31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
UtamaInspirasiDitukarkan kepada DidikTV, berikut 11 rancangan NTV7 yang pasti dirindui. “I feel...

Ditukarkan kepada DidikTV, berikut 11 rancangan NTV7 yang pasti dirindui. “I feel good..”

Rakyat Malaysia yang dibesarkan pada tahun 1990-an mula merasakan nostalgia apabila siaran NTV7 yang kerap mereka tonton sebelum ini akan berhenti ditayangkan.

Setelah 22 tahun menyinari kehidupan kanak-kanak pada zaman itu, ia akan ditukarkan kepada DidikTV bermula 17 Februari.

Saluran yang dijenamakan semula itu diletakkan dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti buat pelajar di seluruh negara.

Oleh itu, apa kata kita imbas kembali beberapa rancangan menarik dan popular yang pernah disiarkan di NTV7 suatu masa lalu :

#1 Who Wants to Be a Millionnaire?

Mad Grape TV HD/YouTube

Mula ditayangkan pada 5 Jun 2000 hingga 2001/2002 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7:30 malam. Ia dihoskan oleh pelakon terkenal, Jalaluddin Hassan.

Peserta yang bertanding akan menyelesaikan pelbagai soalan pilihan untuk memenangi hadiah wang tunai yang lumayan.

#2 Edisi Siasat

Wan Kamarudin Wan Ibrahim/Facebook

Rancangan ini mencipta fenomena tersendiri sekitar tahun 2001 hingga 2005, di mana ia memaparkan berita dengan laporan penyiasatan menggunakan kamera yang disembunyikan. Malah hosnya, Wan Kamaruddin juga terkenal dengan ‘tagline’ yang digunakan, iaitu “Apa kejadahnya ini semua?”.

#3 In Search of Angels

Xuan.com

Merupakan rancangan berbahasa Cina yang dihoskan oleh Fang Ruoqi, Chen Weiwei dan Chen Liting, yang memaparkan pasukan program ini membantu masyarakat untuk merealisasikan impian mereka.

#4 Crayon Shin Chan

Pinterest

Rancangan yang paling digemari kanak-kanak pada suatu ketika dulu yang disiarkan tepat jam 7 malam pada setiap Sabtu.

Ia berkisarkan tentang Shinnosuke Nohara (Shin-chan) yang berusia 5 tahun dan ibu bapanya, adik perempuan, anjing, jiran dan kawan baiknya di Kasukabe, Saitama, Jepun.

#5 Doraemon

Pinterest

Usai sahaja tamat Crayon Shin Chan, lazimnya kanak-kanak akan terus melekat di hadapan televisyen untuk menonton animasi Doraemon.

Mengisahkan kucing robot yang kembali ke abad ke-22 untuk membantu remaja lelaki bernama Nobita dalam menghadapi kehidupan hariannya.

#6 Phua Chu Kang

Sitkom berasal dari Singapura yang dilakonkan oleh Gurmit Singh sebagai Phua Chu Kang dan Irene Ang sebagai Rosie. Ia mula disiarkan pada 25 Mac 2009 di Malaysia.

#7 Seekers

ntv7 – Seekers/Facebook

Merupakan rancangan realiti seram, di mana kumpulan penyiasat akan pergi ke lokasi-lokasi misteri untuk menyiasat aktiviti paranormal mahupun entiti di Malaysia.

Lebih unik, pihak Seekers juga mengalu-alukan para sukarela untuk memberanikan diri dan terlibat sama dengan situasi di lokasi yang disiasat.

#8 Kopitiam

Xuan.com

Disiarkan sebanyak 7 musim, ia mengisahkan kehidupan di sebuah kedai kopi tradisional Malaysia dengan pelbagai isu dibualkan secara santai dan menarik.

#9 Survivor

Xuan.com

Merupakan rancangan di mana 16 atau lebih peserta akan dibahagikan kepada dua atau lebih kumpulan. Mereka akan dibawa ke kawasan terpencil (lazimnya di kawasan yang mempunyai iklim tropika).

Kesemua peserta perlu menyesuaikan diri dan hidup di persekitaran sebegitu dengan bekalan yang terhad selama 39 hari.

#10 Fear Factor

Twitter

Siri realiti yang sangat mencabar, di mana para peserta perlu mengatasi ketakutan mereka termasuklah makan atau minum benda yang meloyakan, aktiviti sukan lasak, berhadapan dengan haiwan berbisa dan pelbagai lagi.

#11 Spanar Jaya

ntv7MALAYSIA Official/YouTube

Satu siri televisyen komedi Malaysia yang bersiaran dari 8 Mac 1999 hingga 27 September 2005. Ia berkisarkan tentang bengkel kereta milik Pak Selamat dan menyentuh pelbagai isu semasa.

Semestinya  ‘tagline’ NTV7 yang meniti di bibir kita dahulu, iaitu ‘I feel good’ itu tentunya melekat sampai bila-bila.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI