Pemakaian pelitup muka adalah wajib di Malaysia tatkala wabak pandemik COVID-19 masih lagi berleluasa dalam komuniti.
Namun tidak dapat kita nafikan bahawa dalam pada ia melindungi kita daripada dijangkiti, ia turut membawa kepada kesan buruk kepada kulit, misalnya masalah jerawat.

Keadaan yang disebut sebagai ‘mask acne’ adalah keadaan di mana jerawat timbul ekoran pemakaian pelitup muka. Simptomnya termasuklah kegatalan dan rengsa pada kulit.
Menyedari situasi tersebut berkemungkinan banyak berlaku, maka laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia ada berkongsi langkah untuk menghindarinya.

#1 Kerap cuci wajah anda dengan air suam ataupun pencuci muka
#2 Jangan lupa sapukan pelembap muka pada wajah sebelum dan selepas pemakaian pelitup muka
#3 Oleh kerana anda memakai pelitup muka, elakkan menata rias wajah menggunakan solekan
#4 Pilih dan pakai pelitup muka yang sesuai – tidak terlalu ketat, fabrik dwi-lapisan daripada bahan semula jadi yang lembut dan ‘breathable’ seperti kapas
#5 Sapukan juga krim antibiotik sebelum memakai pelitup muka
#6 Buka pelitup muka selama 15 minit dalam tempoh setiap 4 jam
#7 Jangan ulang guna pelitup pakai buang. Tukarkan dengan yang baru setiap kali digunakan
#8 Jika menggunakan pelitup muka jenis kain, basuh setiap kali sejurus ia selesai dipakai.
Walaupun pemakaian pelitup muka agak merimaskan namun ianya masih perlu dipakai. Bersabar ya, sama-sama kita memerangi COVID-19!