran transaksi crypto wallet tersebut.
“Aliran transaksi crypto wallet tersebut dipindahkan ke salah satu ‘exchange’ yang tidak didaftarkan di Malaysia,” katanya.
KUALA LUMPUR: Pasaran buruh di Malaysia tidak memberi nilai dan gaji sewajarnya menurut Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali.
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) itu berkata, perkara itulah yang menjadi punca gaji diterima adalah rendah.
Dapatan Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran semakin meningkat.
Berbanding 1.17 juta pada 2016, 2.02 juta pekerja pada 2022 tidak mendapat gaji yang setimpal dengan kelulusan mereka.
“Kertas putih Dasar Gaji Progresif juga melaporkan pada 2022, hanya 83,070 pekerjaan berkemahiran (48,600 jawatan kosong dan 34,470 pengwujudan pekerjaan baharu) yang wujud untuk diisi oleh 282,038 graduan yang dihasilkan.
“Hampir 200,000 lebih rendah daripada bilangan graduan yang dihasilkan.
“Ekonomi kita tidak mencipta kerja yang memerlukan kemahiran atau produktiviti yang mencukupi.
“Benar, kita ada ruang untuk meningkatkan lagi produktiviti graduan yang dihasilkan.
“Persoalannya, adakah dengan kemahiran dan produktiviti yang lebih tinggi hasil daripada Dasar Gaji Progresif menyaksikan majikan bersedia membayar mereka gaji yang lebih tinggi?
“Atau kerajaan yang bakal menanggung kenaikan ini? Sampai bila?
“Patutkah dana awam digunakan sebagai subsidi untuk majikan membayar gaji pekerja?
“Ekonomi tidak berada dalam krisis seperti era pandemink COVID-19.” katanya dalam satu komentar di Facebook.
Ujar Prof. Noor Azlan lagi, aktiviti ekonomi negara hari ini tidak mencipta pekerjaan yang memerlukan pekerja berkemahiran.
Katanya, persoalan yang timbul sama ada aktiviti ekonomi negara masih pada takuk lama dengan permasalahan struktur perlu ditangani, selain kualiti majikan.
“Saya berpandangan bahawa di samping projek rintis Dasar Gaji Progresif yang akan dilaksanakan, Kementerian Ekonomi dan semua institusi awam yang berkaitan serta semua kepakaran terus menganalisis dan mengadakan perbincangan yang rapi, apakah punca gaji pekerja yang rendah.
“Apakah langkah lain yang boleh dilaksanakan bgi menangani masalah gaji rendah ini.
“Apa pun, terima kasih keada Menteri, Rafizi Ramli dan kepimpinan Kementerian Ekonomi yang mengangkat perkara yang pokok dalam pasaran buruh ini untuk perbincangan kita.
“Reformasi pasaran buruh sememangnya amat diperlukan,” katanya.
Noor Azlan pada dasarnya bersetuju kerajaan melaksanakan reformasi pasaran buruh.
“Mesti difahami apa permasalahan yang dihadapi, puncanya dan perlu sejajar dengan dasar makro yang lain sebelum ia diterima sebagai satu dasar baharu.
“Saya meneliti Bab 1 Kertas Putih Dasar Gaji Progressif yang menjelaskan status penggajian dan pasaran buruh di negara kita.
“Fakta ini seharusnya menjuruskan kepada Dasar Gaji Progresif sebagai penyelesaian kepada gaji yang rendah.
“Hati-hati dalam membandingkan penengah gaji bulanan pekerja dengan penengah pendapatan isi rumah,” katanya.
Ternyata seramai lebih tiga juta pekerja menerima gaji kurang daripada penengah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM2,589.
Namun dua angka ekonomi itu tidak boleh dibanding secara langsung.
“PGK merujuk kepada ‘pendapatan isi rumah’, lebih luas takrifannya (merangkumi pendapatan daripada gaji, daripada bekerja sendiri, daripada harta dan pelaburan dan juga daripada pindahan yang diterima) serta merujuk kepada sebuah isi rumah (3.8 orang) bukannya seorang pekerja.
“Dengan gaji penengah 2022 sebanyak RM2,424 sangat jelas herotan berlaku kepada kumpulan berpendapatan sederhana-rendah ke bawah atau separa mahir dan tidak mahir.
“Berbanding dengan kumpulan mahir, gaji mereka naik dengan kadar yang perlahan, seolah malar.
“Fokus Dasar Gaji Progresif mesti kepada kumpulan ini,” kata Noor Azlan.