29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaInspirasiKucing istimewa dengan sepasang kaki kecil mulanya agresif, kini jadi kucing paling...

Kucing istimewa dengan sepasang kaki kecil mulanya agresif, kini jadi kucing paling manja

Tidak kira bagaimana rupa, warna mahupun bentuknya, haiwan comel seperti kucing sudah tentu meninggalkan satu sisi yang istimewa dalam hati majoriti daripada kita.

Samalah seperti kisah kucing comel bernama Joey ini, di mana Joey yang selama ini terbiar di jalanan itu memiliki sepasang kaki yang kecil.

Ditempatkan di pusat perlindungan haiwan selepas itu, Joey menurut staf di situ agak agresif dan ketakutan pada mulanya.

Simpati dengan nasib Joey, seorang wanita penyayang bernama Grace kemudiannya memutuskan untuk membawanya pulang. Ekoran rasa takut, Joey tidak berhenti mengiau.

“Tidak mengapa, semuanya baik”, pujuk Grace. Joey kemudian di bawa ke sebuah bilik dan diberikan makanan serta minuman.

Grace juga mahu mengusap kepala Joey. Pada mulanya, kucing tersebut berasa sedikit teragak-agak ketika diusap Grace namun selepas itu, Joey berasa selesa.

“Saya membayangkan betapa sukarnya hidup Joey di luar sana. Joey langsung tidak bertindak agresif. Dia hanya mahu seseorang untuk mempercayainya”.

Setelah beberapa hari bersama Grace, Joey mula sedar bahawa dirinya berada dalam keadaan yang selamat.

“Pada awalnya, Joey agak sukar untuk bergerak. Dia enggan bermain permainan dan tidak mahu melakukan apa-apa, hanya mahu berbaring dan bermanja sahaja”.

Namun semuanya berubah setelah seekor lagi kucing Grace, Kitty Boy mahu masuk ke bilik Joey. Ternyata Joey agak takut pada mulanya.

Namun secara perlahan-lahan Joey mula membiasakan diri di samping Kitty Boy. Syukurlah, mereka main dan bergurau bersama. Joey juga sentiasa mahu ada bersama Kitty Boy.

Joey juga berubah menjadi kucing yang aktif. “Setiap minggu, saya dapat melihat sendiri perkembangan Joey yang begitu memberangsangkan”.

kittyboyandfriend/Instagram

“Dia sangat menyeronokkan dan penuh dengan kejutan. Apa yang dimahukannya setiap hari adalah kasih sayang”.

Walaupun terdapat kekurangan namun Joey mampu melakukan banyak perkara yang biasanya dilakukan oleh kucing normal.

Dan lebih penting lagi, Joey membawa kebahagiaan dalam hidup Grace. Jelas sekali bahawa Joey sangat teristimewa!

Saksikan video penuh kisah Joey di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI