Untuk berniaga secara dalam talian pada masa ini diakui adalah salah satu perkara yang agak sukar untuk dilakukan kerana persaingannya terlalu banyak.
Walau bagaimanapun, seorang penjual pakaian di laman sosial di Thailand ini nampaknya mula mendapat perhatian selepas dia menggunakan suaminya untuk menjadi model pakaian yang dijual.
Tetapi, cara model yang digunakan bukanlah seperti kelazimannya. Jocelyn May Jazareno Caday, yang menjual pakaian wanita melalui kedai dalam taliannya yang dinamakan Jo’s Online Shoppe menggunakan suaminya sebagai model ketika suaminya sedang tidur di atas katil.
Dan hasil gambarnya memang sangat lucu!
Ketika suaminya sedang lena diulit mimpi, Jocelyn menggunakan suaminya sebagai ‘patung model’ untuk menggayakan pakaian yang dijual dan dimuat naik di kedai dalam taliannya.
Siapa sangka, idea yang tidak masuk akal ini akhirnya membawa keuntungan kepada Jocelyn kerana sebaik sahaja gambar-gambar ini dimuat naik, ramai pelanggan mula berminat untuk membeli pakaian yang dijual oleh Jocelyn!
Memang lucu, dari pakaian berbentuk gaun, baju tanpa lengan, seluar pendek wanita sehinggalah kepada jualan seluar jeans, semuanya Jocelyn gunakan suaminya sebagai model! Terhibur dibuatnya!
Tidak dapat dinafikan, idea Jocelyn ini sememangnya kreatif yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila ‘strategi pemasaran’ ini berjaya menaikkan keuntungan Jocelyn! Pelanggan bukan sahaja terhibur, malah mereka dapat menyaksikan setiap inci pakaian yang dijual dari sudut yang sempurna!