31.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 2, 2025
Utama Blog Laman 404

Garang macam harimau! Kucing yang fobia terhadap veterinar ini serang doktor yang merawatnya bagai tiada hari esok

0

Ramai yang sedia maklum bahawa kucing adalah salah satu spesies haiwan yang sangat garang jika mereka sedang berasa marah. Kucing lazimnya akan mengekspresikan rasa marah mereka dengan mengeluarkan kesemua kukunya yang tajam dan mengeluarkan bunyi ancaman serta sentiasa bersiap sedia untuk menyerang musuh.

Tugay İnanoğlu/YouTube

Istanbul, seekor kucing yang pernah mengalami kemalangan dan terpaksa tinggal lama di sebuah pusat veterinar sebelum ini bagaimanapun secara tidak sengaja telah membina rasa fobia dalam dirinya terhadap semua yang berkaitan dengan veterinar.

Tidak kiralah doktor yang sedang merawat, pembantu doktor, mahupun ubat yang akan diberikan kepadanya sekalipun. Semuanya akan membuat Istanbul berasa teramat marah dan takut.

Tugay İnanoğlu/YouTube
Tugay İnanoğlu/YouTube

Seorang doktor yang ditugaskan untuk memberi vaksin tahunan kepada Istanbul bagaimanapun telah merakam sesi rawatannya bersama Istanbul dan video tersebut telah dimuatnaik di laman YouTube di saluran Tugay İnanoğlu.

Menerusi video yang berdurasi 10:08 ini, dapat dilihat bagaimana Istanbul menolak sekeras-kerasnya rawatan yang diberikan kepadanya. Daripada saat pertama Istanbul dikeluarkan daripada sangkar sementaranya, Istanbul tanpa berselindung menunjukkan rasa marahnya kepada doktor yang cuba untuk merawatnya.

Tugay İnanoğlu/YouTube

Dengan mata yang penuh dengan api kemarahan, Istanbul menyerang apa sahaja yang menyentuh tubuh badannya. Syukurlah, doktor yang bertugas telah bersiap sedia dengan sarung tangan keselamatan yang dibuat khas bagi mengelak cakaran kucing.

Sepanjang masa bermula minit ke 3:05 Istanbul dikeluarkan dari sangkar, Istanbul tanpa henti terus-terusan menyerang doktor yang bertugas dengan harapan supaya sesi tersebut terpaksa dibatalkan.

Tugay İnanoğlu/YouTube
Tugay İnanoğlu/YouTube

“Istanbul benar-benar membuatkan kami mempunyai masa yang sukar,” luah doktor berkenaan tentang situasi yang dialaminya itu.

Berdasarkan video yang dimuatnaik, doktor tersebut bersama dengan pembantunya memakan masa lebih kurang 5 minit untuk menyelesaikan rawatan kepada Istanbul. Dan kami pasti, tempoh masa itu mungkin terasa seperti 5 jam buat mereka kerana Istanbul memang lain dari yang lain. Terlalu garang!

Tonton video penuhnya di sini:

Tugay İnanoğlu/YouTube

Sehingga entri ini dihasilkan, video yang dimuatnaik pada 3 Julai 2020 ini telahpun meraih sehingga lebih dari 3 juta tontonan, lebih dari 42,000 sukaan dan lebih dari 4,000 komen.

Kenyataan The Epoch Times terhadap tindakan YouTube

0

Pada 20 Januari 2021, pihak YouTube didapati telah menyekat bayaran untuk akaun saluran The Epoch Times tanpa amaran awal atau penjelasan yang khusus.

Pihak kami yakin bahawa segala kandungan bebas yang dimuat naik telah memenuhi kriteria platform YouTube dan bersedia untuk bekerjasama dengan platform tersebut bagi menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit.

Gambar hiasan. (Unsplash)

Walau bagaimanapun, pihak kami berasa prihatin terhadap arah yang diambil oleh YouTube dalam beberapa bulan terakhir ini, yang kelihatan semakin membataskan kebebasan ekspresi dan kebebasan bersuara.

Pengasas The Epoch Times adalah orang China-Amerika yang melarikan diri dari komunis China dan menyokong hak Pindaan Pertama mereka di Amerika Syarikat untuk mewujudkan sebuah organisasi berita yang bebas dan tanpa sekatan. Kami percaya bahawa kebebasan bersuara adalah tonggak masyarakat bebas dan kunci untuk republik Amerika Syarikat semakin berkembang.

Langkah penapisan baru-baru ini oleh syarikat teknologi besar di Amerika Syarikat telah mengejutkan dunia. Imej negara Amerika Syarikat sebagai pemimpin kebebasan sedang dipertaruhkan. Kami berharap syarikat terkemuka seperti YouTube tidak akan menghancurkan harapan penduduk dunia yang menjadikan Amerika Syarikat sebagai contoh untuk kebebasan.

Berjalan kaki setiap hari untuk menghantar pesanan makanan, penghantar Foodpanda akhirnya terima basikal atas bantuan ramai

0

Buat anda yang mungkin tidak tahu sebenarnya tidak semua penghantar makanan mempunyai kenderaan sendiri untuk digunakan bahkan ada yang terpaksa berjalan kaki asalkan mereka dapat menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan.

Baru-baru ini akaun sebuah Instagram telah memuat naik gambar seorang penghantar makanan yang berjalan kaki untuk menghantar pesanan. Netizen bernama Bella Audri dari Kulim, Kedah ini dikatakan telah memuat naik gambar bersama ceritanya tentang seorang penghantar makanan yang dijumpainya.

Menurut Bella, suaminya dan rakan-rakanya telah ternampak seorang wanita sedang berjalan bersama dengan beg Foodpanda pada Rabu, 27 Januari lalu. Menurut Bella dia terkejut selepas mengetahu bahawa wanita tersebut perlu berjalan berulang-alik sejauh 2 km untuk mencari rezeki.

Instagram

Bella memuat naik foto wanita yang sedang berjalan di bawah terik matahari dan mengatakan bahawa dia terkejut mengetahui wanita tersebut sanggup berjalan 2km berulang-alik untuk memperolehi RM4 untuk satu pesanan. Walaupun sukar dia harus melakukannya untuk bertahan hidup.

Bella kemudian berkongsi kisah wanita tersebut di Facebook supaya lebih ramai yang tahu dan dapat menghulurkan bantuan kepada wanita tersebut.

Rupa-rupanya ada netizen yang pernah terserempak dengan wanita yang sama dan ketika itu dia sedang kehujanan untuk menghantar makanan pada waktu malam.

Dalam catatan Facebook, Solihah Md Radzi pula mengatakan bahawa dia mengetahui tentang cerita penghantar makanan tersebut melalui Bella pada waktu petang dan malam itu dia terserempak dengan individu yang dimaksudkan Bella. Dia kemudian terus meminta suaminya untuk memberhentikan kereta berhampiran dengan wanita tersebut.

Facebook

Solihah kemudian mengetahui wanita bernama Lin tersebut baru berusia 22 tahun. Ketika dia masuk ke dalam kereta Solihah, dia terus meminta maaf kerana pakaiannya yang basah kuyup membuatkan kusyen kereta basah.

Solihah kemudian memberitahu bahawa dia tidak sampai hati untuk membiarkan Lin berjalan sendiri dalam hujan lebat. Jadi, dia telah menumpangkan Lin untuk menghantar makanan ke rumah pelanggan.

Facebook

Sepanjang perjalanan Lin terus meminta maaf kerana takut dia akan menyusahkan dan kusyen kereta akan basah. Sepanjang perjalanan mereka berbual dan menurut Lin di amula berjalan kaki sekitar jam 11.00 pagi dan hanya akan pulang sekitar jam 8.00 malam.

Solihah kemudian membawa Lin ke bank untuk memasukkan duit sebelum membawanya untuk membeli makan malam kerana dia masih belum makan. Selepas itu barulah Solihah menghantarnya pulang ke rumah.

Dalam kemas kini yang dimuat naik pada 28 Januari lalu, Bella mengatakan bahawa suaminya dan penunggang Foodpanda yang lain telah bekerjasama mengumpulkan wang untuk menghadiahkan sebuah basikal kepada Lin.

 Instagram

Dalam catatan tersebut, Bella juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan berterusan dalam menyumbang dana. Dia mengatakan bahawa dia akan mengemas kini dari semasa ke semasa mengenai kutipan wang yang dikumpulkan untuk Lin.

PKP 2.0: ADUN dan ahli parlimen dibenarkan rentas negeri dan daerah atas urusan rasmi

0

KUALA LUMPUR- Putrajaya kini membenarkan penggubal undang-undang persekutuan dan negeri untuk melakukan rentas daerah atau negeri walaupun sebahagian besar negeri di Malaysia masih berada di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri.

(AHMAD YUSNI/AFP via Getty Images)

Sebuah perenggan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang diperbarui menyatakan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli parlimen dibenarkan untuk merentas daerah dan negari masing-masing selama tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) atas urusan rasmi.

Tahun lalu, rakyat Malaysia dilarang untuk melakukan perjalan rentas negeri semasa PKP namun peraturan tersebut kemudian dilonggarkan ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Orang ramai mula diizinkan untuk merentas negeri ketika PKPB dan hal tersebut dikatakan menjadi punca kepada lonjakan kes COVID-19.

Ketika PKP 2.0 larangan perjalanan rentas daerah dan negeri mula dikuatkuasa semula kecuali kepada mereka yang mempunyai izin perjalanan.

Awal minggu ini, Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengatakan bahawa suami dan isteri yang terpisah semasa PKP kini dibolehkan untuk merentas dengan syarat mendapat kebenaran daripada polis.

Untuk perniagaan pasar malam, kerajaan kini membenarkan operasi dilanjutkan sehingga jam 10.00 malam.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mendesak kerajaan untuk membiarkan pasar malam beroperasi kerana peniaga pasar malam adalah antara mereka yang paling bergelut semasa wabak COVID-19.

Pengarah komunikasi PKR itu mengatakan dalam sebuah catatan di Facebook bahawa beliau telah menerima banyak panggilan dari peniaga pasar malam yang menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap keputusan bahawa pasar tani diizinkan untuk beroperasi, sebaliknya pasar malam tidak dibenarkan beroperasi.  

Fahmi berpendapat bahawa jika alasan untuk tidak membenarkan pasar malam beroperasi adalah disebabkan oleh jumlah pelanggan atau peniaga, maka kerajaan harus mengkaji semula SOP untuk pasar malam supaya boleh dibuka.

Pada 23 Januari lalu, Harian Metro melaporkan bahawa peniaga pasar malam adalah antara kumpulan pemilik perniagaan yang menghadapi peningkatan risiko untuk gulung tikar sekiranya mereka tidak dibenarkan beroperasi semasa PKP 2.0

Wanita berbakat ini hasilkan kek berupa ayam goreng KFC dan rupanya memang sangat realistik. Hampir tertipu dibuatnya!

0

Kek adalah salah satu hidangan pencuci mulut yang disukai ramai. Dan sejak dahulu lagi, kek seringkali dikaitkan dengan sambutan hari lahir bagi meraikan seseorang yang dikasihi.

FMT (Karmen)

Namun pada masa ini, rekaan penghasilan kek telah berubah dan sudah kerap kali dihasilkan dalam bentuk yang berbeza dari rupa kek yang biasa. Kek jenis ini secara dasarnya menggunakan kek yang biasa dihidangkan, cuma bezanya, rupa rekaan luarnya adalah seperti objek atau makanan lain yang bukan dikategorikan sebagai kek.

Karmen-Ann Mariswamy, 29, adalah seorang pembuat kek yang berbakat yang baru-baru ini mengejutkan orang ramai dengan hasil tangannya yang luar biasa apabila dia menghasilkan sebiji kek berbentuk ayam goreng KFC yang kelihatan sangat realistik.

FMT (Karmen)

Kami pasti, jika dilihat dari jauh, tidak mustahil sesiapa sahaja yang melihatnya tidak akan menyangka bahawa ayam goreng yang diletakkan dalam sebuah bekas KFC itu sebenarnya adalah sebiji kek dan bukannya ayam goreng KFC.

Menurut Karmen kepada FMT, kek KFC itu telah dipesan oleh salah seorang rakan sekolahnya yang memberikannya gambar rujukan kek berbentuk ayam KFC di internet dan meminta Karmen untuk menghasilkan versi keknya.

Tetapi siapa sangka, hasil akhir kek yang dibuat oleh Karmen rupa-rupanya nampak benar-benar realistik dan berupaya untuk mengelirukan sesiapa sahaja yang melihat kek itu!

Menurut Karmen, dia menggunakan kek mentega lemon untuk menghasilkan bahagian bekas meletak ‘ayam goreng KFC’ berkenaan, manakala untuk menghasilkan ‘ayam goreng’ itu pula, dia menggunakan ketulan kek vanila yang disalut dengan emping jagung supaya hasilnya kelihatan lebih rangup.

Karmen’s Cupcakery/Facebook
Karmen’s Cupcakery/Facebook
Karmen’s Cupcakery/Facebook

Karmen yang sebelum ini pernah berkhidmat di dapur pastri di Hotel Westin dan Hotel JW Marriot sememangnya mempunyai bakat besar dalam bidang dekorasi kek kerana dari hasil yang pernah dilakukannya sudah cukup kuat membuktikan pengalaman dan bakat yang dimilikinya.

Kini, anda juga boleh menempah kek yang bukan sahaja cantik, tetapi cukup sedap dan menyelerakan dari Karmen melalui laman Facebook dan Instagram @karmenscupcakery dan kami pasti, anda tidak akan menyesal!

Lihat keperibadian dengan cara anda menggenggam tangan

0

Setiap orang mempunyai watak dan keperibadian yang berbeza antara satu sama lain.

Terdapat pelbagai cara untuk melihat keperibadian seseorang dan antara caranya ialah dengan melihat bagaimana mereka menggenggam tangan atau penumbuk.

fashionettoday

Berikut adalah beberapa cara yang biasa diakukan dan dari situ keperibadian mereka boleh dilihat:

A: Ibu jari ke atas, hujung jari sedikit ke bawah

fashionettoday

Jika anda menggenggam penumbuk seperti ini, anda adalah orang yang sangat mudah mesra, jujur, baik hati dan suka menolong. Anda sering tersentuh dengan lirik lagu serta perkara-perkara kecil.

Selain itu, anda juga lebih mudah mempercayai orang lain. Anda selalu memberi tanpa mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Apa yang anda perlu lakukan ialah lindungi diri anda.

B: Ibu jari berada di luar, diletakkan di sebelah

fashionettoday

Anda yang menggenggam tangan seperti ini biasanya mempunyai sikap yang baik terhadap orang lain. Anda seorang yang bijak dalam pergaulan dan komunikasi terutama di tempat kerja. Apa yang menarik tentang anda ialah sifat anda yang serius boleh menarik perhatian mereka yang berlawanan jantina.

Namun, anda juga mempunyai kelemahan tersendiri. Anda mungkin nampak sempurna dari segi luaran tetapi sebenarnya anda sangat mementingkan pendapat dan pandangan orang lain. Anda juga sering membuatkan perkara-perkara mudah menjadi sukar.

C: Ibu jari ditutup dengan jari lain

fashionettoday

Bagi anda yang menggenggam tangan seperti ini anda adalah seorang yang misteri menurut pandangan orang lain. Anda juga seorang yang sederhana dan ‘simple’. Namun begitu, anda seorang yang sangat berhati-hati dalam melakukan sesuatu dan disebabkan itulah anda sukar mendapatkan kawan baru.

Selain itu, anda juga sering menyembunyikan emosi sebenar anda. Sifat anda yang pasif sering membuatkan anda hilang banyak peluang baik yang datang dalam hidup anda.

D: Genggam tangan seperti sedang menunding ke arah sesuatu

fashionettoday

Anda seorang yang sering berubah-ubah minatnya ke atas sesuatu tetapi apabila berbicara tentang perniagaan anda seorang yang serius dan tegas. Sikap inilah yang membuatkan anda dikagumi ramai.

Namun begitu, dalam persahabatan anda seorang yang pilih kasih. Tidak semua orang dapat masuk ke dalam hati anda. Jika dalam perhubungan pula anda seorang yang sangat berterus terang terutama jika adanya masalah. Apabila anda mahu mengakhiri sesuatu hubungan anda tidak akan teragak-agak atau menundanya.

Empat sekolah di Sandakan, Sabah diarah tutup selepas 14 kes Covid-19 dikesan

0

KOTA KINABALU: Empat buah sekolah di Sandakan, Sabah telah diarah tutup susulan 10 orang pelajar dan empat orang guru disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan yang dijalankan dari 20 Januari hingga 26 Januari lalu.

Pengumuman tersebut telah disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun pada sidang media laporan harian Covid-19 di Sabah pada Jumaat,  29 Januari.

SabahPost.net

Menurutnya, jangkitan tersebut melibatkan seorang guru di Sekolah Menengah St. Mary Sandakan, tujuh orang pelajar asrama, seorang pelajar harian dan dua orang guru di SMK Elopura Bestari, seorang guru dan seorang pelajar di SMK Batu Sapi dan seorang pelajar di SMK Perempuan Sandakan.

“Empat sekolah yang terbabit telah diarahkan tutup selama 10 hari (bermula hari Rabu, 27 Januari) oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi dan membendung penularan Covid-19 di sekolah,” katanya.

Sehubungan pengumuman penutupan empat buah sekolah terbabit, Datuk Masidi Manjun memaklumkan bahawa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan terus dijalankan seperti biasa bagi murid yang tidak dijangkiti.

Dalam sidang media yang sama, Datuk Masidi Manjun turut menyatakan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan kepadanya bahawa terdapat satu kes jangkitan yang melibatkan sebuah tadika swasta di negeri itu. Walau bagaimanapun, pihaknya masih belum mendapat kepastian sama ada pesakit tersebut adalah dari kalangan pelajar mahupun guru tadika.

Simpati lihat wanita tua makan seorang diri, tindakan tiga sekawan membuatkan wanita yang baru kehilangan suami itu gembira

0

Dalam kehidupan ini, kita sentiasa mengimpikan penamat yang bahagia misalnya hidup sehingga ke hari tua bersama insan tersayang.

Namun, harus kita ingat bahawa ajal dan maut itu adalah pasti dan kita harus sentiasa menerima hakikat bahawa bila-bila masa sahaja nyawa kita mahupun orang tersayang akan ditarik oleh Yang Maha Esa.

Oleh demikian, tidak salah sekiranya kita sentiasa berbuat baik dengan orang lain dan menceriakan hari mereka. Mungkin dengan senyuman manis yang kita berikan, dapat mengubati kesedihan seseorang yang baru kehilangan insan tersayang.

Pada 28 Januari lalu, sebuah akaun Facebook Trending World by The Epoch Times telah berkongsi satu kisah menarik yang sehingga kini meraih 11k tanda suka! Kisah tersebut adalah mengenai seorang pemuda dikenali sebagai Jamario Howard dan seorang wanita warga ema

Paparan Skrin/YouTube

Jamario yang berasal dari Lincoln, Alabama dikatakan telah pergi ke sebuah restoran yang terletak di Oxford bersama dua lagi rakannya, JaMychol Baker dan Tae Knight. Ketiga-tiga rakan ini kemudian membuat pesanan makan malam dan sementara menunggu hidangan mereka disediakan, Jamario melihat seorang wanita warga emas sedang makan seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa.

Jamario yang berasa tidak senang apabila melihat wanita tua itu sendirian bingkas bangun dari tempat duduknya dan menghampiri wanita berkenaan. Dia meminta izin untuk duduk bersamanya dan mereka mula berbual.

Paparan Skrin/YouTube

Ketika sedang asyik berbual, barulah Jamario tahu bahawa wanita ini telah kehilangan suami tercinta. Lebih memilukan lagi, keesokan harinya merupakan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-60!

Paparan Skrin/YouTube

Simpati dengan nasib wanita itu, Jamario sempat mengucapkan takziah sebelum mengajak wanita tua itu untuk makan bersama dia dan rakan-rakannya. Wanita ini kemudian terus bersetuju dan sangat gembira kerana Jamario sudi untuk meluangkan makan malam itu bersamanya.

Trending World by Epoch Times/Facebook

Peristiwa itu berakhir dengan banyak kenangan manis dan mereka sempat mengambil swafoto bersama sebagai tanda ingatan. Jamario memuat naik gambar berkenaan ke Facebook dengan kapsyen:
“Perkara paling penting adalah sentiasa berbuat baik dengan orang lain. Kita tidak tahu apa yang mereka lalui. Wanita ini telah mengubah pandangan hidup saya dan bagaimana saya melihat orang lain. Setiap manusia mempunyai kisah tersendiri. Oleh itu, jangan menilai individu dari luaran. Saya tekankan kepada anda semua untuk pergi berjumpa dengan orang tua anda. Mereka merindui anda!!”.

Hampir mati setelah ditinggalkan ibu, anak kucing ini membesar menjadi kucing yang sangat comel berkat pengorbanan empat remaja

0

Pernahkah anda mendengar kisah tentang anak itik yang hodoh? Mengisahkan tentang seekor itik yang sering dipinggirkan oleh ibu itik dan haiwan-haiwan lain disebabkan oleh rupanya yang hodoh.

Namun, apabila anak itik ini membesar, fizikalnya berubah menjadi seekor angsa yang cantik dan membuatkannya disayangi oleh haiwan lain.

ddojoy

Kisah yang akan dikongsikan ini sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kisah anak itik yang hodoh itu. Baru-baru ini, beberapa pelajar kolej telah menemui seekor anak kucing yang masih kecil.

Anak kucing yang malang itu ditemui di kawasan padang rumput tanpa ibunya di sisi. Lebih menyedihkan lagi, anak kucing itu kelihatan masih bayi dan belum membukakan matanya.

ddojoy

Simpati dengan keadaan anak kucing itu, pelajar kolej ini mengambil keputusan untuk memeliharanya di asrama secara senyap memandangkan haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan asrama.

ddojoy

Lelaki ini membawa anak kucing yang malang itu dan memberitahu tiga lagi rakan sebilik yang lain. Sebaik sahaja melihat keadaan anak kucing itu, ketiga-tiga mereka tidak sanggup untuk membiarkannya dan memutuskan untuk menjaga anak kucing itu sebaik mungkin.

Mereka membaluti tubuh anak kucing ini dengan tuala dan menjaganya sepanjang malam kerana khuatir anak kucing ini kesejukan.

ddojoy

Mereka kemudiannya mengambil inisiatif untuk mendapatkan susu kucing dan botol untuk membolehkan anak kucing ini menyusu. Menakjubkan, anak kucing yang kelaparan ini terus menghisap botol susunya sehingga habis!

Lama-kelamaan, anak kucing ini kelihatan semakin bertenaga dan telah membuka matanya untuk melihat dunia buat pertama kali.

ddojoy

Tidak lama kemudian, berkat pengorbanan keempat-empat rakan sebilik itu dalam menjaga kebajikan anak kucing ini, anak kucing tersebut akhirnya membesar menjadi seekor kucing yang sangat comel! Terlampau comel sehinggakan ramai yang tidak mempercayai ia adalah anak kucing yang hampir mati suatu ketika dahulu.

ddojoy

Ustaz Ebit Lew dan pasukan memulakan misi 10 hari salur bantuan bekalan ke pantai timur Sabah

0

Pendakwah selebriti Ustaz Ebit Lew memulakan misi 10 hari ke pantai timur Sabah yang bermula Khamis 28 Januari, bagi membawa bantuan bekalan kepada mereka yang memerlukan di empat daerah.

Pengasas Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (PKUM) tersebut bersama misi bantuannya menaiki penerbangan ke Tawau dari Kuala Lumpur pada pagi 28 Januari dan akan terus ke Lahad Datu bagi melaksanakan program pertamanya bersama iringan pasukan polis di ibu pejabat polis daerah di sana pada sebelah petang.

Dalam postingnya di Facebook dan Instagram, usahawan dan dermawan itu berkata sebanyak 1,000 bungkusan dan set makanan, 100 kerusi roda, 75,000 pelitup muka dan 200 tablet multimedia untuk pelajar yang memerlukan telah diterbangkan ke Sabah dalam misi tersebut.

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia | Facebook

Ketua sukarelawan PKUM Sabah Mohamad Ikhsan Helzy Sutarso berkata berdasarkan program dan rancangan awal, mereka akan menuju ke Kunak pada hari Sabtu, 30 Januari sebelum ke Semporna untuk berinteraksi dengan masyarakat di sana, dan kemudian kembali ke Tawau.

Beliau tidak dapat memberikan perincian lanjut bakal penerima kerana sukarelawan masih mengemas kini daftar, tetapi berkata mereka dijadualkan mengunjungi empat kampung di Lahad Datu dan hospital daerah di Sabah.

“Bagi alat yang digunakan oleh pelajar untuk pembelajaran dalam talian, pihak kami telah meminta bantuan pihak pentadbiran sekolah dan guru untuk mengenal pasti mereka yang benar-benar memerlukannya untuk PdPR (pembelajaran di rumah),” katanya.

“Sejak sesi sekolah dimulakan, mereka (pihak sekolah) telah dapat menentukan pelajar mana yang menghadapi kesulitan,” kata Ikhsan, sambil menambah bahawa butiran angka dibincangkan pada malam 28 Januari semasa taklimat mereka.

Ustaz Ebit Lew menerusi posting di media sosial pada 28 Januari meluahkan rasa syukur kerana pasukan sukarelawan diberi harga istimewa oleh MAS untuk penerbangan semasa misi bantuan tersebut.

Malaysia Airline | Facebook

“Kami ada berbincang berkenaan misi lain. Malaysia Airlines juga akan bergabung dalam misi amal lain, walaupun pihak mereka terkesan dengan Covid-19 itu sendiri, ”katanya dalam posting itu.

Sumbangan bekalan bantuan sebelum ini telah diterbangkan melalui tajaan syarikat penerbangan kargo MyJet Xpress dan syarikat perkhidmatan sokongan Zen Aviation.

Didoakan semoga segala urusan misi bantuan Ustaz Ebit Lew dan pasukannya di Sabah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.