28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaDoktor bedah wanita untuk keluarkan 300 biji batu karang

Doktor bedah wanita untuk keluarkan 300 biji batu karang

Seorang wanita di Taiwan terpaksa dibedah bagi mengeluarkan lebih 300 biji batu karang daripada buah pinggangnya.

The Star

Wanita yang dikenali sebagai Xiao Yu dimasukkan ke sebuah hospital di bandar Tainan pada minggu lepas kerana demam dan sakit belakang.

Selepas doktor di Pusat Perubatan Chi Mei menjalankan imbasan ultrabunyi, mereka mendapati terdapat cecair dan batu di dalam buah pinggang Xiao yang membengkak.

Hasil imbas CT menunjukkan terdapat batu-batu berukuran antara lima milimeter hingga dua sentimeter.

Selain itu, keputusan ujian darah mendapati kandungan sel darah putih wanita berusia 20 tahun itu tinggi.

Menurut laporan akhbar tempatan, doktor memberikan wanita itu antibiotik untuk mengeluarkan cecair daripada buah pinggangnya.

Kemudian, doktor menjalankan pembedahan invasif kecil untuk mengeluarkan lebih 300 biji batu karang tersebut.

Batu karang berkenaan kelihatan seolah-olah ‘roti kukus kecil’.

The Star

Keadaan pesakit tersebut stabil selepas pembedahan dan selepas beberapa hari pemantauan, wanita itu dibenarkan pulang.

Menurut pakar urologi Dr. Lim Chye-Yang yang menjalankan pembedahan itu, 9.6 peratus penduduk di Taiwan mengalami batu karang.

Daripada jumlah tersebut, lelaki berkemungkinan mengalami batu karang tiga kali lebih tinggi berbanding wanita.

Tambah Dr. Lim lagi, kebanyakan pesakit batu karang berusia antara 50 dan 60 tahun.

Jelas Dr. Lim, cuaca panas pada musim bunga dan panas merupakan salah satu faktor berlakunya batu karang.

Ini kerana pada waktu itu, orang lebih mudah dinyahhidratkan.

Apabila air kencing menjadi lebih pekat, mineral bergabung lalu menghablur dan akhirnya terbentuk menjadi batu.

Difahamkan, Xiao Yu tidak gemar minum air kosong malah kerap meminum air manis ‘bubble tea’.

Pexels

Penyebab lain batu karang ialah faktor keturunan, penyakit kronik, serta pengambilan kalsium dan protein yang tinggi dalam diet.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI