32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaBerita UtamaPelawak Amerika diculik dan ditikam hingga mati

Pelawak Amerika diculik dan ditikam hingga mati

Seorang pelawak Amerika diculik dan ditikam hingga mati oleh kumpulan perusuh di Colombia pada Isnin lalu.

Daily Mail UK

Keluarga Tou Ger Xiong, 50, mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan kepada media tempatan.

Difahamkan, Xiong pergi ke Medellin, Colombia sejak 29 November untuk bertemu dengan gadis kenalannya pada Ahad malam.

Selepas pertemuan itu, Xiong diculik, dipukul berkali-kali dan ditikam di dada lebih 12 kali. Kemudian Xiong dicampakkan ke gaung.

Mayat Xiong kemudiannya ditemui pada Isnin di kejiranan Medellin Di Robledo.

Pada Rabu, seorang perempuan ditahan berhampiran kawasan di mana mayat ditemui.

Difahamkan, Xiong bertemu individu berkenaan semasa berkunjung ke bandar Colombia dan jatuh hati kerana budayanya.

“Dia pulang ke rumah dan sebenarnya menunjukkan kepada saya gambar wanita itu,” kata Eh Xiong, abang kepada pelawak Amerika itu.

Daily Mail UK

Eh Xiong sekeluarga percaya yang adiknya itu telah diperangkap.

Keluarga Xiong telah berhubung dengan pejabat Senator Minnesota Tina Smith dan Amy Kobluchar untuk membawa pulang mayatnya ke Amerika Syarikat.

Datuk Bandar St. Paul Melvin Carter memberi penghormatan kepada mendiang Xiong.

“Dia adalah salah seorang yang paling kelakar dan paling ikhlas yang pernah saya temui,” kata Carter.

Terdahulu, pihak berkuasa tempatan mengatakan bahawa Xiong yang juga merupakan seorang aktivis mati akibat terjatuh pada ketinggian 60 kaki.

Menurut Eh Xiong, kali terakhir dia bercakap dengan adiknya itu adalah pada Ahad ketika aktivis itu meminta wang berjumlah $2000.

Melalui perbualan tersebut, Xiong memberitahu abangnya bahawa tujuan dia meminta wang tersebut adalah sebagai pertukaran untuk pembebasannya.

Xiong juga dikatakan turut meminta bantuan daripada rakannya yang lain.

Daily Mail UK

Seorang wanita menghubungi polis Medellin dan melaporkan penculikan itu.

Pihak berkuasa memeriksa kediaman Xiong dan menyedari tingkah laku aneh seorang wanita ketika dia mengeluarkan barang dari lokasi itu.

Menyedari dirinya didekati polis, wanita itu segera melarikan diri.

“Dengan rasa sedih kami berkongsi berita yang menyayat hati tentang penemuan mayat aali keluarga kami yang tersayang.

“Tou Ger Xiong adalah ahli keluarga kami yang dihargai.

“Kesakitan akibat kehilangannya tidak dapat digambarkan,” kata Eh Xiong dalam satu kenyataan.

Menurut Eh Xiong lagi, mereka sekeluarga merancang perjalanan ke Medellin.

Itu adalah sebahagian daripada upacara keagamaan termasuklah untuk membebaskan roh Xiong.

Tou Ger Xiong dilahirkan di Laos pada 1973.

Mereka sekeluarga melarikan diri ke Thailand selepas pengambilalihan Komunis pada 1975.

Selama empat tahun mereka berada di kem pelarian di Thailand sebelum menetap di St. Paul.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI