Sabah kini ditempatkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), membolehkan banyak perniagaan seperti stesen minyak, pengangkutan dan restoran beroperasi hingga jam 12 malam.
Taman awam dan sukan yang tidak bersentuhan juga dibenarkan, termasuklah sukan air seperti menyelam dan snokerling. Walau bagaimanapun, berkelah masih tidak dibenarkan.
Pusat spa dan refleksologijuga turut dibenarkan beroperasi. Namun menurut Masidi, pergerakan rentas daerah masih tidak dibenarkan kecuali kecemasan atau berkait pekerjaan.
Individu yang dibenarkan memasuki negeri tersebut juga hanyalah rakyat Sabah, pasangan dari Sabah, warganegara yang memegang pas jangka panjang Jabatan Imigresen Sabah dan bukan warganegara yang melakukan perkhidmatan penting.
Sementara individu yang dibenarkan masuk pula adalah mereka yang menjalankan perkhidmatan penting, kes kecemasan atau keperluan perubatan, dengan izin pihak polis.
Apabila melihat seorang pak cik tua terpaksa mencari rezeki, sudah pasti kita akan teringat ibu bapa sendiri, dan diri pasti tidak tergamak untuk membiarkan bapa sendiri terpaksa bertabah menahan diri dengan berhujan dan berpanas demi mencari rezeki.
Rakaman video ini menunjukkan seorang pak cik menangis kerana pasangan suami isteri telah membeli kesemua jualan buah potong segar dari gerainya dan ia telah menjadi tular dan menyentuh hati ribuan netizen.
Video berdurasi tiga minit itu dikongsi oleh netizen dikenali Alina Farahin di Facebook pada 19 Februari.
Dalam kapsyen video tersebut, Alina menggesa rakyat Malaysia yang tinggal berhampiran Masjid Tanah, Melaka untuk menyokong penjaja yang menjual buah-buahan segar di stesen minyak Petron di sana.
“Pak cik ini kuat. Dia berdiri dan duduk di sana sehingga siapa tahu pukul berapa dia habis menjual buah-buahannya. Pada usia seperti itu, pak cik ini sepatutnya tidak bekerja lagi, tetapi ini mungkin adalah satu-satunya pilihan untuk dia mencari nafkah,” tulis Alina.
“Saya membeli semua buah itu kerana saya mahu dia pulang awal dan berehat. Dia begitu tersentuh. Saya akan pulang ke Kuala Lumpur esok. Saya tidak tahu bila saya dapat berjumpa dengan pak cik ini lagi,” tambah Alina.
“Sesiapa yang lalu sini, sila singgah untuk membeli buah-buahan daripada pak cik ini. Tidak mahal pun, ini yang termampu kita bantu,” minta Alina sambil menambah bahawa gerai buah potong pak cik itu terletak di Petron Masjid Tanah, Melaka.
Menurut Alina, suaminya turun dan ada bercakap dengan pak cik itu sebelum membeli semua buah potong daripadanya.
Video itu bukan sahaja menunjukkan suami Alina membayar buah-buahan dalam jumlah yang banyak, tetapi juga menunjukkan bahawa dia turut memberi sedekah kepada pak cik itu dengan 10kg beras serta barang keperluan lain.
Tindakan mulia dan simpati pasangan baik hati ini telah membuatkan pak cik itu jadi spontan sebak dan tiba-tiba menangis. Dia dilihat mengesat air mata yang berjujuran dari pipinya sambil berjalan seketika untuk mengawal emosinya.
Pasangan suami isteri ini kemudian meminta pak cik itu untuk pulang dan berehat, klip video berakhir dengan rakaman mereka memandu pulang ketika pak cik ini bersedia mengemas barang jualan dan bersiap untuk pulang awal.
Pak cik itu dilihat mengucapkan selamat tinggal kepada Alina dan suami, serta anak-anak.
Kita tahu pak cik ini spontan terharu kerana terdapat pasangan muda yang baik hati serta bersimpati dengan keadaannya yang sudah tua tetapi masih gigih mahu mencari rezeki, dan pak cik ini menangis mungkin juga kerana rindukan anak-anaknya yang berada jauh daripada pandangan dan tidak dapat pulang melawatnya di kampung.
Dan ternyata benar, di bahagian komen video tersebut, seorang netizen yang mengaku anak perempuan pak cik berkenaan mendedahkan bahawa dia berada jauh dari kampung halaman dan tidak dapat melawat ibu bapanya dengan kerap ekoran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang berkuatkuasa semula.
Nurul Amierah Zaini dalam Facebook itu mendedahkan bahawa dia kini tinggal di Kuala Lumpur, sementara adik-beradiknya berada di Pulau Pinang. Kali terakhir dia pulang bertemu ayahnya di Melaka adalah pada tahun 2020 ketika perjalanan rentas negeri dibenarkan.
“Sudah beberapa bulan saya tidak dapat melawat ayah, tetapi saya sering buat panggilan video, telefon dan WhatsApp untuk memeriksanya,” tulis Amierah.
“Kami tidak membenarkan ayah kami bekerja kerana dia sudah tua, tetapi dia berkeras untuk bekerja kerana katanya bosan duduk di rumah. Hanya dengan bekerja, dia dapat mengisi masa lapang walaupun kami berinya duit belanja setiap bulan,” jelas Amierah.
Amierah menambah bahawa dia kini telah dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri dan akan membawa kedua ibu bapanya tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.
Sambil tidak lupa, Amierah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Alina dan suami kerana membantu ayahnya dalam perniagaan, dan mendoakannya murah rezeki.
Rakaman video itu menjadi tular dengan lebih 23,000 perkongsian di Facebook dan turut mendapat perhatian di Twitter.
Rata-rata netizen mengatakan bahawa video itu turut membuat mereka jadi sebak kerana ia mengingatkan kepada ayah masing-masing yang berada jauh daripada pandangan.
Perhiasan emas adalah hadiah kegemaran ramai wanita, dan seorang netizen baru-baru ini menerima kejutan hadiah berisi dua kotak merah berisi ‘jongkong emas’ mini daripada suami tercinta sejurus bangun tidur waktu pagi.
Alangkah terkejut sungguh buat si isteri yang meremang bulu roma apabila melihat dua kotak merah yang ‘rasanya’ sudah tentu ada emas di dalam…
Yang rupa-rupanya kotak merah dibuka, terlihat ‘jongkong emas mini’ dengan hakikat sebenar, hanya berisi kiub pati ayam atau stok penambah perisa dalam masakan.
Tetapi apakan daya dengan harapan tidak serupa kenyataan, si isteri tetap sangat-sangat gembira, sambil berkongsi hadiah suami tersayang yang ‘sweet sangat’ di Facebook.
Netizen Junariah Ab Rahman dari Kedah dalam postingnya di Facebook, “Terkejut si isteri pagi-pagi dapat kotak merah berisi gold bar. Bila suami faham benar dengan minat dan citarasa isterinya…Terima kasih suami. Saya sayang awak tau. Amboi..pandai noo, buat lawak kat cheq…”
Sambil Junariah memuat naik gambar kotak merah perhiasan emas yang bukan berisi ‘gold bar’, sebaliknya hanya berpuluh kiub pati ayam yang disaluti kertas warna emas. Tak nak cakap jenama apa kiub itu, sendiri tahu.
Namun, paling penting ternyata kreativiti suami Junariah jelas terserlah untuk menyatakan niat dan perasaan kasih sayang demi menggembirakan hati isteri walaupun ia hanya kiub pati ayam.
‘Gold bar’ yang ini boleh buat perut suami kenyang makan dengan macam-macam resipi yang akan dimasak isteri. Lebih bernilai tinggi daripada harga emas itu sendiri kan?.. Bijak-bijak!
Mahkamah Tinggi di Johor Bahru mengarahkan seorang jurujual wanita yang sebelum ini dibebaskan atas tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak untuk membela diri.
Hakim, Dr Shahanaz Sulaiman membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Sam Ke Ting yang berusia 26 tahun.
Keputusan tersebut sekali gus turut mengetepikan perintah dibuat Mahkamah Majistret pada Oktober 2019 untuk melepas dan membebaskan tertuduh.
Pada 18 Februari 2017, Sam yang ketika itu berusia 22 tahun didakwa memandu kereta secara melulu hingga menyebabkan kematian 8 penunggang basikal sekitar jam 3:20 pagi di Jalan Lingkaran Dalam.
Kelapan-lapan remaja yang maut dalam kemalangan itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, Fauzan Halmijan, Mohamad Azhar Amir, Muhammad Harith Iskandar Abdullah, Muhammad Shahrul Nizam Marudin dan Haizad Kasrin.
Dalam pada itu, keputusan tersebut diharapkan dapat memberi keadilan sewajarnya kepada mangsa dan keluarga yang terlibat, menurut bapa kepada salah seorang mangsa, Azzuraimee Azik.
“Keputusan sebelum ini menunjukkan seolah-olah kesalahan sepenuhnya adalah berpunca daripada mangsa sendiri dan ahli keluarga, manakala tertuduh dilepas dan dibebaskan begitu sahaja”.
Lokasi insiden kemalangan yang berlaku pada bulan Februari 2017/Astro Awani
“Jadi dengan keputusan terbaharu ini, kami berharap ada keadilan terhadap anak kami dan kami sekeluarga kerana kejadian ini sudah berlaku sekian lama”.
Sam didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000, jika sabit kesalahan.
Tarikh perbicaraan bagi tertuduh membela diri ditetapkan selama 3 hari bermula 9 hingga 11 Mei tahun ini.
Bekerja di syarikat ternama dan besar sangat diimpikan oleh rata-rata pencari kerja. Ia dirasakan agak selamat malah persekitaran kerja juga dianggap lebih baik.
Namun baru-baru ini, terdapat individu yang berkongsi pengalaman kerjanya dan memberitahu orang ramai bahawa bekerja di syarikat yang besar tidak semestinya bagus.
“Saya bergraduasi tahun lalu dan berjaya menempatkan diri di sebuah syarikat terkenal. Saya sangka masa depan saya akan cerah namun semasa melapor diri pada hari pertama, saya seperti telah ‘terjatuh’ dalam satu jurang”.
Menurutnya, sebaik sahaja dia memasuki pejabat, dia mendapati bahawa terdapat banyak timbunan fail dan dokumen yang berselerak. Komputer pula masih menggunakan perisian lama.
Malah tandas juga bermasalah. Bekalan air minuman juga tidak mencukupi untuk staf. Setiap pekerja syarikat tidak boleh mengisi air melebihi 500 mililiter air!
Penghawa dingin pejabat juga tidak berfungsi. Rakan sekerja individu itu juga mengabaikan tanggungjawab dan kerja masing-masing.
Staf yang sudah berkhidmat lama juga seakan mengelakkan diri daripada ditugaskan dengan kerja. Ia mengganggu proses kerja. “Sayalah yang terpaksa menyelesaikan semuanya”.
Individu berkenaan difahamkan mahu sahaja berhenti kerja namun memikirkan komitmen – sewa rumah, kereta yang perlu dibayar dan sebagainya membuatkan dirinya memutuskan untuk meneruskan sahaja.
“Saya tidak mahu keluarga saya bimbang. Jadi walaupun saya menangis setiap malam, saya perlu juga bekerja keras pada hari berikutnya”.
“Pekerja baru tidak akan dihargai dan sering diarahkan untuk menyelesaikan kerja orang lain tanpa diberikan kredit”, katanya yang sudah bertugas di syarikat itu hampir dua tahun.
Persekitaran kerja di sana sangat toksik. Kakitangan hanya memulakan kerja mereka sejam sebelum pulang! Mereka mahu dilihat sangat bekerja keras hingga terpaksa kerja lebih masa.
“Saya masih ingat ketika hari pertama saya bekerja, saya pulang selepas setengah jam waktu bekerja berakhir. Saya juga disindir rakan sekerja kerana pulang ‘awal’.
Apabila ada pekerja yang mahu berhenti, pekerja senior akan mula mengkritik. Siapa sahaja yang akan tahan persekitaran sebegini?
Individu tersebut juga berkongsi bahawa dia sudah berjaya mendapatkan kerja lain dan agak gembira kerana dapat ‘keluar’ daripada persekitaran sebegitu.
“Berada dalam persekitaran itu menjadikan saya negatif. Kata mereka, agak sukar untuk mencari kerja lain dalam situasi ekonomi sekarang. Mereka sebenarnya tidak mahu saya meninggalkan syarikat”.
“Saya bersyukur kerana berjaya ditawarkan kerja di sebuah syarikat lain dengan upah yang tinggi dalam masa yang singkat”.
Oleh itu, dia menasihati orang ramai untuk kekal berusaha walaupun sesukar mana. Jika anda tersalah arah, pilih arah yang tepat.
Dia juga berharap agar lebih ramai lagi di antara kita yang boleh membezakan antara persekitaran kerja dan budaya positif dalam sesebuah syarikat.
Seekor anjing dalam keadaan yang menyedihkan telah dijumpai diikat pada bangku di sebuah taman di Mexico City bersama dengan nota daripada seorang kanak-kanak.
“Tolong, saya mohon agar ada sesiapa yang mahu mengambil dan membela anjing serta menjaganya dengan baik”.
“Meninggalkan anjing ini agak menyedihkan buat saya namun saya terpaksa kerana keluarga saya mengasari dan menderanya. Saya tak sanggup melihat ia diperlakukan sebegitu”.
“Jadi, jika ada sesiapa yang membaca nota ini dan simpati, tolonglah ambil dan jaganya sebaik mungkin. Jika tidak, tinggalkan sahaja nota ini agar orang lain membaca dan mengambilnya. Terima kasih”.
Kasihan! Mujurlah anjing tersebut kemudiannya diselamatkan oleh seorang wanita daripada persatuan kebajikan haiwan, Mascotas Coyoacan.
Mereka setelah itu menyedari bahawa anak anjing tersebut bernama Max dan ia berada dalam keadaan yang agresif dan sangat ketakutan.
“Dengan pantas, kami menghubungi seorang pelatih anjing yang sering membantu kami bagi membolehkan kami mengendalikan Max”, kongsi staf Mascotas Coyoacan.
Ini kerana, Max tidak membenarkan sesiapa mendekatinya. Agak sukar untuk mereka membuka rantai yang mengikat Max pada bangku berkenaan.
Proses membuka ikatan rantai itu memakan masa selama 2 jam. “Sebaik sahaja kami berjaya membebaskannya daripada rantai itu, Max tidak lagi agresif”.
“Namun kami masih perlu berjaga-jaga. Saya memutuskan untuk membawa Max berjalan untuk mengembalikan keyakinannya dan membantu Max membuang perasaan takut”.
Menurut individu itu, perkara pertama yang dirasakan perlu dibuat adalah dengan menukarkan namanya memandangkan Max mempunyai sejarah hidup yang sukar sebelum ini.
Mahu anjing itu meninggalkan segala kenangan silam termasuklah namanya, mereka memutuskan untuk menukarkan ia kepada Boston.
Tambah individu tersebut, mereka kemudian menyedari bahawa Boston takutkan orang lelaki berbanding dengan wanita. Mungkin penderanya lelaki.
“Hanya seminggu sahaja waktu diperlukan untuk Boston menyesuaikan diri dengan kami. Malah Boston juga menyedari bahawa kami merupakan sumber kasih sayang, bukannya kekasaran”.
Boston turut dihantar untuk mengikuti latihan asas, di mana anjing comel itu belajar menerima arahan dan cara untuk menghadapi anjing-anjing yang lain.
Tidak kira bagaimana rupa, warna mahupun bentuknya, haiwan comel seperti kucing sudah tentu meninggalkan satu sisi yang istimewa dalam hati majoriti daripada kita.
Samalah seperti kisah kucing comel bernama Joey ini, di mana Joey yang selama ini terbiar di jalanan itu memiliki sepasang kaki yang kecil.
Ditempatkan di pusat perlindungan haiwan selepas itu, Joey menurut staf di situ agak agresif dan ketakutan pada mulanya.
Simpati dengan nasib Joey, seorang wanita penyayang bernama Grace kemudiannya memutuskan untuk membawanya pulang. Ekoran rasa takut, Joey tidak berhenti mengiau.
“Tidak mengapa, semuanya baik”, pujuk Grace. Joey kemudian di bawa ke sebuah bilik dan diberikan makanan serta minuman.
Grace juga mahu mengusap kepala Joey. Pada mulanya, kucing tersebut berasa sedikit teragak-agak ketika diusap Grace namun selepas itu, Joey berasa selesa.
“Pada awalnya, Joey agak sukar untuk bergerak. Dia enggan bermain permainan dan tidak mahu melakukan apa-apa, hanya mahu berbaring dan bermanja sahaja”.
Namun semuanya berubah setelah seekor lagi kucing Grace, Kitty Boy mahu masuk ke bilik Joey. Ternyata Joey agak takut pada mulanya.
Namun secara perlahan-lahan Joey mula membiasakan diri di samping Kitty Boy. Syukurlah, mereka main dan bergurau bersama. Joey juga sentiasa mahu ada bersama Kitty Boy.
Dengan kepesatan teknologi yang semakin maju hari ini, anda boleh memproses hampir semua perkara dalam talian tanpa perlu keluar dengan hanya duduk di rumah. Dan ini termasuk memperbaharui atau mengemas kini MyKad anda.
Tertakluk kepada syarat permohonan anda untuk mengganti kad pengenalan dengan telah membuat pembayaran secara dalam talian, anda boleh mengutipnya di kaunter Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) pilihan kemudian.
Sekadar Gambar Hiasan / JPN
Bagaimana untuk membuat gantian MyKad dalam talian?
Isi maklumat peribadi anda, termasuk cawangan negeri Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara mana yang ingin anda menggambil MyKad yang telah diganti dan diperbaharui.
Langkah 3
Buat pembayaran, JPN hanya menerima Kad Debit / Kad Kredit untuk proses penggantian yang diluluskan.
Langkah 4
Kemas kini status permohonan dalam talian.
Langkah 5
Hadirkan diri ke cawangan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di mana anda telah memilih untuk melakukan kutipan MyKad, tunjukkan resit pembayaran dalam talian di kaunter, lakukan pengesahan cap jari biometrik untuk mengenal pasti identiti anda, dan anda boleh menerimanya setelah pengesahan yang berjaya direkodkan.
Siapa yang boleh membuat permohonan penggantian MyKad dalam talian
Gantian Cip atau kerosakan fizikal kad
Pengguna warganegara Malaysia yang ingin menaik taraf MyKad biasa dari Mykad 32k/64k yang sedia ada kepada MyKad 80k
MyKad hilang (bagi mereka kehilangan pertama kali tetapi tidak boleh melebihi 5 kali)
Kemas kini alamat
Siapa yang tidak boleh mengganti MyKad secara dalam talian
Sekiranya anda mengemas kini kad pengenalan kepada kad pengenalan orang dewasa bagi mereka yang berumur melebihi 18 tahun sehingga 25 tahun, anda perlu hadir sendiri ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran.
Waktu operasi Sistem Gantian MyKad dalam talian JPN adalah seperti berikut:
Isnin hingga Jumaat: 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu dan Ahad: Sistem ditutup
Cuti umum: Sistem ditutup
Sangat mudah untuk mengganti MyKad anda pada masa akan datang dengan melakukannya secara dalam talian tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Tidak perlu berbaris dan tidak perlu meminta cuti.
Apa-apapun sebelum hendak memuji anak-anak orang lain, kita perlu melihat didikan ibu bapanya. Bak kata pepatah, ‘Hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Didikan ibu bapa terhadap anak-anak semenjak mereka kecil sudah semestinya amat penting, untuk menentukan sahsiah dan tingkah laku mereka ketika dewasa.
Maka itu yang telah dilakukan seorang ibu dan netizen dikenali Nurul Nazireen Khazali yang berkongsi di Facebook ketika memberi petua bagaimana beliau memupuk minat anak lelakinya yang masih kecil untuk suka ke dapur dan membantunya memasak sejak kecil.
Menerusi perkongsian itu, Nurul mendidik anak lelakinya Syazwi atau lebih mesra dikenali sebagai cef cilik dengan panggilan Chef Wi untuk suka memasak seawal usianya yang baru memasuki 2 tahun 6 bulan.
Menerusi gambar yang dimuat naik bersama posting Nurul Nazireen di laman Facebook, anak kecil ini dilihat turut membantu ibunya dalam menyediakan bahan seperti memotong sayur, mengisar bahan dan tidak kekok menggunakan blender, mixer, pisau kecil dan peralatan dapur yang lain.
Nurul Nazireen berkongsi petua serta pengalamannya bagaimana beliau mendidik Syazwi di dapur ketika melakukan aktiviti memasak bersama-sama, yang seperti berikut:
Ketika berada di dapur, kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya seperti minyak panas, percikan minyak dan air panas serta pelbagai bahaya lain. Sentiasa awasi anak anda dengan jangan alpa.
2. Sediakan kerusi keselamatan kanak-kanak atau peralatan yang sesuai dengan usia anak.
Untuk kerusi memasak Syazwi, Nurul berkata beliau membelinya di Instagram: @dinamitoys
3. Untuk peralatan tajam seperti pisau, ibu bapa mesti lebih arif dan lebih mempercayai keupayaan anak mereka sendiri ketika memberi alatan yang sesuai.
Mulakan dengan pisau plastik. Jika anak sudah pandai mengawal pisau baru yang boleh ditukar kepada peringkat lebih ‘advance’, maka ibu bapa boleh lakukannya dengan berhati-hati dan memerhatikan mereka. Di sini, Syazwi @ Chef Wi menggunakan pisau dari IKEA.
4. Jangan paksa anak sekiranya mereka tidak berminat untuk memasak.
Di sini, Syazwi sememangnya sejak kecil berminat untuk membantu ibunya di dapur. Katanya lagi, Syazwi terasa sangat dihargai apabila ibunya memanggil untuk memasak dan dia dengan sukarela mahu turut serta membantu ibu di dapur.
5. Aktiviti memasak tidak hanya terhad kepada anak perempuan.
Antara kebaikan anak-anak turut serta dalam aktiviti memasak adalah mereka akan mempelajari benda baru dalam mengasah kemahiran mereka untuk hidup dengan lebih berdikari kelak.
Aktiviti memasak ini juga adalah kemahiran yang dapat membantu anak-anak di masa hadapan supaya mereka tidak manja dan kekok ketika berada di dapur setelah dewasa.
Anak-anak sudah tentu gemar menerokai alam baru dan mencuba melakukan pelbagai perkara baru di sepanjang peringkat usia mereka membesar, dan kemahiran memasak merupakan salah satu perkara menarik yang boleh mereka cuba.
Sebagai ibu bapa, anda perlu yakin dan percaya dengan keupayaan anak-anak dan berilah sepenuh sokongan sekiranya mereka menunjukkan minat ke arah apa jua perkara yang boleh menjadi satu kemahiran atau bakat yang berguna buat diri mereka kelak setelah dewasa.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dari Bandar Quezon, Filipina dilaporkan maut terkena renjatan elektrik selepas mangsa mencucuk sebatang sudu besi dalam salah satu lubang pada soket penyambung.
Mangsa, Jack Angara pada waktu itu dikatakan sedang bermain dengan sudu besi yang digunakan oleh ibunya untuk membuat susu formula buat anaknya.
Walau bagaimanapun, setelah ibunya selesai menggunakan sudu besi tersebut dan meletakkannya di tempat yang selamat, mangsa dikatakan tetap berjaya mencapai dan mengambil sudu besi itu sebelum mencucuknya dalam lubang pada soket penyambung elektrik.
Menceritakan tentang saat insiden itu berlaku, ibu Jack, Eloisa Angara, berkata bahawa dia secara tiba-tiba terdengar bunyi letupan dan dia menyangka bahawa letupan itu datang dari bunyi dentuman barang yang jatuh.
Selepas beberapa ketika, bapa Jack datang memeriksa lokasi bunyi letupan itu dan menemui anak lelakinya yang berada di situ sebelum membawa mangsa ke hospital.
Walau bagaimanapun, apabila tiba di hospital untuk mendapatkan rawatan, pihak hospital mendapati bahawa mangsa telah pun meninggal dunia akibat renjatan elektrik.
Sehubungan kes yang menyayat hati ini, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mengawasi setiap tingkah-laku anak-anak kecil untuk menghalang kejadian seperti ini daripada berlaku.