Umum mengetahui tentang program vaksinasi kebangsaan yang akan dilaksanakan bermula 26 Februari ini di mana ia menyasarkan kepada 3 fasa imunisasi.
Oleh itu, seorang doktor, Goh Aik Ping ada memuat naik perkongsian penting oleh Dr Wu Yipin mengenai program vaksinasi COVID-19 ini.
Menurut perkongsiannya, kumpulan pertama pemberian vaksin yang dijadualkan berkemungkinan boleh ditunda. Ini kerana, jarum suntikan jenis ‘Low Dead Space Syringe’ mungkin tidak akan tiba sehingga 10 Mac.
Namun, orang ramai diminta untuk mematuhi dan memastikan waktu temu janji untuk mendapatkan vaksin setelah pendaftaran dibuka.
Ini memandangkan peti suhu ultra rendah (ULTF) yang menyimpan vaksin hanya boleh dibuka 2 kali sehari dan hanya dibuka selama 1 minit dalam satu waktu.
Setelah vaksin dikeluarkan daripada ULTF, ia akan disimpan di dalam peti sejuk pada suhu 2-8°C untuk proses pencairan yang memakan masa sekitar 3 jam.
Vaksin yang dipindahkan dari ULTF ke peti sejuk sementara hanya boleh disimpan selama 120 jam (5 hari). Vaksin yang telah dikeluarkan dari ULTF tidak dapat dimasukkan kembali ke ULTF.
Sebelum menyediakan suntikan, vaksin perlu dikeluarkan daripada peti dan memasukkannya ke dalam kotak pengasingan (inkubator sejuk) untuk membolehkan vaksin mencapai suhu bilik.
Pelarut diperlukan sebelum suntikan dan ia mesti ditambah dalam masa 2 jam pada suhu bilik. Jika tidak, vaksin boleh disimpan sehingga 5 hari.
Vaksin yang telah dimasukkan ke dalam pelarut perlu digunakan dalam masa 6 jam. Manakala vaksin yang tidak digunakan dalam masa 6 jam, perlu dibuang.
Keseluruhan prosesnya dapat disimpulkan seperti berikut :
Peti sejuk suhu ultra rendah (-70°C)
⬇️
Peti sejuk (2-8°C boleh disimpan selama 5 hari)
⬇️
Inkubator sejuk (pelarut perlu ditambah dalam 2 jam pada suhu bilik)
⬇️
Ambil bahagian dalam pelarut (perlu disuntik dalam masa 6 jam)
⬇️
Berjaya divaksinasi
Tambah perkongsian itu, kaedah ini agak rumit dan mungkin terdedah kepada risiko pembaziran dan kesilapan dalam menanganinya. Oleh itu, jangan sia-siakan peluang vaksinasi ini.
Turut diingatkan adalah langkah pencegahan wabak semasa vaksinasi. Pakai pelitup muka dan jaga jarak fizikal. Vaksin akan mengambil masa sekitar dua minggu selepas disuntik.