25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaPereka ini ubah poster kekejaman Parti Komunis China terhadap Falun Gong demi...

Pereka ini ubah poster kekejaman Parti Komunis China terhadap Falun Gong demi tingkatkan kesedaran orang ramai

Falun Gong atau juga dikenali sebagai Falun Dafa merupakan satu amalan kerohanian yang diperkenalkan kepada rakyat di China. Bagaimanapun, pihak Parti Komunis China (PKC) telah melakukan penindasan secara besar-besaran terhadap golongan ini bagi mengelakkan rakyatnya daripada mengamalkan falsafah lain selain komunis. Justeru, PKC telah melakukan penyeksaan, buruh paksa, penganiayaan serta pengambilan organ secara paksa terhadap golongan ini.

Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penindasan yang dilakukan oleh PKC terhadap anggota Falun Gong, mereka telah memaparkan papan kenyataan bagi menunjukkan realiti yang terpaksa dihadapi oleh golongan ditindas ini. Antara paparan yang diletakkan di kawasan awam adalah paparan yang menunjukkan aktiviti pengambilan organ secara haram, pembunuhan, penyeksaan dan pelbagai lagi tindakan kejam yang dilakukan oleh PKC semata-mata untuk membuatkan anggota Falun Gong tidak lagi mengamalkan aktiviti kerohanian itu.

Bagaimanapun, Fang Wei menyedari bahawa paparan tersebut tidak menimbulkan kesedaran sebaliknya membuatkan orang awam semakin takut dan tidak selesa untuk melihatnya. Fang yang merupakan pereka kad nama dan iklan telah melihat paparan tersebut dan mengambil keputusan untuk melakukan satu perubahan yang akan membawa kebaikan.

Pada masa yang sama, salah seorang pengamal Falun Gong iaitu Hsi Chang turut sedar akan situasi ini dan beranggapan paparan yang berunsurkan kekejaman itu mungkin akan memberikan impak negatif kepada para pelancong yang melihatnya.

Justeru, kedua-dua Fang dan Chang telah bekerjasama untuk melakukan pembaharuan terhadap poster pada paparan mereka. Fang telah menghasilkan rekaan baharu yang bukan sahaja bersifat informatif tetapi juga dapat memberikan kesedaran jitu kepada emosi manusia.

“Saya tahu segelintir pelancong berasa jangkal apabila melihat poster yang lama. Jadi, kami putuskan untuk menyampaikan kisah ini menerusi gambar yang lebih bersifat kasih sayang”.

Mereka telah menggunakan lukisan yang diambil daripada Pameran Seni Zhen Shan dan memasukkan elemen kekuatan dalaman dan harapan para pengamal Falun Gong. Dalam erti kata lain, paparan kali ini pastinya mempunyai kisah tertentu yang menyentuh hati dan perasaan.

“Salah satu lukisan ini bertajuk Gelandangan. Bagi mengelakkan diri dan ahli keluarga daripada diseksa, kebanyakan pengamal Falun Gong di China terpaksa berhenti kerja dan meninggalkan rumah masing-masing. Dalam gambar ini, seorang gadis tidak menunjukkan perasaan takut kerana dia memiliki kepercayaan di dalam hatinya. Sebagai dorongan, bidadari memainkan muzik di sebelahnya”.

“Lukisan kedua adalah Ketabahan. Ia mengisarkan seorang pengamal Falun Gong di Amerika Syarikat yang bernama Lee. Meskipun keadaan pada ketika itu sejuk, Lee tabah memegang sepanduk dan memberitahu setiap orang yang lalu-lalang bahawa PKC sedang melakukan penganiyaan terhadap Falun Gong. Beliau ingin meminta bantuan orang ramai untuk menghentikannya”.

Fang Wei turut berharap paparan baharu ini akan membuatkan orang awam sedar dan berganding bahu untuk menghentikan kekejaman terhadap Falun Gong.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI