Sebelum seseorang siswazah ‘dilepaskan’ dari universiti, lazimnya setiap seorang daripada mereka perlu menjalani latihan industri di mana-mana institusi yang dipilih untuk mengaut sebanyak mana ilmu yang boleh sebelum mereka benar-benar memasuki alam pekerjaan.
Bagaimanapun, seorang pelajar latihan industri yang baru berusia 17 tahun, Wolf Cukier, yang ditempatkan di NASA nampaknya telah memberi sumbangan besar kepada organisasi berkenaan selepas Wolf menemui sebuah planet baharu yang kini dinamakan sebagai TOI 1338b.
Berdasarkan kajian, planet yang baharu ditemui itu mempunyai saiz kira-kira 6.9 kali lebih besar dari planet Bumi, dan yang lebih menarik perhatian, planet tersebut secara majoritinya berwarna merah jambu.
Warnanya pula kelihatan feminin! Memang comel!
Daripada imej yang dihasilkan dari komputer, warna planet ini diselaputi oleh beberapa warna lembut seperti warna merah jambu, hijau cair, biru dan ungu. Pelbagai jenis warna ini juga bercampur antara satu sama lainnya, yang menjadikan planet ini sebagai “planet yang paling cantik.”
Walaupun gambar yang ditunjukkan ini bukanlah gambar asli yang sebenar, sebaliknya hanyalah imej yang dihasilkan dari komputer, namun ramai warganet yang berasa teruja dengan penemuan ini dan ada antaranya yang menyatakan bahawa planet ini mungkin dihasilkan khas buat wanita!
Memang benar, jika dilihat dari gambar yang dikongsikan oleh NASA, planet ini benar-benar kelihatan sangat cantik dan menunjukkan sisi femininnya. Jadi, tidak hairanlah apabila ramai wanita yang lebih berasa teruja dengan penemuannya!