26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGaya HidupSyarikat besar tak semestinya bagus. Individu ini kongsi pengalaman kerja di persekitaran...

Syarikat besar tak semestinya bagus. Individu ini kongsi pengalaman kerja di persekitaran toksik dan bermasalah, mahu orang ramai buka mata

Bekerja di syarikat ternama dan besar sangat diimpikan oleh rata-rata pencari kerja. Ia dirasakan agak selamat malah persekitaran kerja juga dianggap lebih baik.

Namun baru-baru ini, terdapat individu yang berkongsi pengalaman kerjanya dan memberitahu orang ramai bahawa bekerja di syarikat yang besar tidak semestinya bagus.

“Saya bergraduasi tahun lalu dan berjaya menempatkan diri di sebuah syarikat terkenal. Saya sangka masa depan saya akan cerah namun semasa melapor diri pada hari pertama, saya seperti telah ‘terjatuh’ dalam satu jurang”.

Menurutnya, sebaik sahaja dia memasuki pejabat, dia mendapati bahawa terdapat banyak timbunan fail dan dokumen yang berselerak. Komputer pula masih menggunakan perisian lama.

Malah tandas juga bermasalah. Bekalan air minuman juga tidak mencukupi untuk staf. Setiap pekerja syarikat tidak boleh mengisi air melebihi 500 mililiter air!

Penghawa dingin pejabat juga tidak berfungsi. Rakan sekerja individu itu juga mengabaikan tanggungjawab dan kerja masing-masing.

Staf yang sudah berkhidmat lama juga seakan mengelakkan diri daripada ditugaskan dengan kerja. Ia mengganggu proses kerja. “Sayalah yang terpaksa menyelesaikan semuanya”.

Individu berkenaan difahamkan mahu sahaja berhenti kerja namun memikirkan komitmen – sewa rumah, kereta yang perlu dibayar dan sebagainya membuatkan dirinya memutuskan untuk meneruskan sahaja.

“Saya tidak mahu keluarga saya bimbang. Jadi walaupun saya menangis setiap malam, saya perlu juga bekerja keras pada hari berikutnya”.

 “Pekerja baru tidak akan dihargai dan sering diarahkan untuk menyelesaikan kerja orang lain tanpa diberikan kredit”, katanya yang sudah bertugas di syarikat itu hampir dua tahun.

Persekitaran kerja di sana sangat toksik. Kakitangan hanya memulakan kerja mereka sejam sebelum pulang! Mereka mahu dilihat sangat bekerja keras hingga terpaksa kerja lebih masa.

“Saya masih ingat ketika hari pertama saya bekerja, saya pulang selepas setengah jam waktu bekerja berakhir. Saya juga disindir rakan sekerja kerana pulang ‘awal’.

Apabila ada pekerja yang mahu berhenti, pekerja senior akan mula mengkritik. Siapa sahaja yang akan tahan persekitaran sebegini?

Individu tersebut juga berkongsi bahawa dia sudah berjaya mendapatkan kerja lain dan agak gembira kerana dapat ‘keluar’ daripada persekitaran sebegitu.

“Berada dalam persekitaran itu menjadikan saya negatif. Kata mereka, agak sukar untuk mencari kerja lain dalam situasi ekonomi sekarang. Mereka sebenarnya tidak mahu saya meninggalkan syarikat”.

“Saya bersyukur kerana berjaya ditawarkan kerja di sebuah syarikat lain dengan upah yang tinggi dalam masa yang singkat”.

Oleh itu, dia menasihati orang ramai untuk kekal berusaha walaupun sesukar mana. Jika anda tersalah arah, pilih arah yang tepat.

Dia juga berharap agar lebih ramai lagi di antara kita yang boleh membezakan antara persekitaran kerja dan budaya positif dalam sesebuah syarikat.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI