27.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 11, 2025
Utama Blog Laman 387

Akibat makan sisa makanan manusia yang dibuang secara tidak teratur, banyak burung camar alami kegemukan sehingga sukar untuk terbang

0

BAHRAIN – Ekoran pembuangan sisa makanan secara tidak teratur oleh penduduk tempatan, kebanyakan burung camar di negara itu dikatakan telah menerima kesan.

Akibat perbuatan tersebut banyak burung camar dikatakan tidak boleh terbang kerana terlalu gemuk selepas makan sisa makanan yang dibuang.

Menurut The Independent, antara sisa makanan yang sering dibuang ialah machoos, iaitu makanan tempatan di negara itu yang berasaskan ayam pedas yang dimasak dengan menggunakan minyak.

Sebuah kajian yang dibuat oleh University of Liverpool baru-baru ini mendapati bahawa masalah tersebut juga dialami oleh United Kingdom.

Banyak burung di sana dikatakan mengalami kegemukan kerana makan sisa makanan manusia. Burung-burung tersebut bukan sahaja sukar untuk terbang malah turut mengalami masalah kesihatan yang serius.

thenationalnews

Burung camar yang berbondong-bondong masuk ke bandar-bandar di Bahrain juga menimbulkan masalah yang berbeza bagi negara itu.

Abdullah Al Qubaisi, Ketua Jawatankuasa Teknikal Majlis Perbandaran utara Bahrain mengatakan bahawa jumlah burung camar gemuk yang berkeliaran di jalanan telah menjatuhkan ‘reputasi kawasan yang dihormati’.

Berikutan itu, Abdullah mendesak pemerintah Bahrain untuk mengatasi masalah pembuangan sisa makanan yang tidak betul. Beliau begitu menekankan perkara tersebut dengan mengatakan, “Burung camar tidak lagi terbang kerana berat badan yang terlalu berat. Kami dapat melihat mereka berjalan di atas tanah – seolah-olah mereka baru sahaja keluar bekerja dan pulang untuk makan tengah hari.”

Twitter

Mungkin analogi yang diberikan kedengaran lucu tetapi ia mempunyai makna yang mendalam. Langkah-langkah proaktif perlulah diambil oleh kerajaan Bahrain bagi mengekang masalah ini daripada terus berlarutan.

Pakai fon telinga ketika berjoging, warga Singapura maut kerana tidak dengar bunyi retakan pokok

0

SINGAPURA – Seorang wanita berusia 38 tahun maut dihempap sebatang pokok yang tumbang ketika sedang berjoging di Taman Marsiling awal pagi Khamis bersamaan 18 Februari 2021.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), mereka menerima maklumat mengenai kejadian tersebut sekitar jam 8.15 pagi. Mangsa dikenali sebagai Loke Xiao Li merupakan seorang penyelaras kanan teknikal di studio Channel News Asia.

Pokok Araucaria excelsa setinggi 20 meter yang tumbang sekali gus mengorbankan mangsa di tempat kejadian

Sebaik tiba di lokasi kejadian, SCDF mendapati terdapat seorang wanita terperangkap di bawah pokok yang tumbang itu. Anggota SCDF telah berusaha untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan alat pemotong namun mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

The Straits Times melaporkan bahawa ketika kemalangan, wanita tersebut dikatakan sedang mendengar muzik dengan menggunakan fon telinga. Kakak mangsa turut menyatakan bahawa mangsa mungkin berjaya menyelamatkan diri sekiranya tidak menggunakan fon telinga pada waktu kejadian tersebut.

Keadaan fon telinga yang digunakan oleh Loke Xiao Li sewaktu kejadian

Sementara itu, pesuruhjaya taman dan rekreasi di Lembaga Taman Negara NParks iaitu Dr Leong Chee Chiew, pokok setinggi 20 meter itu merupakan pokok Araucaria excelsa dan mempunyai ukur lilit 1.3 meter. Terdahulu, pihaknya ada menjalankan pemeriksaan terhadap pokok itu pada April 2020 namun mendapati pokok tersebut berada dalam keadaan yang sihat.

“Kami sedih kerana ada satu kematian. Keutamaan kami sekarang adalah untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga si mati”.

Pokok tinggi dengan ukuran lilit 1.3 meter ini didapati berada dalam keadaan sihat ketika kali terakhir diperiksa pada April tahun lalu

Berdasarkan keterangan daripada beberapa saksi kejadian, kedengaran satu retakan yang kuat sebelum pokok tersebut tumbang lalu menghempap wanita berkenaan. Seramai 10 orang awam yang berada di kawasan kejadian cuba untuk membantu mangsa dengan mengangkat pokok tersebut namun tidak berjaya.

“Kami sedang menyeberang jambatan (di atas kolam) dan terdengar bunyi retakan kuat serta percikan air. Pokok yang tinggi itu tumbang dan kami terus berlari untuk membantu wanita yang terperangkap di bawah pokok itu,” jelas salah seorang daripada saksi kejadian.

Pada masa yang sama, Menteri Kanan (Pertahanan), Zaqy Mohamad yang juga merupakan Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee memaklumkan akan bekerjasama dengan anggota parlimen lain bagi menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.

Kawasan Taman Marsiling ditutup buat sementara waktu bagi proses siasatan

“Sewaktu siasatan sedang dijalankan, saya telah meminta NParks untuk memeriksa dan menyemak keadaan pokok dan keselamatan kemudahan di kawasan itu. Sebagai pengguna taman itu, adalah penting bagi kita untuk melakukan sedaya upaya dalam memastikan keselamatan semua pengguna di Taman Marsiling”.

Pereka ini ubah poster kekejaman Parti Komunis China terhadap Falun Gong demi tingkatkan kesedaran orang ramai

0

Falun Gong atau juga dikenali sebagai Falun Dafa merupakan satu amalan kerohanian yang diperkenalkan kepada rakyat di China. Bagaimanapun, pihak Parti Komunis China (PKC) telah melakukan penindasan secara besar-besaran terhadap golongan ini bagi mengelakkan rakyatnya daripada mengamalkan falsafah lain selain komunis. Justeru, PKC telah melakukan penyeksaan, buruh paksa, penganiayaan serta pengambilan organ secara paksa terhadap golongan ini.

Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penindasan yang dilakukan oleh PKC terhadap anggota Falun Gong, mereka telah memaparkan papan kenyataan bagi menunjukkan realiti yang terpaksa dihadapi oleh golongan ditindas ini. Antara paparan yang diletakkan di kawasan awam adalah paparan yang menunjukkan aktiviti pengambilan organ secara haram, pembunuhan, penyeksaan dan pelbagai lagi tindakan kejam yang dilakukan oleh PKC semata-mata untuk membuatkan anggota Falun Gong tidak lagi mengamalkan aktiviti kerohanian itu.

Bagaimanapun, Fang Wei menyedari bahawa paparan tersebut tidak menimbulkan kesedaran sebaliknya membuatkan orang awam semakin takut dan tidak selesa untuk melihatnya. Fang yang merupakan pereka kad nama dan iklan telah melihat paparan tersebut dan mengambil keputusan untuk melakukan satu perubahan yang akan membawa kebaikan.

Pada masa yang sama, salah seorang pengamal Falun Gong iaitu Hsi Chang turut sedar akan situasi ini dan beranggapan paparan yang berunsurkan kekejaman itu mungkin akan memberikan impak negatif kepada para pelancong yang melihatnya.

Justeru, kedua-dua Fang dan Chang telah bekerjasama untuk melakukan pembaharuan terhadap poster pada paparan mereka. Fang telah menghasilkan rekaan baharu yang bukan sahaja bersifat informatif tetapi juga dapat memberikan kesedaran jitu kepada emosi manusia.

“Saya tahu segelintir pelancong berasa jangkal apabila melihat poster yang lama. Jadi, kami putuskan untuk menyampaikan kisah ini menerusi gambar yang lebih bersifat kasih sayang”.

Mereka telah menggunakan lukisan yang diambil daripada Pameran Seni Zhen Shan dan memasukkan elemen kekuatan dalaman dan harapan para pengamal Falun Gong. Dalam erti kata lain, paparan kali ini pastinya mempunyai kisah tertentu yang menyentuh hati dan perasaan.

“Salah satu lukisan ini bertajuk Gelandangan. Bagi mengelakkan diri dan ahli keluarga daripada diseksa, kebanyakan pengamal Falun Gong di China terpaksa berhenti kerja dan meninggalkan rumah masing-masing. Dalam gambar ini, seorang gadis tidak menunjukkan perasaan takut kerana dia memiliki kepercayaan di dalam hatinya. Sebagai dorongan, bidadari memainkan muzik di sebelahnya”.

“Lukisan kedua adalah Ketabahan. Ia mengisarkan seorang pengamal Falun Gong di Amerika Syarikat yang bernama Lee. Meskipun keadaan pada ketika itu sejuk, Lee tabah memegang sepanduk dan memberitahu setiap orang yang lalu-lalang bahawa PKC sedang melakukan penganiyaan terhadap Falun Gong. Beliau ingin meminta bantuan orang ramai untuk menghentikannya”.

Fang Wei turut berharap paparan baharu ini akan membuatkan orang awam sedar dan berganding bahu untuk menghentikan kekejaman terhadap Falun Gong.

Larry sambut ulangtahun ke-10 berkhidmat sebagai Ketua Penangkap Tikus di Pejabat Kabinet United Kingdom

0

Larry merupakan seekor kucing yang berkhidmat sebagai Ketua Penangkap Tikus di Pejabat Kabinet yang terletak di 10 Downing Street. Memegang portfolio berkenaan semenjak tahun 2011, Larry telah mencipta pelbagai kejayaan dalam misi pemburuan haiwan perosak seperti tikus.

Pada awalnya, Larry merupakan seekor kucing jalanan yang berjaya diselamatkan oleh pusat perlindungan haiwan Battersea Dogs and Cats Home. Larry kemudiannya dipilih oleh kakitangan Downing Street untuk dijadikan sebagai binatang peliharaan kepada anak-anak David Cameron yang merupakan Perdana Menteri United Kingdom pada tahun 2010 hingga 2016.

Larry juga bertanggungjawab dalam menjalankan tugas seperti ‘menyapa tetamu, mengawal keselamatan dan menguji kualiti perabot antik’. Antara kejayaan yang berjaya menaikkan nama Larry adalah apabila kucing ini telah melakukan pemburuan tikus pada 28 Ogos 2012 dan meninggalkan mangsanya di hadapan pintu Nombor 10 Downing Street.

Selain tikus, Larry juga akan bertindak sekiranya melihat burung berada di kawasan jagaannya. Larry begitu dihormati dan disegani oleh ramai individu sehingga membuatkan anggota polis yang mengawal di kawasan hadapan Downing Street membuka pintu untuk membolehkannya masuk ke dalam pejabat dengan hanya memandang anggota polis tersebut.

Begitulah hebatnya kuasa seekor kucing bernama Larry. Sehingga kini, Larry masih lagi memikul tanggungjawab yang sama meskipun tampuk pemerintahan telah beralih kepada Boris Johnson.

#LarrySetiaBerkhidmatDemiNegara

Ibu kesal telinga anak terpaksa dibelah doktor gara-gara subang tersangkut dalam cuping telinga

0

Menindik subang terhadap kanak-kanak perempuan merupakan satu perkara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa. Hal ini adalah untuk memastikan anak gadis masing-masing kelihatan lebih cantik dan berseri. Meskipun ianya bukan satu perkara yang salah, menindik subang pada telinga kanak-kanak yang masih kecil mungkin tidak digalakkan kerana ianya boleh mengakibatkan jangkitan dan mendatangkan bahaya.

Sekitar 14 Februari lalu, seorang ibu telah berkongsi satu kejadian yang mengerikan buat dirinya apabila anak gadis tersayang terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara subang yang dipakainya telah memasuki cuping telinga sehingga menyebabkan kesakitan.

Menerusi Facebook Eyra Shira, ibu ini telah berkongsi detik pahit buat anaknya yang bernama Naura terpaksa menahan kesakitan gara-gara subangnya memasuki bahagian dalam cuping telinga. Jelas Eyra, dia sering membelikan subang buat anak kecilnya itu namun disebabkan oleh sifat si anak yang agak aktif, kebanyakan subang akan hilang.

Tidak mahu kejadian sama berulang lagi, Eyra kemudiannya mengambil keputusan untuk membeli subang jenis skru yang sememangnya dijamin akan kekal berada di cuping telinga.

“Beli yang jenis biasa, hilang sebelah. Beli jenis bulat pun hilang sebelah. Ini subang kali keempat. Kali keempat beli jenis skru. Memang tak hilang tapi boleh masuk dalam cuping telinga”.

Kejadian ini telah menyebabkan Eyra terpaksa mengejarkan anaknya ke klinik berdekatan untuk melakukan prosedur menanggalkan skru subang berkenaan. Bagaimanapun, kesemua doktor enggan melakukan prosedur tersebut memandangkan anaknya masih terlalu kecil.

Hal ini menyebabkan Eyra mengambil keputusan untuk membawa Naura ke hospital. Di hospital, doktor telah berjaya mengeluarkan subang yang tersekat itu dengan membelah bahagian cuping telinga anaknya.

“Semua klinik tidak mahu buat sebab Naura masih kecil. Akhirnya, hantar ke hospital. Kena belah sedikit cuping telinga. Naura kena ikat sebab Naura meronta, menangis sampai hilang suara”.

Insiden ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada Eyra untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan demi keselamatan anaknya. Eyra turut berkongsi di Facebook dengan menyatakan bahawa dia tidak akan memakai subang pada telinga anaknya lagi ekoran khuatir insiden sama akan berlaku lagi.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian di Facebook itu telah meraih sehingga 10k kali perkongsian.

Restoran McDonald’s pertama di Cameron Highlands bakal dibuka tidak lama lagi

0

CAMERON HIGHLANDS – McDonald’s bakal melebarkan sayapnya dengan membuka sebuah lagi rangkaian dan kali ini mereka memilih Cameron Highlands.

Facebook

Menurut status Facebook yang dimuat naik oleh halaman Penang Kini, ternyata restoran tersebut bakal dibuka di Pekan Brinchang. Bersama status tersebut terdapat beberapa keping gambar yang turut dimuat naik bersama.

Facebook
Facebook

Jika sebelum ini hanya terdapat restoran makanan segera seperti KFC di Brinchang serta Marrybrown dan Pizzarella di Tanah Rata. Jadi, pembukaan McDonald’s kali ini akan menjadi restoran McDonald’s pertama yang dibuka di Cameron Highlands.

Facebook

Rata-rata netizen yang mengetahui tentang berita tersebut ternyata sangat teruja dan tidak sabar untuk menunggu restoran tersebut beroperasi.

Barang bayar mahal-mahal sudahnya dicampak tepi sampah, netizen kecewa perkhidmatan JNT sekali lagi

0

Satu Malaysia telah tahu dengan video tular tentang insiden bagaimana pekerja syarikat kurier J&T- Perak memperlakukan barang-barang pelanggan dengan kasar ekoran tidak berpuas hati dengan majikan, baru-baru ini.

Ekoran insiden tersebut kalangan netizen termasuk yang bukan pelanggan meluahkan rasa kecewa sehingga ada yang marah dengan servis yang diberikan syarikat tersebut.

Beberapa pelanggan J&T turut memuat naik status di laman media sosial mereka untuk meluahkan rasa kecewa setelah kebanyakan barang yang diterima selepas insiden pekerja membaling barang itu telah rosak dengan teruk.

Lantaran tindakan tidak betanggungjawab itu, kalangan netizen menubuhkan Facebook Group untuk berkongsi masalah yang mereka hadapi dengan perkhidmatan syarikat kurier tersebut.

Facebook

Rata-rata netizen berkongsi kisah barang yang hilang, rosak dan sudah tentu sekali barang itu lambat sampai dan ia tidak boleh digunakan lagi sama sekali.

Baru-baru ini seorang netizen dikenali norellanisukri berkongsi di Facebook tentang bagaimana barang beliau bukan sahaja rosak teruk malahan telah dibiarkan di pusat simpanan tanpa dipedulikan, seperti berikut:

“Pengalaman paling teruk dengan J&T Express-Malaysia. Pihak kami hantar barang pelanggan sejak 8 Februari yang sehingga hari ini tidak sampai-sampai. Kemudian pelanggan itu buat keputusan untuk ambil sendiri barang yang telah dibayarnya di pusat simpanan J&T Bukit Raja (Selangor), sebab jejak bungkusan itu berada di sana.”

“Sampai sahaja di sana pelanggan bagi nombor ‘tracking’ itu sebagai rujukan tetapi mereka menolak. Tanya mereka barang apa? Pekerja J&T tunjuk tempat simpanan barang. Pelanggan ini dan rakannya pergi cari sendiri sambil melihat pekerja-pekerja lain duduk melepak dan hisap rokok buat tidak tahu, sebab bukan masalah dia buat apa hendak ambil tahu.”

“Kemudian pelanggan itu ternampak bungkusannya yang dimaksudkan dengan merujuk nombor ‘tracking’, nama dan alamatnya, yang sangat kasihan sedang berada berhampiran dengan tempat simpanan tetapi di tepi tempat sampah. Paling menyedihkan pekerja yang melihat di situ, semuanya buat muka tidak bersalah dan tiada kata untuk mengucap minta maaf pun.”

Almaklum bukan mereka yang membaling dan terpaksa membuang barang itu, kerana pelakunya berada di negeri lain. Tetapi syarikat ini memang tidak bertanggunjawab dalam menjaga kebajikan pekerja dan pelanggannya.

Tulis netizen ini lagi, “Wahai J&T, pelanggan saya beli barang itu dengan nilai RM500 dan kemudian bayar caj kurier anda dengan nilai RM81, suruh jaga cantik-cantik dan cermat tetapi anda semua campak dia dekat tempat sampah sahaja. Ada beberapa tin sudah terbuka dan tertumpah! Sumpah hendak menangis tengok wei…”

Facebook

Yalah, orang lain semua kerja keras dan berusaha cari rezeki, cari makan, serupa macam pekerja J&T yang tidak puas hati campak-campak barang itu cari makan. Semua orang pun boleh menangis bila orang memperlakukan rezeki dia macam itu.

“Yang paling sedih banyak parcel lain di tempat sampah berhampiran. Tidak akan menggunakan perkhidmatan anda buat selamanya!” Luah netizen ini yang berasa serik untuk mempercayai syarikat kurier ini sekali lagi.

Facebook

Kita sebenarnya tidak perlu mengambil tahu apa masalah pekerja J&T ini dengan pihak atasan mereka, kerana ini adalah soal dalaman syarikat yang perlu diselesaikan tanpa melibatkan pelanggan yang ‘membayar dan mempercayai’ perkhidmatan yang mereka berikan.

Pelanggan tidak bersalah, dan insiden ini sudah tentu menjejaskan imej atau reputasi syarikat dan mendatangkan kerugian kepada syarikat secara keseluruhannya. Janganlah pula marahkan nyamuk kelambu dibakar!

Cara hilangkan lekatan label pada bekas yang sukar untuk ditanggalkan

0

Ramai antara kita yang sering menggunakan label pada bekas atau botol kaca terutama di dapur.

Tujuannya semestinya untuk memudahkan kita mengenal pasti bahan masakan apa yang diperlukan. Jadi, kita tidak perlu susah-susah membuka satu-persatu bekas untuk melihat apa yang ada di dalamnya.

Namun begitu, masalah lain timbul apabila label yang dilekatkan sukar untuk ditanggalkan kerana gam yang terlalu kuat. Jadi, pelbagai kaedah yang dilakukan supaya label yang dilekatkan boleh ditanggalkan semula.

Treehugger / Alexandra Cristina Nakamura

Ada yang menggunakan air panas dan berus keluli untuk menanggalkan label. Ada juga yang menggunakan bahan kimia seperti penghilang pengilat kuku tetapi semua itu biasanya tidak berhasil.

Treehugger / Alexandra Cristina Nakamura

Jadi, jangan pening kepala lagi kerana sebenarnya ada kaedah betul yang boleh diaplikasi.

Treehugger / Alexandra Cristina Nakamura

Berikut adalah langkah-langkah mudah bagi membersihkan label pada balang atau bekas kaca:

  1. Campurkan ‘baking soda’ dengan minyak masak – untuk satu balang kecil, satu sudu besar akan mencukupi.
  2. Gosokkan campuran tersebut pada seluruh bahagian balang kaca yang melekit.
  3. Biarkan selama 30 minit.
  4. Gosok dengan berus keluli yang kasar.
  5. Basuh balang kaca dengan menggunakan sabun dan air sehingga bersih.

Adibah Noor tawar diri secara sukarela mengajar Bahasa Inggeris di Didik TV, tidak terkejut mengapa ramai setuju

0

Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini melancarkan Didik TV sebagai usaha untuk memberikan akses kepada pendidikan untuk semua pelajar di seluruh negara, juga sebagai alternatif atau penambah baik pembelajaran dalam talian, dan pembelajaran secara penuh menerusi saluran NTV7 yang telah ditamatkan.

Saluran berkenaan dikatakan berdasarkan kurikulum pendidikan standard yang diamalkan. Selain kurikulum, saluran ini juga akan menampilkan berita mengenai dunia pendidikan, ‘edutainment’ dan juga kandungan yang dihasilkan oleh para pelajar. 

Dan tidaklah begitu mengejutkan, apabila pelakon dan penyanyi popular negara, Adibah Noor menawarkan diri untuk mengajar Bahasa Inggeris di Didik TV menerusi satu ciapan di laman Twitternya yang tular.

Paparan Skrin /Twitter

Ciapan yang sejak itu mendapat perhatian lebih 6,000 retweet dengan kebanyakan netizen bersetuju dan memohon kepada Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan visi ini.

Berikut mengapa ramai yang berpendapat Adibah Noor akan menjadi guru Bahasa Inggeris yang baik juga sebagai perantara yang sempurna untuk Didik TV:

1. Adibah Noor sebelum ini adalah bekas guru Bahasa Inggeris yang berkelayakan.

Ketika beliau melakonkan pelbagai watak sebagai guru yang ikonik, Adibah Noor sebelum ini adalah seorang guru bertauliah yang pernah mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur sebelum berhenti sebagai penjawat awam dan menyertai bidang hiburan pada sekitar tahun 1994 hingga 1995.

Paparan Skrin / Instagram

2. Beliau telah membuktikan kehebatan berbahasa Inggeris beberapa kali

Walaupun tidak diragukan Adibah Noor adalah penutur Bahasa Inggeris yang luar biasa, sebelum ini beliau pernah membetulkan sebutan Bahasa Inggeris orang lain tetapi melakukannya dengan cara klasiknya yang lucu dan menawan.

Contoh pertama adalah ketika pembaca berita TV3 tersalah mengucapkan perkataan ‘wilderness’, beliau menyiarkan video pendek yang memperbetulkan sebutan pembaca berita itu. Kali kedua ketika Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun memberi ucapan dan Adibah Noor membetulkan beberapa kesalahan yang dilakukan oleh menteri berkenaan.

https://www.instagram.com/p/CK_TqYvFNvE/

3. Pelakon dan penyanyi ini beberapa kali menyuarakan mengenai kesukarannya untuk mendapatkan pekerjaan ketika tempoh PKP

Adibah Noor berkongsi di media sosial bagaimana beliau terpaksa menjual koleksi barang kemas dan rumahnya demi kelnagsungan hidup sepanjang tempoh PKP. Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan bagaimana bayaran yang diterimanya sebagai artis selepas PKP 1.0 tidak sebanyak yang diterimanya sebelum pandemik berlaku.

Mungkin peluang dapat diberikan oleh Kementerian Pendidikan bagi membantu pelakon dan penyanyi ini untuk kembali dalam bidang pendidikan disamping dapat menghiburkan para pelajar dengan bakatnya.

3. Adibah Noor adalah Adibah Noor!

Tidak dapat dinafikan Adibah Noor adalah penghibur dan pelakon yang berkarisma dengan gayanya yang tersendiri. Tidak kira watak, beliau berlakon sebagai pengetua Puan Noor Hajar di dalam siri Oh My English! atau Cikgu Adibah dalam filem Telentime, atau pembantu rumah dalam filem Gubra, kita tidak dapat mengelak untuk tergelak pada setiap kali beliau muncul di kaca televisyen dan layar perak.

Paparan Skrin / Instagram

Didik TV bersama Adibah Noor sebagai guru Bahasa Inggeris pasti akan membantu lebih ramai pelajar terpikat untuk berada di hadapan televisyen malahan teruja serta seronok untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan sebutan dan cara yang betul. Bukan sekadar pelajar, malahan orang dewasa juga yang ingin memahirkan pertuturan dalam Bahasa Inggeris.

Harapan yang terbaik untuk Cikgu Adibah Noor dan semoga sentiasa bertabah dengan apa sahaja kemurahan rezeki yang mendatang.

YouTube padam rakaman bual bicara bersama Donald Trump kerana ‘langgar Garis Panduan Komuniti’

0

AMERIKA SYARIKAT – Google mengambil tindakan menentang konservatif dengan mengarahkan YouTube untuk memadamkan rakaman temubual terkini bersama bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Menurut wakil jurucakap Newsmax kepada The Epoch Times, syarikat itu dimaklumkan mengenai pemadaman rakaman tersebut pada 17 Februari atas dasar ianya didapati melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh YouTube.

Presiden Donald Trump berjalan di South Lawn untuk menaiki Marine One di White House di Washington pada 18 Disember 2019. (Charlotte Cuthbertson/The Epoch Times)

“Kami memiliki Garis Panduan Komuniti yang sangat jelas bagi menentukan jenis video yang akan kekal berada di YouTube. Kami juga melaksanakan Garis Panduan Komuniti ini secara konsisten tanpa mengambil kira pandangan politik. Sesuai dengan dasar integriti pilihan raya presiden kami, kami memutuskan untuk memadam video ini daripada saluran Newsmax TV,” jelas wakil jurucakap Google.

Antara dasar yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk menangani aktiviti spam, penipuan dan amalan yang bersifat tidak jujur. Hal ini turut merangkumi dasar yang mula dilaksanakan pada akhir tahun lalu di mana Google akan menyingkirkan ”kandungan yang mempengaruhi individu dengan menyebarkan penipuan secara meluas atau mengubah hasil keputusan pilihan raya Presiden AS 2020″.

Ketika sesi wawancara bersama Newsmax, Trump mendakwa dirinya telah memenangi sesi pilihanraya 2020. Malah, Trump turut mengemukakan dakwaan yang sama dalam sesi temubual bersama Fox News.

Pada masa yang sama, bekas Presiden itu turut ditemubual oleh One America News namun video rakaman temubual masih belum dimuat naik meskipun telah hampir sebulan.

Pada penghujung tahun 2020, YouTube turut menyekat iklan kempen Trump yang mendakwa berlakunya penipuan dalam sesi pilihanraya berkenaan.

Malah, YouTube turut memadamkan pernyataan yang diberikan oleh salah seorang peguam Trump ketika sesi persidangan kongres.

Seorang wanita dengan telefon pintar berjalan lalu di hadapan iklan papan iklan untuk YouTube di Berlin pada 27 September 2019. (Sean Gallup / Getty Images)

Sementara itu, bulan lalu menyaksikan YouTube memadam kandungan daripada saluran Trump dan membekukan akaun tersebut atas sebab video itu melanggar ”dasar yang menghasut keganasan”.

Sehingga ke hari ini, YouTube masih lagi meneruskan sekatan akaun terhadap Trump. Selain YouTube, Twitter dan Facebook turut menyekat Trump.

Sekatan media sosial oleh syarikat gergasi ini telah menyebabkan Trump mengambil inisiatif untuk memulakan platform media sosial miliknya. Kata Trump, pihaknya sedang berunding dengan beberapa individu dan pilihan lain adalah dengan menubuhkan laman sesawang sendiri.

Trump juga dipercayai bakal menggunakan Parler, sebuah laman sosial baharu yang menjadi pesaing kepada Twitter namun platform baharu itu disyaki tidak mampu untuk mengendalikan jumlah trafik yang bakal dicetuskan oleh Trump.

Parler sebelum ini telah disingkirkan dari pelayan Amazon namun telah membuat kemunculan semula setelah berjaya mencapai kesepakatan dengan tuan rumah yang baru.

“Jika Donald Trump mahu ke sini dan terlibat dalam kebebasan bersuara, kehadirannya ke platform ini adalah dialu-alukan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Parler yang baru, Mark Meckler.