Malaysia sekali lagi akan menyaksikan momen yang amat bermakna dalam catatan sejarah Raja Berperlembagaan di negara ini dengan berlangsungnya dua istiadat penting dalam tempoh 48 jam, sekali gus menonjolkan keunikan sedia ada sistem penggiliran raja-raja Melayu yang telah diamalkan sejak 1957.
Pada 30 Januari, Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menamatkan pemerintahan selepas memenuhi tempoh lima tahun di atas takhta sebagai Ketua Utama Negara bermula 31 Januari 2019.
Gambar Bernama
Tampuk pemerintahan negara bakal mencatat era baharu di bawah pemerintahan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang akan dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara pada 31 Januari 2024.
Mengikut konvensyen penggiliran senarai sembilan negeri beraja, turutan negeri dalam pusingan pertama sistem penggiliran ini sejak 1957 ialah Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.
Pada 1994, penggiliran ini mula memasuki pusingan kedua apabila bekas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-10.
Kedua-dua peristiwa penting yang akan berlangsung dalam tempoh 48 jam ini pastinya dinantikan rakyat Malaysia dengan perasaan bercampur. Rasa sedih dan sebak pastinya mengiringi keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Pahang.
Gambar JPM
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual berangkat dari Istana Negara pada 8 pagi, 30 Januari ke Dataran Parlimen bagi istiadat rasmi perpisahan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memaklumkan tujuh laluan akan terlibat dengan penutupan penuh manakala 13 laluan di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat sempena istiadat keberangkatan balik berkenaan.
Pasangan diraja itu dijadual berangkat balik dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 pagi sebelum berlepas pulang ke pangkuan rakyat Pahang.
Dalam pada itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 menerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) pada 27 Oktober 2023 akan dimasyhurkan bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar / Facebook
Baginda dijadual menyempurnakan Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara yang akan turut menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh tempoh lima tahun bermula 31 Januari ini.
Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dijadual berangkat dari Istana Bukit Serene, Johor pada pukul 7 pagi dan berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sejam kemudian.
Pasangan diraja itu dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang pada kira-kira 10.30 pagi sebelum berangkat ke Istana Negara bagi menyempurnakan istiadat berkenaan.
Sultan Ibrahim yang diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar dan dimahkotakan pada 23 Mac 2015.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebak sehingga menitiskan air mata ketika bertitah pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan baginda 27 Januari.
Dalam titah tersebut, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudi menerima kehadiran Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Lumrah dunia, setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.
“Justeru, sudah sampai masanya untuk saya dan Raja Permaisuri Agong mengundur diri.
“Saya akan berangkat pulang ke Pahang dengan satu perasaan yang sedih dan gembira dan bersyukur kerana amanah ini telah saya laksanakan dengan sepenuh kudrat keupayaan dan keikhlasan hati saya.
“Persoalan sama ada saya berjaya ataupun tidak bukanlah saya untuk membuat penilaian diri sendiri.
“Biarlah helaian sejarah yang menjadi bukti,” titah Seri Paduka pada majlis itu.
Al-Sultan Abdullah turut bertitah supaya seluruh rakyat Malaysia menjaga perpaduan dan semangat hidup bermasyarakat di negara ini sepenuh hati.
“Saya akan merasa amat bersedih seandainya perpaduan yang telah dibentuk ini runtuh kembali akibat kelemahan dan kealpaan kita.
“Dengan penuh rasa keinsafan dan tawaduk saya merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat, keafiatan dan kemuliaan yang telah Allah SWT kurniaan kepada hambu-Mu ini,” titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan harapan supaya seluruh rakyat Malaysia terus memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri yang baharu.
Dalam pada itu, momen ucapan Yang di-Pertuan Agong menyentuh perasaan Tunku Azizah turut dirakamkan apabila Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan yang teristimewa buat Raja Permaisuri.
Titah Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah sentiasa bersama Seri Paduka ketika berkunjung ke setiap pelosok negara dan tidak pernah lekang daripada menyantuni rakyat jelata.
“Buat Adinda Raja Permaisuri Agong, kekanda amat bertuah kerana telah berjaya menawan hati adinda 38 tahun yang lalu dan kekanda turut bersyukur serta berbangga kerana adinda telah turut berjaya menambat hati rakyat Malaysia sepanjang lima tahun yang lalu.
“Bagaikan Khadijah yang memberi sepenuh hidup baginda untuk menyokong perjuangan Rasuluulah, begitulah juga adinda yang tidak lekang memberi perangsang dan semangat kepada kekanda untuk terus memikul amanah yang berat ini,” titah Seri Paduka.
Majlis Jamuan Negara itu turut dihadiri Perdana Menteri Datu Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perjalanan hidup dengan pelbagai pahit manis dan liku tanpa disedari mungkin membawa kepada kejadian tertentu sebagai satu kebetulan semata-mata, sementara yang lain menganggap ia sebagai takdir yang membawa mereka kepada hikmah dan ketentuan.
Percaya atau tidak, anda mungkin terkejut apabila melihat betapa sesuatu yang kebetulan itu mengubah kehidupan seseorang buat selama-lamanya.
Perkara itu telah dikongsikan oleh pencipta kandungan dan pempengaruh popular Jenn Chia, yang juga dikenali dalam talian sebagai SoImJenn.
Dalam klip video yang dikongsikan menerusi laman TikToknya @soimjenn.official, Chia berkongsi penemuan luar biasa yang baru diketahuinya, iaitu suami tersayangnya kini, pernah muncul di latar belakang gambarnya beberapa tahun terdahulu, sebelum mereka bertemu dan saling mengenali.
Berkongsi gambar itu ketika dirinya sedang makan di sebuah restoran pada 10 Oktober 2012, Chia mendedahkan suaminya sedang berdiri di latar belakang, sedang menunggu mencari tempat kosong.
Apa yang mengejutkan, kedua-duanya tidak mengenali antara satu sama lain pada masa itu, kerana Chia mendedahkan mereka bertemu dan menjadi pasangan secara rasmi hanya dua tahun kemudian pada 2014.
Hubungan percintaan itu akhirnya mengikat tali pertunangan pada 2023, sembilan tahun selepas gambar asal diambil.
“Saya masih menggigil melihat gambar ini. Kami berada di tempat yang sama tetapi tidak mengetahui kewujudan satu sama lain,” tulisnya dalam kapsyen di TikTok.
Memuat naik klip yang sama di laman Instagramnya @soimjenn, katanya walaupun terkejut menemui gambar itu, Chia percaya bahawa mereka bertemu pada masa yang tepat.
“Jodoh yang tepat akan sentiasa menemui anda pada masanya yang sesuai,” tulisnya di bawah hantaran itu.
Berkongsi kejutan Chia, beberapa warganet mengulas dalam hantaran Chia, dengan pendapat mereka yang berkata satu-satunya penjelasan logik pertemuan pasangan itu adalah disebabkan “The Invisible String Theory”. Menurut idea ini, seseorang individu itu percaya bahawa alam semesta itu sendiri “dijahit” bersama-sama dengan benang yang tidak kelihatan, yang akhirnya membawa manusia ke takdir utama mereka.
Sementara yang lain memberi komen tentang bagaimana takdir dan jodoh pertemuan telah menentukan masa depan Jenn Chia dan pasangannya, sambil menambah bagaimana mereka berharap perkara yang sama akan berlaku kepada mereka pada suatu hari nanti.
Menurut Cik Apple (bukan nama sebenar), kenalannya menghantar bayinya seperti biasa ke tempat pengasuhan.
Namun tidak lama kemudian, kenalannya menerima panggilan daripada pengasuh yang mengatakan bahawa si kecil tidak bernafas dan jantungnya terhenti.
Bayi tersebut terus dikejarkan ke hospital untuk dirawat.
Doktor tertanya-tanya mengapa bayi yang sedang baring tiba-tiba tidak bernafas dan jantungnya terhenti.
Selepas pemeriksaan, doktor mendapati jantung bayi tiada masalah. Lalu dia menjalankan pemeriksaan genetik namun tidak menjumpai apa-apa petunjuk.
Susulan itu, mereka mencari bukti lain dan akhirnya menemukan jawapan menerusi rakaman kamera litar tertutup.
Bayi tersebut rupa-rupanya meninggal dunia kerana lemas akibat pelitup yang basah disebabkan air matanya.
Perkara ini terjadi apabila pelaksanaan pemakaian pelitup muka dikuatkuasakan bermula minggu ini lantaran wabak penyakit yang kembali menular.
Di tempat pengasuhan, guru-guru membantu kanak-kanak termasuk bayi memakai pelitup muka.
Biarpun bayi menangis kerana tidak selesa dipakaikan pelitup namun pengasuh tetap memaksa bayi memakai pelitup.
Bayi berkenaan terus menangis namun tidak dihiraukan pengasuh. Malah pengasuh menganggap bayi berhenti menangis kerana kepenatan lalu tertidur.
Selepas 20 minit, pengasuh cuba mengalihkan bayi tersebut namun alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bayi tidak bernafas dan jantungya terhenti.
Pengasuh berkenaan cuba mendapatkan pertolongan cemas namun semuanya sudah terlewat.
Cik Apple berkongsi kisah tersebut agar semua orang cakna akan risiko memakaikan pelitup pada bayi.
Katanya, tiada guna menyalahkan mana-mana pihak kerana kemalangan sudah pun terjadi.
Namun Cik Apple mengingatkan agar pengasuh lebih berhati-hati dan memberi perhatian kepada bayi yang tiada pergerakan.
5 sebab mengapa bayi tidak perlu dipakaikan pelitup muka
Saluran udara bayi kecil. Pemakaian pelitup muka akan menyukarkan bayi bernafas melaluinya.
Risiko lemas meningkat. Bernafas melalui pelitup muka adalah sukar. Jika pelitup dipakai dengan ketat, udara sukar melaluinya namun pemakaian yang longgar tidak akan memberikan pelindungan maksimum.
Bayi tidak mampu menanggalkan pelitup sendiri. Jika bayi mengalami kesukaran bernafas, mereka tidak mampu menanggalkan pelitup sendiri dan boleh menyebabkan mereka tercekik.
Tiada pelitup N95 yang diluluskan untuk anak kecil.
Bayi atau anak kecil tidak suka memakai pelitup. Mereka akan cuba menanggalkannya. Hal ini akan menyebabkan mereka menyentuh muka dengan lebih kerap.
Anda pasti pernah melalui kesukaran dalam memastikan anak-anak kecil memakai pelitup muka bukan?
Jadi, inilah yang boleh anda lakukan untuk melindungi anak anda.
7 langkah terbaik untuk melindungi anak anda
Hadkan pendedahan dan elakkan sentuhan awam yang tidak perlu.
Jika perlu keluar, tutup pembawa bayi (baby carrier) dam bukannya bayi dengan selimut. Ini akan membantu melindungi bayi. Namun harus memastikan bayi dapat bernafas dengan selesa. Jangan tinggalkan selimut di pembawa bayi dalam kereta atau bila-bila masa tanpa pengawasan.
Pastikan tangan sentiasa bersih. Kekerapan membasuh tangan dengan sabun dan air selama 20 saat adalah yang terbaik, namun pensanitasi tangan (hand sanitizer), dengan sekurang-kurangnya 60% alkohol adalah pilihan lain yang terbaik.
Kerap membersihkan kawasan yang sering disentuh seperti tombol pintu, pemegang, suis lampu dan barangan elektronik.
Ajar anak-anak yang lebih tua supaya tidak menyentuh wajah mereka.
Jika ibu bapa tidak dapat meninggalkan anak kecil mereka di rumah dan terpaksa pergi ke tempat awam, selesaikan tugas tersebut dengan segera dan sentiasa ikut peraturan penjarakan enam kaki.
Mesti ingat untuk selalu membasuh tangan anak-anak sebaik sahaja tiba di rumah.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah mencadangkan supaya orang awam memakai pelitup muka kain di tempat awam sekiranya sukar mengekalkan langkah-langkah penjarakan sosial lain.
Walau bagaimanapun, CDC dengan tegas mengingatkan bahawa “anak-anak kecil berusia dua tahun ke bawah tidak perlu dipakaikan pelitup kain”.
Selain itu, mereka yang menghadapi kesukaran bernafas, atau tidak sedarkan diri, atau tidak berupaya menanggalkan pelitup sendiri juga dinasihatkan untuk tidak memakai pelitup kain.
Semoga kisah dan pedoman berkaitan pelitup muka dalam kalangan bayi ini dijadikan iktibar demi mengelakkan bayi meninggal dunia kerana pelitup muka.
KUANTAN: Kesemua mangsa kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands disahkan warga Myanmar, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands.
Kelima-lima mereka ialah Shing Lan Har, 56; Shing Aung, 39; Om Myue, 38; Haphey, 36, dan Thang Moung, 25 tahun.
“Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands menerima laporan pada 2.10 pagi Jumaat, 26 Januari dan bergegas ke lokasi bagi pemeriksaan serta mengkoordinasi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Pemeriksaan mendapati tempat kejadian telah terputus hubungan dan memerlukan kenderaan pacuan empat roda untuk ke lokasi,” menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan kepada Bernama.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata pihaknya telah menggerakkan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dan unit anjing pengesan (K9) ke lokasi kejadian.
Wan Mohammad Zaidi berkata dua daripada mangsa ditemukan meninggal dunia, namun setakat ini identiti mangsa masih belum diketahui.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya juga menerima laporan kes tanah runtuh di Ulu Sungai Palas, Cameron Highlands pada 9.33 malam tadi, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kemusnahan harta benda.
Konfrontasi antara sekumpulan warga China dengan seorang pemain piano merangkap YouTuber popular ketika berada di salah satu stesen kereta api London bertukar luar biasa dan disifatkan sebagai tidak masuk akal, kini terus menjadi tular di YouTube.
Pemain piano Brendan Kavanagh, yang mempunyai kira-kira 2.19 juta pengikut di YouTube, memulakan penstriman langsung seperti biasa dengan jurukameranya pada Jumaat lalu, 19 Januari di piano awam yang terletak di stesen Antarabangsa St. Pancras, London.
“Sangat sangat sejuk di London hari ini, tetapi seseorang meletakkan belon ungu pada piano supaya semuanya baik-baik saja,” sindir Kavanagh sebelum mula bermain.
Sekumpulan kira-kira enam orang boleh dilihat di latar belakang video, memegang bendera Republik Rakyat China dan helaian kertas kuning. Salah seorang daripada mereka, seorang wanita, melangkah ke hadapan dengan telefonnya untuk merakam Kavanagh ketika dia bermain seiring dengan pemain piano yang lain.
Semasa rakan pianonya mengambil alih untuk bermain solo, Kavanagh bertanya kepada wanita lain dalam kumpulan itu sama ada dia mahu menari mengikut rentak muzik, tetapi wanita itu menolak.
Beberapa minit kemudian, Kavanagh didatangi kumpulan itu. Interaksi selama 10 minit yang berikutnya semuanya dirakam dan disiarkan secara langsung dalam YouTube Kavanagh.
“Kami di sini membuat penggambaran untuk TV China, adakah anda merakam kami semua dalam kamera anda?” tanya wanita yang telah merakam aksi Kavanagh.
Dakwaannya bahawa kumpulan itu bekerja untuk TV China tidak dapat dipastikan.
Kavanagh berkata dia tidak pasti sama ada kameranya telah merakam wajah mereka. “Kami tidak dibenarkan merakam kamu semua?” soal Kavanagh.
“Kami tidak dibenarkan kerana kami dari TV China,” jawab wanita itu.
Kavanagh membantah dengan mengatakan dia sedang melakukan penstriman langsung di tempat awam.
Seorang lelaki dalam kumpulan negara China itu memberitahunya mereka melindungi hak mereka untuk “imej dan suara”, kemudian menambah kumpulan itu mempunyai “perjanjian dengan orang lain” untuk tidak menunjukkan wajah mereka dalam talian [Kavanagh tidak tahu menahu ‘hak’ itu wujud di negara lain kerana dia sedang berada di negaranya sendiri].
Lelaki itu terus mengancam untuk meneruskan tindakan undang-undang.
Kavanagh terus bertengkar. “Kami berada di negara bebas, kami tidak berada di negara Komunis China sekarang, anda tahu tak?” katanya.
“Saya minta maaf, ini adalah perkauman,” lelaki itu menjawab.
Apabila Kavanagh cuba mencapai bendera yang dibawa oleh salah seorang wanita, lelaki itu mula menjerit kepadanya supaya tidak menyentuh wanita itu.
Tidak lama kemudian, dua orang pegawai polis tiba, dan kumpulan itu menjelaskan rungutan dan rasa tidak puas hati mereka.
“Anda berada di tempat awam. Jika mereka membuat penggambaran, mereka juga mempunyai hak untuk melakukannya di tempat awam,” salah seorang pegawai polis kedengaran memberitahu mereka dalam siaran langsung.
Kemudian pegawai yang lain memberitahu Kavanagh untuk menghentikan penggambaran dan dia “tidak dibenarkan meletakkan siaran itu di saluran YouTube kerana ia telah menjadi perkara polis.” Namun jurukamera Kavanagh meneruskan penggambaran.
Polis kemudian bercakap dengan kumpulan itu jauh dari kamera. Kemudian, seorang pegawai memberitahu Kavanagh untuk menutup siaran langsungnya sekali lagi.
Dia berkata kumpulan itu telah meminta agar Kavanagh tidak menggunakan rakaman mereka di saluran YouTube. “Oleh kerana ada wang yang terlibat, mereka bekerja untuk sebuah syarikat, dan wajah mereka tidak boleh ditayangkan di TV atau saluran seseorang,” kata pegawai itu.
Kavanagh menolak sambil berkata, “Anda bukan ejen keselamatan peribadi mereka..”
Polis itu juga berkata kumpulan itu menuduh Kavanagh membuat komen perkauman dan menambah dia cuba menyentuh salah seorang daripada mereka secara tidak senonoh.
“Dengar sini, mereka mengibarkan bendera komunis dan saya berkata anda mengibarkan bendera komunis, adakah itu perkauman?” soal Kavanagh.
Menyebabkan pertemuan Kavanagh dengan kumpulan itu kini menjadi tular di seluruh dunia.
Kavanagh memberitahu media selepas videonya menjadi tular, kumpulan itu mungkin tersinggung apabila dia tersilap memanggil mereka kru TV Jepun pada awal strim langsungnya.
YouTuber itu berkata dia mengenali rakan yang sedang membuat penggambaran berdekatan dengan stesen TV Jepun dan pada mulanya menganggap kumpulan dari China itu juga dari bawah pasukan yang sama.
Videonya telah ditonton hampir 8 juta kali setakat hari ini selepas penstriman langsung tamat. Ia juga telah menjadi viral di X dan Facebook.
Klip pertemuan itu turut disiarkan di Weibo, platform media sosial popular di China, di mana kumpulan itu turut telah dikritik.
Kavanagh berkata adalah ironis dengan cuba mengeluarkan imej mereka daripada videonya, kumpulan itu telah menjadi tular. “Ini adalah video kesan Streisand klasik, ” katanya, merujuk kepada apabila seseorang yang cuba bersembunyi dari pandangan umum menjadi lebih menonjol melalui usaha mereka.
Kavanagh berkata tindak balas dalam talian juga telah ditujukan kepada pegawai polis stesen kereta api yang menyuruhnya menghentikan penggambaran.
“Saya rasa kelakuannya benar-benar tidak mengikut peraturan,” kata Kavanagh.
Jabatan Polis Pengangkutan Britain tidak menjawab untuk memberi komen berkenaan insiden itu.
Undang-Undang United Kingdom membenarkan orang ramai membuat penggambaran di khalayak ramai dan polis tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mereka.
Kavanagh juga menggandakan pendiriannya bahawa dia tidak membuat kenyataan kontroversi terhadap kumpulan itu.
Hak imej peribadi baru-baru ini menjadi titik kilat di China selepas seorang bekas eksekutif perusahaan negara menjadi tular pada bulan Jun tahun lalu kerana dirakam berpegangan tangan di khalayak ramai dengan seorang wanita yang bukan isterinya.
Kod sivil China menyatakan bahawa setiap orang memegang hak undang-undang untuk imej dan rupa mereka, yang tidak boleh diterbitkan dalam talian tanpa persetujuan mereka. Tiada perlindungan di sebalik tabir berbentuk kod sedemikian yang wujud di UK.
Kavanagh mendedahkan di media, terdapat e-mel dari YouTube yang menyatakan aduan privasi dibuat terhadap videonya dan kandungannya akan disemak.
“Tetapi kini berjuta-juta orang telah melihatnya,” katanya.
Kedutaan China di London dan Google tidak menjawab permintaan untuk memberi komen.
Ibu bapa dan hadirin yang menyaksikan acara sukan tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Libang di Komples Sukan Ranau itu terhibur kerana rupa-rupanya pelari tiba-tiba hilang itu tidak hilang sebenarnya.
Namun mereka hanya tidak kelihatan akibat kehadiran kabus yang tebal.
Seorang bapa kepada salah seorang peserta larian merakam detik unik tersebut dan memuat naik video rakaman di Facebook.
Video tersebut kemudiannya tular dan mendapat perhatian ramai warga siber.
Menurut Adzlan Jeffery,44, dia bersama ibu bapa lain yang menonton pertandingan larian dari astaka tidak dapat melihat peserta di balapan selepas mereka memulakan larian.
Suasana balapan yang samar-samar.
Hanya kedengaran suara penonton yang menyebut ‘mana orangnya’ kerana semua peserta acara 4X100 meter itu tidak kelihatan akibat ditutupi kabus.
Anak Adzlan yang berusia 12 tahun bersama tiga rakan pasukan muncul sebagai juara menerusi acara yang dipertandingkan tersebut.
“Saya lebih merasa ‘kejadian’ itu sebagai lucu kerana keberadaan peserta tidak kelihatan.
“Menariknya semua penonton menunggu dengan debaran siapakah pelari yang akan muncul dahulu dari sebalik kabus berkenaan,”kata Adzlan.
Difahamkan, kedudukan Kompleks Sukan Ranau yang terletak di kawasan tanah tingggi menyebabkan kompleks sering diselimuti kabus tebal teutama pada waktu pagi dan selepas hujan.
Menurut Brother Nan, pada tahun ini dia membuat perubahan iaitu membatalkan acara makan malam tahunan yang biasa dilakukan oleh syarikatnya.
Tindakan itu sebenarnya tidak terhenti di situ sahaja.
Hal ini dikatakan demikian kerana Brother Nan telah memberikan NT$10,000 (hampir RM1509) kepada setiap pekerjanya sebagai ganti.
Brother Nan memberitahu pembatalan itu disebabkan pekerjanya berasa tertekan dengan acara makan malam tahunan bersama para majikan yang lain.
Katanya lagi, mungkin disebabkan pekerja sukar mendapat cabutan bertuah, mereka berasa tidak bertuah lantaran makan malam tahunan tersebut tidak perlu diadakan.
Brother Nan tidak mentah-mentah menolak setelah mendengar pendapat para pekerjanya.
Sebaliknya dia cuba melakukan perkara yang menggembirakan para pekerjanya.
Kata Brother Nan lagi, satu tindakan yang bagus apabila syarikat perlahan-lahan cuba melakukan sesuatu yang disukai oleh para pekerjanya.
Semakin ramai warga dari China baru-baru ini mengecam Parti Komunis China (PKC) dan menyeru perbezaan antara patriotisme dan kesetiaan kepada PKC.
Sejak penerbitan siri editorial The Epoch Times, “Nine Commentaries on the Chinese Communist Party” pada November 2004, lebih daripada 425 juta warga China telah mengecam PKC. Berdasarkan angka yang disediakan oleh laman web Tuidang, jumlah keluar parti pada Disember lalu mencecah 1,202,443.
Kiraan keluar parti harian tertinggi adalah 58,589, manakala yang terendah 37,079. Secara purata, lebih daripada 45,000 orang mengecam Parti setiap hari.
Petikan berikut diambil daripada kenyataan terbaru individu Cina di laman web The Epoch Times yang menggunakan nama samaran untuk menarik diri daripada Parti.
Gambar oleh Gary Wang / The Epoch Times
PKC tidak sama dengan China
Hu Guangwei pada 9 Januari menyatakan: “Dalam ucapan Tahun Baharunya, pemimpin PKC Xi Jinping sekali lagi menekankan penyatuan semula merentasi Selat Taiwan. PKC campur tangan dalam pilihan raya Taiwan sekali lagi. Agenda bercita-cita tingginya kini jelas! Hasrat PKC untuk menyatukan Taiwan secara paksa bukanlah untuk menyatukan China, tetapi memusnahkan China! Umum mengetahui bahawa China tidak sama dengan PKC; PKC adalah kepercayaan ideologi berasal dari luar negara yang telah mengubah secara drastik tanah China sejak penubuhannya. Sementara itu, Taiwan telah mengekalkan legitimasi Republik China dan warisan budaya negara China, bersama-sama dengan nilai sejagat demokrasi dan kebebasan. Jika PKC menguasai Taiwan, China akan hilang sepenuhnya. Kita tidak boleh membiarkan rancangan jahat PKC berjaya!”
Hu menyambung: “Saya, menarik diri daripada liga remaja dan perintis muda, menantikan penyatuan semula merentas selat—satu penyatuan apabila demokrasi menghapuskan pemerintahan diktator, dan China membebaskan dirinya daripada cengkaman PKC! Saya berharap sinaran demokrasi akan segera menerangi seluruh alam masyarakat Cina!”
Kem penjara besar-besaran
Zhang Qingzhou dari Hebei berkata dalam satu kenyataan pada 11 Januari: “Republik Rakyat China tidak sinonim dengan China; ia tidak layak sebagai negara sejati. Ia hanyalah sebuah kem penjara besar-besaran, diawasi oleh sekumpulan penjenayah!
“PKC memberi kami hukuman yang tidak berperikemanusiaan tanpa henti, menjejaskan kesejahteraan fizikal dan mental kami, menyebabkan kemudaratan besar kepada rakyat di tanah ini! Saya menjauhkan diri saya daripada organisasi jahat ini, dan saya memohon rakyat di Taiwan di seberang selat untuk memilih presiden yang benar-benar demokratik. Jangan biarkan PKC menyusup, dan jaga benteng terakhir demokrasi dan kebebasan di negara kami!”
Fu Yuan menyifatkan keazaman untuk mengecam Parti, dengan berkata: “Mao yang zalim melancarkan perang melawan langit dan bumi, memusnahkan “Empat Yang Tua” dan melemahkan budaya tradisional Cina, menyebabkan saya mengalami kecederaan yang ketara; memfitnah Confucius untuk melucutkan pengetahuan keturunan kita tentang kebaktian, mempromosikan kepentingan diri sendiri. Jiang Zeming yang berniat jahat melaksanakan larangan amalan “Sejati, Baik, Sabar.” Saya bertekad untuk mengecam PKC yang jahat!”
Pembohongan dan penipuan
Shen Deshun menyebut tidak terlibat dalam latihan Falun Gong, tetapi selepas baru-baru ini mengelak daripada penapisan untuk menonton filem “Coming for You,” beliau mendapati sukar untuk mendapatkan semula ketenangan.
“Falun Gong pada asasnya berbeza daripada apa yang didakwa oleh PKC; sebaliknya, semua unsur jahat yang diperkatakan oleh PKC adalah berkait rapat dengan PKC!
“Falun Dafa menyampaikan nilai-nilai menjadi manusia yang baik. Memerhatikan watak utama dalam filem itu mengalami perubahan positif daripada seorang pengacau kepada individu yang baik hati melalui amalan Falun Dafa, menyaksikan perubahan positif dalam keluarganya yang sedang bergelut, dan pemulihan ajaib rakannya melalui latihan Falun Dafa, saya benar-benar tersentuh! Namun, melihat penganiayaan yang tidak berasas terhadap pengamal Falun Dafa oleh pihak yang berniat jahat itu membuat saya menjadi marah secara mendalam.
“Kewujudan PKC sehingga hari ini adalah sesuatu yang saya rasa tidak boleh diterima. Saya akan berhenti parti, liga remaja dan perintis muda. Saya tidak akan bersekongkol dengan kejahatan seperti itu!” kata Shen.
“Coming for You” merupakan sebuah filem terbitan bersama NTDTV dan New Realm Studios.
Zhu Sha, menyuarakan kebenciannya yang kuat terhadap naratif media rejim, seperti: “Untuk memusnahkan kita adalah usaha kekal imperialis Amerika,” dan “Tanggungjawab terletak sepenuhnya pada Amerika Syarikat,” ketika beliau mengecam Parti.
Wanita ini menulis: “Adakah isu orang Cina dengan pendidikan, perumahan, dan penjagaan kesihatan disebabkan oleh Amerika Syarikat? Adakah kebuluran, Revolusi Kebudayaan, Pembunuhan Beramai-ramai Dataran Tiananmen dan peristiwa domestik baru-baru ini seperti kematian Hu Xinyu semuanya disebabkan oleh Amerika Syarikat? Bolehkah kita menyalahkan kekurangan kebebasan bersuara, akhbar, dan hak untuk membantah di China kepada Amerika Syarikat? Adakah Amerika Syarikat menyekat internet orang Cina sehingga kita perlu menggunakan VPN untuk mengakses laman web asing? Mengapa pegawai PKC yang korup tidak sabar-sabar untuk menghantar anak-anak mereka ke Amerika Syarikat?”
Zhu Sha percaya bahawa ini semua adalah “alasan yang mudah” untuk PKC menyembunyikan “ketidakcekapan tadbir urus” mereka sendiri.
Gambar oleh Mihut Savu / The Epoch Times
Kebangkitan polis
Luo Xiyuan, bekas pegawai polis bantuan, menyedari semasa dalam tugas bahawa “pasukan polis sekarang telah bertukar menjadi penguatkuasa agenda jahat PKC, berkata: “Saya dengan ini mengumumkan penarikan diri daripada Liga Belia PKC.”
Chen Hanhui dari Hebei ingin menjadi pegawai polis untuk “menangkap penjenayah dan memastikan keselamatan awam.” Walau bagaimanapun, tugasnya dalam menguruskan firewall internet memberinya peluang untuk mengakses banyak laman web yang tidak dapat dimilikinya.
“Saya menyedari bahawa saya telah menghabiskan seluruh hidup saya dalam persekitaran yang disesatkan oleh amalan penipuan PKC. Saya telah dididik secara menyeluruh dalam budaya yang disebarkan oleh PKC, sehingga saya kehilangan keupayaan untuk membezakan mana yang benar dan salah.
“Setelah membaca “Nine Commentaries on the Communist Party,” saya kini mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat jahat PKC. Saya telah lama kecewa dengan penganiayaan kejam PKC terhadap pengamal Falun Gong, terutamanya memandangkan individu-individu ini adalah orang biasa yang baik hati tetapi tidak sepatutnya menderita.
Chen membuat kenyataan rasmi mengenai Tuidang, dengan menyatakan, “Bermula dengan ini, saya memutuskan semua hubungan dengan PKC.”
‘China, Neraka Hidup’
Xiao Tan, yang kini menetap di luar negara, mengisytiharkan: “Saya enggan bergaul dengan kejahatan! Hapuskan tanda binatang buas itu!”
Xiao menjelaskan dia telah menyertai Parti tanpa banyak berfikir. Bagaimanapun, kini dia menyedari, melalui pengalaman hidup dan maklumat dalam talian, bahawa “PKC adalah syaitan yang dahagakan darah.”
Katanya, pegawai berpangkat tinggi PKC menikmati keistimewaan dan faedah yang dilindungi oleh dana awam sementara rakyat biasa mengalami kekurangan penjagaan kesihatan, rumah mampu milik, dan penapisan.
“Dengan kadar cukai tertinggi, makanan beracun, asbut asap, pencemaran alam, rasuah, pembinaan kualiti rendah, pembunuhan beramai-ramai, PKC telah menjadikan China sebagai neraka hidup,” kata Xiao.
“PKC mendatangkan kemudaratan kepada rakyat Hong Kong, campur tangan dalam pilihan raya Taiwan dan negara demokrasi lain, serta meluaskan pengaruh jahatnya ke seluruh dunia.
“PKC menindas kepercayaan rakyat, menjalankan pengambilan organ secara paksa ke atas pengamal Falun Gong, menunjukkan rasa tidak hormat kepada Pencipta, dan senarai kekejamannya terlalu luas untuk dihitung.
“Semoga Pencipta cepat menghapuskan Parti iblis yang jahat ini,” tulis Xiao.
Xu Dongshi dari Henan berkata semasa dia di sekolah rendah, nampaknya satu kesilapan besar dan jenayah untuk tidak memakai selendang merah, menandakan penyertaan Perintis Muda. “Memaksa kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa untuk mengabdikan hidup mereka kepada PKC adalah sangat berniat jahat,” tulis Xu, “Saya telah memutuskan untuk menarik diri daripada Perintis Muda PKC.”
Kehidupan baru yang stabil
Zhou Lihua mengimbas kembali pengalamannya sendiri selepas menonton dokumentari, “The Awakening of 400 Million.”
Semasa Revolusi Kebudayaan, bapanya, seorang pengetua sekolah, dituduh sebagai musuh revolusi, yang dipanggil “Lima Kategori Hitam.” Zhou terpaksa menjauhkan diri daripada bapanya untuk menyertai Pengawal Merah.
Katanya: “Saya dengan sesungguhnya mengumumkan penarikan diri daripada Pengawal Merah PKC, Perintis Muda, dan Liga Pemuda parti jahat itu, untuk menghapuskan sepenuhnya sisa-sisa budaya parti. Saya adalah keturunan maharaja Yan dan Huang, anak kepada dewa syurgawi.”
“The Awakening of 400 Million” merupakan sebuah dokumentari yang mengisahkan gerakan kebangkitan rohani oleh orang Cina. Li Jun, pengarah, yang menyiasat para sukarelawan di Eropah, Australia, Amerika Syarikat, Taiwan, Hong Kong, dan China, berharap dokumentari itu dapat merekodkan tempoh bersejarah ini.
Liu Shengyuan dari Beijing mengecam Parti dan mengarang puisi ini:
Dewa-dewa syurga turun untuk menyelamatkan semua makhluk,
Memadamkan perosak berbahaya berusia berabad-abad.
Tanah Besar China bergembira serentak,
Pemujaan jahat komunis menemui penghujung.
Menarik diri dari parti jahat, liga belia, dan perintis muda,
Sekurang-kurangnya 11 penduduk tempatan maut manakala puluhan yang lain masih hilang selepas tanah runtuh di China pada 22 Januari lalu.
Kejadian tanah runtuh di kampung Liangshui berdekatan dengan bandar Tangfang di Daerah Zhenxiong itu juga memaksa ratusan penduduk dipindahkan ke tempat lain.
Sekurang-kurangnya 50 orang tertimbus di dalam 18 buah rumah berasingan yang belum dapat dihubungi.
Sembilan mayat berjaya dijejaki, walaupun suhu yang sangat sejuk di rantau itu hampir menghalang usaha mencari mangsa yang masih hidup.
Menurut CNN, lebih 500 orang telah dipindahkan susulan daripada tanah runtuh yang berlaku di daerah Yunnan, China itu.
Rakaman dron yang disiarkan oleh media negeri tempatan memaparkan bangunan tertimbus dalam lumpur yang likat yang dikelilingi salji.
Pada ketika itu, punca bencana walau bagaimanapun belum diketahui.
Pusat Meteorologi Kebangsaan China melaporkan daerah Yunnan sedang berhadapan dengan keadaan cuaca ekstrem dengan suhu pada atau di bawah paras beku.
Tanah runtuh di wilayah barat daya China sering berlaku disebabkan oleh iklim lembap dan hujan di sana.
Kawasan utama yang paling terjejas akibat tanah runtuh adalah kawasan pertanian atau pelombongan manakala kawasan berisiko termasuk hutan yang telah ditebang dan lereng sekitar projek kejuruteraan.
Berdasarkan laporan The Guardian, pada September 2023, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila berlaku tanah runtuh di rantau selatan China, Guangxi.
Pada Jun 2023, hampir 20 orang maut apabila asrama pekerja sebuah syarikat pelombongan yang terletak di daerah pedalaman berbukit di Leshan, Wilayah Sichuan China dihempap tanah runtuh.
14 orang maut manakala beberapa lagi cedera dalam tanah runtuh di tapak pembinaan di barat daya China pada Januari 2022.
Sejarah pada Disember 2015 pula mencatatkan tanah runtuh telah menimbus dan menenggelamkan bangunan di sebuah taman perindustrian di bandar China, Shenzhen.