Fosil tengkorak dinosaur yang ditemui di United Kingdom baru-baru ini adalah antara tengkorak paling lengkap yang pernah ditemui kata pakar.
Tengkorak raksasa laut purba yang besar dipanggil Pliosaur itu ditarik keluar dari tebing di Pantai Jurassic selatan UK.
Pliosaur ialah reptilia marin yang hidup sekitar 150 juta tahun dahulu dan panjangnya sekitar 10 hingga 12 ela.
Fosil tengkorak yang ditemui itu masih mempunyai 130 batang gigi tajam.
Bukan itu sahaja malah masih bergerigi yang mana digunakan untuk menembusi daging haiwan mangsa berulang kali semasa serangan.
Menurut Dr. Andre Rowe dari Universiti Bristol, dengan ciri-ciri tersebut mustahil untuk mana-mana haiwan yang berdekatan dengannya terlepas daripada menjadi mangsa.
Dr. Andre juga tidak ragu-ragu untuk mengatakan bahawa Pliosaur seolah-olah T-Rex bawah air.
“Saya tiada keraguan yang ianya seperti T-Rex bawah air,” kata Dr. Andre.
Fosil tengkorak dinosaur itu ditemui oleh peminat fosil tempatan Steve Etches.
Ketika itu, Etches berjalan berhampiran dengan tebing dan menemui hujung muncung fosil tersebut.
Etches ingin sekali melihat fosil yang lain, lalu dia menggunakan dron untuk mengagak kemungkinan fosil berada di tepi tebing.
Akhirnya Etches berjaya mengeluarkan fosil selebihnya apabila dia turun dari tebing.
Menurut para saintis, fosil berkenaan adalah Pliosaur yang paling lengkap yang pernah ditemui.
Penemuan itu dapat membantu menyumbangkan maklumat baharu tentang cara haiwan itu hidup.
Ahli paleobiologi Profesor Emily Rayfrield telah pun meneliti bukaan bulat besar di bahagian belakang kepala.
Mereka memberitahunya tentang saiz otot yang mengendalikan rahang Pliosaur dan daya yang dijana apabila mulutnya tertutup dan menghancurkan mangsa.
Setelah meneliti Emily memberitahu BBC bahawa dia sudah dapat menentukan haiwan itu mempunyai rahang yang kuat.
Berdasarkan ciri tersebut, kekuatan itu adalah kira-kira dua kali lebih kuat daripada buaya air masin, malah paling kuat daripada haiwan hidup yang lain.
“Gigitan yang kuat bermakna anda juga boleh meremukkan tisu dan tulang dengan agak berkesan.
“Bagi strategi memberi makan, buaya menutup rahang mereka dan kemudian berpusing untuk memutarkan badannya daripada mangsa.
“Ini adalah ciri haiwan yang telah mengembangkan kepala di bahagian belakang dan kita melihat ini dalam Pliosaur,” jelas penyelidik Bristol itu.
Spesimen yang baru ditemui itu mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan ia mempunyai beberapa deria yang sangat tajam dan berguna.
Terdapat lubang-lubang kecil pada muncungnya yang mungkin membantunya mengesan perubahan tekanan air yang dibuat oleh bakal mangsa.
Etches dalam satu kenyataan berkata, dia mahu mempamerkan tengkorak tersebut di muziumnya di Kimmeridge (Koleksi Etches).
Etches juga tidak menolak malah mempertaruhkan nyawanya bahawa baki bahagian lain Pliosaur itu masih berada di dalam tebing.
“Saya mempertaruhkan nyawa saya baki haiwan itu ada di sana,” kata Etches kepada BBC.
Etches berharap bahagian anggota Pliosaur yang tinggal dapat dikeluarkan segera kerana keadaan tebing yang cepat menghakis.
Dia bimbang sekiranya terlewat, baki anggota Pliosaur tersebut akan jatuh dan terus hilang.
“Ini adalah peluang sekali seumur hidup,” kata Etches.