32.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024
UtamaBerita UtamaGaduh guna tongkat kayu di lebuhraya, warga Singapura didenda

Gaduh guna tongkat kayu di lebuhraya, warga Singapura didenda

MUAR: Lelaki warga Singapura didenda RM5,500 kerana bergaduh menggunakan tongkat kayu di Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh, Muar, Johor.

BH Online

Majistret Fatin Dalilah Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Soh Kian Hui,45, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pemandu teksi di Singapura didakwa dengan niat memecahkan cermin Toyota Fortuner milik Khairul Husni Shah Jamil, 31, sehingga menyebabkan kerugian RM2,502.35.

Kejadian berlaku di Kilometer 139.6, Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh pada pukul 1.58 tengah hari, 10 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi kesalahan tersebut.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh memecahkan cermin kereta mangsa dengan menggunakan tongkat kayu di lebuhraya.

Tindakan sedemikian dilakukan tertuduh atas dasar tidak puas hati apabila kenderaannya dihalang daripada menggunakan laluan kecemasan.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, mangsa bersama ahli keluarga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum ternampak Mitsubishi Lancer yang dipandu tertuduh menggunakan laluan kecemasan.

Tindakan mangsa yang menghalang kenderaan tertuduh telah mencetuskan pertengkaran mulut.

Namun tidak menyangka tertuduh bertindak berani dengan mengetuk cermin kenderaan mangsa dengan menggunakan tongkat kayu sebelum beredar.

BH Online

Tertuduh kemudiannya ditahan di Genting Highlands, Pahang pada pukul 3.30 pagi, 12 Februari lalu.

Susulan penahanan itu, Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh mengeluarkan perintah reman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M kumar, berkata suspek berusia 40-an itu ditahan sepasukan polis dri Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor.

“Polis turut merampas sebuah kereta dipandu suspek yang digunakan pada hari kejadian,” katanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Ariff Marzuki manakala tertuduh diwakili Norain Sakina Zikri.

Pihak pendawaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal memandangkan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh sangat serius.

Dalam hujahnya, pihak pendawaan menyebut kejadian itu berlaku di lokasi berbahaya dan boleh mencetuskan perkara tidak diingini terhadap pengguna lebuhraya yang lain.

Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak, Mahkamah Majistret Muar menjatuhkan hukuman denda RM5,500.

Sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut, dia boleh dipenjarakan selama 12 bulan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI