26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024
UtamaBerita UtamaPolis langgar pelajar sekolah hingga maut direman tiga hari

Polis langgar pelajar sekolah hingga maut direman tiga hari

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan polis langgar pelajar sekolah hingga maut direman tiga hari bermula Sabtu.

Berita Harian

Razarudin dalam satu kenyataan berkata siasatan akan dijalankan secara adil walaupun melibatkan pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP).

Arahan siasatan secara menyeluruh itu juga dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

“Polis sudah merakam percakapan tujuh orang saksi membabitkan pelajar sekolah terbabit yang melihat dan berada di tempat kejadian.

“Selain itu, pegawai polis terbabit sudah ditahan dan akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini,” katanya kepada BH.

Jelas Razarudin, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian.

“Saya turut meminta mana-mana pihak yang turut melihat kejadian berkenaan dan mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Saya juga memberi jaminan siasatan ini akan dilakukan secara telus dan adil meskipun membabitkan pegawai kanan polis,” kata Razarudin.

Terdahulu, kira-kira jam 12.35 tengah hari Jumaat, seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh dilanggar hingga maut.

Calon SPM tersebut yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Ativa yang dipandu oleh DSP berusia 44 tahun.

Berita Harian

Difahamkan, kejadian berlaku selepas DSP itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang membuat bunyi bising ekzos motosikal.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Berang dengan situasi itu, DSP bertindak mengejar motosikal yang ditunggang Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie sejauh satu kilometer.

Kemudian, dia melanggar mangsa dari belakang dan akibatnya mangsa terjatuh dari motosikal.

Memeritkan lagi apabila DSP berkenaan turut menyeret mangsa sejauh lima meter.

Saksi memaklumkan, pelaku kemudian berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa.

Namun pelaku terbabit segera beredar apabila menyedari kehadiran orang ramai.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata DSP Kontinjen Kedah itu ditahan tidak lama kemudian.

“PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.

“Orang awam juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam, ” kata Yahya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Berita Harian

Hasil bedah siasat mayat mangsa mendapati terdapat kecederaan di bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.

Dalam pada itu, kakak mangsa Nur Zawani Muhd Zamrie, 28 berkata DSP berkenaan tiada hak untuk memperlakukan adiknya sedemikian.

Zawani yang berada berhampiran lokasi kejadian terperanjat apabila diberitahu orang awam bahawa mangsa kemalangan itu adalah adiknya sendiri.

“Saya pangku dia, saya memang cuba selamatkan dia.

“Saya yang buat CPR masa muila-mula tiba di situ.

“Ketika itu adik masih bernyawa tetapi sudah tidak menunjukkan sebarang tindak balas,” kata Zawani.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI