27.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024
UtamaBerita UtamaDSP didakwa bunuh pelajar sekolah

DSP didakwa bunuh pelajar sekolah

IPOH: Seorang polis berpangkat DSP didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar sekolah menengah, Jumaat lepas.

Harian Metro

Mohd Nazri hadir di mahkamah dengan berbaju putih, berseluar paras lutut berwarna hitam sambil kepalanya ditutup dengan kain.

Tertuduh yang berusia 44 tahun itu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan namun tiada pengakuan direkodkan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie,17, pada 15 Disember lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun.

Namun jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh:

  1. Timbalan Pegawai Pendakwa Raya (DPP) Azlina Rasdi (Ketua).
  2. DPP Khairul Azreem Mamat.
  3. DPP Wan Azimah Yaakob.
  4. DPP Afzainizam Abdul Aziz.
  5. DPP Saiful Akmal Mod Said.
  6. DPP Nasrul Hadi Abdul Ghani.
  7. DPP J.S. Geetha.
  8. DPP Low Qin Hui.

Manakala tertuduh Mohd Nazri diwakili peguam Low Yap Loong.

Tertuduh tidak ditwarkan sebarang jaminan.

Mahkamah menetapkan 7 Februari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu laporan berkaitan, antaranya laporan kimia.

Sementara itu, abang mangsa Zarul Fitri, 29 dilihat berlinangan air mata ketika mengikuti sesi pertuduhan tersebut.

Selain Zarul, ahli keluarga mangsa yang turut hadir ialah bapa saudara mangsa Abdul Razak Judin, 48, serta dua lagi saudara yang lain.

“Setakat ini ibu bapa dan keluarga mangsa, Alhamdulillah sudah boleh menerima apa yang telah berlaku.

“Kita semua reda dengan pemergian arwah,” kata Abdul Razak kepada pemberita ketika ditemui di luar perkarangan mahkamah.

Harian Metro

Puluhan anggota polis turut dilihat mengawal sekitar perkarangan mahkamah.

Walaupun keadaan terkawal, kawalan ketat luar daripada kebiasaan itu telah menimbulkan persoalan mengenai layanan ‘double standard’.

Rata-rata pengamal media turut mengakui perkara berkenaan.

Mereka menyifatkan liputan kes itu tidak dapat dilakukan seperti biasa sebagaimana pesalah lain yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sejurus sebelum dibawa masuk ke galeri mahkamah, beberapa anggota polis yang mengiringi tertuduh cuba menghalang laluan biasa digunakan oleh pengamal media bagi merakam visual orang kena tuduh (OKT) di mahkamah itu.

Ketika dibawa keluar dari kompleks mahkamah, tertuduh dipercayai dibawa menaiki pacuan empat roda hitam bercermin gelap.

Kenderaan tersebut diiringi empat kenderaan lain yang turut dinaiki anggota polis beruniform Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Malah, semua kenderaan itu dilihat dipandu laju melalui tempat pengamal media berhimpun untuk merakam visual.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara melalui kenyataan media memaklumkan bahawa DSP terbabit dituduh di Mahkmah Majistret Ipoh hari ini.

Facebook

Dengan cukupnya keterangan, DSP didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jelas Jabatan Peguam Negara.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI