29 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024
UtamaBerita UtamaBayi meninggal dunia kerana pelitup muka

Bayi meninggal dunia kerana pelitup muka

Seorang pengguna Facebook dari Taiwan baru-baru ini berkongsi kisah bayi kenalannya yang meninggal dunia kerana pelitup muka.

Forbes Gambar sekadar hiasan

Menurut Cik Apple (bukan nama sebenar), kenalannya menghantar bayinya seperti biasa ke tempat pengasuhan.

Namun tidak lama kemudian, kenalannya menerima panggilan daripada pengasuh yang mengatakan bahawa si kecil tidak bernafas dan jantungnya terhenti.

Bayi tersebut terus dikejarkan ke hospital untuk dirawat.

Doktor tertanya-tanya mengapa bayi yang sedang baring tiba-tiba tidak bernafas dan jantungnya terhenti.

Selepas pemeriksaan, doktor mendapati jantung bayi tiada masalah. Lalu dia menjalankan pemeriksaan genetik namun tidak menjumpai apa-apa petunjuk.

Susulan itu, mereka mencari bukti lain dan akhirnya menemukan jawapan menerusi rakaman kamera litar tertutup.

Bayi tersebut rupa-rupanya meninggal dunia kerana lemas akibat pelitup yang basah disebabkan air matanya.

Perkara ini terjadi apabila pelaksanaan pemakaian pelitup muka dikuatkuasakan bermula minggu ini lantaran wabak penyakit yang kembali menular.

Di tempat pengasuhan, guru-guru membantu kanak-kanak termasuk bayi memakai pelitup muka.

Biarpun bayi menangis kerana tidak selesa dipakaikan pelitup namun pengasuh tetap memaksa bayi memakai pelitup.

Bayi berkenaan terus menangis namun tidak dihiraukan pengasuh. Malah pengasuh menganggap bayi berhenti menangis kerana kepenatan lalu tertidur.

Selepas 20 minit, pengasuh cuba mengalihkan bayi tersebut namun alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bayi tidak bernafas dan jantungya terhenti.

Pengasuh berkenaan cuba mendapatkan pertolongan cemas namun semuanya sudah terlewat.

Cik Apple berkongsi kisah tersebut agar semua orang cakna akan risiko memakaikan pelitup pada bayi.

Katanya, tiada guna menyalahkan mana-mana pihak kerana kemalangan sudah pun terjadi.

Namun Cik Apple mengingatkan agar pengasuh lebih berhati-hati dan memberi perhatian kepada bayi yang tiada pergerakan.

5 sebab mengapa bayi tidak perlu dipakaikan pelitup muka

  1. Saluran udara bayi kecil. Pemakaian pelitup muka akan menyukarkan bayi bernafas melaluinya.
  2. Risiko lemas meningkat. Bernafas melalui pelitup muka adalah sukar. Jika pelitup dipakai dengan ketat, udara sukar melaluinya namun pemakaian yang longgar tidak akan memberikan pelindungan maksimum.
  3. Bayi tidak mampu menanggalkan pelitup sendiri. Jika bayi mengalami kesukaran bernafas, mereka tidak mampu menanggalkan pelitup sendiri dan boleh menyebabkan mereka tercekik.
  4. Tiada pelitup N95 yang diluluskan untuk anak kecil.
  5. Bayi atau anak kecil tidak suka memakai pelitup. Mereka akan cuba menanggalkannya. Hal ini akan menyebabkan mereka menyentuh muka dengan lebih kerap.

Anda pasti pernah melalui kesukaran dalam memastikan anak-anak kecil memakai pelitup muka bukan?

Jadi, inilah yang boleh anda lakukan untuk melindungi anak anda.

7 langkah terbaik untuk melindungi anak anda

  1. Hadkan pendedahan dan elakkan sentuhan awam yang tidak perlu.
  2. Jika perlu keluar, tutup pembawa bayi (baby carrier) dam bukannya bayi dengan selimut. Ini akan membantu melindungi bayi. Namun harus memastikan bayi dapat bernafas dengan selesa. Jangan tinggalkan selimut di pembawa bayi dalam kereta atau bila-bila masa tanpa pengawasan.
  3. Pastikan tangan sentiasa bersih. Kekerapan membasuh tangan dengan sabun dan air selama 20 saat adalah yang terbaik, namun pensanitasi tangan (hand sanitizer), dengan sekurang-kurangnya 60% alkohol adalah pilihan lain yang terbaik.
  4. Kerap membersihkan kawasan yang sering disentuh seperti tombol pintu, pemegang, suis lampu dan barangan elektronik.
  5. Ajar anak-anak yang lebih tua supaya tidak menyentuh wajah mereka.
  6. Jika ibu bapa tidak dapat meninggalkan anak kecil mereka di rumah dan terpaksa pergi ke tempat awam, selesaikan tugas tersebut dengan segera dan sentiasa ikut peraturan penjarakan enam kaki.
  7. Mesti ingat untuk selalu membasuh tangan anak-anak sebaik sahaja tiba di rumah.
Pexels

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah mencadangkan supaya orang awam memakai pelitup muka kain di tempat awam sekiranya sukar mengekalkan langkah-langkah penjarakan sosial lain.

Walau bagaimanapun, CDC dengan tegas mengingatkan bahawa “anak-anak kecil berusia dua tahun ke bawah tidak perlu dipakaikan pelitup kain”.

Selain itu, mereka yang menghadapi kesukaran bernafas, atau tidak sedarkan diri, atau tidak berupaya menanggalkan pelitup sendiri juga dinasihatkan untuk tidak memakai pelitup kain.

Semoga kisah dan pedoman berkaitan pelitup muka dalam kalangan bayi ini dijadikan iktibar demi mengelakkan bayi meninggal dunia kerana pelitup muka.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI