33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024
UtamaBerita UtamaPenyamun guna alat pemadam api sembur jurujual

Penyamun guna alat pemadam api sembur jurujual

YAN: Dua orang penyamun guna alat pemadam api sembur jurujual di sebuah kedai serbaneka di Guar Chempedak, Yan, Kedah pada Khamis lalu.

Utusan Malaysia

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian berkenaan turut tular di media sosial.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan dua orang lelaki meluru masuk ke dalam premis.

Salah seorang daripada mereka terus menyembur dua jurujual wanita dengan alat pemadam api.

Seorang lelaki lagi melarikan sejumlah wang tunai dari mesin wang di kaunter bayaran.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7.25 malam ketika dua jurujual wanita berada di dalam kedai.

Susulan kejadian terbabit, pemilik kedai mengalami kerugian sebanyak RM2,800 selepas peti mesin duit dilarikan oleh dua suspek itu.

“Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan melibatkan mangsa dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI