30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaKesihatanCOVID-19 : Sabah catat kluster perjumpaan Tahun Baru Cina di Sandakan

COVID-19 : Sabah catat kluster perjumpaan Tahun Baru Cina di Sandakan

Satu kluster berasal daripada aktiviti berkumpul semasa sambutan Tahun Baru Cina telah dikesan berlaku di Sandakan, Sabah.

Kluster yang dikenali sebagai Kluster Mawar itu sehingga kini mengakibatkan jumlah jangkitan sebanyak 15 kes baru pada 23 Februari.

Ia dilaporkan berasal daripada satu majlis makan malam pada 12 Februari lalu di sebuah kediaman persendirian.

“Kes indeks dikesan menerusi ujian saringan di klinik swasta pada 22 Februari ekoran mengalami beberapa simptom”, kata Datuk Seri Masidi Manjun.

“Apabila saringan dibuat pada kontak rapat kes indeks, semuanya berkait antara satu sama lain. 14 orang daripada mereka disahkan positif COVID-19”.

Sehingga kini, Kluster Mawar mencatatkan jumlah kes COVID-19 sebanyak 94 kes dan satu kematian direkodkan.

Gambar Hiasan/Facebook

Sabah kini ditempatkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), membolehkan banyak perniagaan seperti stesen minyak, pengangkutan dan restoran beroperasi hingga jam 12 malam.

Taman awam dan sukan yang tidak bersentuhan juga dibenarkan, termasuklah sukan air seperti menyelam dan snokerling. Walau bagaimanapun, berkelah masih tidak dibenarkan.

Pusat spa dan refleksologi juga turut dibenarkan beroperasi. Namun menurut Masidi, pergerakan rentas daerah masih tidak dibenarkan kecuali kecemasan atau berkait pekerjaan.

Individu yang dibenarkan memasuki negeri tersebut juga hanyalah rakyat Sabah, pasangan dari Sabah, warganegara yang memegang pas jangka panjang Jabatan Imigresen Sabah dan bukan warganegara yang melakukan perkhidmatan penting.

Sementara individu yang dibenarkan masuk pula adalah mereka yang menjalankan perkhidmatan penting, kes kecemasan atau keperluan perubatan, dengan izin pihak polis.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI