27.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 7, 2024
UtamaBerita UtamaKes basikal lajak : Jurujual diarah bela diri

Kes basikal lajak : Jurujual diarah bela diri

Mahkamah Tinggi di Johor Bahru mengarahkan seorang jurujual wanita yang sebelum ini dibebaskan atas tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak untuk membela diri.

Hakim, Dr Shahanaz Sulaiman membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Sam Ke Ting yang berusia 26 tahun.

Keputusan tersebut sekali gus turut mengetepikan perintah dibuat Mahkamah Majistret pada Oktober 2019 untuk melepas dan membebaskan tertuduh.

Pada 18 Februari 2017, Sam yang ketika itu berusia 22 tahun didakwa memandu kereta secara melulu hingga menyebabkan kematian 8 penunggang basikal sekitar jam 3:20 pagi di Jalan Lingkaran Dalam.

Kelapan-lapan remaja yang maut dalam kemalangan itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, Fauzan Halmijan, Mohamad Azhar Amir, Muhammad Harith Iskandar Abdullah, Muhammad Shahrul Nizam Marudin dan Haizad Kasrin.

Dalam pada itu, keputusan tersebut diharapkan dapat memberi keadilan sewajarnya kepada mangsa dan keluarga yang terlibat, menurut bapa kepada salah seorang mangsa, Azzuraimee Azik.

“Keputusan sebelum ini menunjukkan seolah-olah kesalahan sepenuhnya adalah berpunca daripada mangsa sendiri dan ahli keluarga, manakala tertuduh dilepas dan dibebaskan begitu sahaja”.

“Jadi dengan keputusan terbaharu ini, kami berharap ada keadilan terhadap anak kami dan kami sekeluarga kerana kejadian ini sudah berlaku sekian lama”.

Sam didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000, jika sabit kesalahan.

Tarikh perbicaraan bagi tertuduh membela diri ditetapkan selama 3 hari bermula 9 hingga 11 Mei tahun ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI