34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 22, 2025
Utama Blog Laman 44

Perubahan cuaca faktor hutan terbakar secara semula jadi

0

MET Malaysia menerusi siaran media mengingatkan orang ramai supaya peka dengan perubahan cuaca pada fasa akhir Monsun Timur Laut.

MET Malaysia

Fasa akhir monsun yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024 ini boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

Cuaca panas ketika ini merupakan fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei. Dalam tempoh ini, suhu maksimum harian boleh melebihi 35°C pada awal petang.

Suhu tertinggi yang dicatatkan oleh stesen meteorologi utama MET Malaysia adalah 36.9°C iaitu di Chuping, Perlis pada 8 Februari lalu.

Pengguna TikTok @ezlynnariffin memuat naik video kebakaran hutan yang berlaku di Chuping baru-baru ini.

Wanita berkenaan yang sedang dalam perjalanan ke suatu tempat sempat merekod keadaan hutan yang sedang terbakar.

TikTok

“Ini bukan pembakaran terbuka.

“Ini adalah di kawasan titik terpanas di Malaysia, iaitu di Chuping, Padang Besar,” kata wanita itu.

Menerusi video, kelihatan api bertambah marak dipercayai disebabkan angin bertiup makin kencang.

Wanita dan pemandu tersebut turut menunjukkan beberapa kawasan kesan kebakaran yang berlaku sebelum ini.

Katanya lagi, “Ini adalah kawasan titik terpanas Malaysia.”

Meninjau di ruang komen, beberapa orang warga siber mengatakan bahawa mereka sudah biasa berhadapan dengan situasi seperti ini.

kami dok perlis pun dah biasa tiap-tiap tahun macam ni ada ja tempat-tempat terbakaq sendiri

@mal

Kami dok utara, kedah dan perlis memang sangat panas

@farizahzalie

rumah aku area situ..kalau keluar tengah hari rasa macam kena panggang ja

@babycumiiiyyy

otw padang besar ahad harituh macam ni lah. tak mampu dah bomba padamkan huhu. merata terbakar

@Whoopsie

Berikutan perubahan cuaca yang berlaku ini, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk mengehadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas.

Orang ramai turut diingatkan untuk mengikuti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekalkan keadaan sihat semasa cuaca panas.

MET Malaysia

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai status cuaca panas menerusi laman sesawang MET Malaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Jururawat lelaki menyuapkan makanan kepada pesakit tua dipuji

0

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang jururawat lelaki menyuapkan makanan kepada seorang pesakit lelaki warga emas.

TikTok

Menurut pemilik video Muhammad Nadzry, jururawat yang bernama Hafiz itu ialah rakannya. Mereka bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.

Pada mulanya, Hafiz membersihkan mulut dan dada pesakit. Dia kemudian menyuapkan makanan kepada pesakit tersebut. Hafiz dilihat melakukan tugasnya dengan penuh dedikasi.

TikTok

Difahamkan, tiada waris baik anak, isteri mahupun saudara-mara yang menziarahi pesakit warga emas itu. Dia juga dikatakan bersendirian sejak dimasukkan ke hospital.

Menurut Nadzry, pesakit yang ditempatkan di wad ortopedik kerana menjalani pembedahan itu memerlukan bantuan bagi melakukan aktiviti hariannya seperti makan dan mandi.

Di sinilah Hafiz tampil membantu pesakit tersebut biarpun perkara itu tidak termasuk tugas-tugas hakiki seorang jururawat. Namun atas dasar kemanusiaan, Hafiz melakukannya dengan rela hati.

TikTok

Meninjau di ruang komen platform TikTok, ramai warga siber yang memuji tindakan murni Hafiz membantu pesakit lelaki terbabit.

Bagus staff ni.. @hafizMYPS

@kopisusu

alhmadulillah… semoga Allah membalas jasa baik kalian… teruskan istiqamah dan memberikan perawatan yang terbaik untuk semua pesakit-pesakit kita..:)

@IzaShariza

mulianya hati nurse ni…

@radzuan8221

hebat.. tak semua orang mampu layan patient dengan ikhlas

@anissubly

Kerjaya kejururawatan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1800.

Perkhidmatan yang pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co. yang kemudiannya digantikan oleh nuns Katholik.

Latihan sambil bekerja jururawat pertama ialah di Johor Bahru pada tahun 1938. Namun terhenti sekitar tahun 1942 hingga 1945 disebabkan Perang Dunia Kedua.

Sekolah Kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur manakala sistem penjagaan kesihatan pula mula berkembang di Malaya pada tahun 1951.

Kerjaya kejururawatan merupakan kerjaya yang dinamik dan sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak dunia perubatan semasa.

Jika dahulu kerjaya jururawat sering dikaitkan dengan wanita, namun kini masyarakat lebih terbuka untuk menerima jururawat lelaki.

Hal ini dikatakan demikian kerana jururawat lelaki lebih diperlukan dalam beberapa urusan terutama yang melibatkan kekuatan fizikal.

Sebagai contoh, mereka diperlukan di dewan bedah dan di wad yang memerlukan penjagaan kepatahan tulang dan di kecemasan.

Skop perkhidmatan jururawat adalah merangkumi bidang dan pengkhususan berikut:

  1. Perkhidmatan Primer – Memberi jagaan perawatan primer dan kecemasan di fasiliti kesihatan yang memfokuskan kepada perkhdimatan seperti penjagaan kesihatan ibu hamil, penjagaan kesihatan ibu selepas bersalin, kebidanan di rumah, penjagaan kesihatan bayi dan kanak-kanak di bawah enam tahun termasuk imunisasi, kesihatan orang kurang upaya dan lain-lain.
  2. Perkhidmatan Sekunder dan Tertiar – Memberi perkhidmatan di pelbagai unit pengkhususan, kepakaran dan sub kepakaran di hospotal-hospital yang merangkumi aktiviti-aktiviti di bidang Kecemasan dan traumatologi, anestesialogi, rawatan rapi dan lain-lain.

Seorang jururawat profesional mestilah penyayang, cergas, sopan, penyabar, jujur, prihatin, berupaya berkomunikasi dengan baik serta mempunyai sikap yang positif.

Jika anda berminat untuk menceburi bidang kejururawatan, bolehlah memohon secara dalam talian di laman http://www.spa.gov.my. Permohonan adalah berdasarkan “Sistem Mengambil Sepanjang Masa” (SMSM) dan sah selama satu tahun.

Kepada jururawat di luar sana, kami ucapkan terima kasih atas sumbangan anda kepada masyarakat dan negara.

Beza pakaian seragam PDRM ‘Tuck In’ dan ‘Tuck Out’, lelaki ini tanya abang polis

0

Oleh kerana rasa ingin tahu, seorang lelaki baru-baru ini bertanyakan kepada beberapa orang pegawai polis tentang apakah perbezaan pemakaian baju seragam polis yang nampaknya ada jenis yang ‘tuck in’ dan ‘tuck out’.

Jadi lelaki itu @ariffqayyum telah berkongsi pengetahuannya di TikTok dengan penjelasan apakah perbezaan dan maksud di sebalik pakaian seragam PDRM secara umum.

TikTok

Menerusi video TikTok yang tular itu, @ariffqayyum telah menemu bual beberapa anggota dan pegawai polis tentang maksud di sebalik pemakaian seragam mereka.

Mereka mendedahkan maksud pakaian seragam ‘tuck in’ dan ‘tuck out’ dengan jawapan yang mudah dan jelas. 

Menurut mereka, cara pemakaian ini adalah menunjukkan perbezaan dari segi pangkat.

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) / Facebook

Bagi yang ‘tuck out’, ia menunjukkan pangkat mereka adalah lebih tinggi, yang bermakna mereka adalah pegawai kanan polis bermula pangkat Inspektor sehingga Inspektor Jeneral Polis.

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) / Facebook

Manakala polis yang berpakaian seragam ‘tuck in’ adalah mereka yang berpangkat rendah bermula Konstabel sehingga Sub-Inspektor.

Sekarang barulah anda lebih tahu dan jelas.

Gaduh guna tongkat kayu di lebuhraya, warga Singapura didenda

0

MUAR: Lelaki warga Singapura didenda RM5,500 kerana bergaduh menggunakan tongkat kayu di Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh, Muar, Johor.

BH Online

Majistret Fatin Dalilah Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Soh Kian Hui,45, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pemandu teksi di Singapura didakwa dengan niat memecahkan cermin Toyota Fortuner milik Khairul Husni Shah Jamil, 31, sehingga menyebabkan kerugian RM2,502.35.

Kejadian berlaku di Kilometer 139.6, Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh pada pukul 1.58 tengah hari, 10 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi kesalahan tersebut.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh memecahkan cermin kereta mangsa dengan menggunakan tongkat kayu di lebuhraya.

Tindakan sedemikian dilakukan tertuduh atas dasar tidak puas hati apabila kenderaannya dihalang daripada menggunakan laluan kecemasan.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, mangsa bersama ahli keluarga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum ternampak Mitsubishi Lancer yang dipandu tertuduh menggunakan laluan kecemasan.

Tindakan mangsa yang menghalang kenderaan tertuduh telah mencetuskan pertengkaran mulut.

Namun tidak menyangka tertuduh bertindak berani dengan mengetuk cermin kenderaan mangsa dengan menggunakan tongkat kayu sebelum beredar.

BH Online

Tertuduh kemudiannya ditahan di Genting Highlands, Pahang pada pukul 3.30 pagi, 12 Februari lalu.

Susulan penahanan itu, Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh mengeluarkan perintah reman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M kumar, berkata suspek berusia 40-an itu ditahan sepasukan polis dri Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor.

“Polis turut merampas sebuah kereta dipandu suspek yang digunakan pada hari kejadian,” katanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Ariff Marzuki manakala tertuduh diwakili Norain Sakina Zikri.

Pihak pendawaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal memandangkan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh sangat serius.

Dalam hujahnya, pihak pendawaan menyebut kejadian itu berlaku di lokasi berbahaya dan boleh mencetuskan perkara tidak diingini terhadap pengguna lebuhraya yang lain.

Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak, Mahkamah Majistret Muar menjatuhkan hukuman denda RM5,500.

Sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut, dia boleh dipenjarakan selama 12 bulan.

Pemain bola sepak Indonesia maut disambar petir ketika perlawanan sedang berlangsung

0

Seorang pengguna media sosial bernama Githii berkongsi di platform X baru-baru ini yang memaparkan video ngeri apabila seorang pemain bola sepak Indonesia telah maut akibat dipanah petir ketika sedang beraksi dalam perlawanan bola sepak.

Kapsyen video itu, “Ini berlaku semasa perlawanan bola sepak di Indonesia.”

@githii / X

Dalam video berkenaan, pemain bola sepak Septin Raharja yang berusia 35 tahun, dilihat sedang berjalan di atas padang ketika perlawanan bola sepak persahabatan antara 2 FLO FC Bandung dan FBI Subang di Stadium Siliwangi di Bandung, Jawa Barat.

Sebelum petir memanahnya sehingga maut pada jam 4:20 petang Sabtu, 10 Februari.

@githii / X

Insiden tragis berkenaan telah menjadi tular di media sosial yang menjadi carian utama di Indonesia.

Menurut laporan NDTV, selepas dipanah petir, Septian Raharja serta-merta rebah di atas padang dan dikejarkan ke hospital berdekatan tetapi malangnya telah disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

@githii / X

Githii terus berkongsi tanda-tanda cara mengenal pasti apabila kilat hampir menyambar seseorang.

“Sebelum kilat menyambar, alam memberi kita petunjuk. Anda mungkin merasakan rambut berdiri atau mendapat sensasi semut-semut pada kulit. Sesetengah orang juga melaporkan terasa seperti terdapat logam di dalam mulut. Tanda-tanda ini bermakna medan elektrik di sekeliling anda sangat kuat dan kilat mungkin akan menyambar,” jelasnya.

@githii / X

“Jika anda perasan mana-mana tanda ini, ia menjadi sangat penting untuk segera berpindah ke tempat yang selamat, seperti di dalam rumah atau kereta. Ingat, kilat tidak dapat diramalkan, jadi sentiasa berhati-hati apabila anda mendengar guruh,” tambah Githii.

Video di bawah:

Polis sahkan dua individu terkorban dalam pesawat ringan terhempas di Kapar

0

Dua individu berada di dalam pesawat ringan yang terhempas di Kampung Tok Muda di Kapar, Klang pada Selasa, 13 Februari, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan pihak polis mengesahkan kedua-dua mangsa telah terkorban.

Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Hussein Wan Omar berkata mangsa, seorang juruterbang dan pembantu juruterbang berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Menurut Hussein, kedua-dua mangsa berada dalam kokpit pesawat yang terbenam kira-kira dua meter.

@bernamadotcom/X

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud dalam satu kenyataan pada 13 Februari berkata siasatan akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.

Norazman berkata, hubungan terakhir antara pesawat dan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada 1:35 tengah hari, namun tiada panggilan kecemasan diterima.

“Pusat Koordinasi Penyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) segera diaktifkan untuk mengenal pasti lokasi sebenar pesawat itu,” katanya.

Pesawat itu adalah model BK 160 Gabriel dan diuruskan oleh Air Adventure Flying Club.

@bernamadotcom/X

Pesawat malang berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor, pada 1.28 petang bagi tujuan penerbangan rekreasi.

Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan sebuah pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda di Kapar, Klang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.56 petang Selasa, 13 Februari.

“Kita sampai di lokasi kejadian dan mengesahkan pesawat ringan jenis ‘Air Craft Aviation Safety Technology’ telah terhempas dan terbakar.

Kerja-kerja mencari dan mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.

Kawasan seluas 50 meter radius dari tempat kejadian telah ditutup bagi memudahkan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) serta siasatan, kata Hussein.

Kedua-dua mangsa akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk proses bedah siasat dan pengecaman sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

California Selatan digegarkan 13 gempa bumi dalam tempoh 25 minit

0

Beberapa bahagian di California, Amerika Syarikat dilanda beberapa siri gempa dengan 13 gempa bumi menggegarkan negeri itu dalam tempoh hanya 25 minit.

Kawasan itu dilanda gegaran susulan dengan 4.5 magnitud hanya enam minit kemudian, yang kemudian diikuti oleh beberapa siri gegaran susulan yang lebih kecil, yang berasal dari barat Laut Salton.

Gempa itu nampaknya berpunca daripada sistem sesar San Jacinto, salah satu yang paling aktif di selatan California. Gempa pertama berlaku pada jam 12.36 pagi, pada kedalaman 18.8 kilometer, kata ahli meteorologi. 

“Selamat pagi California Selatan! Adakah anda merasakan gempa bumi berukuran 4.8 magnitud, kira-kira dua batu ke utara-barat El Centro pada 12.36 pagi? Sistem #ShakeAlert telah diaktifkan,” kata Badan Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) menerusi Shake Alert dalam hantaran di platform X.

El Centro ialah sebuah bandar di Imperial Valley yang terletak di wilayah sempadan selatan California. Gegaran itu berterusan sehingga 1.01 pagi, apabila gempa sehingga siri ke-13 yang bermula kurang setengah jam sebelum itu telah direkodkan.

“Ia malam yang sibuk di tempat kami,” pejabat Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan di San Diego dalam hantaran mereka di X. “Beberapa gempa bumi kecil telah berlaku di El Centro dalam tempoh 15 minit yang lalu. Beberapa daripadanya dapat dirasai di pejabat kami. Setakat 12.53 pagi terdapat 13!”

Pegawai berkata sistem amaran USGS Shake Alert menganggarkan sekurang-kurangnya satu daripada gempa bumi mencatatkan melebihi 5.0 magnitud, yang mencetuskan amaran kepada telefon pintar.

Kluster gempa bumi yang pantas itu berlaku dua hari selepas gempa bumi berukuran 4.6 magnitud melanda beberapa kilometer di barat laut Malibu pada Jumaat, 9 Februari. Pihak berkuasa berkata tiada kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan.

Pakar gempa California, Dr Lucy Jones memberitahu stesen berita KTLA bahawa terdapat kemungkinan 5% gempa bumi yang lebih besar di selatan California tidak lama kemudian. Tetapi ia tidak akan dikaitkan dengan gempa 5.7 magnitud lebih besar yang telah menggegarkan Pulau Besar Hawaii beberapa hari lebih awal pada 9 Februari.

Raja Charles III disahkan menghidap kanser, Putera Harry kembali ke UK

0

LONDON – Putera Harry dilaporkan pulang ke United Kingdom (UK) untuk berada di sisi ayahandanya, selepas pengumuman Istana Buckingham bahawa Raja England, Raja Charles III menghidap kanser.

Istana Buckingham mengumumkan pada 5 Februari bahawa Raja Charles yang menaiki takhta sejak 18 bulan lalu, didiagnosis kanser semasa dirawat secara berasingan kerana pembesaran prostat.

Sumber diraja itu memberitahu kanser yang dikesan bukanlah kanser prostat, namun enggan berkongsi lanjut.

Raja England, Charles III disahkan menghidap kanser pada 5 Februari lalu. (Gambar Reuters)

Walaupun tiada butiran lanjut diberikan oleh Istana Buckingham tentang jenis kanser, Perdana Menteri Rishi Sunak mendedahkan kepada BBC Radio 5 Live bahawa keadaan raja telah “dikesan awal”.

Apabila ditanya mengenai maklumat apa berdasarkan komennya, Rishi merujuk kepada fakta bahawa Istana Buckingham telah mengambil perhatian segera bersama campur tangan pasukan perubatannya.

Sementara itu, Duke of Sussex Putera Harry telah tiba di London sejak Selasa, 6 Februari dari California, Amerika Syarikat untuk berada di sisi ayahandanya.

Putera kedua Raja Charles III itu sebelum ini terlibat dalam pertelingkahan keluarga diraja sejak beliau dan isterinya, Meghan Markle yang juga Duchess of Sussex, berundur daripada tugas diraja.

Kepulangan Putera Harry telah mencetuskan spekulasi tentang perdamaian dengan keluarganya, selepas bertahun-tahun terpisah.

Bagaimanapun, sumber diraja berkata, tiada rancangan untuk Putera Harry bertemu abangnya Putera William semasa beliau berada di London.

Duke of Sussex Putera Harry (Gambar AP)

Walaupun keadaan kesihatan Raja Charles III mengejutkan negara, Putera Harry telah dipanggil pulang oleh ayahandanya sebelum istana mengeluarkan pengumuman rasmi.

Putera William serta adik-beradik Raja Charles III iaitu Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward juga dimaklumkan berita duka itu secara peribadi.

Bagaimanapun, kelibat isteri Putera Harry, Meghan dan dua anak mereka, Putera Archie dan Puteri Lilibet tidak kelihatan kembali ke UK.

Putera Harry dan keluarganya berhijrah ke Amerika Syarikat selepas meninggalkan tugas diraja pada tahun 2020 dan beliau juga melawat UK beberapa kali pada tahun lalu untuk menghadiri prosiding kes fitnah, yang membabitkan akhbar di negara itu.

Tidak jelas di mana Putera Harry akan tinggal semasa berada di Britain.

Hubungan Putera Harry dengan keluarganya telah bertahan sejak beliau dan Meghan berundur pada 2020 selepas mereka berpindah ke California.

Raja Charles dan Ratu Camilla melambai kepada rakyat Britain ketika berangkat menuju Clarence House di London pada 6 Februari. (Gambar oleh Henry Nicholls/AFP/Getty Images)

Pasangan itu turut mencetus kontroversi apabila mendedahkan dalam wawancara eksklusif kepada personaliti tersohor dunia, Oprah Winfrey dengan membuka rahsia keluarga diraja termasuk isu perkauman diraja.

Hubungan dingin keluarga diraja itu berganda selepas Netflix menerbitkan enam siri dokumentari pasangan itu dan keadaan bertambah buruk selepas Putera Harry membuat pendedahan mengejutkan dalam memoir, ‘Spare’ dengan dakwaan bahawa beliau pernah diserang secara fizikal oleh abangnya, Putera William.

Penampilan terakhir Putera Harry bersama keluarga diraja Britain adalah ketika pertabalan Raja Charles III pada Mei lalu.

Jasa Najib kepada negara antara asas pengurangan hukuman

0

PUTRAJAYA: Jasa Datuk Seri Najib Razak kepada negara antara asas pengurangan hukuman yang diambil kira yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan.

Harian Metro

Hal ini dikatakan demikian oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Jelas Anwar, perkara itu diambil kira dalam perbincangan mesyuarat Lembaga Pengampunan termasuk kaedah lain yang diperincikan.

“Pertama, apa asas rayuan, selalunya memikirkan peranan dia, perjalanan hidup dia sebelum itu, peranan kepada keluarga dia, kehidupan di penjara, jasa dan khidmat dia, peranan kepada keluarga atau masyarakat dan dalam kes Najib, kepada negara.

“Jadi diberikan juga mengenai proses badan kehakiman, apa kesnya, apa hukumannya, kemudian kalau ada kes dalam proses, itu semua dijelaskan sebelum masing-masing (ahli lembaga) beri pandangan dan akhirnya Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan,” katanya.

Tambah Anwar, beliau dipersoal mengenai permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan yang dibincangkan terlalu awal, sedangkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu baharu sahaja menjalani hukuman.

Anwar bagaimanapun menjelaskan bahawa sesiapa sahaja yang sudah dijatuhkan hukuman boleh mengemukakan permohonan pengampunan.

Harian Metro

“Saya mengakui tanggungjawab itu, jadi kenapa ditanya Perdana Menteri ambil sikap kemukakan rayuan Najib begitu awal, saya kata sebaik sahaja saya dapat mana-mana rayuan, saya mohon supaya Lembaga Pengampunan bicarakan.

“Mesyuarat pertama 9 Disember (tahun) lalu, saya hadir kerana saya masih bertanggunjawab terhadap Wilayah Persekutuan dan berikutnya (adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Dr Zaliha Mustafa,” katanya.

Kata Anwar, tidak wajar untuk menyalahkan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Peguam Negara atau Lembaga Pengampunan kerana keputusan itu diputuskan oleh baginda.

Jelas Anwar, sesiapa sahaja tidak boleh menuntut penjelasan daripada Lembaga Pengampunan yang dipengerusi dan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Itu kena faham, ia bukan diputuskan Lembaga Pengampunan, kalau nak tanya, sila buat memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sementara itu, Anwar meminta supaya semua perbahasan, perbincangan dan pandangan berhubung isu Lembaga Pengampunan membabitkan Najib, dihentikan.

Harian Metro

Hal yang demikian kerana keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan hukuman kepada Najib Razak dibuat atas pertimbangan ihsan Yang di-Pertuan Agong.

Keputusan Yang di-Pertuan Agong itu adalah muktamad dan dibuat atas pertimbangan baginda sebagai mercu keihsanan jelas Anwar.

KKM bakal ambil tindakan segera penjualan ‘Energy Stick’

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bakal mengambil tindakan segera berkenaan penjualan produk penyedut hidung atau ‘energy stick’ yang sedang berleluasa di kalangan golongan muda dan pelajar sekolah.

Ia susulan produk tersebut tular di media sosial dan didakwa boleh memberi tenaga serta kesegaran kepada pengguna.

Gambar TikTok

Sinar Harian melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya sebelum ini mendedahkan telah menerima aduan dan amaran berkaitan produk penyedut hidung itu.

“Saya sudah awal terima alert ini dan terus beritahu kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan serta timbalannya.

“KKM akan ambil tindakan segera berhubung perkara tersebut,” katanya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad / Facebook

Media sebelum ini melaporkan berlaku peningkatan penggunaan ‘energy stick’ atau penyedut hidung (nasal inhaler) dalam kalangan pelajar sekolah.

Public Health Malaysia dalam hantarannya juga telah memaklumkan kepada orang ramai supaya berwaspada dengan penggunaan bahan itu.

Difahamkan, produk itu dijual secara berleluasa antara RM2.50 sehingga RM10.

Public Health Malaysia / X

‘Sedut dahulu, baru pergi sekolah’ atau ‘sedut dulu baru mulakan kerja’ antara tagline yang digunakan oleh sesetengah penjual bagi ‘melariskan’ produk yang kononnya memberi  tenaga dan kesegaran kepada pengguna.

‘Energy stick’ ini mempunyai saiz seperti pemetik api, berwarna-warni dan pelbagai perisa yang dipromosikan. Pada bahagian atas, terdapat, dua corong yang muat ke dalam lubang hidung dan membolehkan ia disedut masuk ke paru-paru.

Menurut Public Health, kaedah penggunaannya tidak ubah seperti dadah kerana menggunakan kaedah hidung atau snorting. Secara psikologi, ia sangat buruk disebabkan mempromosikan bahan lain untuk dicuba oleh pengguna.

Public Health Malaysia memohon agar penjualan dan pembelian produk ‘energy stick’ dihentikan dengan kadar segera.