25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaPKP 2.0: ADUN dan ahli parlimen dibenarkan rentas negeri dan daerah atas...

PKP 2.0: ADUN dan ahli parlimen dibenarkan rentas negeri dan daerah atas urusan rasmi

KUALA LUMPUR- Putrajaya kini membenarkan penggubal undang-undang persekutuan dan negeri untuk melakukan rentas daerah atau negeri walaupun sebahagian besar negeri di Malaysia masih berada di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri.

(AHMAD YUSNI/AFP via Getty Images)

Sebuah perenggan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang diperbarui menyatakan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli parlimen dibenarkan untuk merentas daerah dan negari masing-masing selama tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) atas urusan rasmi.

Tahun lalu, rakyat Malaysia dilarang untuk melakukan perjalan rentas negeri semasa PKP namun peraturan tersebut kemudian dilonggarkan ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Orang ramai mula diizinkan untuk merentas negeri ketika PKPB dan hal tersebut dikatakan menjadi punca kepada lonjakan kes COVID-19.

Ketika PKP 2.0 larangan perjalanan rentas daerah dan negeri mula dikuatkuasa semula kecuali kepada mereka yang mempunyai izin perjalanan.

Awal minggu ini, Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengatakan bahawa suami dan isteri yang terpisah semasa PKP kini dibolehkan untuk merentas dengan syarat mendapat kebenaran daripada polis.

Untuk perniagaan pasar malam, kerajaan kini membenarkan operasi dilanjutkan sehingga jam 10.00 malam.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mendesak kerajaan untuk membiarkan pasar malam beroperasi kerana peniaga pasar malam adalah antara mereka yang paling bergelut semasa wabak COVID-19.

Pengarah komunikasi PKR itu mengatakan dalam sebuah catatan di Facebook bahawa beliau telah menerima banyak panggilan dari peniaga pasar malam yang menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap keputusan bahawa pasar tani diizinkan untuk beroperasi, sebaliknya pasar malam tidak dibenarkan beroperasi.  

Fahmi berpendapat bahawa jika alasan untuk tidak membenarkan pasar malam beroperasi adalah disebabkan oleh jumlah pelanggan atau peniaga, maka kerajaan harus mengkaji semula SOP untuk pasar malam supaya boleh dibuka.

Pada 23 Januari lalu, Harian Metro melaporkan bahawa peniaga pasar malam adalah antara kumpulan pemilik perniagaan yang menghadapi peningkatan risiko untuk gulung tikar sekiranya mereka tidak dibenarkan beroperasi semasa PKP 2.0

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI