Kesabaran yang tinggi lagi konsisten diperlukan oleh kebanyakan ibu bapa ketika menemani anak-anak mengikuti kelas dalam talian di rumah dan ia ternyata benar.
Buktinya anda melihat keletah dan ekspresi wajah bersungguh ibu dari Indonesia ini ketika mengajar anak lelakinya menghafal prinsip Pancasila, yang sama seperti Rukun Negara di Malaysia.
Rakaman video pembelajaran dari rumah ini menjadi tular kerana ekspresi kurang sabar bercampur teruja ketika mengajar yang ditunjukkan si ibu kepada anak lelakinya yang berpakaian sekolah ini amat melucukan.
Anak lelaki ini duduk di sebelah ibunya yang begitu teruja mahu mengajar prinsip Pancasila.
“Pancasila, satu Ketuhanan Yang Maha Esa,” kata ibu yang kemudian meminta anaknya mengulang prinsip pertama.
“Pancasila, satu ketuhanan…” si anak cuba mengikuti ibunya dengan nada pelat.
Belum sempat anaknya menghabiskan ayat dengan tenang, si ibu memotong celah kerana tidak puas hati dengan sebutan itu.
“Ketuhanan!” ulang ibu ini dengan ekspresi wajahnya yang lucu.
“Ketuhanan yang mana esa,” anak itu mengikut ajaran ibunya tetapi secara salah ketika mengungkap prinsip pertama Pancasila.
“Maha! M-A Ma, H-A ha, Maha!” si ibu mengeja dengan wajah cikgu garang.
Sambil menegur anak menggunakan loghat daerah, dia kemudian mengambil penyapu sebagai tanda sedang marah dan menakutkan anaknya.
Anak ini yang kecut perut segera membetulkan tempat duduk dan mengikut perintah ibunya.
“Cuba ajar kamu hafal jadi setengah mati. Pak cik kamu ingin membuat video untuk hantarnya kepada Puan Teli, ini adalah pembelajaran dalam talian,” jelas ibu ini mengapa mereka kena belajar dalam talian.
“Puan Teli jahat,” kata anak ini.
Spontan ibunya bertambah naik angin.
“Oh! maksudnya, kamu cuba kata Puan Teli jahat. Pak cik kamu ini kurang jahat? Hah?” tanya ibu ini yang stres mengajar anaknya yang selamba dan sibuk sahaja bermain penyapu.
Interaksi ibu dan anak ini sedikit kasar, tetapi lagak spontannya menghiburkan hati netizen. Dalam mereka bertekak-tekak dengan muka lawak, diselang-seli dengan senyuman ikhlas tidak ambil hati.
Faham benar dengan perasaan ibu ini yang mahu anaknya menjadi lebih baik dalam pelajaran.
Mahu sahaja naik angin dan perasaan kurang sabar yang terlintas dalam fikiran ibu sangat berkaitan dengan keadaan semasa, terutama buat ibu bapa yang perlu mengambil bahagian dalam sesi pembelajaran dari rumah ketika pandemik global kini.
Apa yang penting, ibu tenang-tenang sahajalah ya! Baru senang pembelajaran anak ini dapat masuk dan dia terus faham…
Tonton video di bawah :