27 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 27, 2024
UtamaGaya HidupBerjalan kaki setiap hari untuk menghantar pesanan makanan, penghantar Foodpanda akhirnya terima...

Berjalan kaki setiap hari untuk menghantar pesanan makanan, penghantar Foodpanda akhirnya terima basikal atas bantuan ramai

Buat anda yang mungkin tidak tahu sebenarnya tidak semua penghantar makanan mempunyai kenderaan sendiri untuk digunakan bahkan ada yang terpaksa berjalan kaki asalkan mereka dapat menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan.

Baru-baru ini akaun sebuah Instagram telah memuat naik gambar seorang penghantar makanan yang berjalan kaki untuk menghantar pesanan. Netizen bernama Bella Audri dari Kulim, Kedah ini dikatakan telah memuat naik gambar bersama ceritanya tentang seorang penghantar makanan yang dijumpainya.

Menurut Bella, suaminya dan rakan-rakanya telah ternampak seorang wanita sedang berjalan bersama dengan beg Foodpanda pada Rabu, 27 Januari lalu. Menurut Bella dia terkejut selepas mengetahu bahawa wanita tersebut perlu berjalan berulang-alik sejauh 2 km untuk mencari rezeki.

Instagram

Bella memuat naik foto wanita yang sedang berjalan di bawah terik matahari dan mengatakan bahawa dia terkejut mengetahui wanita tersebut sanggup berjalan 2km berulang-alik untuk memperolehi RM4 untuk satu pesanan. Walaupun sukar dia harus melakukannya untuk bertahan hidup.

Bella kemudian berkongsi kisah wanita tersebut di Facebook supaya lebih ramai yang tahu dan dapat menghulurkan bantuan kepada wanita tersebut.

Rupa-rupanya ada netizen yang pernah terserempak dengan wanita yang sama dan ketika itu dia sedang kehujanan untuk menghantar makanan pada waktu malam.

Dalam catatan Facebook, Solihah Md Radzi pula mengatakan bahawa dia mengetahui tentang cerita penghantar makanan tersebut melalui Bella pada waktu petang dan malam itu dia terserempak dengan individu yang dimaksudkan Bella. Dia kemudian terus meminta suaminya untuk memberhentikan kereta berhampiran dengan wanita tersebut.

Facebook

Solihah kemudian mengetahui wanita bernama Lin tersebut baru berusia 22 tahun. Ketika dia masuk ke dalam kereta Solihah, dia terus meminta maaf kerana pakaiannya yang basah kuyup membuatkan kusyen kereta basah.

Solihah kemudian memberitahu bahawa dia tidak sampai hati untuk membiarkan Lin berjalan sendiri dalam hujan lebat. Jadi, dia telah menumpangkan Lin untuk menghantar makanan ke rumah pelanggan.

Facebook

Sepanjang perjalanan Lin terus meminta maaf kerana takut dia akan menyusahkan dan kusyen kereta akan basah. Sepanjang perjalanan mereka berbual dan menurut Lin di amula berjalan kaki sekitar jam 11.00 pagi dan hanya akan pulang sekitar jam 8.00 malam.

Solihah kemudian membawa Lin ke bank untuk memasukkan duit sebelum membawanya untuk membeli makan malam kerana dia masih belum makan. Selepas itu barulah Solihah menghantarnya pulang ke rumah.

Dalam kemas kini yang dimuat naik pada 28 Januari lalu, Bella mengatakan bahawa suaminya dan penunggang Foodpanda yang lain telah bekerjasama mengumpulkan wang untuk menghadiahkan sebuah basikal kepada Lin.

 Instagram

Dalam catatan tersebut, Bella juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan berterusan dalam menyumbang dana. Dia mengatakan bahawa dia akan mengemas kini dari semasa ke semasa mengenai kutipan wang yang dikumpulkan untuk Lin.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI