28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 23, 2025
Utama Blog Laman 398

United Kingdom usir 3 orang perisik China yang menyamar sebagai wartawan

0

ENGLAND – Kerajaan England dilaporkan telah mengusir keluar mata-mata China yang menyamar sebagai wartawan seperti yang dilaporkan oleh Telegraph.

Laporan tersebut keluar sehari selepas pengatur siaran UK Ofcom menarik semula lesen rangkaian televisyen China. tidak lama selepas itu, Beijing dikatakan telah melakukan aduan rasmi ke atas laporan BBC mengenai virus PKC (Parti Komunis China), juga dikenali sebagai novel Koronavirus (COVID-19)

Thames House, ibu pejabat Perkhidmatan Keselamatan Britain (MI5) dilihat di London, pada 22 Oktober 2015. (Peter Nicholls/Reuters)

Menurut laporan Telegraph, sumber yang diperolehi daripada pegawai kanan kerajaan mengenai ketiga-tiga orang perisik tersebut ialah mereka bekerja di tiga buah agensi China yang berbeza. Walau bagaimanapun, nama agensi tersebut tidak didedahkan.

Mereka yang diusir terpaksa kembali ke China setelah pasukan MI5 menemukan identiti sebenar mereka bahawa mereka adalah pegawai perisik Kementerian Keselamatan Negeri Beijing.

Kebimbangan mengenai pengaruh PKC dan pengintipan di UK semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya di kalangan beberapa anggota parlimen Konservatif.

Pihak kerajaan diharapkan agar dapat memperbaharui undang-undang mengenai isu pengintipan pada akhir musim bunga.

Pengatur siaran Ofcom dilaporkan telah menarik lesen bagi China Global Television Network (CGTN) dengan alasan bahawa stesen berkenaan “dikendalikan oleh badan yang dikendalikan oleh Parti Komunis China.”

Undang-undang penyiaran UK tidak membenarkan lesen untuk media dimiliki oleh badan atau organisasi yang dikendalikan oleh mana-mana badan politik.

Para pegawai Beijing tidak lama kemudian mengajukan aduan terhadap BBC dengan menuduhnya sebagai “berita palsu” dalam laporannya tentang bagaimana PKC menutupi cerita mengenai wabak dan asal-usul virus PKC.

Dan pada hari Jumaat, jurucakap kementerian luar negeri China, Wang Wenbin mengecam keputusan Ofcom dan memperingatkan bahawa China berhak untuk melakukan “respons yang diperlukan”.

Peter Humphrey, bekas wartawan dan perunding yang dipenjarakan di China selama dua tahun, bercakap dengan NTD di England. (NTD/Paparan Skrin)

Bekas wartawan Britain, Peter Humphrey, salah satu daripada empat mangsa pengakuan paksa yang diwakili oleh NGO Safeguard Defenders telah memberitahu kepada The Epoch Times bahawa langkah “belum pernah terjadi sebelumnya” dan apa yang dilakukan oleh Ofcom adalah sebuah “saat kemenangan.”

Humphrey, yang menjalankan syarikat usahasama di China, telah ditahan oleh PKC kerana didakwa membeli dan menjual data peribadi. Tuduhan tersebut kemudian telah dinafikannya.

Dia juga memberitahu bahawa polis di China telah memberikannya ubat sehinggakan dia tidak sedarkan diri kemudian mengikatnya pada kerusi logam di dalam sangkar kecil, dan memaksanya untuk membaca sebuah penyataan yang ditulis seolah-olah dia mengaku atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Humphrey yang juga merupakan bekas wartawan dan perunding yang dipenjarakan di China selama dua tahun berkata, dengan melihat lesen mereka ditarik semula merupakan saat kemenangan, bukan hanya untuk dia, tetapi juga untuk semua mangsa.

“Ini adalah tamparan pada wajah pemerintah diktator di Beijing.” katanya lagi.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Pengantin baru antara 19 individu yang dikompaun kerana langgar arahan PKP

0

LANGKAWI – Sepasang pengantin baru berserta dengan 17 orang rakannya dilaporkan telah ditahan ekoran mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut laporan, kesemua mereka ditahan pada Rabu lalu ketika sedang asyik merakam gambar kenang-kenangan secara berkumpulan.

Facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari, pasukannya telah mengesan kumpulan yang berpakaian sedondon itu sekitar jam 6.30 petang di sekitar kawasan perumahan di Ayer Hangat.

“Semasa rondaan, anggota polis ternampak kumpulan terbabit yang terdiri daripada sepasang pengantin dan 17 individu termasuk pengiring pengantin (seorang lelaki dan 16 perempuan) berhampiran sungai dan mengambil gambar beramai-ramai.”

Facebook

Polis terus menahan individu tersebut kerana berkumpul dan tidak mempunyai alasan kukuh untuk keluar rumah.

Mereka yang berumur sekitar 17-28 tahun kemudian dibawa ke Balai Polis Kuah untuk melalui proses dokumentasi dan masing-masing dikompaun RM1,000 sebelum dibebaskan.

Pada 28 Januari 2021, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mengumumkan bahawa perkahwinan hanya dibenarkan diadakan di Pejabat Agama Daerah mengikut SOP yang ditetapkan.

Guna suami ketika tidur sebagai model untuk jualan baju dalam talian, idea unik wanita ini dapat sambutan ramai pelanggan!

0

Untuk berniaga secara dalam talian pada masa ini diakui adalah salah satu perkara yang agak sukar untuk dilakukan kerana persaingannya terlalu banyak.

Walau bagaimanapun, seorang penjual pakaian di laman sosial di Thailand ini nampaknya mula mendapat perhatian selepas dia menggunakan suaminya untuk menjadi model pakaian yang dijual.

buzzhand

Tetapi, cara model yang digunakan bukanlah seperti kelazimannya. Jocelyn May Jazareno Caday, yang menjual pakaian wanita melalui kedai dalam taliannya yang dinamakan Jo’s Online Shoppe menggunakan suaminya sebagai model ketika suaminya sedang tidur di atas katil.

Dan hasil gambarnya memang sangat lucu!

buzzhand
buzzhand
buzzhand

Ketika suaminya sedang lena diulit mimpi, Jocelyn menggunakan suaminya sebagai ‘patung model’ untuk menggayakan pakaian yang dijual dan dimuat naik di kedai dalam taliannya.

Siapa sangka, idea yang tidak masuk akal ini akhirnya membawa keuntungan kepada Jocelyn kerana sebaik sahaja gambar-gambar ini dimuat naik, ramai pelanggan mula berminat untuk membeli pakaian yang dijual oleh Jocelyn!

buzzhand
buzzhand
buzzhand

Memang lucu, dari pakaian berbentuk gaun, baju tanpa lengan, seluar pendek wanita sehinggalah kepada jualan seluar jeans, semuanya Jocelyn gunakan suaminya sebagai model! Terhibur dibuatnya!

buzzhand
buzzhand
buzzhand

Tidak dapat dinafikan, idea Jocelyn ini sememangnya kreatif yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila ‘strategi pemasaran’ ini berjaya menaikkan keuntungan Jocelyn! Pelanggan bukan sahaja terhibur, malah mereka dapat menyaksikan setiap inci pakaian yang dijual dari sudut yang sempurna!

Pelajar latihan industri di NASA temui sebuah planet baharu yang sangat cantik dan feminin. Majoriti warnanya adalah merah jambu!

0

Sebelum seseorang siswazah ‘dilepaskan’ dari universiti, lazimnya setiap seorang daripada mereka perlu menjalani latihan industri di mana-mana institusi yang dipilih untuk mengaut sebanyak mana ilmu yang boleh sebelum mereka benar-benar memasuki alam pekerjaan.

Bagaimanapun, seorang pelajar latihan industri yang baru berusia 17 tahun, Wolf Cukier, yang ditempatkan di NASA nampaknya telah memberi sumbangan besar kepada organisasi berkenaan selepas Wolf menemui sebuah planet baharu yang kini dinamakan sebagai TOI 1338b.

Berdasarkan kajian, planet yang baharu ditemui itu mempunyai saiz kira-kira 6.9 kali lebih besar dari planet Bumi, dan yang lebih menarik perhatian, planet tersebut secara majoritinya berwarna merah jambu.

Warnanya pula kelihatan feminin! Memang comel!

Daripada imej yang dihasilkan dari komputer, warna planet ini diselaputi oleh beberapa warna lembut seperti warna merah jambu, hijau cair, biru dan ungu. Pelbagai jenis warna ini juga bercampur antara satu sama lainnya, yang menjadikan planet ini sebagai “planet yang paling cantik.”

Walaupun gambar yang ditunjukkan ini bukanlah gambar asli yang sebenar, sebaliknya hanyalah imej yang dihasilkan dari komputer, namun ramai warganet yang berasa teruja dengan penemuan ini dan ada antaranya yang menyatakan bahawa planet ini mungkin dihasilkan khas buat wanita!

Memang benar, jika dilihat dari gambar yang dikongsikan oleh NASA, planet ini benar-benar kelihatan sangat cantik dan menunjukkan sisi femininnya. Jadi, tidak hairanlah apabila ramai wanita yang lebih berasa teruja dengan penemuannya!

Dapat topik tugasan sekolah tentang ‘latar belakang keluarga’, budak perempuan ini menangis teresak-esak sebaik sahaja menyebut tentang mendiang bapanya

0

Sejak pandemik Covid-19 mula melanda, kita semua sudah perlu membiasakan diri dengan amalan norma baharu dalam kehidupan seharian. Hal ini termasuklah dalam urusan persekolahan kanak-kanak yang kini perlu dilaksanakan secara dalam talian sahaja.

Daily Express Online/Facebook

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dari Kota Kinabalu, Sabah, yang sedang merakam video tentang topik latar belakang keluarganya mendapat perhatian ramai selepas kanak-kanak itu, Sonia Callysta Neil, tiba-tiba menangis sebaik sahaja menyebut tentang bapanya yang baharu meninggal dunia.

“Ini ayah saya. Ayah saya baru meninggal untuk selamanya…” ucap Sonia sambil menangis teresak-esak.

Daily Express Online/Facebook

“Kawan-kawan, marilah sama-sama doakan semoga rohnya tenang dan diterima disisinya,” tambah Sonia lagi.

Daily Express Online/Facebook

Menurut perkongsian Daily Express Online, bapa Sonia, mendiang Blasius Madili telah meninggal dunia pada 1 Mei 2020 akibat kegagalan buah pinggang.

Daily Express Online/Facebook

Di bahagian komen kiriman ini, ramai warganet yang berasa sedih dan meninggalkan kata-kata semangat buat Sonia agar dia dapat menjalani kehidupan yang mendatang.

“Saya kehilangan ayah tercinta ketika saya seusia dia. Yang dikasihi, jadilah berani, jadilah kuat. Saya tahu kamu boleh bertahan melalui ini. Saya pasti kamu boleh. Kami sayang kamu. Dan tidak mengapa untuk bersedih setiap kali kamu mengingatinya. Jadilah anak perempuan yang baik ya, buat ayah kamu bangga.”

“Sayang… Kamu akan membesar menjadi orang yang hebat… Ingatlah bahawa ayah kamu akan sentiasa bersama kamu di hati kamu ya…”

“Luluh hati melihatnya menangis kerana mendiang ayahnya. Jadilah malaikat kecil yang kuat. Kamu akan membesar menjadi seorang wanita muda yang cantik suatu hari nanti.”

Diharapkan, Sonia dan keluarganya akan terus kuat dan tabah menjalani kehidupan yang mendatang.

Garangnya ibu ini ajar anak lelakinya hafal Pancasila, keterujaan yang buat ramai ketawa berdekah

0

Kesabaran yang tinggi lagi konsisten diperlukan oleh kebanyakan ibu bapa ketika menemani anak-anak mengikuti kelas dalam talian di rumah dan ia ternyata benar.

Buktinya anda melihat keletah dan ekspresi wajah bersungguh ibu dari Indonesia ini ketika mengajar anak lelakinya menghafal prinsip Pancasila, yang sama seperti Rukun Negara di Malaysia.

Rakaman video pembelajaran dari rumah ini menjadi tular kerana ekspresi kurang sabar bercampur teruja ketika mengajar yang ditunjukkan si ibu kepada anak lelakinya yang berpakaian sekolah ini amat melucukan.

Facebook

Anak lelaki ini duduk di sebelah ibunya yang begitu teruja mahu mengajar prinsip Pancasila.

“Pancasila, satu Ketuhanan Yang Maha Esa,” kata ibu yang kemudian meminta anaknya mengulang prinsip pertama.

Facebook

“Pancasila, satu ketuhanan…” si anak cuba mengikuti ibunya dengan nada pelat.

Belum sempat anaknya menghabiskan ayat dengan tenang, si ibu memotong celah kerana tidak puas hati dengan sebutan itu.

“Ketuhanan!” ulang ibu ini dengan ekspresi wajahnya yang lucu.

Facebook

“Ketuhanan yang mana esa,” anak itu mengikut ajaran ibunya tetapi secara salah ketika mengungkap prinsip pertama Pancasila.

“Maha! M-A Ma, H-A ha, Maha!” si ibu mengeja dengan wajah cikgu garang.

Facebook

Sambil menegur anak menggunakan loghat daerah, dia kemudian mengambil penyapu sebagai tanda sedang marah dan menakutkan anaknya.

Anak ini yang kecut perut segera membetulkan tempat duduk dan mengikut perintah ibunya.

Facebook

“Cuba ajar kamu hafal jadi setengah mati. Pak cik kamu ingin membuat video untuk hantarnya kepada Puan Teli, ini adalah pembelajaran dalam talian,” jelas ibu ini mengapa mereka kena belajar dalam talian.

“Puan Teli jahat,” kata anak ini.

 Spontan ibunya bertambah naik angin.

Facebook

“Oh! maksudnya, kamu cuba kata Puan Teli jahat. Pak cik kamu ini kurang jahat? Hah?” tanya ibu ini yang stres mengajar anaknya yang selamba dan sibuk sahaja bermain penyapu.

Interaksi ibu dan anak ini sedikit kasar, tetapi lagak spontannya menghiburkan hati netizen. Dalam mereka bertekak-tekak dengan muka lawak, diselang-seli dengan senyuman ikhlas tidak ambil hati.

Facebook

Faham benar dengan perasaan ibu ini yang mahu anaknya menjadi lebih baik dalam pelajaran.

Mahu sahaja naik angin dan perasaan kurang sabar yang terlintas dalam fikiran ibu sangat berkaitan dengan keadaan semasa, terutama buat ibu bapa yang perlu mengambil bahagian dalam sesi pembelajaran dari rumah ketika pandemik global kini.

Facebook

Apa yang penting, ibu tenang-tenang sahajalah ya! Baru senang pembelajaran anak ini dapat masuk dan dia terus faham…

Tonton video di bawah :

Comel yang tidak terkata! Tonton video kanak-kanak perempuan ini menyanyi, kami pasti anda tidak akan kecewa!

0

Kanak-kanak yang aktif dan ‘banyak mulut’ selalunya akan mendapat perhatian ramai kerana kebijaksanaan mereka. Tambahan lagi, kerana sifat mereka yang sebegitu, mereka cenderung untuk lebih menonjol dari yang lain.

U Beauty/Facebook

Bagaimanapun, satu video yang menunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menyanyi di atas pentas sambil diiringi oleh alunan piano ini pastinya akan mencuit hati sesiapa sahaja yang menyaksikannya.

U Beauty/Facebook

Bukan sahaja kanak-kanak ini dengan tenang mempersembahkan nyanyiannya di atas pentas, malah kanak-kanak ini juga secara tidak langsung telah menghiburkan para penonton dengan gerak mukanya yang sangat comel itu.

Dari segi suaranya, tidak perlu dikatakan lagi, memang sangat comel!

U Beauty/Facebook

Walaupun video ini hanya sebentar sahaja, namun video pendek yang hanya berdurasi 1:42 ini tidak dapat disangkal lagi dapat menghiburkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Mana tidaknya, penonton pasti tidak akan sedar bahawa mereka telah habis menonton video ini kerana terpukau dek kecomelan kanak-kanak perempuan ini!

Tonton videonya di sini, anda tidak akan menyesal!

Lucu! Gelagat spontan kucing ini yang duduk di atas sofa mirip orang yang sedang bermalas-malasan pasti akan buat anda tersenyum

0

Gelagat spontan haiwan peliharaan semestinya boleh membuatkan pemiliknya tersenyum, walau apapun yang mereka lakukan. Tambahan lagi jika haiwan itu sememangnya sangat comel, sesiapa sahaja yang melihat gelagat mereka pasti akan berasa terhibur!

@mint.marine.kanon/Instagram

Seekor kucing dari Jepun yang terkenal di laman sosial Instagram, @mint.marine.kanon merupakan seekor kucing berbulu putih yang sangat comel. Sekali pandang, kucing ini sememangnya akan mencairkan hati sesiapapun yang melihatnya.

@mint.marine.kanon/Instagram

Bulunya kelihatan halus, gebu dan suci, langsung tiada cacat cela. Walau bagaimanapun, kucing mempunyai satu gelagat lucu yang dilakukannya, iaitu duduk di atas sofa seperti seseorang yang malas.

@mint.marine.kanon/Instagram

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh pemiliknya di laman Instagram, kucing ini duduk di atas sofa sambil melunjurkan kakinya dan bersandar pada sofa, gayanya iras-iras seperti orang tua yang sedang menonton televisyen dengan tenang!

Geram betul melihat kecomelannya!

@mint.marine.kanon/Instagram

Nampaknya kucing ini benar-benar tenang berada di rumahnya itu. Gayanya yang spontan itu menunjukkan betapa selesanya kucing itu di rumah pemiliknya itu.

Comel betul!

Ekoran masalah kewangan, Zoo Negara hanya mampu bertahan sehingga April ini

0

KUALA LUMPUR – Sekali lagi isu kos operasi Zoo Negara menjadi perkara yang disebut-sebut. Kali ini Zoo Negara dikatakan terpaksa berjimat cermat dalam menjalankan operasi mereka. Hal ini kerana sumber kewangan mereka dikatakan hanya mampu bertahan sehingga April ini.

Twitter

Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @ Rahmat Ahmat Lana, seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, mengatakan bahawa pada masa ini, Zoo Negara masih dapat menampung kos operasi termasuk makanan haiwan dan juga gaji pekerja.

Zoo Negara Malaysia/Facebook

Walau bagaimanapun, dana semasa hanya mencukupi untuk kos operasi sepanjang PKP yang dijangka akan berakhir pada 18 Februari ini.

“Zoo Negara akan berdepan masalah kewangan jika PKP dilanjutkan untuk tempoh yang lebih panjang. Saya berharap itu tidak berlaku.

“Jika dilanjutkan, kita terpaksa merayu kepada kerajaan supaya memberi kebenaran beroperasi atau mencari kaedah lain untuk meneruskan kelangsungan,”

Rosly juga berkata, Zoo Negara kurang menerima sumbangan jika dibandingkan ketika PKP tahun lalu.

“Permulaan PKP dahulu, orang berebut-rebut nak beri sumbangan makanan haiwan dan dana sehingga kita berjaya mengumpul RM10 juta,” katanya.

Zoo Negara Malaysia/Facebook

Ditanya mengenai kempen haiwan angkat yang dilancarkan Zoo Negara pada tahun lalu, katanya, ia masih lagi diteruskan namun sambutannya sudah berkurangan.

Menerusi kempen itu, orang ramai boleh memilih sama ada mahu memberi sumbangan secara one off (sekali sumbangan) atau secara bulanan mengikut pakej ditetapkan.

Ketua Pengarah Kesihatan: Lebih 4,000 orang petugas KKM telah dijangkiti Covid-19

0

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa sejumlah 4,756 orang petugas barisan hadapan dari KKM telah disahkan dijangkiti Covid-19 sehingga kini.

@KKMPutrajaya/Twitter

Dari jumlah besar berkenaan, seramai 3,101 orang adalah petugas lelaki dan selebihnya iaitu 1,655 orang adalah dari kalangan petugas perempuan.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham lagi, kebanyakan daripada jangkitan tersebut adalah berpunca dari jangkitan dalam komuniti dan bukannya jangkitan dari tempat kerja.

@KKMPutrajaya/Twitter

Disamping bilangan yang mengejutkan itu, seramai 936 orang petugas barisan hadapan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah direkodkan dijangkiti Covid-19 sehingga kini.