26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024
UtamaGaya HidupNeil si anjing laut gajah ‘ziarah’ lagi penduduk Tasmania

Neil si anjing laut gajah ‘ziarah’ lagi penduduk Tasmania

Neil si anjing laut gajah seberat 600 kilogram telah menggemparkan kembali penduduk Tasmania dengan ‘lawatan’nya baru-baru ini.

Stuff

Rakaman video oleh penduduk tempatan memaparkan Neil menghalang jalan, menggaru dirinya pada tiang jalan dan tidur di hadapan rumah orang.

Salah satu rakaman menunjukkan walapun Neil telah merosakkan laman rumah seorang penduduk tempatan, pemilik rumah tetap menyiram Neil dengan air.

TikTok

Selain itu, terdapat rakaman di mana Neil ‘bergaduh’ dengan pegawai polis tempatan.

“Mereka saling mengenali antara satu sama lain, sangat-sangat baik,” kata Jason Howlett seorang pengguna TikTok yang turut merakam aksi Neil.

“Mereka mempunyai hubungan benci tapi sayang,” tambah Howlett.

TikTok

Menurut Jabatan Sumber Asli dan Alam Sekitar Tasmania (DNRE), purata 12 ekor anjing laut gajah dilaporkan di negeri ini setiap tahun.

Neil membuat kemunculan pertama pada 2022 di pantai berdekatan Hobart.

Kira-kira sebulan lamanya Neil berada di pantai dan kawasan perumahan sebagai sebahagian tempoh hibernasi biasa.

Ramai penduduk tempatan mengambil peluang merakam aksi Neil si anjing laut gajah berusia dua tahun itu.

Namun ada juga yang kurang senang dengan kehadiran anjing laut gajah itu hingga mereka bertindak mencucuk dan melemparkan barang pada Neil.

Susulan itu, penduduk tempatan telah cuba membantu melindungi anjing laut gajah itu seperti mendirikan papan tanda.

ABC News

Dengan itu orang awam akan dapat mengawasi jarak mereka dengan anjing laut gajah itu sekurang-kurangnya 10 meter.

Marianne Concalves yang tinggal di pinggir bandar berdekatan membawa anaknya bertemu Neil.

“Saya berada berhampiran dan memutuskan untuk membawa si kecil melihat anjing laut gajah itu.

ABC News

“Saya telah berada di sini selama setengah jam dan terdapat beberapa keluarga dan ramai orang mengambil gambar.

“Secara umum orang menghormati dan menjaga jarak mereka, Neil sangat comel,” kata Marianne.

Pada bulan November lalu, Neil menjadikan bandar tepi laut Primrose Sands sebagai ‘rumah’nya.

Salah seorang penduduk yang mendapat ‘kejutan lawatan’ ialah Amber Harris.

Kehadiran Neil telah menyebabkan Amber Harris tidak dapat datang kerja.

ABC NEWS

Ini kerana Neil telah baring di sebelah kereta Amber sehingga menghalang wanita itu untuk menggerakkan keretanya.

Menurut Amber, pakar hidupan liar memberitahunya untuk mengumpan Neil dengan makanan. Amber telah mencuba namun gagal.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa jam berehat di laman rumah Amber, Neil dilihat bergerak dan menuju semula ke pantai.

“Saya tak tahu kenapa ia pilih laman hadapan rumah saya tapi kedatangannya dialu-alukan selama mana ia mahu,” kata Amber.

Program Pemuliharaan Marin sentiasa memantau anjing laut gajah itu untuk memeriksa kesihatannya dan keselamatan kedua-dua haiwan dan orang awam.

Mereka mencadangkan supaya menjaga jarak 20 meter jauhnya dan turut mengingatkan bahawa mengganggu hidupan liar adalah satu kesalahan.

TikTok

Ahli biolgi hidupan liar Kris Carlyon berkata Neil telah selesai menyalin kulit dan tiada apa yang menghalangnya daripada kembali ke laut.

“Adalah penting orang ramai tidak terlalu dekat dengan anjing laut gajah atau mengganggunya,” kata Dr. Carlyon.

“Walaupun anjing laut gajah tidak mungkin menyerang jika tidak diancam dan boleh kelihatan tenang dan santai, ia masih hidupan liar yang besar.”

Walaupun Neil telah berjaya mencuri hati penduduk tempatan, namun itu bukanlah perkara yang baik menurut pakar antropologi Dr. Bruce Englefield.

“Sebaik sahaja anda memberikannya nama, orang akan menganggapnya seperti manusia.

“Ini akan menimbulkan masalah apabila menganggap anjing laut gajah ini penyayang dan boleh dipeluk.

“Tapi sebenarnya tidak. Ia adalah haiwan liar seberat 400 kilogram yang boleh membunuh anda.” kata Dr. Bruce.

Berikut adalah sedikit rakaman kehadiran Neil di Tasmania.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI