30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaIbu kesal telinga anak terpaksa dibelah doktor gara-gara subang tersangkut dalam cuping...

Ibu kesal telinga anak terpaksa dibelah doktor gara-gara subang tersangkut dalam cuping telinga

Menindik subang terhadap kanak-kanak perempuan merupakan satu perkara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa. Hal ini adalah untuk memastikan anak gadis masing-masing kelihatan lebih cantik dan berseri. Meskipun ianya bukan satu perkara yang salah, menindik subang pada telinga kanak-kanak yang masih kecil mungkin tidak digalakkan kerana ianya boleh mengakibatkan jangkitan dan mendatangkan bahaya.

Sekitar 14 Februari lalu, seorang ibu telah berkongsi satu kejadian yang mengerikan buat dirinya apabila anak gadis tersayang terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara subang yang dipakainya telah memasuki cuping telinga sehingga menyebabkan kesakitan.

Menerusi Facebook Eyra Shira, ibu ini telah berkongsi detik pahit buat anaknya yang bernama Naura terpaksa menahan kesakitan gara-gara subangnya memasuki bahagian dalam cuping telinga. Jelas Eyra, dia sering membelikan subang buat anak kecilnya itu namun disebabkan oleh sifat si anak yang agak aktif, kebanyakan subang akan hilang.

Tidak mahu kejadian sama berulang lagi, Eyra kemudiannya mengambil keputusan untuk membeli subang jenis skru yang sememangnya dijamin akan kekal berada di cuping telinga.

“Beli yang jenis biasa, hilang sebelah. Beli jenis bulat pun hilang sebelah. Ini subang kali keempat. Kali keempat beli jenis skru. Memang tak hilang tapi boleh masuk dalam cuping telinga”.

Kejadian ini telah menyebabkan Eyra terpaksa mengejarkan anaknya ke klinik berdekatan untuk melakukan prosedur menanggalkan skru subang berkenaan. Bagaimanapun, kesemua doktor enggan melakukan prosedur tersebut memandangkan anaknya masih terlalu kecil.

Hal ini menyebabkan Eyra mengambil keputusan untuk membawa Naura ke hospital. Di hospital, doktor telah berjaya mengeluarkan subang yang tersekat itu dengan membelah bahagian cuping telinga anaknya.

“Semua klinik tidak mahu buat sebab Naura masih kecil. Akhirnya, hantar ke hospital. Kena belah sedikit cuping telinga. Naura kena ikat sebab Naura meronta, menangis sampai hilang suara”.

Insiden ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada Eyra untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan demi keselamatan anaknya. Eyra turut berkongsi di Facebook dengan menyatakan bahawa dia tidak akan memakai subang pada telinga anaknya lagi ekoran khuatir insiden sama akan berlaku lagi.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian di Facebook itu telah meraih sehingga 10k kali perkongsian.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI