Rata-rata penduduk dunia khasnya rakyat Malaysia mahir berbahasa Inggeris. Tidak menjadi satu masalah untuk kita menggunakannya dalam kehidupan seharian.
Begitu juga jika kita terserempak dengan pelancong asing berkulit putih atau ‘Mat Salleh’. Bahasa Inggeris sahaja yang digunakan untuk berinteraksi dengan mereka bukan?
Itulah yang cuba dilakukan oleh seorang lelaki di dalam satu video tular di Twitter ini, di mana ia menunjukkan interaksi yang tidak disangka-sangka.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah kedai kopi di Indonesia. Lelaki berkenaan dilihat menghampiri seorang Mat Salleh yang kebetulan berada di situ.
“The view is nice right. Where are you from bro?”, sapa lelaki tempatan itu pada Mat Salleh yang merupakan pelancong asing daripada luar.
Ikut logik, memanglah kita secara automatiknya akan bertutur menggunakan bahasa antarabangsa dalam situasi sebegini bukan?

Agak lucu pula jadinya apabila mat salleh tersebut kemudiannya menjawab bahawa dia tidak boleh berbahasa Inggeris.
Ya, dia menjawab dalam bahasa tempatan!
Bali berhenti sejenak, tapi bumi tetap berputar🌌 pic.twitter.com/V6yhzqGso5
— 𝕯𝖔𝐝𝖊 (@krisnaadinatha) March 25, 2020
Tidak disangka pula soalan di tanya dalam bahasa Inggeris, dijawab dalam bahasa tempatan oleh Mat Salleh.
Adil juga bukan? Kita belajar bahasa Inggeris, Mat Salleh pula belajar bahasa tempatan. Pernahkah anda berhadapan situasi lucu sebegini?