Oleh kerana rasa ingin tahu, seorang lelaki baru-baru ini bertanyakan kepada beberapa orang pegawai polis tentang apakah perbezaan pemakaian baju seragam polis yang nampaknya ada jenis yang ‘tuck in’ dan ‘tuck out’.
Jadi lelaki itu @ariffqayyum telah berkongsi pengetahuannya di TikTok dengan penjelasan apakah perbezaan dan maksud di sebalik pakaian seragam PDRM secara umum.
Menerusi video TikTok yang tular itu, @ariffqayyum telah menemu bual beberapa anggota dan pegawai polis tentang maksud di sebalik pemakaian seragam mereka.
Mereka mendedahkan maksud pakaian seragam ‘tuck in’ dan ‘tuck out’ dengan jawapan yang mudah dan jelas.
Menurut mereka, cara pemakaian ini adalah menunjukkan perbezaan dari segi pangkat.
Bagi yang ‘tuck out’, ia menunjukkan pangkat mereka adalah lebih tinggi, yang bermakna mereka adalah pegawai kanan polis bermula pangkat Inspektor sehingga Inspektor Jeneral Polis.
Manakala polis yang berpakaian seragam ‘tuck in’ adalah mereka yang berpangkat rendah bermula Konstabel sehingga Sub-Inspektor.
Sekarang barulah anda lebih tahu dan jelas.