30.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 5, 2025
Utama Blog Laman 401

Pasangan jatuh cinta dan bertemu jodoh di pusat kuarantin, adakan sesi bergambar perkahwinan bertema PPE

0

Semuanya bermula ketika dua orang jururawat di Johor Bahru bertemu dan mengenali hati budi satu sama lain lalu jatuh cinta ketika bekerja sebagai petugas barisan hadapan menentang COVID-19.

Jurugambar dan pengguna Facebook Taufiq Noor baru-baru ini memuat naik beberapa gambar perkahwinan yang unik di mana pasangan ini memakai alat pelindung diri (PPE).

Taufiq Noor / Facebook

Pasangan itu memberitahu Taufiq, “Kerana COVID-19, kami ditakdirkan untuk bersama dan disatukan.”

Taufiq kemudian menambahkan, “Mereka bertemu dan berkenalan di pusat kuarantin COVID-19 ketika kes-kes baru muncul dan bermula di Malaysia. Mereka adalah pasangan yang berjiwa kental dan tabah.”

Taufiq Noor /Facebook

Menurut jurugambar ini, pasangan itu memakai PPE untuk sesi bergambar dari jam 12 tengah hari hingga 1.30 tengah hari.

“Ia sangat panas tetapi mereka berkata mereka sudah terbiasa dengan peluh,” tulisnya.

Taufiq Noor /Facebook

Pasangan itu memulakan sesi bergambar perkahwinan dengan PPE penuh sebelum melucutkan untuk mendedahkan bahawa mereka turut memakai pakaian pengantin tradisional Melayu di dalamnya. 

Bayangkan betapa panas rasanya.

Taufiq Noor /Facebook

Hasilnya sudah tentulah penampilan gambar-gambar perkahwinan yang mempesonakan.

Sama padan sama cantik, kenangan zaman COVID-19 yang tidak akan pernah dilupakan. 

Taufiq Noor /Facebook

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan ini. Semoga berbahagia sehingga akhir hayat, dan semoga bertabah dengan kerjaya anda berdua yang benar-benar mencabar.

“Ekstra pedas sampai menangis,” netizen ini pesan ayam goreng pedas, permintaan buatnya menangis dimakbulkan

0

Ada orang kata, barangkali ini adalah hajat yang kesampaian. Bagi siapa yang berjiwa kental menelan rasa pedas melampau dengan limpahan rempah atas makanan, rasanya ini adalah pesanan yang anda patut cuba, setelah disyorkan oleh netizen ini.

Baru-baru ini, netizen dikenali Ait Lah berkongsi di Facebook dengan pengalamannya yang mencuit hati ketika dia meletakkan ‘permohonan khas’ di atas pesanan ayam goreng ekstra pedas Shihlin Taiwan Street Snacks menggunakan aplikasi Foodpanda dan mereka tidak mengecewakan permintaannya.

Ait Lah / Facebook

“Baru sahaja memesan ayam Shihlin. Saya selalu memesan yang pedas tetapi selalu dapat yang tidak pedas pun. Jadi saya menulis arahan khas,” tulis Ait dalam posting itu.

Kemudian dia berkongsi arahan khas itu yang berbunyi, “Extra pedas sampai menangis, kalau tak menangis, saya buat report.”

Ait Lah / Facebook

Ait Lah menulis dia hanya bergurau ketika membuat permintaan khas itu, tetapi terkejut melihatnya apabila pesanan ayam pedas itu tiba.

Ayam goreng itu benar-benar disiram dengan serbuk rempah khas Shihlin! Dalam gambar yang dikongsi oleh Ait Lah, kelihatan bahagian ayam goreng hampir tidak dapat dilihat kerana ia diliputi oleh rempah. 

Dan terdapat lebih banyak rempah lagi yang mengalir dalam bungkusan ayam goreng itu juga macam serbuk cili tertumpah.

Ait Lah / Facebook

Tidak dapat dinafikan, Ait Lah mengalirkan air mata dan mempunyai perjalanan yang agak menarik ke tandas selepas menikmati ayam goreng ‘ekstra pedas sampai menangis’ itu.

Salah satu contoh amalan perniagaan yang baik untuk mengenali sikap pengusaha makanan yang baik dalam memenuhi keperluan pelanggan adalah seperti ini. Jangan main-main!

Keluar beli barang bukan ‘jalan-jalan’, penduduk pedalaman Sabah sedih dikompaun RM1,000

0

KOTA KINABALU – Hasrat sekumpulan penduduk kampung pedalaman keluar membeli makanan dan ubat-ubatan di Pekan Tenom bukan sahaja tidak kesampaian, malahan mereka dikenakan kompaun RM1,000 ekoran didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika PKP.

Dalam kejadian 27 Januari itu, lapan penduduk termasuk warga emas dari beberapa kampung pedalaman di Sabah ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Tenom untuk dikenakan kompaun kerana bas yang dinaiki mereka melebihi kapasiti 50% penumpang seperti yang ditetapkan.

Beberapa penduduk menunjukkan kesedihan mereka kerana kesalahan itu bukan disengajakan, kerana jarak kampung mereka yang agak jauh dari pekan Tenom dan sukar berulang-alik semata-mata untuk membeli barangan keperluan.

Twitter

Seorang penduduk Irip Pang berkata, tujuan dia melakukan perjalanan itu adalah untuk membeli barangan keperluan cucunya yang masih kecil dan berstatus orang kelainan upaya (OKU).

“Bukan saya turun untuk jalan-jalan, saya mahu membeli barang keperluan untuk cucu saya, susu dengan lampin pakai buang, tiada yang menjaga dia (cucu) sebab ibu dia sudah meninggal dunia, suami saya sudah terlalu berusia dan tidak mampu keluar,” katanya kepada FMT.

Seorang lagi penduduk Buriat Alipan berkata, dia terpaksa ke pekan pada hari itu kerana mahu membeli ubat kakinya yang sakit selain mendapatkan bekalan makanan.

“Mereka (polis) beritahu PKP, macam mana saya tidak turun (ke Pekan Tenom), saya mahu beli ubat kerana kaki saya sakit, sampai sekarang sakit sebab itu saya pergi pergi ke pekan,” katanya.

“Kami orang kampung, orang susah, bukan kami sengaja melakukan kesalahan itu, bukan keluar untuk suka-suka,” jelasnya.

Sementara itu, pemandu bas Ruil Taligi berkata dia pada mulanya tidak membenarkan basnya dinaiki lapan penduduk kampung berkenaan kerana sudah melebihi kapasiti asal.

Twitter

Bagaimanapun dia menjadi kasihan dengan penduduk kampung berkenaan kerana ada dalam kalangan mereka yang benar-benar memerlukan untuk ke pekan bagi tujuan membeli barangan keperluan.

“Polis memberitahu saya yang bas telah terlebih muatan (penumpang bas), saya sudah beritahu mereka (penumpang) tetapi mereka mahu naik juga, saya kasihan kerana mereka tidak selalu dapat keluar untuk membeli barang keperluan,” katanya.

“Saya merayu kepada polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya itu, jika boleh beri amaran dulu atau saman saya seorang sahaja, mereka (penumpang) golongan susah yang hanya ingin keluar memberi barangan keperluan, tetapi anggota itu tetap mengarahkan kami pergi ke IPD (Tenom),” katanya.

Twitter

Dalam perkembangan terbaru, Naib Presiden Warisan yang juga ADUN Melalap, Peter Anthony telah tampil segera dengan membayar kompaun sebanyak RM8,000 bagi pihak lapan orang penduduk terbabit dari Kampung Angalor.

Selain itu, mereka juga akan menerima bantuan makanan serta barangan keperluan hasil sumbangan orang ramai dan para netizen yang bersimpati dengan nasib mereka lalu memulakan kutipan dana secara dalam talian selepas berita berkenaan menjadi tular di media sosial.

Teragak-agak untuk masuk ke rumah dan tidur di luar pada mulanya, selepas beberapa minggu barulah anjing ini dapat menyesuaikan diri di rumah barunya

0

Tidak semua orang mendapatkan hidup yang bahagia kerana ramai yang bahkan tidak mempunyai keluarga yang lengkap dan sempurna. Malah ada yang terpaksa terpisah dengan keluarga dan hidup bersendirian.

Itulah yang dialami oleh seekor anjing baka jenis pit bull yang diberi nama Lillie ini.

Lillie telah diadopsi oleh seorang wanita, Karen Masser yang tinggal di California, Amerika Syarikat. Sebelum ini, Lillie dikatakan tinggal di tempat perlindungan haiwan.

lookerpets

Apabila Lillie dibawa balik ke rumah dia tidak menunjukkan rasa gembira atau teruja. Tidak seperti haiwan lain yang dibawa pulang, Lillie kelihatan teragak-agak.

Malah dia juga kelihatan risau bahkan tidak mahu masuk ke rumah. Lillie hanya duduk di halaman rumah dan tidak bergerak dari situ serta tidur di luar sahaja.

lookerpets
lookerpets

Karen akhirnya memujuk Lillie untuk masuk ke dalam rumah tetapi Lillie hanya berdiri di sebelah katilnya sahaja. Lillie kemudian menyandarkan kepalanya pada bantal dan terus memerhatikan tuannya seolah-olah takut yang karen akan meninggalkannya.

Karen kemudian sedar bahawa Lillie tidak tahu banyak perkara termasuklah cara menggunakan mangkuk air. Tidak hanya itu, Lillie juga tidak tahu bermain dengan mainan.

Dia juga sangat takut dengan apa yang ada di persekitarannya. Oleh sebab itu, Karen mula mengajar Lillie secara perlahan-lahan tentang perkara-perkara baru.

lookerpets

Karen kemudian membawa Lillie bersiar ke seluruh rumah supaya Lillie tahu setiap sudut di rumah itu. Tidak lama kemudian Lillie mula terbiasa dengan rumah tersebut malah Lillie mula suka dengan sofa dan dia suka tidur di situ sehingga dia dikatakan suka tidur hampir sepanjang masa.

lookerpets

Karen menyangka Lillie terlalu bosan di rumah, jadi dia cuba membawa Lillie keluar berjalan-jalan tetapi Lillie tidak mahu keluar. Dia seolah-olah takut dia akan dihantar semula ke tempat perlindungan haiwan. Hanya selepas tiga minggu, barulah Lillie berani untuk keluar berjalan-jalan.

lookerpets
lookerpets

Selepas membiasakan diri dengan keadaan, Karen mendapati bahawa Lillie sebenarnya seekor anjing yang baik dan lembut. Lillie juga suka berada dekat dengan tuannya dan suka dipeluk serta menghabiskan masa bersama Karen.

lookerpets

Lama-kelamaan Lillie semakin ceria dan gembira dengan keluarga barunya. Dia tidak lagi malu atau ragu-ragu dengan keadaan di persekitarannya.

Perubahan Lillie sangat mengembirakan Karen. Dia mengatakan bahawa dia sangat bertuah kerana memiliki Lillie.

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli yang popular di Sarawak kini di Shah Alam, beri 100 bungkus secara percuma selama 6 hari

0

Nasi lemak yang pernah tular dahulu, Nasi Lemak Jambatan Tamparuli (NLJT) yang diniagakan di Kuching, Sarawak dikhabarkan akan memulakan perniagaannya di Shah Alam.

Tahun lalu, gerai nasi lemak yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Ali Jainneh tular ekoran memberikan makanan berupa ayam goreng kepada seekor anjing yang kerap muncul di gerainya.

Anjing tersebut dilayan dengan baik hinggakan ia diberi nama Abang Long!

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli/Facebook

Bagi meneruskan niat murninya itu, Mohd Ali berkongsi bahawa dia akan memberikan 600 bungkus nasi lemaknya pada minggu pertama perniagaannya beroperasi di Shah Alam.

“Sempena minggu pertama gerai kami beroperasi bermula 2 hingga 7 Februari ini, kami ingin mengalu-alukan warga Shah Alam khususnya untuk mendapatkan Nasi lemak Biasa”.

Menurut perkongsiannya, sejumlah 100 bungkus nasi lemak sehari akan diberikan secara percuma dan ia akan berlangsung selama 6 hari berturut-turut.

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli/Facebook

Nasi lemak NLJT yang sebelum ini amat popular di Samarahan dan Kuching sejak tahun 2016 itu akan berpindah sepenuhnya ke Shah Alam.

Oleh kerana segala peralatan dan perkakas perniagaan masih dalam perjalanan dari Sarawak, maka gerai tersebut hanya akan menghidangkan nasi lemak biasa, nasi lemak telur mata dan nasi lemak ayam berempah.

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli/Facebook

“InshaAllah, lauk-lauk lain akan menyusul untuk disajikan pada minggu seterusnya”, tulis perkongsian di laman Facebook berkenaan.

Jika anda mahu merasai sendiri nasi lemak NLJT ini, anda boleh pergi ke Jalan Ibus 18/40, Seksyen 18, Shah Alam (lokasi tapak gerai Azmi Goreng Pisang Shah Alam HQ).

Gerai akan mula dibuka sekitar jam 5:30 pagi hingga 9:30 pagi pada setiap hari Selasa hinggalah Ahad.

Gara-gara pembelian ‘gelojoh’ di kedai Eco, pemuda menyesal tak sudah lepas beli sarung bantal bayi

0

Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat banyak juga kedai-kedai yang menjual barangan berpatutan atau kedai RM2 dibuka di sekitar kita.

Perkara ini sudah tentulah disambut baik oleh rata-rata masyarakat. Siapa yang tidak mahu beli barangan dengan harga yang murah bukan?

Masuk sahaja kedai RM2, pasti banyak barangan yang kita beli. Niat mulanya mahu beli satu atau dua barang sahaja namun pulang dengan plastik penuh!

Foto hiasan/Eco Shop

Namun dalam gian membeli pun, perhatikan dahulu barangan sebelum membayarnya jika tidak mahu menyesal di kemudian hari.

Seorang pengguna Facebook, Akim Afiq baru-baru ini berkongsi pengalaman pembeliannya di kedai Eco Shop.

“Ambil (barang) situ, ambil (barang) sana dengan tak tengok harga. Lepas itu, kena tipu..”, tulis pengguna berkenaan.

Akim Afiq/Facebook

Memang rasa macam orang kaya jika kedai sebegitu, bukan? Sebaik sahaja Akim pulang ke rumah, dia mendapati sarung bantal yang dibelinya tidak seperti apa diharapkan.

“Ingat happy la bila sampai rumah, nak sarung bantal. Rupanya, sarung bantal baby.. sebesar tapak tangan je oiii”, tambahnya lagi.

Jika diamati, jelas kelihatan deskripsi pada sarung bantal itu sememangnya sarung bantal untuk bayi. Jadi ia bukanlah salah pengilang.

Akim Afiq/Facebook

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna lain. Ada yang menasihati Akim agar tidak gelojoh ketika membeli belah. Baca dahulu sebelum beli.

Bahkan ada juga yang menyuruh Akim membawa pita pengukur supaya lebih bersedia jika tidak pasti akan ukuran yang dinyatakan di masa akan datang.

Myvi dipandu jururawat swasta rempuh ambulans hingga terbalik di persimpangan lampu isyarat

0

Sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang jururawat didapati melanggar sebuah ambulans hingga terbalik di Melaka pada 1 Februari lalu.

Perodua Myvi tersebut dilaporkan gagal dikawal hingga mengakibatkan ambulans yang dilanggar terbalik di persimpangan lampu isyarat Taman Bertam Impian.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Sebelum terlibat kemalangan, ambulans tersebut sedang bergegas dari arah Cheng menuju ke Sungai Udang.

Pada masa yang sama, pemandu Perodua Myvi yang datang dari arah yang berbeza, hilang kawalan lalu bertembung dengan ambulans.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, jururawat berusia 35 tahun dan pemandu ambulans berusia 51 tahun itu dalam keadaan selamat dan tidak cedera.

“Siasatan masih diteruskan dan kenderaan berkenaan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pemeriksaan lanjut”.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987”, ujarnya lagi.

Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 bulan dan denda sebanyak RM10,000.

‘Ball Control’ sebiji macam Marcelo, aksi budak lelaki sambut bola dikagumi warganet

0

Bola sepak merupakan sukan yang tidak asing lagi di dunia dan sudah tentunya menjadi kegemaran majoriti kaum Adam.

Sebut sahaja pemain bola, sudah pasti banyak nama akan meniti di bibir-bibir para peminat bola sepak.

Antaranya Marcelo Vieira, pemain untuk kelab terkemuka Sepanyol, Real Madrid.

Soccer Nation/YouTube

Baru-baru ini, satu video telah tular di laman Twitter, di mana ia memaparkan aksi pemain bola cilik yang berasal dari Malaysia, yang persis seperti Marcelo.

Hebatnya, aksi menarik kanak-kanak terbabit kelihatan sama sepeti aksi yang ditonjolkan Marcelo ketika perlawanan menentang Bayern Munich pada tahun 2018.

@theafcdotcom/Twitter

“Mana satu lebih baik, sepakan ataupun kawalan?”, soal tweet yang dimuat naik bersama video berkenaan menerusi akaun @theafcdotcom.

Kanak-kanak yang memakai jersi terpampang nama ‘Maro’ tersebut dilihat melakukan kawalan bola yang mantap. Sambutannya agak kemas.

Malah pemain yang menyepak bola ke arahnya juga melakukan satu sepakan yang baik dan tepat ke arahnya.

Saksikan video di bawah :

@theafcdotcom/Twitter

Mesti mereka kerap berlatih bukan? Siap cekak pinggang lagi..

Apa pendapat anda? Mana satu yang lagi hebat, kanak-kanak yang menyepak atau yang menyambut? Atau kedua-dua mereka?

Kajian mendapati ‘sayang’ adalah kata laluan yang sering digunakan di Malaysia, anda sedang diperhatikan

0

Mencipta kata laluan adalah antara perkara yang sering menyesakkan dada atas pelbagai sebab. Antaranya ialah kesukaran mengingati kata laluan, kebimbangan terhadap pencerobohan kata laluan dan kekurangan ilmu untuk mencipta kata laluan yang sukar diceroboh. Perkara ini akhirnya membuatkan ramai orang di seluruh dunia memilih ‘123456’ sebagai kata laluan. Kajian tentang kata laluan yang bocor yang dijalankan oleh pihak ketiga, atas ihsan pengguna Github Ata Hakçıl, mendapati ‘sayang’ adalah kata laluan yang sering digunakan di Malaysia. Adakah anda salah seorang daripada mereka yang menggunakan ‘sayang’ sebagai kata laluan?

FACEBOOK

Tidak dinafikan ‘123456’ adalah kata laluan yang sering digunakan di seluruh dunia. Namun, sebaik sahaja anda mengisih kata laluan yang sering digunakan mengikut negara atau bahasa, anda akan mula melihat hasil yang sangat berbeza. Ini termasuklah kata laluan ‘sayang’ yang ternyata paling banyak digunakan di Malaysia dan Indonesia. Manakala di Amerika Syarikat pula, ‘iloveyou’ merupakan perkataan yang sering digunakan sebagai kata laluan.

Express VPN

Baru-baru ini, Express VPN menjalankan tinjauan dengan kerjasama penyedia tinjauan mudah alih Polfish untuk bertanya kepada seribu orang dewasa Amerika Syarikat tentang pilihan kata laluan mereka. Express VPN belum mendedahkan hasil tinjauan sepenuhnya namun berikut adalah tinjauan ringkas mengenai maklum balas yang mereka terima.

  • Rata-rata orang menggunakan kata laluan yang sama untuk enam laman sesawang dan/atau platform.
  • 43% orang mendapati orang tersayang mereka dapat meneka kata laluan dalam talian mereka.
  • 2 daripada 5 orang mengakui menggunakan variasi nama pertama dan/atau nama keluarga mereka sebagai kata laluan dalam talian mereka.
  • Penemuan ini mencerminkan amalan keselamatan siber yang lemah, namun dalam masa yang sama, 81% responden mengatakan bahawa mereka yakin dengan keselamatan dan privasi kata laluan dalam talian mereka.

Berdasarkan tinjauan tersebut, 43.9% responden menggunakan tarikh lahir sebagai kata laluan, diikuti 43.8% responden menggunakan nama haiwan peliharaan dan 42.30% responden menggunakan nama pertama sebagai kata laluan. Sesuatu yang mencuri perhatian adalah apabila seramai 26.1% responden menggunakan nama bekas pasangan mereka sebagai kata laluan. Mungkin semasa menjalinkan hubungan yang indah, mereka senang menggunakan nama pasangan sebagai kata laluan dan apabila hubungan indah tersebut telah berakhir, mereka mengekalkan kata laluan tersebut kerana malas untuk memikirkan kata laluan baharu atau pun sebagai kenang-kenangan. Pelik tetapi benar!

Express VPN

Kekerapan perkataan yang sama digunakan sebagai kata laluan sedikit sebanyak menimbulkan rasa bimbang dalam hati pengguna aplikasi dalam talian, peranti, akaun bank dan sebagainya. Oleh itu, amat penting bagi setiap orang mempelajari cara untuk mencipta kata laluan yang sukar diceroboh. Ini kerana, terdapat pendapat umum yang mengatakan bahawa:

  • Kata laluan yang kuat selalunya rumit dan mengandungi karakter rawak, kata laluan yang lemah selalunya mudah diramalkan.
  • Kata laluan yang baik selalunya panjang, kata laluan yang lemah selalunya pendek.
PEXELS

Berikut adalah cara untuk mencipta kata laluan yang lebih kuat dan sukar diceroboh.

  1. Panjang: Kebanyakan pakar mengatakan kata laluan sepatutnya berada dalam lingkungan minimum 8 karakter dan secara ideal adalah antara 12 hingga 15 karakter.
  2. Rawak: Ini bermaksud kata laluan anda seharusnya tidak mengandungi apa-apa maksud tetapi dicipta dengan gabungan huruf, nombor dan simbol secara rawak. Anda boleh mencipta kata laluan rawak secara dalam talian dengan menggunakan penjana kata laluan.
  3. Unik: Untuk keselamatan maksima, anda seharusnya menggunakan kata laluan yang berbeza untuk setiap akaun dalam talian yang anda miliki. Jika anda mengulang kata laluan yang sama atau mengikut satu corak pengulangan, orang lain boleh cuba untuk menceroboh akaun anda yang lain dengan menggunakan kata laluan tersebut.
PEXELS

Benar, jika anda mengikuti cara ini kata laluan anda menjadi kuat tetapi hakikatnya anda sukar menghafalnya. Inilah sebabnya mengapa pengurus kata laluan disyorkan. Mereka menyimpan kata laluan anda dalam peti besi yang dirahsiakan – anda hanya perlu mengingati satu kata laluan utama untuk mengaksesnya.

Cara lain untuk melindugi privasi dan keselamatan dalam talian ialah dengan memuat turun aplikasi VPN. Anda hanya perlu menghidupkannya dan ia akan memberikan anda satu alamat IP baharu sambil ‘menyembunyikan’ trafik anda. Ini menyukarkan pihak penceroboh untuk melihat apa yang anda lakukan dalam talian.

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membuka mata anda tentang betapa pentingnya mencipta kata laluan yang kuat dan sukar diceroboh. Masih mahu menggunakan ‘sayang’ sebagai kata laluan? Fikir-fikirkanlah…

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Malahan ada makanan laut palsu di China, wanita ini membeli ‘sotong’ untuk merebusnya lalu ia melarut tanpa meninggalkan sisa

0

Tiada kejutan di China kerana semuanya palsu lagi memalsukan. Setelah tersebar berita pengeluaran wain dan beras palsu, juga lama dahulu telur dan minyak masak palsu, beberapa warga di China disyaki membuat ‘sotong palsu’. 

Seorang wanita membeli sotong di pasar terbuka dan pulang ke rumah. ‘Sotong’ itu kelihatan seperti sotong sebenar, tetapi ia hilang sebaik sahaja dia merebusnya, dan tiada yang tersisa.

Facebook

Wanita ini membangkitkan perbincangan hangat tentangnya dalam video rancangan memasak di rangkaian media sosial, dan unit-unit tempatan yang relevan segera campur tangan dalam penyelidikan dan menyimpulkan bahawa sotong itu telah direndam oleh penjual dan ia mengembang bagi menambah beratnya, jadi ia tidak sesuai untuk dimasak dalam jangka waktu yang lama.

Laporan media tempatan memetik seorang wanita di Chengdu, Wilayah Sichuan membeli sotong berkenaan dari pasar berdekatan pada 25 Januari dan pulang ke rumah untuk memasak. 

Facebook

Tidak lama kemudian sotong itu melarut setelah direbus sehingga tidak meninggalkan sisa. Wanita ini begitu terkejut dan bukti rakaman itu menimbulkan banyak persoalan.

Keesokan harinya, wanita itu pergi ke pasar yang sama untuk membeli dua ekor ‘sotong’ berkenaan dan pulang untuk memasaknya sekali lagi dengan cara yang sama, dan mengiranya dengan pemasa dalam beberapa minit.

Facebook

Hasilnya, sotong berubah menjadi sampah dalam masa 5 minit, dan bahkan lebih sampah setelah dibiarkan dalam masa 8 minit. Ternyata ia adalah sotong tiruan dan penjualan makanan laut palsu.

Facebook

Sebagai tindak balas, petugas dari Biro Pengawasan dan Pentadbiran Pasar Daerah Wenjiang di Bandar Chengdu menjawab pada 28 Januari bahawa kejadian penipuan itu sedang disiasat.

Zhou Zhuocheng, Pengerusi Jawantankuasa Profesional Organisma Akuatik dan Ekologi Air Persatuan Perikanan China, berkata ‘sotong’ dalam video itu disyaki digunakan oleh penjual untuk menambah berat timbangan .

Facebook

Sotong asli yang direndam pada umumnya mempunyai kandungan air yang lebih tinggi dan tidak sesuai untuk dimasak dalam jangka masa yang lama. Zhou Zhuocheng berkata bahawa sotong segar boleh dimasak dalam jangka masa yang lama, dan sotong asli akan kenyal jika dimasak lama. Dalam hal ini terbukti ia adalah ‘sotong’ yang palsu.

Tonton video di bawah: