26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaNasionalAnggota polis terlibat kemalangan selepas kejar kereta yang lari daripada pemeriksaan

Anggota polis terlibat kemalangan selepas kejar kereta yang lari daripada pemeriksaan

Seorang anggota polis Cawangan Kereta Peronda (MPV) dilaporkan terlibat kemalangan ketika mengejar sebuah kereta yang lari daripada pemeriksaan.

Kemalangan tersebut berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Haji Ahmad Shah-Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur pada 16 Februari jam 10:20 malam.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook

Ia melibatkan sebuah kereta peronda polis jenis Honda Civic dan Perodua Myvi yang dipandu oleh wanita berusia 26 tahun.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, kemalangan berlaku semasa kereta peronda bertindak mengejar sebuah kereta lain.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook

Kereta yang dimaksudkan adalah jenis Volkswagen Golf GTi yang dipandu oleh seorang lelaki yang bertindak lari daripada pemeriksaan polis.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, kereta peronda terlanggar kereta dipandu wanita itu yang keluar daripada kiri jalan”.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook

Tambah Zulkefly, kemalangan itu kemudiannya menyebabkan pemandu kereta peronda mengalami kecederaan di tangan kirinya sementara rakannya seorang lagi dalam keadaan baik.

“Pemandu wanita pula turut cedera pada bahagian perut dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan”, tambahnya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI